Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 27
June 12, 2021
Semangkuk Laksa Di Kampung Padang Balai
Saya memandang Rizal. Dia tenang, tak sekelumit pun nampak riak wajah cemas, seperti saya. Anak muda dari Salor, Kelantan tu bersila bersahaja menghadapi hidangan di hadapan mata.
Kepala yang tak gatal, saya garu.
Petang itu, petang yang pertama di rumah keluarga angkat kami di Kampung Padang Balai, Kuala Nerang. Rizal ialah "adik-beradik" saya untuk satu keluarga yang sama. Kami menyertai program anak angkat anjuran kolej dengan kerjasama penduduk tempatan. Majlis penyerahan anak a...
June 11, 2021
[Ulasan Buku] Kertas-kertas Yang Merubah Fikir (oleh Goodreads-Malaysia)
1.
Buku ini adalah koleksi cerita (antalogi) daripada pelbagai kategori penulis dan pembaca.
2.
Semuanya berkongsi pengalaman sendiri bagaimana mereka mula membaca dan siapa/apa yang mempengaruhi hobi ini.
3.
Hampir semua menyatakan membaca ini dipengaruhi oleh keluarga, sama ada secara langsung atau tidak.
4.
Saya sendiri bukan datang dari keluarga yang punyai koleksi buku di atas rak, tapi amalan membaca sudah ada "dikuatkuasakan" semenjak kecil.
5.
Ayah saya pemandu bas sekolah. Bal...
June 10, 2021
Kucing Yang Suka Buat Dek
Kecoh di dunia maya tentang kata-kata seorang yang berpengaruh tentang keperluan seorang perempuan untuk "buat-buat bodoh" jika mahu mencari jodoh.
Saya tak tahu hujung pangkal cerita ini, tapi ramai yang berkongsi dan kebanyakannya melenting memarahi tuan punya kenyataan itu. Katanya menjatuhkan martabat wanita. Memalukan.
Saya memilih untuk diam, menahan kata. Maksud saya, tidak terjebak dalam hal-bal memberi kecam kepada orang-orang tertentu. Sebab melihat video ucapan itu pun...
June 8, 2021
Nyamuk Yang Membunuh Diri Di MRSM Muar
Allahu.
Pagi Ahad nan syahdu ni, ada yang berkongsi gambar asrama kayu tempat aku menginap selama dua tahun di MRSM Muar sekitar tahun 2013/2014 (bukan tahun sebenar).
1) Dewan Selera (boboi)
2) Asrama Tun Hussein Onn (ATHO)
3) Asrama Tun Abdul Razak (ATAR) yang paling ohsem, paling gempak wa cakap lu
4) Asrama Dr. Burhanudin (ADB)
5) Asrama Tun Dr Ismail (TDI)
6) Asrama Ungku Omar (sebelah TDI, belakang DS)
Yang no 1-3, aku pasti. Yang lain tu ingat-ingat lupa.
Aku ATARIAN. Wing kanan,...
June 6, 2021
[Ulasan Filem] The Green Mile (1999)
Setujukah anda, 15 minit pertama membuka Netflix selalunya habis dengan mencari movie apa yang mahu ditonton? Pilih punya pilih, sudahnya layan cerita lama. Kali ini saya pilih filem yang pernah dicalonkan dalam anugerah Oscar pada tahun 2000.
1.
Saya tak ingat bila kali pertama saya menonton filem ini, tapi yang pasti ia filem yang baik dan memberi kepuasan menonton.
2.
Tom Hanks (Paul Edgecomb) menjadi watak utama bersama Michael Clark Duncan (John Coffey) yang tinggi dan besar!
3.
Filem ini agak ri...
June 3, 2021
Pengiraan Kalori Untuk Skipping atau Jump Rope
Saya baru berkecimpung dalam acara sukan menggegarkan lemak satu badan; jump rope. Sebenarnya dah lama buat, tapi tak fokus dan buat bila teringat nak buat baru lah cari skipping rope tu.
Asalnya saya guna yang dibeli dari Decathlon, entah RM5 ke berapa harga dia. Memang murah. Sebab tu malas kot, benda murah. Kah kah kah! Berlagak betul.
Kemudian di Tik Tok, saya jumpa banyak orang kongsi aktiviti jump rope ni. Baik yang professional, baik yang baru nak mula. Paling teruja, jumpa...
June 1, 2021
Suatu Petang Di Bulan Mei
Sesekali, kita luangkan sedikit masa untuk menikmati alam sekeliling, walau hanya di belakang rumah.
Kerana, indah itu ada di mana-mana. Bergantung pada cara kita melihat. Dan bagaimana kita menikmati.
Sebagaimana hidup, kita selalu melihat apa yang kita tidak ada sehingga kita gagal menikmati apa yang kita punya.
Bila sudah hilang, baru berputih mata.








Gambar dirakam menggunakan Samsung A52 dan editing memggunakan Adibe Lightroom

May 17, 2021
[Ulasan Buku] Backpack India 4 Idiots (Oleh Rohaniah Noor)
1) Apa lagi yang boleh dibuat bagi seorang traveller baru nak up seperti saya, semenjak PKP awal tahun 2020 dulu? Rasa gian mahu mengembara semakin hari semakin menebal.
2) Kalau tak menonton di Youtube, saya membaca kisah travel.
3) Dan buku Backpack India 4 Idiots menyemarakkan kembali semangat petualang yang semakin pudar.
4) Saya tahu kalau sesebuah buku travel membuat saya membuka Google Map, atau membuat carian tentang lokasi yang dicatat dalam buku, sama ada buku itu mema...
May 4, 2021
Agamawan Adalah Maksum?
Kecoh waktu ini berita tentang beberapa orang agama merentas daerah/negeri untuk hadir ke sebuah majlis anjuran selebriti tanah air. Katanya kelakuan ini menunjukkan contoh yang tidak baik. Orang lain merana diri kerana terkongkong diperam PKP, tapi golongan ini mudah sangat ke sana sini bagai tidak ada undang-undang yang mengawal.
Netizen kata, hukum pilih kasih. Kemudian dicaci nista lah golongan agama ini.
Ada golongan agama yang lain pula, menempelak golongan agama di atas baga...
April 7, 2021
Tingkap
Alumni #fotopeekture masih lagi aktif dengan cabaran bulanan. Untuk bulan Mac, temanya ialah tingkap.
Kali ni, ramai rakan alumni yang menghantar penyertaan. Mencabar juga, sebab setiap keping ada cerita yang tersendiri.
Tak apa lah. Kalah menang bukan sasaran. Yang mahu dikutip, ilmu yang tiada tandingan.
Ini hasil yang saya buat menggunakan telefon Samsung A52.




