Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog
August 27, 2025
Muncul
June 9, 2025
Tragedi Grik : Berita Yang Membuatkan Dada Saya Sesak
Saya menatal skrin telefon, membaca dan menonton berita ngeri lagi memilukan — tragedi sebuah bas yang sarat dengan penumpang terlibat dalam kemalangan maut di Gerik, Perak.
Bukan sedikit yang terkorban, setakat catatan ini ditulis 15 jasad sudah tidak lagi bernyawa. Dada saya sesak. Sebak. Air mata bertakung tertahan dari jatuh. Melihat tahun kelahiran mangsa, Allah, sebaya anak-anak saya belaka.
Jeda.

Berita seperti ini bukan lagi sekadar statistik. Ia bukan hanya "satu la...
April 30, 2025
Mendaki Bukit Dinding, Wangsa Maju Dengan Penuh Drama
"Aku nak naik Bukit Dinding minggu depan. Nak ikut?"
Saya terkejut.
Terkejut sebab dah lama betul tak mendengar pelawaan untuk aktiviti mendaki. Otak di dalam jemala otomatik ligat memutar rakaman waktu, mencari kenangan mendaki yang paling terkini.
Wow! Rupanya semenjak Covid melanda dunia, aktiviti pendakian saya turut menyepi.
Patutlah gemuk.
Tiber.
Kah kah kah!
Selepas hilang rasa terkejut yang dibuat-buat itu, saya pun dengan gagah perkasa bersetuju dengan tawaran yang d...
April 25, 2025
Pilihan Resort Yang Menarik Di Taman Marin Tun Sakaran, Semporna
Taman Marin Tun Sakaran terletak di perairan Semporna, Sabah, menawarkan beberapa pilihan resort mewah sebagai penginapan pengunjung yang ingin datang bercuti. Dengan pantainya yang berpasir putih, air laut yang jernih, pengalaman menyelam dan snorkeling yang menakjubkan, serta pemandangan Laut Celebes yang memukau dari chalet di tepi pantai atau chalet atas air—semua ini sangat sempurna untuk berseronok dan merehatkan diri. Jika anda mencari penginapan yang lebih privasi, berikut...
April 19, 2025
Pasar Padang Mat Sirat Yang Mencoret Kenangan
"Jam, bawak mak pi merket sat."
Tok Leha, seperti panggilan cucu-cucunya, berpesan dari tempat duduk belakang. Saya mengangguk mengiakan, terus memandu tenang melepasi Bayas sebelum tiba ke simpang berhampiran Klinik Kesihatan Padang Mat Sirat.
Saya mengintai melalui cermin pandang belakang. Wajah mak mentua yang kelihatan penat selepas rutin hemodialisis, tak menjadikan mak lupa untuk memastikan ada makanan terhidang di rumah.
Kereta saya belokkan ke kanan, mencari tempat me...
April 17, 2025
Photoshoot Di Istana Keadilan, Putrajaya
Hari tu, saya ditugaskan untuk bermesyuarat di Istana Keadilan. Atau Istana Kehakiman. Saya pun kurang pasti yang mana satu nama yang betul. Tentulah, letaknya di Putrajaya.
Selalu, saya hanya melintas sahaja di depan bangunan ini. Tidak pernah lagi saya jejakkan kaki ke dalamnya.
Hari tu, peluang untuk saya yang pertama kali.
Teruja juga.
Mata saya melingas ke sana-sini, memerhati sudut menarik untuk saya rakamkan gambar.
Ada pula rakan-rakan sekerja yang teruja mahu bergamb...
April 15, 2025
Salam Aidilfitri 1446H
Tema burgundy.
Tema awam.
Entah siapalah yang mendefinasikan kalau warna sedondon dipakai ketika 1 Syawal, bukan hanya kita sekeluarga saja, tetapi di sana-sini meriah dengan warna yang sama dengan kau, itulah warna awam untuk tahun itu.
Macam-macam.
Lantak lah.
Yang utama, biarlah kau sedondon dengan satu Malaysia sekali pun, asalkan yang tersayang tetap saja sewarna sejiwa di pagi Aidilfitri.
Selamat hari raya, kawan.
Maaf zahir batin, dari kami penjawat tema awam 1446H.

March 20, 2025
Siti Nur Tambirina Di Bulan Ramadan 1446H
Tiba-tiba.
Tiba-tiba pada satu petang, ada rasa yang mengimbau rindu untuk bermain kamera. Picu bulat berwarna hitam itu sudah lama tidak disapa oleh hujung jari.
Segera saya keluarkan dari kotak yang mengurung kamera Olympus saya yang setia menunggu.
Saya bawa ke laman sekangkang kera.
Kemudian Siti Nur Tambirina pula datang meneman.
Dia tahu, hari ini tugasnya adalah untuk beraksi di depan lensa 50-200mm F2.8 yang saya beli daripada seorang rakan di media sosial.
Mukanya ya...
March 7, 2025
Satu Senja Di Johor Bharu
Waktu itu, hari menghampiri senja. Kami sudah siap sedia di bilik menanti Maghrib tiba. Dari tingkap yang besar, kami duduk dia memerhatikan alam yang bertukar warna.
Ada rona jingga menyebar di barat.
Matahari perlahan-lahan menghilang di balik awan, menyambung tugas di daerah bumi yang lain.
Masya-Allah.
Cantik amat bumi Johor yang berlatar belakangkan pulau Temasek.
Alhamdulillah untuk nikmat pemandangan ini.






March 3, 2025
Hitam Putih Kuala Lumpur
Pernah kau lihat Kuala Lumpur dalam warna hitam dan putih?
Itu selalu.
Ini pula, dari kamera kecilku.
Kuala Lumpur yang putih, dan hitam.
Tapi masih ada juga yang kelabu.




