Mawar Safei's Blog, page 138
March 27, 2015
Antara kegeraman saya pada AM setiap hari ialah tidak ada...
Antara kegeraman saya pada AM setiap hari ialah tidak ada sikap bertindak segera. Masa bagi AM seperti angin sepoi-sepoi bahasa di pohon kelapa yang melambai-lambai (ini cliche yang selalu digunakan mahasiswa saya). Saya dan Zahar sedang mencari strategi untuk AM faham makna masa itu emas (dia tahu peribahasa itu). Saya selalu mengingatkan, kalau terus lambat dan berlengah, AM akan ditinggalkan. Dan anak tunggal saya itu bersedia dengan jawapan. Kawan baik saya akan tunggu. Itu kawan baik yang baik. Penjelasan itu membuat kegeraman saya seperti naik hingga ke bumbung rumah! Seperti biasa melihat mummy sudah mahu jadi ribut taufan, AM akan memujuk saya dengan ayat clichenya pula, sabar itu separuh daripada iman. Mummy jangan stress. Relax.
Hujung minggu ini kami menuju selatan yang dirindu. Kononnya mahu meninggalkan kerja yang masih bertingkat-tingkat dalam kepala, namun saya masih mengheret komputer riba dan sebuah buku dalam bagasi. Selamat berhujung minggu. Mudah-mudahan saudara dipayungi Rahmat Ilahi ...

Published on March 27, 2015 13:51
March 26, 2015
Jumaat lagi. Benar, terasa sangatlah pantas masa bergerak...
Jumaat lagi. Benar, terasa sangatlah pantas masa bergerak. Saya pernah menulis betapa masa itu sangat meletus. Perginya masa sering membawa kita ke ruang penyesalan akan apa yang sudah berlalu semalam, kelmarin dan hari-hari sebelumnya. Deras letusan itu sehingga Allah menyergah bahawa kita hidup di dunia hanya sebentar waktu; dan sekejapnya itu hanyalah satu hari atau separuh daripadanya sahaja (al Mu'minuun: 113-114). Saudara tahu, bukan?
Allah. Apa yang dipenuhi dalam waktu sesingkat itu? Dia mengatur urusan dari langit ke bumi, kemudian urusan itu naik kepada-Nya dalam satu hari yang kadarnya adalah seribu tahun menurut perhitunganmu (as Sajadah: 5) Bukan ahli matematika mudah sahaja menghitung angka-angka ini. 24 jam kiraan Allah bersamaan 1000 tahun kita. Ini yang Prof Kamil maksudkan kelmarin dengan relatifnya hidup kita yang sebentar. Relatif masa. Allah, rupa-rupanya kehidupan saya hanya satu hari kurang lebih. Dan apa yang sudah saya perbuat dengannya?

Published on March 26, 2015 22:50
March 25, 2015
Buku baru sahabat saya, Dr Kay. Kami manfaatkannya dalam ...

Published on March 25, 2015 16:38
March 24, 2015
Nikmat masa. Dalam mengakui kononnya bersyukur dengan mas...
Nikmat masa. Dalam mengakui kononnya bersyukur dengan masa yang ada, sebenarnya banyak yang saya lalaikan. Seperti kata baris lagu yang selalu saya pasang dari cd di dalam kereta, masa yang hilang dan terbuang. Saya sedar soal nikmat masa ini terkait dengan nasihat Prof Muhd Kamil yang saya rakam semalam. Ketergesaan. Pertelingkahan antara nikmat masa dengan ketergesaan sering terjadi apabila kedua-duanya tidak mendapat keadilan yang sewajarnya. Betapa zalimnya saya. Berapa banyak yang sudah hilang bersama kesia-siaan dan berapa banyak yang sudah terbuang bersama keangkuhan. Dungunya saya dengan nikmat yang Allah berikan.
Akhirnya saya berkesempatan menghubungi sahabat sekolah yang sekian lama menyepi. Aneh, saya pernah menjadi tukang kipas sewaktu dia menjadi raja sehari. Bulan dan tahun selepas mereka bersanding, kami seperti orang yang saling tidak mengenali. Memang aneh. Sepi dan sunyi yang panjang dalam kesibukan kerja. Apabila mendengar suaranya kelmarin, saya tahu dia masih sahabat yang baik. Sudah berkali-kali saya ditinggalkan sahabat, dan saya kian lali dengan perpisahan (saya tahu akan selalu ada lorong rahasia untuk mengikat hati kami). Jadi saya katakan, tidak perlu ucap maaf. Nah, apa hubungan nikmat masa, ketergesaan dengan kisah jejak kasih saya itu? Saya diajar untuk senantiasa bersyukur akan masa yang datang dan pergi. Usah buru-buru untuk mengadilinya. Saya patuh.

Published on March 24, 2015 21:00
March 23, 2015
Saya percaya kebanyakan sahabat yang pernah bergelar hujj...

Published on March 23, 2015 13:47
March 22, 2015
FB saya sudah bertahun-tahun terkubur. Sekarang ruang sos...

Published on March 22, 2015 13:30
March 21, 2015
Rencana untuk ke selatan tertangguh lagi minggu ini apabi...

Rencana untuk ke selatan tertangguh lagi minggu ini apabila sekali lagi barisan tenda didirikan di hadapan rumah. Pengantin lagi! Kali ini adinda kepada tetangga kami, Suraya dan Zainal menjadi raja sehari. Saya tidak mengenali pasangan pengantin baru ini, jadi tiada cerita istimewa antara kami. Namun doa masih saya hadiahkan agar mereka dirahmati terus. Setiap kali menjamah nasi minyak pengantin, bonda saya selalu berpesan agar usah lupa mendoakan pasangan yang diraikan. S dan Z sudah beberapa kali menganjurkan majlis perkahwinan adinda-adinda mereka. Saya yakin kedua-dua mereka merupakan kakak dan abang yang sangat menyayangi saudara dan keluarga mereka. Ia suatu yang sangat mengharukan khusus bagi saya yang tidak pernah tahu erti kasih sayang antara saudara kandung (sehingga saya menyertai keluarga besar Zahar). Masya-Allah, menakjubkan sungguh makna kasih sayang itu!
Published on March 21, 2015 14:07
March 20, 2015
Alhamdulillahi rabbil alamin. Bersyukurnya saya apab...

Alhamdulillahi rabbil alamin. Bersyukurnya saya apabila untuk beberapa ketika ini sakit kepala yang selalu datang, tidak lagi menyerang. Biasanya dengan musim panas atau masa makan yang tidak menentu, kepala saya seperti ditimpa batu berukuran gergasi. Terima kasih kepada sahabat tabib yang menyarankan amalan yang mudah sebenarnya, dengan izin Allah. Penawarnya ialah surah al-Falaq . Panduannya, baca dengan hormat ayat demi ayat. Fahami sebaiknya maksud setiap satu. Saya cuba lakukan dengan tertib dalam dan luar solat dengan keazaman agar ibadah khusus dan pekerjaan dapat saya lakukan dengan aman dan kepala yang ringan. Mudah-mudahan ia ubat yang ampuh untuk saudara yang senasib dengan saya. Selain ia mukjizat, saya percaya ikhlasnya tabib itu membantu para pesakitnya. Semoga dia senantiasa dipayungi Rahmat Ilahi.
Published on March 20, 2015 16:51
March 19, 2015
Saya melihat dia berpeluh-peluh mengheret bagasi dan berh...

Published on March 19, 2015 13:54
March 18, 2015
Saya memang sudah tua. Antara petanda ketuaan itu ialah k...

Published on March 18, 2015 13:56
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.