Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 6
May 8, 2023
Semporna Island Hopping (Bohey Dulang, Mataking & Timba-timba)
Selesai mendaki di Bohey Dulang, kami beredar ke pulau seterusnya, Pulau Mataking. Tak banyak aktiviti yang kami buat di sini, selain menikmati makan tengah hari dan juga berendam seketika di pantai Mataking yang jernih.
Laut memang bersih, tetapi sangat kontra dengan keadaan darat yang tak terurus dengan sampah bersepah di sana sini. Sayang lah, tempat cantik tapi kotor.
Kami mengisi perut sebelum meneruskan aktiviti. Boleh tahan juga makanan yang disediakan, habis jugalah ...
May 6, 2023
Mendaki Bohey Dulang Dalam Hujan
Aktiviti kami yang pertama di bumi Semporna ialah island hopping. Ada tiga pulau semuanya; Bohey Dulang, Mataking dan Timba-timba.
Pulau yang pertama hari tu, Bohey Dulang.
Kalau dilihat pada perkongsian orang ramai di media sosial, Bohey Dulang memang selalu disebut. Pemandangan dari atas bukit dengan latar belakang air laur berwarna turqois dan biru gelap, memang memukau mata.
Ya, saya sebut atas bukit.
Untuk mendapatkan gambar begitu, harus mendaki bukit yang berketinggian le...
May 5, 2023
Itinerari Percutian 4H3M Ke Sabah (Tawau, Semporna & Pulau Mabul)
Saya betul-betul mahukan percutian, selepas diuji dengan pelbagai jenis dugaan semenjak pertengahan tahun 2022. Saya mahu keluar melihat alam.
Alhamdulillah, saya terjumpa pakej yang bersesuaian untuk kami anak-beranak. Kali ini saya memang mahu 'melenggang', biar segala urusan percutian diuruskan travel agency.
Percutian ke Mabul selama 4 hari 3 malam.
Saya kongsikan itinerari perjalanan kami di sana, walaupun ini adalah itinerari pakej. Masih boleh dibuat rujukan untun masa ...
May 4, 2023
Bercerita Tentang Impian Pada Suatu Pagi Di Kuala Muda, Langkawi
Impian. Hampir semua yang bernyawa ada keinginan yang mahu dikecapi. Besar atau kecil, bukan lah persoalan. Ia adalah satu nikmat perasaan yang dianugerahkan tuhan.
Impian, menjadikan kita bercita-cita. Cita-cita melahirkan usaha. Dan usaha, jarang menidakkan kejayaan.
Cita-cita yang hanyut mengikut waktu tanpa tindakan, itu biar Mat Jenin yang merajainya.
Impian.
Saya ada satu impian kecil.
Saya mahu mempunyai rumah nun jauh dari kesibukan kota. Di desa. Rumah kecil say...
May 3, 2023
Buah Gajus
Buah Gajus.
Atau jangguih di utara. Atau ketereh di Kelantan. Buah yang unik. Bentuknya sama saja seperti buah jambu air, cuma biji buah ini terletak di bahagian luar.
Baunya wangi, bagi saya. Rasanya manis dan sedikit kelat pada penghujung rasa. Itu memori yang saya simpan entah berapa puluh tahun yang lampau.
Saya bertemu semula buah ini, dan masih segar bergantungan di pokok. Teruja. Dan memori lama pun menerpa.
Dulu. Entah berapa puluh tahun dulu, saya dibawa abah ke s...
May 2, 2023
Black & White Photography On One Sunny Day At Home
It was scorching hot outside while I was having my lazy nap on one fine afternoon, during Ramadan. I cant sleep. The couch wasnt comfortable either. And I cant do my work. I mean, I dont have the feeling of it.
But I need to do something other than scrolling my screen watching all the cooking videos.
Then I saw clothes hung on the rail. They were shadowed by bougainvillea leaves and flowers, thus created a lovely view on my eyes.
A photographer eyes, if I may say.
I took ...
April 30, 2023
Taman Cahaya / Secret Garden Di Putrajaya
Melihat beberapa orang kawan berkongsi gambar mereka melawat Taman Cahaya di Putrajaya, membuatkan saya juga teringin ke sana. Saja, bawa anak-anak berjalan-jalan ke kota pentadbiran Malaysia ni. Lagipun kami memang jarang keluar waktu malam. Sesekali tak mengapa.
Usai solat Maghrib di Masjid Sultan Zainal Abidin (aka Masjid Besi), kamii terus bergerak ke Taman Cahaya mengikut arahan Google Map. Untuk menjimatkan waktu, kami beli siap-siap makan malam dan kemudian makan saja di dalam kereta.
Kami ...
April 28, 2023
Zoo Taiping & Night Safari, Bagai Berada Dalam Alam Rimba Sebenar
Saya pernah ke Zoo Taiping sekitar 10-15 tahun yang lalu. Itu kali pertama saya ke sana, tapi tak begitu menikmati suasana taman haiwan tertua di Malaysia ini. Waktu itu kami naik tramp, jadi kami melihat haiwan-haiwan sekali lalu saja.
Atas permintaan si bongsu Hafiz, kami masukkan Zoo Taiping dalam itinerari percutian kami ke utara.
Kami sampai agak lewat. Selesai solat Jumaat, kami check in hotel terlebih dahulu. Kemudian baru masuk ke zoo. Tak menjadi hal sebenarnya ka...
April 27, 2023
Suatu Petang Hafiz Berbasikal
Basikal dia semuanya sudah mengecil. Sudah tak sesuai lagi untuk kaki dia yang panjang. Tak boleh nak ditinggikan lagi tempat duduk, kerana tangan tak tercapai ke handle.
Atau, sebenarnya Hafiz sudah semakin membesar?
Ya. Si bongsu abah bakal menginjak umur 10 tahun Oktober nanti. Kejap benar masa berlalu. Tahu-tahu, tingginya sudah separas bahu abah!
Aduhai!
Bukan Hafiz saja yang semakin bertambah usia. Abang Haris pun sudah berpangkal 2 pada umurnya. Kakak Hanim sudah pun ta...
April 25, 2023
Muzium Arkeologi Lembah Bujang Di Merbok, Kedah
Dari Kg Agong di Penaga, Pulau Pinang kami terus ke Alor Setar, Kedah. Tapi sebelum tu, kami singgah ke Muzium Arkeologi Lembah Bujang yang terletak di Merbok. Jalan agak sesak, ada persimpangan yang lampu trafiknya sekejap sangat warna hijau. Mujur kami sempat sampai sebelum muzium ini tutup.
Masalah juga.
Ada kenduri di rumah berhampiran dengan muzium ni, jadi nak parkir kereta pun tak dapat nak menyelit. Terpaksa berjalan jauh sedikit.
Cuaca memang panas terik, tapi pem...