Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 7
April 24, 2023
Salam Aidilfitri 1444H
Macam biasa, kami beraya di Gombak saja. Sejak 2017, kami dah "tak ada" kampung. Memandangkan rumah mak dan abah saya hanya 800 meter saja dari rumah, manakala ayat mentua pun sudah tinggal bersama kami, semenjak itu lah istilah balik kampung sudah hilang.
Rutinnya sama.
Pagi selepas solat aidilfitri, kami berkumpul untuk sesi bermaaf-maafan dengan keluarga kecil kami. Kemudian bergambar, tak ketinggalan mesti ada si Tambi dan si Gulai.
Kemudian kami berkumpul di rumah mak b...
March 29, 2023
Gulai Di Bulan November 2022
Sekarang dah bulan Mac. Dah Ramadan pun. Puasa dah masuk hari kelapan. Blog pun dah lama tak dikemaskini.
Kita buat jalan mudah, tepek gambar-gambar sudah.
Pilihannya, tentulah yang paling banyak dalam arkib. Tak si Tambi, gambar si Gulai.
Ini koleksi gambar Gulai dalam bukan November 2022.













February 25, 2023
Bukit Chabang Mari, Perlis
"Jalan mana dia bawak ni?"
Kami memandu di kawasan kampung yang hanya boleh memuatkan sebuah kereta dalam satu-satu masa. Lorong pertama, jalan berlubang teruk. Lorong kedua, 'dihalau' oleh penduduk kampung, katanya jalan tu teruk.
Tak boleh pakai Google Map ni!
Kami pilih simpang terakhir dan akhirnya kami nampak signboard ke destinasi yang dituju;
Bukit Chabang Mari.
Macam mana saya 'jumpa' tempat ni? Sebelum ke Perlis, saya google kan 'attractions in Perlis'. Tu yang jumpa tu. Jadi...
February 24, 2023
Satu Petang Di Kuala Lumpur
Petang tu, saya menziarahi mak di hospital. Entah sudah hari ke berapa mak terlantar di Wad 3, Bilik 2, Katil 10. Saya hilang kira.
Yang berbeza hari tu, saya bawa kamera. Sebenarnya beberapa hari sebelum, saya sudah berangan-angan mahu memetik picu kamera di sana.
Bukan di hospital, tapi di Kampung Baru yang bersebelahan.
Saya jadi khayal melihat suasana petang menghampiri senja di ibu kota. Panahan matahari yang terpantul dek cermin bangunan tinggi, menebarkan rasa yang tenang.
I...
January 27, 2023
Jom Ke Wang Kelian View Point. Melihat Panorama Bumi Perlis Dari Tanah Tinggi
Dalam itinerari, kami patut bersarapan di Ngulang Kopitiam di Kangar, malang sekali kedai tutup sehingga Rabu. Bukan kami saja tadi yang hampa, dekat 6-7 kereta juga terpaksa buat u-turn.
Kami makan nasi lemak di warung berhampiran, kemudian memandu ke Wang Kelian View Point sebagai destinasi pertama di negeri Perlis yang hanya mempunyai penduduk seramai 8 orang. Kah!
Jalan lancar tanpa sebarang halangan. Beberapa kilometer terakhir, jalan berliku dan curam. Perlu memandu berhati...
January 17, 2023
Kampung Agong Di Penaga, Pulau Pinang. Suasana Desa Yang Damai Dan Cantik.
Selalu kami tengok perkongsian orang saja, kali ni dah alang-alang ke utara kami pun singgah ke tempat yang menjadi tumpuan ramai; Kampung Agong di Penaga, Pulau Pinang.
Cari saja di Google Map, Insya-allah jumpa. Bayaran masuk RM10 dewasa, RM5 kanak-kanak. Parkir kereta RM3. Ada yang kena RM5, RM10. Wallahualam.
Kawasan Kg Agong ni luas. Jenuh juga berjalan, jadi ketibas sebab kami sampai dah tengah hari. Cuma rezeki kami hari ni cuaca sangat cerah dan cantik, padi pula sedang subur berbuah....
January 14, 2023
Melihat Rumah Orang Kaya Perak Di Kota Ngah Ibrahim / Muzium Matang
Jarang saya dengar tentang Ngah Ibrahim, tokoh dari negeri Perak yang sering disebut dalam buku teks subjek Sejarah dulu. Saya pun dah lupa, apa watak dan sumbangan beliau. Hinggalah baru-baru ni kami sekeluarga singgah ke Muzium Matang, atau dikenali juga sebagai Kota Ngah Ibrahim yang terletak kira-kira 10 km dari Taiping.
Hanya kami pengunjung yang ada pada hari itu.


Kami melangkah masuk ke perkarangan muzium yang menghijau dan luas, di bawah ...
January 13, 2023
Healing Di Tepian Pantai Di Beserah, Kuantan
Terma 'healing' bukan main lagi berleluasa di kalangan anak muda. Entah dari mana datang pengaruh ni datang, perkataan 'healing' dah digunakan berlebih-lebihan.
Sebagai content creator aka blogger, kita tunggang lah selagi boleh. Kah kah kah!
Sewaktu ke Kuantan bulan Disember lepas, kami menginap di Timurbay, betul-betul di tepi pantai. Entah apa nama pantainya, saya pun tak tahu.
Konon, pagi tu kami nak rakamkan suasana matahari terbit maca di Pantai Sepat dulu, malangnya hari...
January 12, 2023
7 Keping Gulai
Tentulah, saya dan gambar-gambar kucing sudah tak dapat dipisahkan lagi. Dalam tempoh dua minggu Gulai menjadi penduduk tetap di rumah kami, gambar si bulu oren ni entah berapa keping saya rakamkan.
Lagipun, kucing pada waktu begini memang comel. Lincahnya pun boleh tahan. Nakal bukan main. Jadi seronok merakam keletah dia.
Jadi, jangkakanlah ya akan banyak lagi gambar-gambar budak kecik ni. Heh!







December 21, 2022
Fogging
Mereka jumpa 5 ekor jin, maaf, 5 ekor jintik-jintik yang sihat dan gebu di dalam pasu pokok kari Cik Milah. Orang jabatan ambil untuk buat ujian makmal, alhasil saya diperlukan membayar kompaun RM100 untuk setiap ekor jin Aedes yang saya pelihara.
Saya periksa keliling rumah kalau-kalau ada lagi bekas bertakung menjadi tempat jin menunggu. Ada dua saja. Satu di pokok kari t...