Sharulnizam Mohamed Yusof's Blog, page 25
July 25, 2021
Bunga Burung (Macro Photography Menggunakan Samsung A52 Dan Lensbong Nikon 35mm)
Singgah rumah nenek Hafiz tadi hantar barang, memang bawa siap #lensbong sebab tau rumah nenek meriah dengan bunga yang sedang kembang.
Sampai saja di laman bonda, mata terus tertumpu pada pokok bunga yang satu ni. Nama London nya, Little Bird Flower. Nama Gombak, Bunga Burung. Ada entri saya sebelum ni tentang bunga yang sama.
Memang sekali imbas, bentuknya betul-betul macam burung. Stigma yang berbutir kecil di hujung, membentuk "ekor" yang comel. Elok terceratuk di hujung daha...
July 18, 2021
10 Keping Gambar Mobile Macro Photography (Samsung A52 + Lensbong Nikon 35 mm)
Semalam, permainan baru saya sampai ke rumah. Hampir seminggu lebih menunggu, gara-gara PKPD di Selangor urusan penghantaran pihak penjual tergendala.
Tak apalah. Asalkan selamat tiba ke pangkuan.
Memang tak tunggu lama, sebaik bungkusan berada di tangan terus saya buka dan mencuba lens yang sebesar penumbuk bayi baru lahir.
Mudah. Klip saja pada kamera yang betul di telefon sebab telefon hari ni boleh jadi ada 3-4 kamera. Kemudian pada aplikasi kamera, pastikan setting zoom yang be...
July 9, 2021
[Ulasan Buku] Tulang-tulang Berserakan (oleh Usman Awang)
1.
Untuk tahun 2021, saya bersyukur "diperkenalkan" dengan buku ini dan direzekikan untuk memiliki senaskah menjadi koleksi peribadi.
2.
Buku Tulang-tulang Berserakan tulisan Usman Awang milik saya ini, terbitan tahun 1973 lengkap dengan gambar-gambar yang menggambarkan suasana ketika itu. Walaupun kurang jelas, tapi cukup membantu "imaginasi" pembaca.
3.
Buku ini bercerita tentang kehidupan polis selepas zaman pendudukan Jepun, bermula selepas tamat latihan di Depot (Johor) seh...
July 7, 2021
10 Wajah Tambirina Di Bulan Jun
Dah lama tak buat koleksi gambar model tetap tak berpencen kami yang gebu ini. Memang dalam album, gambar dia saja entah berapa ribu.
Jadi untuk bulan Jun yang baru lepas, kita kumpul gambar-gambar beliau yang ada.
Enjoy!












July 6, 2021
Durian Raub Tumbang Menyembah Bumi
Isu panas ini sudah berlanjutan agak lama. Hal orang-orang yang menceroboh tanah kerajaan kemudian diusahakan menjadi ladang durian.
Ceroboh.
Bermaksud mengambil tanpa hak dan izin. Kita bermula dari situ. Jelas, itu saja sudah salah.
Bukan sekangkang kera keluasannya, tapi cukup besar sehingga hasil tanaman bisa menuaikan hasil berkoyan-koyan.
Sekali lagi, itu semua di atas tanah yang diceroboh.
Lalu sampai ke pengetahuan pihak berkuasa, tanah itu mahu diambil semula. Dipulangkan...
July 2, 2021
[Ulasan Buku] Surat Kepada Penyair Muda (oleh Rainer Maria Rilke)
1.
Buku ini terjemahan daripada bahasa Jerman, kalau tak silap. Atau Perancis. Wallahulam.
2.
Ada 10 keping surat tulisan Rainer Maria Rilke, penyair terkemuka pada zamannya kepada seorang pemuda bernama Franz Xaver Kappus.
3.
Kappus, mungkin peminat Rilke, mengumpulkan surat-surat balasan Rilke kepadanya bermula dari tahun 1903 sehingga 1905.
4.
Intipati surat Rilke lebih banyak kepada nasihat dan falsafah mencari maksud kehidupan, memahami kitaran dan proses yang berlaku dan memberi ...
June 30, 2021
Menikmati Durian Musim PKP
Tiba-tiba dapat notifikasi dalam Whatsapp dari group kawan sekolah. Azri, rakan saya semenjak sekolah rendah dulu, menghantar gambar yang baru luruh. Elok cantik. Saya terus tertarik.
Memang kebetulan mencari juga. Kata saya kepada isteri, kali ini tak payah lah kita cari durian harga yang pelik-pelik tu. Cukup kita makan durian kampung. Harga lebih marhaen. ...
June 29, 2021
Kemurungan, Apa Yang Harus Anda TIDAK Lakukan
Ini bukan kajian ilmiah. Saya harus nyatakan itu agar tidak ada yang menjadikan entry ini sebagai rujukan.
Ini pengalaman peribadi. Pengalaman menyaksikan kemurungan yang berlaku kepada orang-orang di sekeliling. Jadi pandangan saya di sini lebih berbaur emosi, bukan hujah berfakta.
Sebenarnya, saya ada memuat naik satu posting di Facebook tentang ini. Pendek saja. Beberapa ayat yang diperenggankan menjadi tiga. Posting itu saya catatkan kerana saya melihat artikel-artikel tentan...
June 28, 2021
OOTD Di Langkawi Paradise 101
Sebelum sampai di Langkawi, ipar dan biras saya sudah mencadangkan kami untuk ke tempat tarikan baru iaitu Langkawi Paradise 101. Pulau buatan ini katanya dibina ketika penggambaran filem epik Anna & The King lakonan Chow Yuen-Fatt dan Jodie Foster pada tahun 1999. Saiznya tidaklah begitu besar, saya kira mungkin besar sedikit daripada saiz padang bola.
Untuk ke sini agak mudah. Pulau ini terletak di Pantai Kok dan ruangan parking betul-betul terletak di sebelah jeti untuk ke seber...
5 Buah Buku Terbitan JIWA Untuk Dimiliki
JIWA lahir kerana mahu mempromosikan cinta. Ya, benar. Cinta kepada diri sendiri. Maka buku-buku yang terbit dari perut JIWA seputar swacinta. Temanya berganding antara fiksi dan nyata.
Sebagai pengenalan, JIWA menerbitkan (semula) beberapa buah buku untuk mewarnai dunia buku tempatan.
5 buku yang patut kau miliki; Kunang Pesisir Morten (Raiha Ba...