Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 19
January 1, 2022
Percutian 2H1M Di Garden Pool Villa, Grand Lexis Port Dickson, Negeri Sembilan
Sebenarnya semalam kami sekeluarga bercuti ke Grand Lexis, Port Dickson. Baucer ni beli sejak bulan Jun 2020, baru semalam dapat digunakan selepas segala mak nenek PKP.
Ok lah tu. Terus dapat percutian dua tahun. Kah kah kah!
Konon, lepas bermalam di sini nak terus ke Johor hantar awek JB balik sekolah. Sekali tarikh masuk sekolah ditunda, terbaru katanya PDPR saja sampai habis semester. Terus checkout sampai ke minit akhir.
Puas hati jugalah dapat ke sini. Pertama kali kami dapat ...
November 29, 2021
Kayuhan Basikal Foldie Keliling Putrajaya #2 (10 KM)
Saya bersahabat dengan Bampid sekitar tahun 2018, rasanyalah. Bermula dengan perkenalan di Facebook membawa ke alam realiti. Puncanya, kami dalam kelompok kaki travel yang sama. Bampid lebih "otai", kerap membawa rombongan ke Jepun untuk tujuan kembara. Tahun 2018 saya sudah nekad mahu ke Hokkaido bersama Bampid, tapi akhirnya saya ke Scotland.
Sampai hari ni, hajat saya mahu menikmati musim luruh di Jepun masih belum kesampaian.
Persahabatan kami masih terus. Tak terhenti wala...
November 17, 2021
Takwim Cuti Sekolah Malaysia Tahun 2022
Kementerian Pendidikan Malaysia dah keluarkan takwim cuti sekolah bagi sesi 2022. Takwim penting untuk semua orang, terutamanya ibu bapa dengan anak-anak yang masih bersekolah. Ya lah, dengan takwin ni boleh lah merancang segala macam aktiviti yang nak dibuat sepanjang tahun.
Long Weekend
Terima kasihlah kepada yang rajin buatkan senarai hujung minggu yang panjang ni. Sangat penting bagi mereka yang suka travel.







Sumber; Kementerian Pen...
November 16, 2021
Lalat Bukan Seekor, Bunga Bukan Sekuntum
Petang semalam, saja cuba-cuba asah mata main dengan lensbong. Geram jadinya kebelakangan ni mata sudah semakin kabur. Bila ambil gambar, tak pasti blur atau tidak. Muat turun ke dalam laptop/tablet barulah jelas nampak.
Banyak yang blur.
Sedih.
Bahaya kalau main dengan prime lens. Kita ingat yang belakang tu bokeh, rupanya dengan subjek pun bokeh. Adoi!
Main lensbong ni, ok lagi sebab skrin telefon cukup besar untuk nampak blur atau tak. Yang jadi masalah, tangan bergoyang bila n...
November 15, 2021
Panggilan Telefon Yang Merosakkan Mood
Pagi tadi saya dapat satu panggilan yang bermula dengan ayat standard, "...boleh saya bercakap dengan Encik Sharulnizam..."
Orangnya mahu menjual insurans. Selalunya cepat saja saya katakan tak berminat. Tapi tadi saya layan juga, sebab entah kenapa suara dia bernada sedih. Saya dengar juga apa yang ditawarkan, semuanya Insya-allah sudah dicover oleh takaful saya.
Nampak gaya, perbualan perlu ditamatkan.
"Takpe lah ya. Saya dah ada takaful."
"Bagus encik dah ada. Tapi boleh saya terang...
November 10, 2021
Hujan Bulan November
Sudah tibalah akhirnya musim itu. Musim butir-butir air yang dikelek awan hitam dari timur ke barat, utara ke selatan lalu dilepas bebas jatuh berderai ke atas tanah yang bertuah ini.
Hujan itu rahmat. Ada kebaikan, ada juga kemusnahan. Sudah jadi aturan alam.





November 7, 2021
Seafood Segar Di Restoran Nelayan Langkawi
Malam terakhir di Langkawi tahun lepas, kami keluar ke Restoran Nelayan Bukit Malut, Langkawi untuk makan malam. Kami sampai agak awal, sekitar jam 6 petang. Orang masih belum ramai, jadi mudah untuk kami buat pesanan dan mencari tempat duduk.
Kami dah lama amalkan makan malam sebelum Maghrib. Nak jaga perut katanya. Heh!
Prosesnya sama saja di mana-mana kedai makan seafood. Pertama sekali mestilah memilih lauk pauk yang diidamkan. Memang juling mata melihat ikan, udang, sotong...
November 5, 2021
Joggingting Di Taman Tasik Titiwangsa
Asalnya pagi tu kami mahu ke Taman Tugu, tapi minit akhir kami tukar rancangan, terus menuju ke Taman Tasik Titiwangsa. Jam masih belum masuk 7 pagi, dan ruang parkir masih banyak yang kosong.
Yeay! Alhamdulillah.
Pagi tu (Ahad, 31 Oktober 2021) hanya kami berdua yang gigih mahu mengeluarkan peluh di taman. Anak-anak tinggal di rumah melayan mata selepas Subuh.
Kami sebenarnya agak blur, Titiwangsa ni boleh ke tidak dikunjungi orang awam? Semenjak dibuka semula selepas sekian lam...
Satu Tengah Hari Di Hospital Sik
Saya menatal skrin melihat gambar-gambar lama anak-anak permata hati kami melalui aplikasi Google Photos, tanpa sedar terbawa jauh ke bulan Julai 2011.
Ketika itu kami ke Sik, Kedah menziarahi adik ipar di hospital yang baru melahirkan anak kedua. Keluarga saya masih berlima waktu itu, dengan Avanza saya memandu jauh bersama dengan kedua ibu bapa saya.
Biasalah.
Di hospital mana boleh anak-anak berkeliaran bebas. Bergilir dengan isteri, kami menjaga anak-anak di luar kawasan wad....
November 2, 2021
Jangan Memakbulkan Amal Sendiri
Ada beberapa perkongsian yang saya diterima baik melalui FB, mahupun Whatsapp. Selalunya perkongsian ini akan "bertindan", content yang sama.
Pagi ini, saya tergerak hati untuk kongsikan pula catatan ini di blog.
JANGAN ME'MAKBUL'KAN AMAL SENDIRI
1. Berhentilah me'makbul'kan amalan diri sendiri di media sosial. Contohnya: "Saya bersedekah RM 3.00, Allah bayar cash, RM 3,000.00." Ataupun: "Saya solat dhuha setiap hari dan setiap hari itulah rezeki saya mudah."
2. Banyak ...