Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 30

November 13, 2020

Resepi Smoothie Ringkas Dari Dapur Chef Rul

Tiba-tiba jadi chef. Kah kah kah!

Ada sahabat saya berkongsi cerita tentang smoothie yang dia buat di rumah, dijadikan sebagai alternatif kepada makanan sihat. Macam-macam menu yang diberi, dan hampir keseluruhan bahan yang diguna memang mudah diperoleh.

Saya saja yang malas selama ni.

Jadi tekad untuk menguruskan badan yang semakin dipam-pam semenjak PKP Mac lalu, saya pun mencuba membuat smoothie sendiri.


Bahan-bahan;

2 biji epal hijau. 2 biji kiwi. 1 batang lobak merah. Satu ikat ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 13, 2020 16:30

November 11, 2020

13 Keping Gambar Street Photography Di Delhi, India

Saya hanya beberapa tahun kebelakangan ini baru tahu pengkelasan jenis-jenis fotografi.

Street photography, Cat Photography, Rain Photography, Travel Photography dan macam-macam lagi.

Menarik.

Kita dapat fokus kepada perkara yang kita minat untuk dijadikan portfolio. Saya sendiri sebenarnya masih mencari-cari apa yang saya minat dalam fotografi ini. Yang tak suka, saya tahu. Misalnya Wedding Photography, saya tak pernah langsung ada rasa minat mahu mencuba.

Tahun 2012 saya ke In...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 11, 2020 16:30

November 9, 2020

Asas Pencahayaan Untuk Indoor Photography

Secara teori, saya faham apa yang dimaksudkan dengan penggunaan reflector dalam fotografi. Selalu juga saya tonton dalam Youtube bagaimana reflector diguna untuk menghasilkan gambar yang lebih baik dari segi pencahayaan.

Tapi itulah, saya hanya faham secara teori. 

Semalam saya buat sendiri "studio" untuk latihan kelas asas fotografi anjuran Smartpiksel. Menggunakan konsep try and error, siap juga akhirnya. Saya cuba dengan beberapa objek, bolehlah. Menjadi gaya saya lah. 

Asas Pencahayaan Untuk Indoor PhotographyModel R...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 09, 2020 16:30

November 6, 2020

Rindu Pada Jingga Matahari Terbenam

Musim tengkujuh.

Sekarang musim hujan sudah mula menunjukkan taring. Sesetengah tempat, banjir sudah melanda menenggelamkan harta benda. Kasihan. Moga urusan mereka dipermudahkan. Maklumlah, berganda-ganda musibah melanda. Hujan, banjir dan Covid-19 yang masih berleluasa.

Gombak?

Hujan juga. Ada kawasan yang lumrahnya akan banjir ketika musim begini. Banjir kilat. Taklah seteruk seperti di Pantai Timur. Tapi kilat pun, boleh rosak juga harta benda. Nyawa pun boleh hilang.

Alhamduli...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 06, 2020 16:30

November 5, 2020

Sebuah Melankoli Di Hening Subuh

Kalau orang lain, mungkin gambar ini tidak ada makna.

Tapi bagi saya, ini satu kenangan yang ada cerita.
Pagi Rabu selepas solat Subuh, saya memandu dalam gerimis yang sejuk mencengkam. Waktu berhenti di lampu isyarat, saya melihat butir-butir hujan di dinding cermin kereta membiaskan cahaya lampu yang berwarna-warni.
Cantik.
Saya rakamkan sekeping dua.
Kemudian terus memandu melintasi masjid yang sepi dari jemaah subuh di musim pandemik. Lebih kurang selepas 500 meter, saya memberhentikan...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 05, 2020 16:30

November 4, 2020

Merempuh Gerimis Dalam Subuh Yang Biru

Subuh.

Tiga kali seminggu, sebaik selesai menunaikan solat saya bergegas menjemput abah. Sudah menjadi rutin semenjak setahun yang lalu, abah perlu ke klinik hemodialisis setiap hari Isnin, Rabu dan Jumaat.

Awal-awal dulu, abah dapat giliran petang.

Menjelang hujung tahun 2019 atau awal tahun 2020, nama abah sudah naik untuk shift pagi. 

Alhamdulillah. Lebih bagus waktu pagi berbanding shift akhir yang selalunya "melanggar" Maghrib.

Untuk shift pagi, saya mengambil tugas untuk menghantar manakala men...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 04, 2020 16:30

November 2, 2020

25 Keping Warna Hijau Yang Tak Pernah Membosankan

Isteri saya tahu, warna kegemaran saya ialah hijau.

Ada antara rakan juga tahu, hijau dan saya tak dapat dipisahkan.

Hijau sebagai warna, atau hijau melambangkan alam semula jadi (nature). Itulah hijau kegemaran saya.

Namun taklah pula sampai segala-galanya hijau. Baju pun, ada dua tiga helai saja yang berwarna daun ini. Tak tahu kenapa, gemar sangat saya dengan hijau.

Juga alam.

Diberi pilihan bercuti antara pantai, gunung, kota sejarah, kota metropolitan, tentulah pilihan saya mana-ma...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 02, 2020 16:30

October 31, 2020

Tambi Peneman Setia

Kalau saya berada di luar rumah, akan ada lah seekor "mak guard" yang mengiring di belakang. Misal kata saya mengambil gambar di laman, dia menunggu di atas bumbung. Kalau saya berjalan kaki ke kawasan bukit, terkedek-kedek dia mengikut dari belakang.

Setia. 

Malu-malu kucing juga. 

Entahlah. 

Kadang-kadang terfikir juga, bagaimanalah hidup kalau terpisah dengan si Tambi? 

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2020 17:30

October 30, 2020

[Ulasan Buku] Kembara Merangkak Puncak Oleh Adam Khan

Satu lagi pengembaraan ke kaki gunung Everest oleh rakyat Malaysia dan kali ini daripada kaca mata pandangan dan pengalaman Adam Khan, insan kelainan upaya (OKU).

Saya pernah terbaca kisah beliau di salah satu group hiking yang saya sertai di FB, pernah juga menonton kisahnya di TV, tapi langsung tak cam siapa. Membaca buku ini barulah muncul dalam ingatan.

Oh, dia ni! 

Perjalanan Adam Khan dalam bidang pendakian bermula ketika masih belajar di UIA. Melihat perkongsian gambar raka...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 30, 2020 17:30

October 29, 2020