Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 29
December 18, 2020
Sepetang Merempit Bersama Hafiz
"Abah, jom kita naik motor."
Ya tak ya. Dah lama saya tak bawa Hafiz naik motor merempit keliling taman. Kalau hari kerja, memang tak sempatlah. Kalau hujung minggu, dia pula yang sibuk main dengan kawan-kawan.
Jadi, saya paksa diri juga bawa dia naik motor petang tu.
Selalunya, destinasi tujuan mestilah ke kedai mamak. Dapatlah dia berbelanja beli jajan mana yang berkenan. Tak apalah, sebab semenjak PKP bulan Mac dulu, memang jarang bawa Hafiz ke kedai.
Lepas kena "pau", kita pun pau dia balik...
December 17, 2020
Bokehlicious!
Saya dan Ervinna, sahabat sewaktu bekerja di Cyber Village sekitar 20 tahun lalu, berpakat mahu mengaktifkan semula aktiviti fotografi. Kami mempunyai hobi yang hampir sama; membaca, mengembara, meneroka alam semulajadi dan sudah tentu fotografi.
Walaupun dia sudah tinggal jauh di Kuching, Sarawak, teknologi hari ini memudahkan kami berhubung dan merancang aktiviti.
Hari itu, kami buat rain photography.
Kemudian, ada juga melibatkan toys.
Sekarang, bertambah satu lagi "ujikaji" kemahiran kami...
December 16, 2020
Selamat Hari Jadi Ke-75, Ayahanda Mohamed Yusof Bin Darip
Isnin, 14 Disember 2020.
Sudah genap 75 tahun umur abah. Lahir di Kuang, Selangor. Merantau menjadi askar, berkahwin dengan emak orang Gombak pada tahun 1967. Merata tanah air mak dan abah berpindah kerana tugas. Masuk tahun kelahiran saya, abah berhenti.
Abah buat kerja sendiri.
Kembali membina keluarga kecil kami di Gombak.
Tak terbalas jasa besar abah kepada kami lima beradik.
Dan hanya syurgalah doa kami untuk abah.
Selamat hari lahir ke-75, abah. Semoga diberikan kesihatan yang baik, ...
December 15, 2020
Menara Jam Parit Buntar, Omaq Char Kuey Teow Dan Pasar Malam. Mesti Singgah, Boi!
Kalau sudah sampai di Parit Buntar, mahu buat apa? Parit Buntar setahu saya tak ada lokasi pelancongan yang khusus. Kawasan sekitar memang ada, seperti Ban Pecah di Tanjung Piandang dan Gulai Keli di Kuala Kurau.
Berikut antara yang saya rasa menarik untuk dikunjungi kalau ke sana.
Ini adalah salah satu mercu tanda Parit Buntar, Perak. Menara jam yang terletak di kawasan utama pekan lama kecil bersempadan tiga negeri ini, mula dibina pada tahun 1957 dan siap dua...
December 14, 2020
Apa Ada Di Ban Pecah Tanjung Piandang, Perak?
Hari pertama tiba di Parit Buntar, kami mati akal tak tahu nak berjalan ke mana. Saya gunakan aplikasi Google Maps, dan taipkan kata kunci "attractions nearby". Antara banyak-banyak yang tersenarai, saya nampak Ban Pecah di Tanjung Piandang. Tak jauh pun dari rumah ipar kami di Parit Buntar, sekitar 14 kilometer.
Selepas Asar, kami pun bergerak ke sana enam beranak.
Sebelum ni, memang saya pernah nampak gambar-gambar Ban Pecah di FB dan blog. Gambar areal (menggunakan dron), memangl...
December 13, 2020
19 Langkah Mudah Menyimpan Gambar Di Google Photos
Saya selalu nampak posting begini;
"Letak gambar di FB untuk backup. Memori phone penuh."
Nak juga saya bertanya, memang tak backup ke segala gambar yang ada? Lagipun kalau letak di FB, kualiti gambar akan jatuh. Sudah bertahun-tahun guna telefon, pasti gambar pun sudah beribu-ribu. Semuanya masih dalam telefon?
Jangan, kawan. Saya pernah terkena. Lebih kurang.
Dulu saya simpan video Haris dan Hanim dalam hard disk. Kemudian entah macam mana, hilang belaka. Menangis tak berlagu.
...
December 11, 2020
Menikmati Pemandangan Pagi Sawah Padi Di Parit Buntar, Perak
Kami sekali lagi ke Parit Buntar, atas urusan yang perlu diselesaikan selepas sekian lama tertangguh.
Alhamdulillah.
Urusan selesai dengan mudah dan cepat.
Cuma dugaan lain yang datang.
Gout!
Nyut nyut nyut!
Namun itu tak mematahkan semangat untuk menikmati pemandangan memukau di sini. Seawal jam 7 pagi saya dan Cik Milah sudah merayau mencari sawah padi. Dan matahari pun perlahan-lahan memunculkan diri menemankan kami, menghidangkan pemandangan yang paling romantis.
...
December 6, 2020
Rumah Sewa Di Gombak Tahun 2021
Ini rumah sewa mak saya. Siap sepenuhnya bulan Januari 2020, dan mula disewakan pada bulan Februari 2020. Di bawah ada maklumat berkaitan rumah ini.
Maklumat terkini;
7 Disember 2020
Unit bawah akan kosong bermula Januari 2021. Penyewa sekarang bakal keluar kerana rumah mereka sudah siap. Kemasukan baru; Januari 2021.
December 2, 2020
Berburu Burung Di Waktu Pagi
Semalam saya dan isteri berjogging. Brisk walk sebenarnya. Waktu dia WFH, boleh lah saya melakukan aktiviti ada teman di sisi. Sambil berjalan-jalan, sambil berborak-borak.
Orang kata apa, merpati dua sejoli?
Hehehehehe!
Kami hanya berlegar di sekitar taman perumahan, tak jauh mana. Lajak sikit ke jalan utama, dapatlah membeli sarapan pagi.
Yang seronoknya pagi tu, banyak betul burung meraikan kami sepanjang perjalanan. Terasa bagai putera puteri alam fantasi.
Ada Belatuk.
Yang paling banyak, Pipit.
Ya...
November 23, 2020
Gombak Yang Berlangit Biru
Semalam cuaca mendung dan hujan. Dari petang bersambung ke malam. Tak lebat, tapi cukuplah membasahkan tanah Gombak menyuburkan tanah.
Sejuk.
Kabus pun berkepul-kepul mengelilingi bukit kecil dan juga Bukit Tabur di kejauhan.
Pagi tadi, udara terasa segar dan nyaman. Langit membiru dan awan putih berselarakan bagai sapuan mentega di atas roti.
Asyik.
Masya-allah Tabarakallah.
Nikmat sebegitu indah ini, tidak ada apa-apa berbanding keindahan syurga nanti.
Ya Allah.
Sesungguhn...