Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 12
September 2, 2022
Caj RM50 Untuk Kamera Kalau Ke Kellie's Castle
"Dewasa seorang RM5, parking kereta RM2."
Saya melihat kawasan parking, penuh. Celah mana kereta saya nak diselitkan? Saya menoleh kembali kepada adik di kaunter masuk.
"Ada kosong ke?"
Musykil saya. Parking tak tentu ada lagi, tapi dah minta bayaran.
"Takpe, kalau tak ada nanti saya tak caj parking."
Pulak!
Saya bayar saja RM17. Itu harga tiket untuk kami bertiga masuk ke dalam rumah tinggal yang dijudulkan dengan nama Kellie's Castle. Termasuk tiket parking.
Memang betul tak ada yang koso...
September 1, 2022
Ipoh Trip 2H1M Bermula Di Nasi Bamboo Sungai Klah
Saya teruja.
Hati girang bagai digaru-garu kepingan kertas RM100 bersalut emas 916. Hajat saya untuk pusing keliling bandar Ipoh bakal menjadi kenyataan.
Untunglah saya ada sahabat yang sekepala lagi berwawasan. Kami dah lama merancang mahu membuat Ipoh Trip bersama rakan Nyut Bersaudara, satu klan travel yang terdiri daripada empat orang jejaka pengaturcara berusia.
Tapi rancang dan merancang, hanyalah rancangan.
"Nyut, jom pergi Ipoh weekend ni?"
Ajak saya pada Nyut Bersaudara dalam...
August 31, 2022
Boba Fett (Starwars) Toy Photography
Boba Fett, kurang dikenali kalau kita sekadar menjadi penonton biasa. Tapi bagi peminat fanatik, setiap watak dalam filem Starwars memang mantap dalam ingatan.
Saya sendiri tak berapa ingat watak ni. Alang-alang dah sekali dalam pakej mainan yang dibeli, kita guna sajalah untuk Toy Photography.
Jom.









August 30, 2022
Wajah Tambi Di Bulan Jun 2022
Subjek yang paling setia. Subjek yang jinak-jinak burung merpati, kita mendekat dia lari. Kalau di laman, jangan haraplah nak dapat peluk cium dia. Malu katanya dipandang orang.
Pigi rah!
Ini, ada 11 keping wajah Tambi di bulan Jun. Lambat betul, dah nak habis Ogos baru muncul.
Heh!











August 25, 2022
Pasar Payang, Terengganu. Syurga Membeli-belah Untuk Semua
Dari awal lagi kami sudah tetapkan dalam itinerari percutian pendek di Terengganu ini, mesti singgah Pasar Payang. Kalau berjalan-jalan dengan keluarga, macam tu lah. Tempat untuk membeli-belah tak boleh tinggal. Wajib. Kita layankan saja lah, bukan selalu.
Kali terakhir ke Pasar Payang ni rasanya tahun 2014. Waktu tu masih pasar yang asal, bangunan entah empat atau lima tingkat. Jenuh pusing keliling atas bawah mencari barang. Kemudian pasar ni dirobohkan, Pasar Payang pindah ke ...
August 24, 2022
Laman Warisan Rhu, Tempat Bersantai Bersama Keluarga Berhampiran Lapangan Terbang Terengganu
Sewaktu mencari tempat makan tengah hari berhampiran lapangan terbang Terengganu, saya ternampak satu kawasan berhampiran pantai penuh dengan pokok rhu. Bila di google, barulah tahu namanya Laman Warisan Rhu. Betul-betul bersebelahan dengan lapangan terbang, tak jauh dari pantai Teluk Ketapang.
Kami singgah sebelum pulang ke homestay di Seberang Takir. Saja, mahu berOOTD bak kata orang sekarang. Kebetulan kali ni ada mak dan abah turut serta, elok sangatlah ambil gambar kenangan.
...August 22, 2022
Homestay Eta Di Seberang Takir, Terengganu
Alhamdulillah, cari punya cari (melalui Facebook Homestay Terengganu), dapatlah saya sebuah rumah di Seberang Takir.
Rumah 3 bilik ni agak luas. Bilik utama lengkap dengan tandas di dalam, manakala 2 bilik lagi berkongsi tandas di luar. Dapur agak selesa, lengkap dengan peral...
August 20, 2022
Road March Sempena Peringatan Hari Polis Ke-215 Di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur
Puan isteri hantar mesej di Whatsapp, ada acara Road March bersempena peringatan Hari Polis Ke-215 di Dataran Merdeka Kuala Lumpur. Oleh kerana kami pun dah lama tak ada apa-apa aktiviti dan dah lama tak outing bersama, saya pun bersetuju. Lagipun, adik puan isteri pun terlibat dengan aktiviti pameran di situ. Kita bagi sokonganlah sikit.


30 Julai 2022, kami bertiga ke Dataran Merdeka dengan menaiki LRT. Kereta kami parkir di Sentul. Entah kenapa ...
August 15, 2022
Hiking Ke Bluepool Di Air Terjun Telaga Tujuh, Langkawi. Berbaloi-baloi!
Kadang-kadang, kita sukar untuk keluar daripada kebiasaan. Aturan hidup seharian sudah tetap pada jadualnya, dan kita bagaikan patung bernyawa patuh pada aturan yang telah ditetapkan.
Rutin.
Hanya bila ada kekuatan, barulah berani mahu mencari kelainan.
Sewaktu pulang ke kampung tahun lepas (Disember 2021), kami nekad mencuba sesuatu yang baru. Bayangkan, sudah hampir 20 tahun kami menikah dan berulang-alik ke Langkawi ni, belum pernah sekali pun saya jejakkan kaki ke ke Air Terjun T...
August 14, 2022
Starwars Clone Trooper (Toy Photography)
Mood untuk mengambil gambar kembali menjelma. Oleh kerana ketandusan subjek, saya guna saja mini figurine yang saya beli dulu dan sememangnya untuk tujuan fotografi. Baru semalam saya tahu yang salah satu trooper yang saya ada namanya Clone Trooper. Heh! Peminat filem Starwars tahu lah ni.
Matahari pagi dalam tempoh seminggu kebelakangan ni memang cantik. Cahaya cerah masuk ke laman rumah menimbulkan suasana menarik untuk bergambar. Terus saja saya angkut kamera dan figurine yang a...