Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 14
July 9, 2022
Art Of Seeing (AOS322) With TKDNXV @ Petaling Street, Kuala Lumpur
Salah satu pemilihan saya tentulah orang yang mempunya hobi yang sama. Saya ada tiga akaun Instagram untuk tujuan yang berbeza.
sharulnizam.photos, untuk hobi fotografi.
sharulnizam.travel, untuk koleksi gambar travel saya. Ini sync dengan ...
June 25, 2022
[Ulasan Filem] Mat Kilau (2022)
Saya jarang menonton wayang. Kalau pergi pun, selalunya menemankan anak-anak mahu menonton filem-filem yang popular dari luar negeri (seperti Marvels) atau paling tidak, filem Upin Ipin, Boboiboy dan Ejen Ali. Filem Melayu yang terakhir saya tonton di pawagam, rasanya Hantu Kak Limah.
Kemudian beberapa minggu sebelum ni, kecoh di media sosial tentang filem Mat Kilau. Perbalahan antara keturunan Mat Kilau dengan penerbit filem yang katanya memesong fakta sejarah.
Kata pihak Mat Ki...
June 24, 2022
Bunga Burung
Entah berapa banyam entri berkaitan bunga Burung dalam blog saya ni. Ini sekali lagi saya kongsikan.
Kali ni, biar gambar saja yang berbicara. Boleh saja buat carian tentang Bunga Burung dalam blog saya ini.
Selamat menjamu mata.





June 22, 2022
Suasana Malam Di Sungai Melaka
Hujung minggu baru ni, kami empat beranak ke Melaka. Umi Hafiz ada bengkel di sana, jadi kami tumpang menyelit. Sambil-sambil tu, nak berjalan-jalan.
Hajat di hati kononnya nak selit masa juga pergi street shooting. Maklumlah kalau dah sampai Melaka ni, memang 'lubuk' bagi photographer ambil gambar.
Tapi tu lah, kalau datang dengan ahli rombongan kroni angkel Rul ni, jadi tak best pula kalau nak tinggalkan masing-masing dalam bilik terperuk macam tu saja.
Jadi, kita selit sambil-me...
June 20, 2022
3 Cara Menghilangkan Bau Durian
Musim durian dah menjelang. Gombak Truly Asia dah meriah dengan jualan raja buah ni di sana sinun. Pemantauan awal, harganya bermula dari RM15 hingga RM25 sekilo. Durian kampung. Belum nampak lagi durian kayangan.
Kami belum lagi memulakan langkah menambah kalori tahunan ni. Masih memerhati saja dari jauh.
Kebetulan pagi ni, radio IKIM berkongsi tips untuk hilangkan bau durian di dalam kereta.
June 18, 2022
[Ulasan Buku] Gunung Tambuyukon: Kembara Umpama Menganyam Kelarai
Tambuyukon, terus-terang ini pertama kali saya dengar nama gunung ni. Gunung yang ketiga tertinggi di Malaysia, selepas Kinabalu dan Trusmadi. Dan Tambuyukon ini juga di Sabah.
Saya membeli buku ini atas dua sebab; pertama sahabat saya Shamrie adalah salah seorang penulis, sekaligus turut serta dalam ekspedisi ini. Kedua, buku berkisahkan adventure pendakian gunung memang dalam koleksi saya. Dan mendaki gunung juga adalah kegemaran saya sejak dulu, walaupun setakat gunung yang tak s...
June 16, 2022
3 Cara Mudah Untuk Buat My Goal Di Maybank2u
Seperti yang saya kongsikan semalam (tips shopping buku PBAKL '23), kali ini saya tunjukkan cara buat My Goal di Maybank2u.



June 14, 2022
5 Cara Merancang Perbelanjaan 'Raya' Buku
Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) baru menutupkan tirainya semalam (12 Jun 2022). Saya sempat ke sana dua kali; pertama bersama anak-anak, yang kedua 'me time'.
Alhamdulillah, tahun ni perbelanjaan lebih terkawal dan tak memboros seperti PBAKL sebelumnya. Pemilihan buku lebih selective, hanya mengambil yang benar-benar mahu dibaca.
16 buah buku sahaja, untuk saya.
Alhamdulillah.
Jadi, sementara menunggu PBAKL 2023 datang dalam tempoh setahun lagi, kita dah boleh meranca...
June 12, 2022
April Bersama Tambi
Tambi.
Hanya Tambi yang pasrah menjadi model saya. Dia lah yang setia menemankan tiap kali saya menjinjing kamera ke laman rumah. Walau setakat memerhati dari jauh, tetaplah dia menampakkan diri.
Tentulah. Tambi yang tak suka dipeluk ini, menjadi model tanpa dipinta.
Ini. Beberapa kenangan lagi untuk tatapan masa mendatang.
April 2022.
Umur...
June 10, 2022
Kuantan Art Street, Lokasi Untuk BerOOTD Di Ibu Negeri Pahang
Kuantan bukanlah destinasi pilihan saya kalau mahu melancong, atau secara amnya, mana-mana bandar di Malaysia ni jarang menjadi pilihan utama saya untuk berjalan-jalan. Boleh buat pengecualian untuk Melaka.
Semenjak Haris sambung belajar di Pekan, sudah kerap juga kami berkunjung ke sini. Sebenarnya sebelum tu lagi sudah berulang kali menempuh LPT untuk ke Kuantan atas pelbagai urusan.
Hotel pun, hampir hotel yang sama.
Minggu lepas (5 Jun 2022) sekali lagi kami enam beranak mengina...