Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 20

November 1, 2021

Gunting Rambut; Satu Percubaan Untuk Documentary Photography

Kali terakhir rambutnya dipotong, mungkin sekitar dua bulan yang lepas. Sudah ada juntai-juntaian rambut mencucuk telinga membuatkan dia sedikit rimas. Mahu potong sendiri, prosesnya mengambil masa yang lama. Maklumlah, tukang gunting di rumah ini semuanya "profesional". Gunting rambut penuh dengan sopan santun. Tahun lepas abang Haris jadi sukarelawan gunting rambut Hafiz, jenuh bersilat.

Memandangkan kedai gunting rambut dah kembali beroperasi, dan syarat wajib tukang gunting m...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 01, 2021 17:00

October 31, 2021

Kembali Ke Sekolah

Antara anak kami yang berempat, sibongsu Hafiz yang pertama memulakan persekolahan secara fizikal hari ni. Pagi sekolah agama, petang nanti sekolah kebangsaan. Abang dan kakak-kakak masih belajar di rumah, giliran belum sampai.

Ada rasa teruja juga pada wajah Hafiz. Seawal 7 pagi sudah bersiap, walhal masuk ke kelas jam 7.45 am. Siapa bersarapan, duduk termenung di ruang tamu, jam 7.20 kami merempit menuju sekolah yang jaraknya lebih 3 kilometer saja dari rumah.


Alhamdulilla...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 31, 2021 19:30

October 29, 2021

22 KM Kayuh Basikal Foldie Keliling Putrajaya

Ahad (10 Okt 2021) saya ke Putrajaya buat sekian kalinya. Lama dah tak menjejak kaki ke bandar pentadbiran Malaysia ni. Agaknya waktu kami bergambar raya di Taman Saujana Hijau, Putrajaya itulah yang kali terakhir. Tahun 2019. 

Kali ni saya pergi seorang diri, berjanji dengan rakan basikal foldie dari Kota Damansara. Beliau lah yang "meracun" saya sampai "ter"beli dua buah basikal kononnya untuk beriadah. Lepas sebulan dua beli, basikal pun tersadai di rumah sebab PKP. Kah kah k...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 29, 2021 01:30

October 27, 2021

7 Sebab Kenapa Imperio Professional Suite by IMPERIO Di Alor Setar, Kedah Sesuai Untuk Percutian Keluarga

Tahun lepas, sewaktu PKP masih longgar dan rentas negeri dibenarkan kami anak-anak beranak sakan pusing keliling tanah semenanjung. Sekejap ke Terengganu, tidur di Pahang, kemudian ke Melaka. Bulan Julai kami sempat ke utara pula, memang bertujuan mahu jalan-jalan sambil singgah menziarah saudara-mara.
Sakan.
Bila dah ke utara, ikutkan penginapan tak menjadi masalah. Ada saja rumah adik-beradik untuk kami tumpang bermalam. Tapi sudah namanya bercuti, kami mahu betul-betul santai dan tempat ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 27, 2021 22:00

October 26, 2021

Selamat Hari Jadi, Hafiz

24 Oktober 2021.
Belated wishes for my best friend forever, Muhammad Hafiz bin Sharulnizam bin Mohamed Yusof bin Darip bin Sutan Betuah.
Semoga menjadi anak yang soleh, patuh mendirikan solat, dipermudahkan menghafal Al-Quran, menjadi bijak pandai dalam segala bidang yang diceburi, dan cemerlang dunia akhirat.
Barakallahu fii umrik. 
Selamat Hari Jadi, Hafiz Selamat Hari Jadi, Hafiz Selamat Hari Jadi, Hafiz Selamat Hari Jadi, Hafiz
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 26, 2021 17:00

October 22, 2021

Toys Photography Idea Di Rumah

Ini idea spontan bila sudah tak tahu nak rakam gambar apa lagi. Random. Sama juga bila berlensbong, balik-balik subjek yang sama. Jadi capai saja apa yang ada depan mata, kita rakamkan segala posisi yang ada.

Dinasour.

Saya ingat lagi mainan ni kami beli di Chenang Mall, Langkawi. Jauh-jauh kami merayau malam tu cari makan malam, sudahnya burger Mc Donalds menjadi habuan perut. Ceh! Tak Langkawi langsung. Dalam perjalanan balik ke kereta selepas makan, saya ditahan oleh Hafiz untuk singgah di keda...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 22, 2021 19:00

October 21, 2021

12 Insects Macro Photography Ideas (Lensbong Nikon 35 mm & Samsung A52)

Kalau dilihat pada contoh-contoh macro photography di internet, kebanyakannya gambar serangga-serangga kecil seperti belalang, lalat, kumbang dan seumpama. Kenapa? Saya tak pasti, tapi saya fikir ini disebabkan kemampuan lensa macro untuk menggambarkan dengan jelas dari segi bentuk, rupa, pattern, struktur subjek yang kecil ini. Sesuatu yang kita lihat biasa-biasa saja pada pandangan mata kasar, menjadi sangat hebat bila menjadi subjek macro photography ini.

Sebelum ini, saya ada k...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 21, 2021 20:15

October 15, 2021

Hujung Minggu Di Taman Tasik Perdana

Anak-anak dah kebosanan tak dapat merayau, terperap sekian lama disebabkan PKP. Jadi kami ambil keputusan untuk ke Taman Tasik Titiwangsa hari Sabtu lepas (9 Okt 2021) sebaik saja selesai solat Subuh. Aduh, sampai di sana nampak gaya macam tak boleh masuk. Berpagar sana sini. Saya tak pasti sebenarnya sama ada tasik ini dibuka untuk orang awam atau tidak, sebab nampak kelibat orang berjogging hanya di luar kawasan tasik.

Terus kami ubah rancangan, kami menghala ke Taman Tasik Per...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 15, 2021 17:00

October 14, 2021

Sunset Di Laman Bonda

Kelmarin (Rabu, 13 Okt 21) hari pertama bekalan air di kawasan kami diputuskan Air Selangor, atas sebab kerja-kerja penyelenggaraan. Katanya akan berlangsung selama empat hari (secara rasmi), hakikatnya rumah kami sudah mula kekontangan air sejak Sabtu yang lepas.

Tahun lepas pun kerap juga tak ada air, sampai tangki air saya rosak dibuatnya. Air dari meter masuk ke tangki, tapi dari tangki tak masuk ke dalam rumah. Sudah 5 tukang paip kami panggil, masalahnya masih sama.

Boleh tak...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2021 17:00

October 13, 2021

Lepak Di Dataran Merdeka Sambil Merempit Skuter Elektrik

Selesai membirukan mata di River of Life, kami teruskan rondaan malam kami ke Dataran Merdeka. Kalau sebelumnya kami berada di belakang Bangunan Sultan Abdul Samad, dataran yang bersejarah ini terletak di bahagian hadapan. Dari jauh sudah nampak Jalur Gemilang berkibar megah berhampiran pentas utama.

Saya khayal mengambil gambar bangunan bersejarah yang dihiasi lampu yang terang, anak-anak dan isteri laju ke depan mencari sesuatu.

Skuter Elektrik.

Semenjak sampai, kami sudah nampa...

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 13, 2021 17:00