Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 16
April 19, 2022
Syafakillah, Adik Hanis!
Yang cuba dijauhi, mendekat juga.
Allahuakbar.
Adik Hanis disahkan dijangkiti Covid-19 pagi semalam. Entah dari mana munculnya, tahu-tahu sudah perit tekak dan batuk. Demam tak ada. Kini adik dikuarantin bersama-sama beberapa Srikandi yang lain.
Kesian anak abah.
Mendengar berita disampaikan umi pagi tadi, terus mahu ke Johor. Sudah terpisah beratus kilometer, sekarang ditimpa sakit pula. Dalam bulan Ramadan yang semakin menghampiri penghujung. Mujur ...
April 11, 2022
[Ulasan Buku] Leaving Microsoft To Change The World (oleh John Wood)
1/
Buku setebal 468 muka surat ini adalah edisi terjemahan terbitan Jejak Tarbiah. Terjemahan yang baik. Ada juga dua tiga ayat yang sedikit ganjil dan kesalahan ejaan, tapi tak mencacatkan pembacaan secara keseluruhan. Gaya penceritaan pun menarik, tak membosankan. Seperti novel yang baik, kita seolah-olah berada bersama penulis yang ligat ke sana ke sini.
2/
Buku ini catatan John Wood, lelaki yang bersemangat waja mahu mengubah dunia (pendidikan) di negara-negara miskin dan mem...
April 5, 2022
Peristiwa-peristiwa Bulan April 2022
April 2022 ada beberapa peristiwa untuk dicatatkan sebagai kenangan.
Sempadan negara dibuka sepenuhnya. Solat jemaah di masjid dan surau boleh rapat. Kanak-kanak juga sudah boleh hadir.Boleh keluar duit KWSP untuk pengeluaran khas RM 10,000. Abang Haris akhirnya melapor diri ke UMP selepas satu semester hanya di rumah. Ramadan bermula pada 3 April. Adik Hanis balik ke asrama untuk pembelajaran secara bersemuka. Kakak Hanim juga sudah mula ke kelas.
Kenangan.
Masya-A...
March 30, 2022
[Ulasan Buku] Tentang Kamu (Oleh Tere Liye)
1/
Apa lagi yang mahu saya katakan dengan Tere Liye? Beliau memang seorang penulis yang sangat bijak dan bertanggungjawab. Menulis memang satu perkara yang serius buat beliau, dan bukan sekadar melepaskan betok di tangga.
2/
"Tentang Kamu" adalah cerita melalui kaca mata Zaman Zulkarnaen yang berlangsung hanya 10 hari (kalau tak silap). Tapi cerita dalam cerita beliau, ada kisah Sri Ningsih yang membawa kita mengembara jauh dari tahun 1946 sehingga hari ini.
3/
Kisah Sri Ningsih sungg...
March 27, 2022
Percutian Keluarga 3H2M Di Wadi Amna, Janda Baik. Pengalaman Yang Mengujakan.
Asalnya kami merancang mahu ke Kelantan dan Terengganu cuti sekolah yang lepas. Natijah daripada keputusan yang tertangguh, kami beruntung tak jadi ke sana disebabkan bencana banjir yang melanda. Kemudian kami cuba pula mahu ke Cameron Highlands, pun tertangguh dan berita-berita tanah runtuh pula menyusul.
Allahuakhbar.
Akhir sekali kami ambil keputusan mahu ke Janda Baik saja. Paling dekat dan sudah biasa. Cuma kami mahu mencari tempat lain, bukan lagi Danau Daun Chalet dan bukan...
March 24, 2022
Bergurau Senda Dengan Lembu Dan Kambing Di Desa Dairy Farm, Kundasang
Hari terakhir di Kundasang, kami mengucapkan selamat tinggal dari Desa Dairy Farm yang terkenal dan digelar sebagai "New Zealand Malaysia". Saya tak tahu apa yang "New Zealand" tentang tempat ini, sebab saya sendiri belum pernah sampai ke negara Kiwi itu. Kalau disebabkan lembu yang bertompok hitam putih, di India pun ada. Kalau disebabkan kawasan tanah tinggi dengan padang rumput yang luas, India pun ada juga.
Hahahaha!
Saja nak provoke.
Saya tak gemar sangat dengan perbandingan tan...
March 18, 2022
Hafiz Masuk Jawi
Sehari selepas balik dari bercuti di Janda Baik, Pahang terus saja kami bawa sibongsu ke klinik untuk berkhatan. Rancangan minit akhir. Lepas dapat persetujuan tuan punya bebird, tempahan pun dibuat.
Isnin, 7 Mac 2022.
Bertempat di Klinik Sulaiman, Greenwood dan bayaran sebanyak RM230, Hafiz pun melangkah ke alam baru sebagai 'lelaki dewasa'.
Tak ada sok sek menangis pun, kecuali selepas bius sudah mula hilangkan kesan. Itupun sekejap saja. Balik rumah, baring, dah ok. Hari ketiga ...
March 10, 2022
Wajah Si Tambi Di Bulan Januari Dan Februari
Bila teringat, barulah si Tambi kesayangan jadi sasaran bidikan kamera.
Ini beberapa keping yang sempat diambil sepanjang Januari dan Februari.








March 7, 2022
Mengutip Kenangan Lalu Di Pasar Seni aka Central Market, Kuala Lumpur
27 Februari 2022.
Pesta buku di Pasar Seni.
Dari stesen LRT Gombak, saya turun di stesen Masjid Jamek, kemudian berjalan kaki mengikut sisi sungai Gombak yang bergabung dengan Sungai Kelang. Tak sampai 600 meter, saya sampai di pintu belakang Central Market.
Melangkah masuk, nostalgia tahun 90-an pun menggamit.
Dari segi susun atur, tak banyak berbeza. Sama saja sewaktu kali akhir saya ke sini. Perbezaan yang ketara ialah suasana sudah tak meriah seperti dulu. Banyak kedai yang tak b...
February 28, 2022
Apa Ertinya Sekeping Gambar?
Ada sahabat bertanya, pernah tak saya sertai mana-mana pertandingan fotografi? Dia teruja melihat gelagat saya yang sakan beraksi merakam gambar sewaktu kami keluar bersama.
Dia bukan orang pertama yang bertanya begitu.
Saya katakan, ya, saya pernah.
Tapi taklah bersungguh-sungguh. Lebih kepada suka-suka. Kalau kena temanya dan saya ada gambarnya, dan ada pula semangatnya, saya hantarlah.
Dalam hal fotografi ni, saya sedikit sensitif apabila gambar saya dihakimi orang yang saya tidak...