Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 8
December 18, 2022
Mengimbau Zaman Riang Kanak-kanak 80-an
Tanyalah sesiapa pun, hampir semua akan mengatakan zaman kanak-kanaklah zaman yang paling dikenang dan menyeronokkan. Zaman kanak-kanak adalah satu tempoh masa yang jauh daripada beban yang menyakitkan kepala.
Saya pun begitu.
Zaman kanak-kanak saya (sebelum ke sekolah menengah) pada tahun 80-an masih terasa baru saja ditinggalkan. Bila terlihat perkara-perkara yang membuatkan saya terkenang masa lalu, boleh jadi tersenyum sendiri.
Hampir setiap petang, entah mana datangnya, berkum...
December 16, 2022
Pusat Konservasi Gajah Kebangsaan Kuala Gandah, Menarik Untuk Kunjungan Keluarga
Hari Sabtu lepas (10 Dis 2022) kami ke Kuantan nak menghantar bang long balik ke kampus. Cuti pertengahan semester dia habis waktu cuti sekolah baru mula. Nasiblah, nak.
Disebabkan kami nak bertolak awal (sejenis malas nak mula memandu waktu dah tengah hari), gigih lah cari tempat menarik yang boleh kami singgah dalam perjalanan.
Makan ikan patin, dah bosan. Aiskrim vanilla di Temerloh pun tak buka lagi awal pagi. Titik tengah Semenanjung kena bayar nak masuk (kedek), sudahnya ...
December 15, 2022
Ujian Kenaikan Tali Pinggang Silat Gayong SKGS
Alhamdulillah.
Buat masa ni Hafiz masih setia dengan silat. Semangat Mat Kilau masih belum kabur, bertahan sehingga hujung tahun.
Sabtu (12 November 2022) Hafiz dan kawan-kawan ada ujian kenaikan tali pinggang di sekolah. Semangat betul dia berlatih. Nak ajak abah temankan, apa pun abah tak tau.
Abah dulu pernah juga masuk silat. Entah apa namanya, silat orang Minang. Siap ada persembahan bernama Randai. Abah pun dah lupa apa yang dibuat.
Huuhhuhu!
Hafiz ambil ujian untuk mendapa...
November 17, 2022
Gulai
Kadang-kadang, keputusan atau pendirian kita boleh hancur lebur begitu saja. Hanya menunggu waktu yang ditakdirkan.
Kami sudah ada Siti Nur Tambirina, kucing kesayangan yang kami pelihara semenjak Disember 2017. Sayangnya tak ada penghujung, walau sering dibalas dengan kuku dan taring. Hahahah! Sehinggakan kami ambil keputusan, biarlah Tambi saja menjadi penghibur. Tak mahu yang lain.
Takdir dan waktu, lain pula perancangannya.
Hari Ahad (13 Nov 2022) saya dan Cik Milah kesayangan b...
November 9, 2022
Jom Ke Teluk Penyamun, Berkunjung Ke Taman Haiwan Husin Fauzi Di Kuala Selangor
Ikutkan perancangan awal, selesai acara kunjungan di Kuala Selangor mahu naik ke atas menuju Sekinchan. Ada kedai runcit Ah Ma, ada galeri padi. Tapi bila melihat laluan di Google Map yang merah menyala dan masa diambil satu jam, kami pun menukar rancangan ke Taman Haiwan Husin Fauzi.
Ini baru.
Saya hanya tahu tempat ini sehari sebelum kami ke Kuala Selangor. Taip saja "attractions in Kuala Selangor", berjujuk keluar tempat-tempat yang boleh kita pergi. Meman...
November 5, 2022
Masjid Raja Lumu & Laluan Seni Pekan Lama Kuala Selangor
Turun saja dari Bukit Melawati, masing-masing dah kelaparan. Nak solat pun tak boleh, jadi hilang tumpuan. Maka kami makan dulu di restoran Bagan yang terletak di seberang jalan.
Alhamdulillah. Walaupun harga agak memeranjatkan poket, padanlah dengan pilihan lauk dan kesedapannya. Udang dan sotong menjadi menu utama kami anak beranak, sampai tercungap juga sebab ada lauk yang pedas.
Lega. Selesai membayar, kami pun bergerak keluar.
Di seberang jalan, ada masjid (baru dibaikpulih) yang...
November 4, 2022
Kembali ke Bukit Melawati, Kuala Selangor Bersama Keluarga
Bagaimana saya mencipta kenangan bersama keluarga? Untuk saya, sudah menjadi kebiasaan kepada kami untuk berjalan-jalan setiap kali peluang ada di depan mata. Dapat bersama-sama walau sekadar makan-makan atau mencuci mata di kompleks membeli-belah pun sudah memadai.
Kenangan itu saya rakamkan dalam bentuk gambar dan video. Kalau rajin, saya catatkan pula dalam blog yang berusia 20 tahun ini.
Kita tak tahu, siapa yang 'pergi' dulu. Hanya kenangan ini yang boleh ditatap untuk melep...
October 31, 2022
Wajah Tambirina Di Bulan September 2022
Untuk bulan September 2022, ada 15 keping gambar Siti Nur Tambirina untuk dijadikan tatapan.















October 30, 2022
Perkhidmatan Penghantaran Motor Oleh Joe Bike Towing & Transport
Kelmarin (29 Oktober 2022) saya hantar motor kapcai untuk anak bujang di Pekan, Pahang. Mulanya nak hantar melalui Pos Malaysia sebab kos yang lebih murah (RM160++), tapi leceh sebab nak kena hantar ke gudang, kena balut dan macam-macam lagi.
Kebetulan, nampak pempengaruh media sosial kongsikan khidmat hantar motor ni, Joe Bike Towing & Transportation. Tak ingat sama ada Cikgu Fadli atau Superdaddy Khairul Abdullah. Terus contact dan tanya harga. Lepas runding lebih kurang, kita kasi...
October 28, 2022
Percutian 2H1M Di Ancasa Royale Pekan, Pahang
Sebelum mencatat entri ini, saya bertanya pada diri sendiri. Bila kali pertama kau menginap dalam hotel? Hotel yang benar-benar hotel. Bukan resort, bukan chalet, bukan motel. Yang ada lobi, yang ada swimming pool, yang ada bell boy.
Saya tak ingat, di mana dan bila. Tapi rasanya hotel yang pertama saya inap ialah selepas berkahwin. Tentulah, dengan Cik Milah. Mungkin di Alson Kelana, Seremban. Entah lah. Sudah lama berlalu.
Kalau resort, chalet tu, banyaklah. Yang bajet-bajet. At...