Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 18
January 24, 2022
Let's Go To Zoo Melaka, There's Lots Of Things To Do
Semenjak tahu sempadan negeri sudah dibuka, Hafiz entah berapa kali buat permintaan untuk ke zoo. Kali terakhir kami ke Zoo Negara pada tahun 2018. Usia Hafiz baru 5 tahun waktu tu, jadi tak banyak lah yang dia ingat.
Zoo Negara ni pun, "masalah"nya luas sangat. Jenuh nak keliling dan kejar waktu persembahan antara satu tempat ke tempat yang lain. Lagipun harga tiket agak memeningkan poket. Kali terakhir kunjungan kami kalau tak silap harganya sekitar RM49....Let's Go To The Zoo Melaka, There's Lots Of Things To Do
Semenjak tahu sempadan negeri sudah dibuka, Hafiz entah berapa kali buat permintaan untuk ke zoo. Kali terakhir kami ke Zoo Negara pada tahun 2018. Usia Hafiz baru 5 tahun waktu tu, jadi tak banyak lah yang dia ingat.
Zoo Negara ni pun, "masalah"nya luas sangat. Jenuh nak keliling dan kejar waktu persembahan antara satu tempat ke tempat yang lain. Lagipun harga tiket agak memeningkan poket. Kali terakhir kunjungan kami kalau tak silap harganya sekitar RM49....January 22, 2022
Mengimbau Kenangan Di Kedai Gunting Rambut Uncle Siva
Saya dah jadi pelanggan Uncle Siva lebih 20 tahun dah rasanya. Dari zaman ayah kepada uncle Siva masih hidup dan ada pekerja, sampailah hari ni masih setia walaupun Uncle Siva sekarang berkerja seorang diri.
Nak datang kalau malas menunggu, telefon saja dulu buat "booking".
Kemudian saya bawa Haris. Lepas dia dah ada barber kegemaran sendiri, giliran Hafiz pula saya bawa ke kedai ni. Entah 5 tahun lagi, Hafiz pun ada pilihan lain agaknya.
Abah? Abah kekal dengan Uncle Siva. Sudah s...
January 20, 2022
Kata-kata Andrea Hirata
Saya ambil beberapa keping gambar di laman, bermain dengan cahaya petang yang mempesona mata. Cantik. Saya khayal. Rakaman kamera menghasilkan moment yang saya suka.
Benarlah.
Cahaya dan kamera saling memerlukan, dan cahaya juga bisa memberi hidup dalam sekeping gambar yang dirakam.
Saya mahu mencipta kata-kata indah untuk diiringkan dengan hasil jepretan yang tak seberapa. Namun seorang Sharulnizam masih kekok untuk melirikkan sebaris puisi.
Untuk itu, saya pinjam saja kata-kat...
January 18, 2022
Mencari Siput Tukui Di Pantai Pasir Tengkorak, Langkawi
Hari kedua kami di Langkawi, acara wajib balik kampung ialah mandi laut. Memang dah menjadi "benchmark" yang tinggi untuk kami anak-beranak, tak ada pantai lain yang lebih menarik untuk berkelah di tanah Semenanjung ini melainkan Pantai Pasir Tengkorak.
Daripada anak seorang sampailah empat, tak pernah jemu kami menikmati suasana pantai yang sangat menenangkan ini. Kalau kena pada hari dan musim, warna biru laut bergabung dengan langit dan pasir putih yang bersih.
Asyik.
Boi, pant...
January 16, 2022
[Ulasan Buku] Conquering Everest (Oleh Azim Afif)
CONQUERING EVEREST (Do Or Die Mission)Oleh Azim AfifTerbitan Kasi Terbit
1. Saya tak tahu ada rakyat Malaysia yang pernah mendaki Gunung Everest (dan sampai ke puncak) selain daripada beberapa orang yang pertama beberapa (puluh?) tahun yang lepas. Waktu itu banyak liputan akhbar dan berita. Saya lupa namanya.
2. Penghujung tahun 2021, saya terjumpa buku ini dan sekarang saya baru tahu ada rakyat Malaysia yang lain berjaya sampai ke puncak.
3. Tahniah Azim Afif dan Farul Adib m...
January 15, 2022
Trekking Ke Taman Tugu Trail Kuala Lumpur Bersama Keluarga
Taman Tugu Trail ni sudah beberapa kali saya sampai, dan hujung minggu yang lepas (9 Jan 22) saya ke sana sekali bersama Cik Milah dan Hafiz. Anak-anak yang lain ada yang nak siapkan tugasan, ada yang kelas online. Jadi kami bertiga saja pagi tu.
Permulaan yang baik untuk tahun 2022.
Kami sampai awal, jadi tak ada masalah untuk dapatkan ruangan parking.
Sebaik bersedia kami teruskan saja langkah meneroka hutan kecil di tengah-tengah Kuala Lumpur ini. Hutan yang menjadi nadi dan mem...
January 13, 2022
Luahan Kecil Tentang Travel
Ada yang bertanya, ke mana destinasi terbaik kalau pertama kali mahu melancong ke luar negara?
Ada yang menjawab, eloklah ke Mekah dan Madinah.
Ada yang trigerred, katanya biarlah orang nak pergi ke mana pun. Tak semestinya pergi ke negara lain dulu kita tak ada niat mahu ke sana.
Kemudian bergaduhlah netizen, seperti biasa.
Sebenarnya, saya ok saja dengan saranan untuk pergi ke Mekah dan Madinah dulu. Dan memang itu pun impian saya. Sudah saya tanamkan azam, sebelum travel ke mana-m...
January 11, 2022
Itinerari Percutian 6 Hari 5 Malam Di Pulau Langkawi
Saya tak kongsikan kos sebab tak catat sepenuhnya. Nanti kalau ada, saya kemaskini.
Untuk hari pertama tu boleh skip, lebih kepada catatan perjalanan hari pertama yang panjang.
Semoga bermanfaat.








Semoga bermanfaat.
January 3, 2022
Singgah Solat Sunat Di Masjid Sri Sendayan, Negeri Sembilan
Sudah lama berangan-angan mahu singgah ke Masjid Sri Sendayan semenjak kecoh orang kongsikan beberapa tahun lepas. Peluang datang bila kami ke Port Dickson, dalam perjalanan balik ke Gombak kami transit sebentar ke masjid yang diwakafkan oleh seorang jutawan tanah air.
Masya-Allah.
Besar dan cantik masjid ni. Menjejak kaki ke ruangan solat, terus terimbau kenangan solat Subuh di Masjid Biru, Turki. Ukiran-ukiran di langit masjid yang mempesona, dan saiz yang besar memang buat mata ...