Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 26
June 26, 2021
Sebuah Cerita Kenapa Saya Tak Minum Kopi
"Sharul, kau nak air apa?"
Tiap kali disoal begini dalam sebuah gedung kopi yang senarai menunya entah apa pun tak saya faham, saya memilih untuk menikmati minuman bercoklat.
Coklat blended.
Coklat ais.
Coklat panas.
Kopi?
Tak pernah. Dan tak akan.
Mari saya kisahkan kenapa saya tidak mahu kopi menerjah masuk ke dalam kerongkong selamat hayat hidup saya di dunia.
"Kau minumlah kopi tu, nanti kulit kau hitam!"
Saya telan ayat itu tanpa bahas, dan hampir beberapa tahun kepercayaan itu ...
June 23, 2021
Bersukan Bersama Cik Milah
Semenjak PKP, entah berapa kali saya dan isteri berkeliling di sekitar kawasan perumahan memecah peluh di badan.
Tak perlu berlari pun.
Cukuplah dengan berjalan kaki (brisk walk) beberapa pusingan. Tahu-tahu, sudah 5000 langkah. Tahu-tahu sudah cukup 5 kilometer. Peluh merecik keluar tanpa henti. Kuyup satu badan.
Tak terasa pun masa berlalu. Maklumlah, dengan kekasih hati. Seawal jam 7 pagi sudah melangkah keluar dari rumah. Jam 8 sudah kembali ke rumah, bersiap untuk tugasan set...
June 21, 2021
HAMKA Yang Menulis
Suatu hari saya bawa buku ke rumah mak untuk dibaca. Tak ingat kenapa, mungkin saya mahu membaca sambil menunggu anak balik dari sekolah. Rumah mak menjadi transit sementara sebelum kami jemput.
"Buku HAMKA ke tu?"
Mak teruja. Saya tunjukkan buku yang saya pegang kepada mak. Mak kata, mak pernah baca buku ini. Entah zaman bila pun dah lupa. Mak cuba baca beberapa helai, tapi mak pulangkan semula.
"Tak sama macam buku dulu," kata mak.
Memanglah. Itu versi terjemahan. Mak baca dulu versi asal, Bahasa...
June 20, 2021
Pengalaman Disuntik Vaksin AstraZeneca Di PWTC Dan Kesan Selepasnya
Tanggal 19 Jun 2021, jam 12.19 tengah hari adalah hari bersejarah buat saya dalam catatan peradaban dunia. Hahahaah! Drama mesti lebih.
Saya mendaftar untuk suntikan vaksin AZ (sampai sekarang saya tak tahu nama penuhnya sebelum digoogle) pada 26 Mei semasa "jualan lelong" dibuat. Waktu tu, kami 3 beranak (saya, isteri dan anak sulung) berjaya mendaftar, tapi yang dapat pengesahan hanya saya dan anak saja. Untuk isteri tunggu sajalah, tak boleh nak buat apa.
Ini catatan ringkas pe...
June 18, 2021
[Ulasan Buku] Risalah Malaysia Membaca (Terbitan Jejak Tarbiah)
2.Seramai 8 orang menyumbang coretan dalam buku ini, termasuk bekas Menteri Pendidikan Dr. Maszlee Malik dan Puteri Reformasi Nurul Izzah Anwar. Selainnya merupakan penulis buku yang sudah punya nama seperti Ustaz Hasrizal dan Hilal Asyraf.
3.Seperti buku Kertas-kertas Merubah Fikir, Risalah Malaysia Membaca juga membicarakan hal membaca mengikut pengalaman setiap individu.
4.Mereka berkongsi bagaimana mula terjebak membaca dan bagaimana membaca memberi ...
June 17, 2021
Kertas-kertas Yang Merubah Fikir
Buku Bercakap Dengan Jin itu tak terlepas dari tangan. Dari pagi membawa ke malam, saya khayal dengan cerita pengembaraan Tamar Jalis dengan datuknya.
"Masalah" dengan membaca ni, fikiran kita liar membayangkan setiap adegan yang ditulis. Kalau di dapur, yang kita nampak ialah dapur rumah kita sendiri. Kalau laman, yang jelas ialah laman rumah sendiri. Atau lebih nampak real, bayangan rumah datuk di kampung.
Seram!
Tapi tetap juga buku tak lepas dari pegangan. Selagi rumah belum gel...
June 16, 2021
Kita Semua Kaya
Selepas hujan, berlian pun tumbuh melata di dedahan papaya.
Cantik bukan main. Serasa harta melimpah ruah.
Aku kaya, boi.
Kaya dengan nikmat alam yang tak terperi.
Kau pun, kaya juga kan?
Alhamdulillah.








June 15, 2021
Salam Aidilfitri 1442H
Hari ini sudah 5 Zulkaedah 1442H. Sudah 5 hari Syawal berlalu. Baru berkesempatan mahu berkongsi gambar raya kami sekeluarga. Tahun ni, kononnya beli baju raya baru sebab mahu beraya sakan. Maklumlah, sejak 2018 baju raya kami tak berganti. Kitar semula saja.
Alih-alih, PKP!
Kah kah kah!
Apa boleh buat, pakai jugalah baju raya dan bergaya di laman sekangkang kera di hadapan rumah.
Jadilah.
Yang penting, dapat meraikan hari kemenangan ini bersama keluarga tersayang.
Alhamdulillah.


June 14, 2021
Mengenang Venice Di Sungai Melaka
Saya pernah ke Sungai Melaka. Selalu. Berjalan di tepi sungai tu, entah berapa kali. Dengan keluarga, dengan kawan fotografi. River cruise pun pernah.
Saya juga pernah ke Venice, Italy. Tahun 2017. Tu, gambar profile saya tersenyum simpul di hujung bot tu, gambar sewaktu menaiki gondola di sekeliling bandar air yang terkenal di kalangan pelancong.
Gambar-gambar di bawah saya kongsikan ni ketika di Sungai Melaka dan Venice. Gambar akhir tu gambar warga Italy yang baik hati menemanka...
June 13, 2021
Keraian Kecil Untuk Calon SPM Promax 2020
Semalam, kami beli sebiji kek dan sedikit pizza untuk majlis kecil anak-beranak. Saja, buat makan-makan meraikan abang Haris yang baru dapat keputusan SPM 10 Jun yang lepas.
Keputusan Haris biasa-biasa saja. Tak cemerlang dan tak juga mengecewakan. Sedang elok. Jadi ini adalah untuk meraikan hasil usaha dia dengan keterbatasan musim Covid-19 yang lepas, dan kami bangga juga dengan usaha dia yang membuahkan hasil.
Apa pun pencapaian anak, raikan saja.
Dan kami berdua sebagai ibu ba...