Suatu hari saya bawa buku ke rumah mak untuk dibaca. Tak ingat kenapa, mungkin saya mahu membaca sambil menunggu anak balik dari sekolah. Rumah mak menjadi transit sementara sebelum kami jemput.
"Buku HAMKA ke tu?"
Mak teruja. Saya tunjukkan buku yang saya pegang kepada mak. Mak kata, mak pernah baca buku ini. Entah zaman bila pun dah lupa. Mak cuba baca beberapa helai, tapi mak pulangkan semula.
"Tak sama macam buku dulu," kata mak.
Memanglah. Itu versi terjemahan. Mak baca dulu versi asal, Bahasa...
Published on June 21, 2021 18:00