Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 11

September 15, 2022

Selamat Hari Malaysia!

Malaysia ditubuhkan pada tahun 1963, dengan gabungan Semenanjung (Tanah Melayu), Sabah, Sarawak dan Singapura. Namun Singapura keluar daripada kesatuan ini pada tahun 1965.

Malaysia masih muda. 59 tahun. Tapi adat budayanya sudah wujud sekian lama. Sudah ada jati diri, namun penjajahan yang merubah sempadan negara.

Jaga agama. Jaga budaya.

Sayangi negara. Cintai Malaysia.

Semoga terus gemilang, tanah airku.

Selamat Hari Malaysia Selamat Hari Malaysia Selamat Hari Malaysia
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2022 17:00

September 14, 2022

Matahari Terbenam Di Tanjung Biru, Port Dickson

Kalau ke tepi pantai, rebut dua peluang ni kalau dapat. Satu, matahari terbit. Satu lagi waktu matahari terbenam. Saya bukanlah orang yang sukakan pantai, tapi bila dapat berada dalam dua situasi ini sayalah orang yang paling angau di dunia.

Kita kena tahulah, pantai yang kita pergi tu di sebelah mana. Kalau di Semenanjung Malaysia, tentulah terbit di pantai timur dan tenggelam di pantai barat.

Jadi sewaktu ke Tanjung Biru bercuti baru-baru ni, saya memang dah aim untuk ambil g...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 14, 2022 17:00

September 13, 2022

Floria DiRaja Putrajaya 2022

Sabtu lepas (10 September) saya dan isteri menghantar anak ketiga kami ke Putrajaya. Cuti sekolah dah habis, masa untuk pulang ke sarang. Alhamdulillah ada ibu bapa yang sanggup menguruskan pengangkutan balik ke Johor dengan bas. Tak perlu kami memandu jauh dah untuk hantar Hanis balik ke asrama.

Selesai urusan, kami terus menghala ke Floria DiRaja Putrajaya 2022, tak jauh pun dari Masjid Besi. Cuma parking agak jauh. 

Masuk adalah percuma, setelah berbanding beberapa hari sebelum ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2022 17:00

September 12, 2022

Percutian 2H1M Ke Ipoh, Perak (Itinerari)

Terima kasih kepada Nyut Yam dan Nyut Sen yang menyambut seruan saya untuk bercuti ke Ipoh, Perak. Percutian ni, agak spontan. Idea dicadangkan lebih kurang seminggu sebelum tarikh pergi, hotel ditempah dua hari sebelum berangkat. Selamba. Kata traveller tegar, takkan tak lepas setakat nak pergi Ipoh? Heh!

Sebenarnya saya pun tak tahu mana yang boleh dituju kalau ke Ipoh, sebab bagi saya Ipoh adalah bandar yang tak jauh berbeza dengan bandar-bandar utama di Malaysia. Sudahnya saya c...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 12, 2022 17:00

September 11, 2022

Singgah Ke Sarang Art Hub Untuk 3 Keping Lempeng Kelapa

Dari Anuar Rusa Steak House, kami memandu sekitar 30 minit menuju destinasi terakhir Ipoh Trip kami ini. Di Tanjung Malim, kami membelok ke pekan utama mencari Sarang Art Hub, sebuab kafe peninggalan almarhum Mamat Khalid.

Rasanya semua orang kenal sutradara berbakat ini. Kalau pun tidak kenal beliau secara individu, hasil karya beliau memang sudah 'melekat' dalam memori rakyat Malaysia.

Zombie Kampung Pisang, Hantu Kak Limah Balik Rumah, Man Laksa, Rombongan Cik Kiah Ke Sukan ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 11, 2022 17:00

September 10, 2022

Meratah Daging Rusa Di Felda Gedangsa, Behrang

"Nak makan daging rusa tak?"

Tanya Nyut Yam. Nyut Sen menurut saja. Nyut Rul? 

Saya bukanlah foodie, entah apa namanya dalam bahasa Melayu. Pemburu makan? Bagi saya makanan hanyalah makanan. Kalau sedap kena dengan selera, saya makan saja. Istilah makanan viral bagai tak terdaftar dalam nafsu.

Daging rusa?

Saya tak ingat sama ada saya pernah makan daging haiwan hutan ini atau tidak. Macam pernah, tapi tak ingat di mana. Rasanya bagaimana pun sudah hilang dalam memori. Lagipun, rusa buka...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 10, 2022 17:00

September 9, 2022

Menempuh Gua Untuk Ke Tasik Cermin, Gunung Rapat Di Ipoh

Lokasi Tasik Cermin ni tak jauh pun dari Taman Qing Xin Ling. Cuma kami tak berkesempatan ke sana pada hari pertama disebabkan masa agak suntuk. Untuk makluman, waktu operasi Tasik Cermin ni bermula jam 9.00 pagi dan ditutup pada jam 5.00 petang.

Seperti biasa, kami ke sana memang berpandukan Google Map. Cari saja kata kunci 'Tasik Cermin', Insya-allah jumpa.

Jalan masuk masih 'mengekalkan' alam semulajadi. Tanah merah tanpa tar. Mujur hari cerah, tak dapat dibayangkan kalau hari...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 09, 2022 17:00

September 8, 2022

Meneman Suhaimi Mencari Tempurung Di Concubine Lane, Ipoh

Mungkin orang kata saya kolot.

Tapi itu pun mungkin andaian saya saja. Walhal, tindakan saya itu sebenarnya wajar. Saya sendiri yang bersangka-sangka kerana kurang keyakinan diri.

Kenapa?

Begini. Saya seperti biasa ditugaskan untuk membuat itenerari dan sekaligus menjadi kerombo (ketua rombongan) setiap kali mengembara. Baik bersama keluarga mahupun dengan kawan-kawan. Saya tak ada masalah dalam hal tu, asalkan semua setuju dan memberi pandangan/cadangan bila diperlukan.

Sama juga deng...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 08, 2022 17:00

September 4, 2022

Pasar Karat Ipoh, Asal Barang Menjadi Duit!

"Malam tadi hujan lebat, perasan tak?"

Tanya Nyut Fauzi sewaktu kami masih lagi tergolek-golek menatal telefon di atas katil selesai Subuh. Terasa macam zaman remaja di Kuala Nerang dulu. Hujung minggu adalah waktu untuk memanjakan mata. Kalau kena musimnya, suasana pagi memang sejuk. Maklumlah keliling kolej kami hutan dan ladang getah. Tapi kalau sampai musim panas, bergelimpangan lah masing-masing tidur di lantai simen bertelanjang dada. Panas tak ada ampun. Panas lit lit!

Entah ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2022 17:00

September 3, 2022

Ada Apa Di Qing Xin Ling Leisure & Cultural Village Di Ipoh, Perak?

Dalam hal mengembara, yang menjadi pilihan saya ialah tempat yang penuh kehijauan. Alam semula jadi. Saya suka dikelilingi dengan warna-warni daun, lebih daripada warna bunga. Ada pula sungai atau air terjun yang jatuh menderu, saya sudah bahagia dengan syurga kecil ini.

Hati saya akan tenang.

Saya juga suka tempat yang ada nilai sejarah. Saya selalu tertanya, bagaimana kehidupan manusia pada ketika yang sangat berbeza dengan kehidupan hari ini. Saya mahu tahu siapa dia orang bijak ...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 03, 2022 17:00