Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 22

September 29, 2021

Kelebihan Brisk Walk Bersama Anak Dan Isteri. Single Pun Boleh.

Apa itu brisk walk? Menurut maklumat yang saya perolehi, brisk walk juga dikenali sebagai speed walk, terjemahan literalnya ialah berjalan laju.

Berapa laju?

Untuk brisk walk, kelajuan yang disarankan ialah 3 batu per jam, atau dalam sistem matrik sejauh 4.83 kilometer per jam. Kalau diperhaluskan lagi, untuk setiap 1 kilometer purata kelajuan (pace) brisk walk antara 12-13 minit.

Huuuu....

Saya ni, kerap juga brisk walk bersama awek kesayangan dunia akhirat. Setakat ni masih istiq...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 29, 2021 17:00

September 28, 2021

Satu Seni Memilih Buku Seterusnya Untuk Dibaca

"Abah rekemen sikit buku yang menarik nak dibaca."

"Aik? Bukan tadi baca buku Tulang-tulang Berserakan?"

"Bosan."

Saya menjeling kepada permaisuri hati yang berlesung pipit di pipi kanan. Buku hebat macam tu kata dia bosan? Betul lah, selera membaca tak akan sama antara manusia, walaupun isteri sendiri.

Sebenarnya, saya pun baru saja melepasi fasa yang sama. Masalah biasa bagi pembaca buku, saya kira. Memilih buku untuk dibaca seterusnya ada satu misteri yang menuntut keberanian un...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2021 17:00

September 27, 2021

OOTD Di Pantai Penunjuk, Terengganu

Selesai ber OOTD di Pantai Kemasik, kami teruskan perjalanan ke Kuantan, Pahang. Sebelum tu, saya sempat lagi mencari lokasi menarik untuk kami singgah dan kami terjumpa satu lagi pantai yang tak pernah saya dengar sebelum ni.

Pantai Penunjuk di Kijal.

Oleh kerana masa masih banyak, kami terus saja mengikut arah yang ditunjuk oleh Google Map. Memang langsung tak tahu apa yang ada di sini.

Dari jalan utama, kami kemudian masuk ke kawasan perumahan (kampung) dan akhirnya tembus ke pan...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2021 17:00

September 26, 2021

Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan

Dipandang sekali lalu, tidak ada apa yang menarik. 

Mungkin.

Tapi, kalau benar-benar diteliti dan diamati, melihat titisan embun ini tak pernah menjemukan. Terutamanya waktu pagi, atau sebaik saja matahari mula menebarkan cahaya. Terasa segar dan mendamaikan.

Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan Titisan Embun Yang Tak Pernah Jemu Mengkhayalkan
Masya-Allah. Tabarakallah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2021 17:00

September 25, 2021

Menyambut Matahari Pagi Di Jambatan Kuala Muda, Langkawi

Balik ke Langkawi bulan 12 dulu, rutin pagi saya dan isteri ialah merayau mencari sarapan. Alang-alang, sempat juga kami singgah ke beberapa tempat untuk menikmati pagi di Langkawi.

Satu pagi, kami singgah ke jambatan Kuala Muda, berhampiran Kuala Teriang. Ada satu hotel di situ, tapi saya lupa namanya.

Pemandangan di sini cantik sekali. Agaknya itulah sebab jambatan ini agak tinggi dan ada ruangan untuk parkir kereta. Boleh berhenti tanpa menghalang lalu lintas.

Menyambut Matahari Pagi Di Jambatan Kuala Muda, Langkawi Menyambut Matahari Pagi Di Jambatan Kuala Muda, Langkawi

Di sebelah...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2021 17:00

September 24, 2021

[Ulasan Buku] Penulis Yang Disayang Tuhan (oleh Bahruddin Bekri)

1/
Penulis bagaimana yang disayang tuhan? Tentulah, penulis yang mencari keredhaan tuhan dan patuh kepada kesukaan tuhan.

2/
Bahruddin Bekri (BB) berkongsi kisah kegagalan seorang penulis bernama Usamah, dan kemudian dibimbing semula untuk menjadi penulis yang baik (sudah semestinya disayangi tuhan) oleh seorang penulis berpengalaman.

3/
Untuk mengenali diri, Usamah dibawa mengembara dan berkenalan dengan penulis-penulis yang melalui pengalaman hidup penuh pengajaran.

4/
Kisa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2021 17:00

September 23, 2021

10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos

Tambi, ada peminatnya di dunia media sosial saya. Taklah ramai, tapi ada. Eheh! Saya suka berkongsi gambar makhluk berbulu ini disertakan dengan cerita-cerita santai.

Hari ni, genap sudah 2 minggu saya "berpuasa" FB, maka 14 hari jugalah tiada cerita Tambi yang saya kongsikan.  

Entah betul Tambi ada peminat, tak tahu lah.

Kita kongsikan saja gambar-gambar sang pengokak ulung dari Gombak ini sepanjang Ogos 2021.

10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos 10 Wajah Tambi Di Bulan Ogos
Dua gambar terakhir tu, gambar bukan Julai. Tak cu...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2021 17:00

Selamat Ulang Tahun Ke-44, Sharulnizam

23 September 1977, jam 11.39 malam bertempat di Hospital Besar Kuala Lumpur lahirlah seorang Sharulnizam ke muka bumi ini.

Alhamdulillah, sihat walafiat.

Hari ini (jika dipanjangkan umur) genaplah usia saya 44 tahun.

Tua dah.

Patut sudah banyak menambah amal kerana semakin dekat dengan tarikh kematian.  Dosa yang sedar dan tanpa sedar mengikut rapat dari belakang, ketika masih bertatih menambah amal.

Tidak banyak yang dipohon untuk ulang tahun kelahiran ini.

Mak abah yang diberi kesihata...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 23, 2021 08:39

September 21, 2021

OOTD Di Pantai Kemasik, Terengganu

Tahun 2014, saya ke Terengganu beramai-ramai dengan keluarga dan adik-beradik. Dalam perjalanan, kami singgah untuk menunaikan solat Jumaat di sebuah masjid.

Kemudian hari barulah saya tahu lokasi singgahan kami tu namanya Pantai Kemasik, Terengganu. Belum jauh pun dari sempadan Pahang.

Tahun 2020, sekali lagi kami singgah di pantai ini. Waktu tu sebenarnya kami mahu ke Kuantan, tapi sengaja lajak ke Kemaman, Terengganu untuk merasa memandu di LPT II. Sampai Kemaman, kami patah balik...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2021 17:00

September 20, 2021

10 + 1 Kenangan Ketika Belajar Di MRSM Muar

Tempoh hari dalam FB Group MRSM Confession (ya, saya terjebak) ada buat beberapa pertandingan entri. Group ni agak aktif, jadi keluar macam-macam cerita. Seronok. Majoriti pula geng-geng yang kini sudah beranak bercucu, jadi megimbau kenangan betul.

Saya pun akhirnya turut ambil bahaguan. Dan kemudian membuat satu entri melankolia tentang pengalaman kecil selama dua tahun di MRSM Muar.

Ini perkongsian saya.


#1
Tak pernah terpikir nak ke MRSM Muo. Waktu isi borang pilih semua pantai...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 20, 2021 17:00