Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 13
August 12, 2022
Rama-rama, Serangga Dan Bunga
Seperti biasa, saya merayau-rayau di laman rumah atau pun sepanjang lorong mencari subjek yang boleh dijadikan modal bergambar.
Rezeki hari tu, ada pula rama-rama kecil sesat di semak berhampiran rumah. Kerjasama pun terbaik, siap tayang lagi kepak yang cantik.
Gambar diambil menggunakan Olympus OMD EM10 Mark II, dan lens 45mm F1.8 dan juga 12-40mm F2.8 Pro.
Editing sepenuhnya dengan Adobe Lightroom.














August 11, 2022
Ultraman Nexus
Saya cuba kembali melakukan aktiviti yang memberikan kebahagiaan diri. Yang utama, tentulah fotografi. Saya sehingga hari ini masih belum pasti apakah genre yang menjadi identiti. Asal "cantik", cukup lah.
Cantik ikut mata saya.
Semalam matahari pagi sangat cantik. Silauan sinar yang tembus di balik daun pokok bunga Kertas di laman rumah menimbulkan mood saya untuk merakamkan gambar. Tapi subjek utama saya, Siti Nur Tambirina entah di mana tidur melayan mata.
Maka saya selongkar...
August 10, 2022
Dompet Dragon Ball (Son Goku) Untuk Hafiz
Dompet.
Nampak kawan sekolah rendah kongsikan hasil kerja di FB, terus berkenan nak tempah satu untuk si bongsu. Bila dia tunjuk kain untuk dipilih, nampak Son Goku. Terus tempah tanpa ragu.
Melihat dia excited membuka hadiah aka kejutan tadi, abah seronok betul. Berseri-seri muka dengan senyuman paling manis. Menggembirakan yang tersayang tu, salah satu cara gembirakan diri sendiri.
Abah happy!






*Kawan yang buat ni tak share kerja dia to public. Ada kat FB saja, ...
August 6, 2022
Fight!
Sebaik menurunkan adik Hanis ke asrama, kami pun bersalaman untuk berpisah. Sebaik pipi dan ubun kepala dicium, adik hulurkan saya sekeping kertas sticky note yang berlipat.
"Nanti abah baca, bukan sekarang!"
Kemudian adik pun berlalu kembali ke blok Fatimah.
Perlahan-lahan saya buka kertas kecil berwarna biru tu.

Allahu.
Hanya satu perkataan tetapi memberikan sejuta semangat untuk abah.
Terima kasih, adik.
Insya-allah, kita lawan!
August 2, 2022
Ciri-ciri Kemurungan (Depression) Dan Anxiety
Ada beza antara kesedihan dan kemurungan. Tapi kesedihan adalah antara yang boleh membawa kepada kemurungan. Bagi orang yang kurang faham, sedih dan murung dianggap perkara yang sama. Walhal, kemurungan sangat merbahaya kalau dibiarkan tanpa rawatan yang berkaitan.
Semenjak kebelakangan ini, bilangan individu yang mengidap kemurungan semakin bertambah. Tuntutan hidup, gaya hidup, masalah di tempat kerja antara punca yang membawa kepada depression.
Yang membimbangkan, kita tak tak...
July 31, 2022
Meletak Harapan Pada 1444H Dan Sinar Ogos
Saat ini, ada warna kelam yang menyelubungi bumbung hidup saya. Ada gumpalan perasaan yang menyesak dada, lalu menjerat akal ke lubuk dalam yang gelap.
Saya teruji.
Saya terkapai-kapai mencari jalan untuk timbul ke permukaan.
Doakan.

July 29, 2022
10 Keping Potret Sang Tambi Bulan Mei 2022
July 28, 2022
Bagaimana Mahu Mengubah Gaya Penulisan Bahasa Melayu Kepada Yang Lebih Baik?
Semasa saya mula menulis blog sekitar tahun 2000 dulu, bahasanya sangatlah 'hauk' bak kata orang sekarang. Tunggang-langgang daripada segi penggunaan tatabahasa, termasuklah pemilihan perkataan. Boleh tengok antara entri yang masih saya simpan (masa nak jemput orang datang kenduri kahwin saya dulu); Ops Talipon katanya.
Kah kah kah!
Hancur luluh perasaan cikgu Bahasa Melayu kalau baca karangan merapu saya tu.
Kemudian dunia diperkenalkan dengan media sosial, dipendekkan cerita say...
July 12, 2022
Suasana Malam Di Laman Teruntum, Kuantan
Sudah beberapa kali kami ke Kuantan kebelakangan ni, dan nampak gaya dalam tempoh setahun dua lagi memang Kuantan akan jadi persinggahan kami sekeluarga. Hotel Sentral Kuantan pun sudah jadi pilihan disebabkan lokasinya yang strategik.
Ada banyak tarikan pelancongan terletak berhampiran dengan Hotel Sentral Kuantan, salah satunya Laman Teruntum. Mungkin kurang mesra pada pendengaran kita nama Laman Teruntum tu, tapi kalau kita sebut Menara Kuantan atau Menara 188, rasanya ramai y...
July 10, 2022
Anak-anak Bulu
"Assalamualaikum. Kalau ada sesiapa nampak anak kucing ni, bagitau ya."
Hari tu dalam group WA lorong rumah saya, ada yang menghantar mesej kehilangan kucing. Saya tengok gambar yang dikongsi, eh, ini anak kucing yang saya jumpa hari sebelumnya. Gambarnya ada saya kongsikan di Facebook.
Keesokan hari memang saya cari juga. Tak puas bergambar sebelum tu, nak cuba lagi. Tapi tak jumpa. Tahu-tahu dah dapat mesej kehilangan.
Aduh! Hilang semua pula tu. Empat ekor. Comel-comel gebu-gebu. Entah ke man...