Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 28

April 5, 2021

Bercanda Dengan Si Tambirina

Tiada kata untuk entri selepas sebulan lebih menyepi. Hanya beberapa keping gambar buat permulaan.

Harapnya semangat untuk menulis datang semula.

Bercanda Dengan Si Tambirina
Bercanda Dengan Si Tambirina
Bercanda Dengan Si Tambirina
Bercanda Dengan Si Tambirina


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 05, 2021 17:30

February 12, 2021

Stay At Home (Pertandingan Fotografi FotoPeekture)

Saya paling suka kalau kelas fotografi yang saya sertai, ada alumni. Itu satu kesinambungan. Tamat kelas, tapi pembelajaran masih berterusan.

Tahun 2019 saya menyertai kelas Street Photography anjuran FotoPeekture. Dan kami dipertemukan lagi dalam alumni dengan peserta berbeza batch.

Perkongsian demi perkongsian berlangsung. Kami juga diminta untuk membuat tugasan untuk mengasah lagi kemahiran fotografi. 

Saya suka!

Untul bulan Januari, kami diberi tugasan bertemakan "Stay At Home"....

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 12, 2021 16:30

February 11, 2021

[Ulasan Buku] Aku, Buku & Kota Kaherah (oleh Shahriman Jamalullayl)

1.

Saya sering mendengar pengakuan orang yang mengatakan dirinya adalah pencandu buku, tapi hakikatnya kebanyakan mereka adalah tsundoku, pembeli/pengumpul buku. Membacanya kurang.


2.

Saya adalah salah seorang daripada mereka. Sasaran 40 buah buku setahun pun saya gagal untuk lunaskan. Haih!


3.

Jadi apabila saya membaca buku ini, sedikit sebanyak rasa skeptikal itu terbit. Mana ada orang yang benar-benar pencandu buku.


4.

Saya silap. Penulis ini memang benar-benar orang yang "hantu b...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 11, 2021 21:30

January 27, 2021

Bagaimana Tambi Menikmati Cuti?

Cuti atau tak, sama saja bagi seekor Siti Nur Tambirina. Rutin.

Seawal jam 5 pagi, dia sudah bising mahu keluar. Mahu membuang apa yang patut dibuang, barangkali. Jam 7 atau 8, dia mencari katil atau mana-mana tempat yang dirasakan sesuai untuk bersemayam.

Tidurlah dia sampai ke Asar. 

Kemudian melepak di atas bumbung, menunggu masa diajak untuk berjalan-jalan ke atas bukit. Tergedik-gedik ekor dan perut bergoyang kiri kanan sebab dapat merayau bersama kami. 

Lepas Maghrib, dia masuk ke rumah. 

Jam 1...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 27, 2021 17:30

January 18, 2021

[Ulasan Buku] Si Sabariah Oleh Hamka

1.
Alhamdulillah, tamat sudah pembacaan pertama tahun 2021. 

2.
Saya memilih Si Sabariah, antara novel pertama yang dihasilkan oleh HAMKA. Sebenarnya sudah baca separuh baca tahun lepas, tapi baru hari ni berkesempatan menamatkan bacaan cerita 149 muka surat ini.

3.
Si Sabariah asalnya diterbitkan menggunakan bahasa Minang. Pihak Jejak Tarbiah mengambil inisiatif untuk menterjemahkan ke bahasa Melayu. Terbaik!

4.
Dan buku yang berusia hampir 100 tahun ni rupanya sudah "pupus", pihak JT me...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 18, 2021 16:00

January 10, 2021

Tips Penjagaan Mata

Bekerja memandang laptop/pc seharian memang meletihkan mata. Apa lagi sampai satu waktu kita naik "sheikh", memang boleh mengadap skrin lebih dari dua jam.
Ini tips yang dikongsi Radio IKIM sebentar tadi. 
1. Berhenti seketika dan alihkan pandangan mata kepada objek yang yang berada pada jarak jauh. Tapi usahlah dipandang pada kenangan timbangan berat mu yang lalu kerna ia bisa merosak perasaan. 
2. Buat senaman mata. Pandang ke sudut paling kanan, kiri, atas dan bawah, biar sampai nampak putih mat...
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on January 10, 2021 16:30

December 27, 2020

[Ulasan Buku] Menunggu Beduk Berbunyi (oleh HAMKA)

 Ada 2 buah cerita di dalam buku ini.

1. Dijemput Mamak

Sekali lagi HAMKA bercerita tentang adat budaya Minangkabau seperti mana buku-buku beliau terdahulu. Kisah perkahwinan Musa dan Ramah, kebahagian kecil mereka direntap oleh kaum keluarga sendiri kerana kehidupan mereka tidak menepati "piawaian" status keluarga.


2. Menunggu Beduk Berbunyi

Kisah Tuan Shariff yang dipinggir masyarakat kerana dianggap pembelot negara bersekongkol dengan penjajah, namun beliau tegas mengatakan dia mengikut jalan yan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 27, 2020 16:30

December 26, 2020

Makan Malam Di Halim GP Gulai Panas Airport, Langkawi

Rasanya kami dah lama juga jadi pengunjung Halim GP Gulai Panas Airport ni. Kalau balik kampung dan malas memasak, ke kedai lah jawabnya untuk mengisi perut. Yang sedapnya di sini, masakan semuanya segar baru keluar dari periuk.
Nyum!
Aroma bau gulai khas gaya Langkawi memang bikin air liur meleleh. Prosesnya? Rebut tempat duduk dulu, sebab kedai ni sentiasa penuh dengan pengunjung yang kelaparan. Kemudian, bolehlah pilih ikan-ikan yang sudah siap disiang dan lain-lain hidangan yang ada. ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2020 16:30

December 25, 2020

Pengalaman Menggunakan Feri Roro Ke Langkawi

Akhirnya kami berjaya juga membawa kereta masuk ke Langkawi menggunakan khidmat Roro Ferry yang berpangkalan di Kuala Perlis. Kami mengambil keputusan untuk balik kampung menaiki kereta sampai ke pulau atas beberapa faktor.

Covid-19 masih berleluasa. Jadi kami tak mahu bersesak dengan orang ramai menggunakan feri biasa.  Kapal terbang pula saya agak khuatir dengan jadual penerbangannya. Banyak saya baca penerbangan dibatalkan atau ditunda dan tuntutan pampasan juga ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 25, 2020 16:30

December 24, 2020

Takwim Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2021

Seperti biasa, nak masuk tahun baru sibuklah masing-masing mencari takwim cuti sekolah dan cuti umum untuk merancang aktiviti.

Entah macam mana gaya percutian tahun depan. Sekolah pun tak tahu aturannya lagi. Covid-19 memang membuat huru-hara dan tahun 2020 sangat terasa kesannya. 

Doalah ramai-ramai semoga penyakit ini segera menghilang dan ada penawarnya. 

Hidup mesti terus. 

Takwim sekolah tahun 2021 masih relevan. 


Takwim Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2021 Takwim Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2021 Takwim Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2021 Takwim Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2021


Sumber; Laman web Kementerian Pendidikan

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2020 16:30