Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 4

September 21, 2023

Andai Kucing Hilang Dari Dunia

Setelah berbulan-bulan, akhirnya buku ini habis saya baca!

1/
Buku ini "mudah" saja plotnya. Seorang pemuda yang sudah hampir ajalnya, tiba-tiba mendapat peluang melanjutkan usia dengan perjanjian bersama syaitan.

2/
Ini mengingatkan saya pada filem Orang Minyak, lakonan P Ramlee (Si Bongkok). Berjanji dengan syaitan untuk imbuhan duniawi. Cuma syaitan dalam cerita (buku) ini ialah syaitan yang ceria dan memakai baju warna-warni. Kah kah kah!

3/
Untuk tempoh tambahan usia...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2023 17:00

September 19, 2023

Berkelah Di Alang Sedayu, Gombak

Alang Sedayu.

Bukanlah asing bagi orang Gombak yang berusia 30 tahun ke atas. Satu waktu dulu, Alang Sedayu, Sungai Rumput dan Mimaland pernah mencapai puncak gemilang mereka.

Kini Mimaland sudah tiada. Sungai Rumput pun entah apa cerita. Yang terus mekar mengikut zaman tinggallah Alang Sedayu.

Hari tu kami berpakat empat beranak mahu berkelah di sini. Dengan bermotorsikal, kami bertolak dari rumah sekitar jam 10 pagi. Tak sampai 30 minit, kami sudah menjejak kaki ke dasar s...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 19, 2023 17:00

September 18, 2023

Bermain Dengan Cahaya Pagi

Cahaya pagi yang lembut. Waktu alam masih dingin, ada sinar mentari cuba menyelit di balik dedaun di laman rumah.

Kalau dinikmati, boleh menjadi khayal.

Tapi siapa saja yang mahu meluangkan masa merenung ciptaan Ilahi?


Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi Bermain cahaya pagi
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 18, 2023 17:00

September 16, 2023

Accessories For My Cik Divi (Honda ADV160)

Hari ni 17 September 2023, cukup sebulan umur Cik Divi saya yang merah jelita. Alhamdulillah untuk nikmat yang dipinjamkan. Saya berpuas hati dengan skuter pertama dalam hidup yang saya miliki.

Untuk pengalaman, nanti saya buat satu entri khas. Untuk entri ni, saya nak cerita hal accessories yang sudah saya pasangkan pada Cik Divi.

Honda ADV160 MalaysiaMy gorgeous Honda ADV160


Top Box 45L & Mono Rack

Sebelum Cik Divi sampai ke laman rumah lagi, saya sudah pun mencari top box yang sesuai. Baik...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 16, 2023 17:00

September 15, 2023

Pantai Senok Di Kelantan Yang Digelar Pantai Nami. Sama ke?

"Kalau ke Kelantan, cuba lah ke pantai Nami."

"Kat mana tu?"

"Cari di Google, nama Pantai Senok."

"Huuu aloh laaaa...."

Entahlah. Satu sikap yang aku tak faham dengan orang Malaysia ni suka sangat menjadikan "luar negeri" sebagai penanda aras kecantikan tanah air sendiri.

Kundasang, cantik macam New Zealand.

Monica Bay, walhal namanya Pantai Mok Nik.

Pantai Senok, bertukar menjadi Pantai Nami. Ditanda di Google Map pula tu!

Tolonglah. Nikmatilah Malaysia sebagai Malaysia. Banggalah,...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2023 17:00

September 13, 2023

Masjid Lapan Kubah Di Besut, Terengganu

Balik dari bercuti di Kelantan tempoh hari, kami menuju ke Pekan, Pahang melalui jalan persekutuan. Tidak ada apa yang mahu dikejarkan, jadi boleh lah saya selitkan beberapa tempat untuk dijadikan pesinggahan.

Yang pertama, Masjid Lapan Kubah.

Masjid ini dibina bersempena nama Kampung Lapan Kotak di daerah Besut, Terengganu. Reka bentuknya menyebabkan masjid ini mendapat jolokan sebagai Masjid Russia, kerana seni binanya seakan-akan St Basil Cathedral di Moscow.

Idea masjid ini dicetuskan oleh Dato...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 13, 2023 03:00

September 4, 2023

Menikmati Matahari Terbit Di Pantai Desaru, Johor

Usai solat Subuh, saya bersiap untuk ke pantai. Hafiz masih lagi melingkar kesejukan di atas katil, khayal entah ke dunia mana dalam tidurnya. Bergilir-gilir antara abah dan umi mengejutkan, liat benar mahu melawan lena.

Hafiz siap solat.

Dalam kegelapan pagi selatan tanah air, kami mengatur langkah menuju ke pantai yang luas.

Pantai Desaru.

Siapa sangka pada hari itu (2 September 2023), kaki yang berusia 46 tahun ini akhirnya menjejak kaki ke bumi yang hanya biasa dibaca atau didengari saja. Desaru...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 04, 2023 17:00

August 20, 2023

Honda ADV 160 Untuk Abah

Alhamdulillah.

Hajat ingin memiliki sebuah motor, menjadi kenyataan. Dimakbulkan tuhan. 

Jumaat 18 Ogos 2024, saya rasmi menjadi empunya sebuah motosikal skuter Honda ADV 160, warna merah menyala. Saat mula memulas pendikit, aspal Jalan Genting Klang menjadi saksi saya terkial-kial membawa pulang kuda merah itu.

Kebetulan, waktu itu sudah sampai untuk saya menjemput Hafiz pulang ke rumah. Jangkaan awal memang sebegitu, lalu helmet biru milik sibongsu saya bawa sedia.

Mengh...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 20, 2023 17:00

July 30, 2023

Tamu Gaya Street, Pasar Pagi Ahad Di Kota Kinabalu

Kami baru saja pulang dari Kota Kinabalu. Kakak Hanim melanjutkan pelajaran di Universiti Malaysia Sabah. Jadi sambil menghantar, sambil menyelit aktiviti berjalan-jalan.

Hari kedua dimulakan dengan membuat lawatan muhibah ke Tamu Gaya. Tamu adalah 'pasar' mengikut terjemahan buku teks. 

Dari homestay kami jaraknya mungkin tak sampai 500 meter berjalan kaki. Peluh pun tak sempat terbit.

Pasar ni hanya ada pada hari Ahad, bermula jam 7 pagi sehingga jam 1 petang. Terletak...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 30, 2023 18:30

June 26, 2023

Matahari Terbenam Di Tanjung Balau

Bila ada matahari, ada pula pantai. Dan tiba pula waktu senja.
Pemandangannya adalah suasana magis yang tak terungkap.
Di Tanjung Balau, matahari terbenam dan lautan luas bertentangan antara satu sama lain. Namun tetap memberi panorama yang memukau mata.
Apatah lagi ada kekasih di sisi.
Matahari Terbenam Di Tanjung Balau Matahari Terbenam Di Tanjung Balau Matahari Terbenam Di Tanjung Balau Matahari Terbenam Di Tanjung Balau Matahari Terbenam Di Tanjung Balau Matahari Terbenam Di Tanjung Balau Matahari Terbenam Di Tanjung Balau
Kenangan di Tanjung Balau.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 26, 2023 17:00