Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 23
September 19, 2021
[Ulasan Buku] 5 Hari 4 Malam Bhutan (oleh Siti Noridah)
Satu pengembaraan yang menarik, ke sebuah negara yang jarang kita dengar ceritanya. Bhutan bukan seperti negara lain yang terbuka mengalu-alukan kedatangan pelancong. Sebaliknya, ada kawalan daripada pihak kerajaan supaya tidak ada unsur luar merebak ke dalam kehidupan rakyatnya.
Cantik!
Begitulah pelancongan sepatutnya. Pelancong harus menikmati negara itu mengikut jati dirinya sendiri. Mengikut acuan sendiri. Barulah orang luar kenal dengan identiti negara.
Malaysia perlu belaja...
Pagi Yang Suram Di Pantai Jeram, Selangor
Kami berpakat mahu ke pantai, mahu berkelah sekeluarga. Ye lah, Selangor sudah "bebas", tak ada lagi sekatan antara daerah. Jadi pagi tadi (Ahad, 19 September 2021), kami memandu dengan penuh riang ria menuju ke Pantai Remis.
Entah berapa buah pondok tol kami tempuh dari Gombak sampai ke Kelang. Entah berapa lubang jalan kami terjah sebelum sampai ke destinasi. Tak kisah semua tu, asal kami sekeluarga boleh bergembira di tepi pantai yang indah.
Cukup sejam memandu, kami pun sampai.
S...
August 31, 2021
Salam Kemerdekaan Yang Ke-64, Malaysia
31 Ogos adalah hari yang diraikan setiap tahun bagi warga Malaysia, terutama yang benar-benar faham dan meraikan hari bersejarah pembebasan negara daripada penjajah. Malaysia akhirnya bediri di atas kaki sendiri.
64 tahun masih dikira muda, namun Malaysia tanah tumpah darah saya ini terus berkembang maju. Siapa pun menjadi pemerintah, sama ada kita suka atau tidak, menjadi tanggungjawab mereka membawa Malaysia untuk terus maju.
Kawan, jangan kau campur adukkan perasaan benci kepada...
August 28, 2021
Mobile Macro Photography Menggunakan Pensil Warna (Samsung A52 & Lensbong Nikon 35mm)
Kebanyakan idea macro photography saya ni datangnya dari Youtube dan juga beberapa group FB. Banyak saja rujukan, tapi hampir kesemua yang saya jumpa lebih menjurus kepada gambar serangga seperti belalang, lalat, semut dan lain-lain.
Memanglah menarik. Saya sendiri pun suka. Mana yang saya dapat jumpa, memang saya rakamkan. Tapi itulah, pergerakan terhad di keliling rumah apa sangatlah serangga yang saya boleh jumpa.
Jadi, saya cari subjek yang lain. Tempoh hari, saya cuba ambil ...
Dobi Layan Diri 24 Jam Dobi Queen Medan Idaman, Gombak
Mesin basuh kami rosak. Airnya tak mahu keluar. Entah apa punca pun tak tahulah. Umurnya baru 3 atau 4 tahun.
Geram.
Walhal mesin basuh sebelum ni, elok saja berkhidmat sehingga 16 tahun. Semenjak Cik Milah bujang sampai dah beranak empat. Tak pernah rosak sekali pun. Tapi meniti usia tua, tetaplah ada terkehel sana sini. Sudahnya, kami ganti baru.
Sejak dua hari lepas, yang baru ini pun menunjuk ragam. Maka terpaksalah kami cari penyelesaian lain.
Dobi 24 jam. Mujur khidmat i...
August 25, 2021
Hiking Ke Loji Air Cemerlang Heights, Taman Melati
Dari rumah saya, boleh nampak satu bukit di bahagian timur yang menempatkan kawasan perumahan mewah. Namanya Cemerlang Heights, laluan masuknya dari Taman Melati. Dari arah tertentu, boleh nampak rumah banglo mewah yang pelbagai saiz di atas bukit ini.
Tapi untuk saya, yang nampak hanyalah sebuah loji ataupun rumah pam air. Sesekali, kelihatan bayang-bayang 3-4 orang yang entah apa jantina sedang bersenam atau berehat santai di depan loji.
Satu hari, melalui FB sepupu saya, dia ...
August 24, 2021
Lorong Sunyi Di Kedai Mamak
Sekarang sudah banyak kelonggaran sektor ekonomi diberi. Sudah banyak kedai kembali dibuka dan beroperasi dengan SOP tertentu. Kedai makan pun sudah boleh dine-in.
Sudah selamatkah Malaysia daripada Covid dengan catatan jangkitan sekitar 20 ribu setiap hari?
Pesan Pengarah Kesihatan Malaysia, DG Dr Hisham, pembukaan semula kedai-kedai ini hanyalah disebabkan faktor ekonomi, bukan kerana Covid sudah menghilang.
Hati-hati, kawan. Jangan terlalu meraikan kelonggaran ini. Ambillah va...
August 23, 2021
Trekking Ke Air Terjun Sungai Pisang, Gombak Bersama Keluarga
Umur saya tahun ini (2021), bakal menjejak angka 44. Dalam tempoh lebih empat dekad ini, hampir 16% umur saya digunakan untuk merantau menimba ilmu. 5 tahun di Kedah, 2 tahun di Muar.
Selebihnya nafas saya berkelintar seputar tanah Gombak.
Dan selama itu, sekali pun tak pernah saya jejak ke Sungai Pisang yang jaraknya lebih kurang 10 km dari rumah. Walhal, sewaktu remaja bukan sekali dua saya berulang-alik ke Sungai Rumput, "sebelah" saja dengan Sungai Pisang.
Air Terjun Sungai Pisa...
August 22, 2021
Temujanji Suntikan Dos Kedua Vaksin Covid AstraZeneca
Sekali lagi, saya mencatat kenangan untuk diimbau satu hari nanti. Lebih kurang selepas dua bulan mendapatkan suntikan pertama vaksin mencegah Covid-19, semalam (21 Ogos 2021) lengkap sudah saya disuntik dengan dos kedua.
Alhamdulillah.
Berbanding proses suntikan pertama, kali ini semuanya lebih pantas dan selesai dalam jangka masa yang pendek. Hanya pastikan lorong stesen yang betul, laluan yang betul dan aplikasi MySejahtera yang dikemaskini.
Lokasi suntikan saya masih di PWTC.
...
August 21, 2021
Seri Muka Yang Hilang Serinya!
Astaghfirullah.
Hilang seri muka bila tengok saiz kuih ni. Dah lah jenis kena paksa beli satu bekas (5 biji kuih), tak boleh campur kuih lain. Rata-rata di Gombak ni macam tu lah. Jenis "paksa" beli kuih satu jenis sampai 5 biji.
Yang buat geram tu, saiz besar dalam gambar ni jatuh harga 50 sen. Sebekas RM2.50.
"Kenapa beli juga?"
Teringin.
"Nak murah buat sendiri lah."
Ok.

Saya teringat satu ketika waktu BC (before Covid), ada satu kedai di Nu Sentral menjual kuih-muih...