Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 10
September 28, 2022
Hari-hari Terakhir Di Kota Kinabalu
Pejam celik sudah enam hari kami di Sabah. Bermula di Kota Kinabalu terus ke Kundasang, kemudian bermalam di Nohutu Ecotourism, bersambung di tepi pantai Kota Belud dan kembali ke Kota Kinabalu sebelum kembali ke Kuala Lumpur.
Alhamdulillah.
Saya benar-benar perlukan pengembaraan ini. Mahu menikmati percutian bermesra dengan alam semula jadi. Gunung, sungai, pantai dan pulau lengkap dalam pakej ini.
Terima kasih Firan, Hambal dan sudah tentu Shamrie yang sudi menemankan percutia...
September 26, 2022
Dari Kampung Sangkir Ke Tamu (Pasar) Kota Belud
"Betul ke jalan ni?"
"Aku memang ikut Google Map je ni."
Kami menjadi kurang pasti pagi tu, mencari jalan ke destinasi persinggahan sebelum menuju Kota Kinabalu. Kami selesai checkout dari hotel Dedsaaan Beach Village seawal jam 7.00 pagi, kerana mahu mencari Kampung Sangkir yang sering disebut wajib singgah kalau sampai ke Kota Belud.
Apa ada di situ?
Ada sawah padi yang luas, dan ada Gunung Kinabalu menjadi latar. Dan untuk melihat gunung ini, perlu tepat mengurus masa kerana pada bi...
September 25, 2022
Snorkeling Di Pulau Mantanani, Kota Belud
Laut.
Saya bukanlah orang yang gemarkan laut. Atau lebih tepat saya katakan, orang yang tak suka berada di atas laut. Tak kisah lah naik feri apa lagi kalau naik bot kecil, hati saya jadi tak tenteram. Lagi-lagi kalau jauh ke tengah sampai tak nampak daratan, risaunya tak tau nak cakap.
Mungkin disebabkan saya tak pandai berenang. Boleh jadi. Saya tak suka berada di kawasan yang luas begitu, apa lagi di kawasan yang dalam. Tidak ada tempat untuk berpijak. Saya rasa saya akan jatuh d...
September 23, 2022
Hotel Dedsaan Beach Village, Kota Belud. Lokasi Menarik Melihat Matahari Terbenam.
Kami meninggalkan Nohutu Ecotourism dengan satu lagi debaran perasaan yang mengujakan. Ke gunung sudah, ke sungai sudah, destinasi kami seterusnya ialah pantai dan pulau. Kiranya lengkaplah pakej nature kali ini.
Dalam perjalanan, kami rancak berbual sambil mata melingas ke kiri kanan melihat suasana kampung di Kota Belud. Tak banyak beza dengan tanah Semenanjung. Ada sawah padi, ada rumah kampung, ada bukit bukau. Sama. Cuma ada satu saja perbezaan yang ketara.
Sungai yang luas, ...
September 21, 2022
Nohutu Ecotourism; Ada Sungai Melangkap Dan Ada Gunung Kinabalu
Dari Kundasang, kami terus ke destinasi yang telah kami susun dalam itinerari; Nohutu Ecotourism. Masih di dalam daerah Kota Belud, tapak chalet ini terletak di tebing Sungai Melangkap, Polumpung.
Bagaimana saya tahu tempat ini?
Ada sahabat saya orang Sabah (Kundasang) berkongsi aktiviti perkhemahan beliau bersama keluarga di sini dalam Facebook. Teruja melihat suasana yang aman damai, saya pun membuat carian dan rupa-rupanya Nohutu Ecotourism ini sudah 'viral' di sana sini. Yang me...
September 20, 2022
Buku Terpakai Untuk Dijual
Almari baru untuk perpustakaan mini dah siap, memang saya minta design nya hanya satu layer buku saja untuk setiap rak. Jadi boleh nampak dengan jelas tulang buku. Tak ada yang tertindan terperosok di belakang dah.
Masalahnya, buku yang saya ada melebihi kapasiti ruang almari. Ada lebih kurang 60 buah buku yang tak dapat diselitkan, dan kebetulan buku-buku ni memang saya dah asingkan dari awal sebagai kategori 'to let go'.
Maaf, buat masa ni buku-buku dari Indonesia saya tak jual. ...
September 19, 2022
10 Keping Wajah Tambirina Di Bulan Julai 2022
Beberapa keping untuk tatapan.










September 18, 2022
Perpustakaan Mini Di Rumah
Semasa saya mula kembali membaca, saya tak ambil pusing hal tempat menyimpan buku. Asal boleh selit, saya selit.
Kemudian daripada hobi membaca, timbul pula hobi baru yakni membeli buku. Ya, kawan. Membaca buku dan membeli buku adalah dua hobi yang berbeza. Maka, dari sehari ke sehari bilangan buku di dalam rumah semakin bertambah memaksa saya membeli satu almari buku.
Tiga empat tahun kebelakangan ni, saya mula terfikir mahu ada perpustakaan mini sendiri memandangkan buku saya ...
September 17, 2022
Darth Vader, Storm Trooper & Boba Fett Toy Photography
Macam tu lah kalau kebosanan. Kalau tak gambar si Tambi, kita ambil gambar bunga. Kalau tak ada bunga, kita ambil gambar mainan mana yang ada.
Buat asah skill art of seeing.
Kita cuba.



















September 16, 2022
Percutian 2H1M Ke Port Dickson, Negeri Sembilan (Itinerari)
Cuti sekolah baru-baru ni, kami enam keluarga (empat generasi) berkumpul beramai-ramai di Port Dickson, Negeri Sembilan. Alhamdulillah, terima kasih mak yang belanja kami anak menantu cucu cicit untuk percutian kali ni. Segan juga, sampai mak yang keluarkan modal. Tapi memang sudah niat mak nak bersedekah untuk kami semua.
Semoga mak dan abah diberi kesihatan, dipermudahkan amal ibadat dan ditempatkan dalam syurga Firdausi.
Cuma ralat keluarga abang yang sulung tak dapat turut se...