Mawar Safei's Blog, page 135

May 16, 2015

Seusai forum semalam, saya dapat bercakap dengan guru alm...


Seusai forum semalam, saya dapat bercakap dengan guru almarhum Rahimidin Zahari, Cikgu Mohd Rosli Nik Mat (Rosli K. Matari). Beberapa keping cerita kasih sayang seorang guru terhadap anak muridnya. Juga bagaimana rasa takzim murid terhadap guru kesayangan. Bersama hujan petang di Rumah GAPENA, saya sedikit sebak meninjau hubungan mereka. Membaca catatan dalam Matahari itu Jauh yang dikirim awal penyairnya,
Apakah makna bayang
yang diberikan oleh matahari
kepadaku?
Adakah untuk menyuluh
usia yang harus kuseret
setiap hari?
Dan mengapa, hujung senja
usiaku terkikis, berdebu
melayang ke maghrib?
(Apakah Makna Bayang, 113).
Kebetulan, Hari Guru. Kebetulan Hari Isra' Mi'raj. Betapa Rasulullah akan selalu menjadi guru kita. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 16, 2015 15:48

May 14, 2015

Jarang sekali saya menjadi moderator dalam sebarang acara...

Jarang sekali saya menjadi moderator dalam sebarang acara forum; apalagi forum puisi di hadapan penyair hebat. Insya-Allah jumpa esok, Sabtu, 16 Mei (ya, Hari Guru) di Rumah GAPENA (rupanya sudah berpindah, masih dekat dengan rumah lama. Di hujung lorong masuk Puspanita depan DBP) dalam acara Wanita dan Sastera, 2.30 petang. Saya akan bersama teman penyair Datuk Dr Zurinah Hassan, Sdr Hani Salwah Yaakup, Sdr Rosli K. Matari dan Sdr Mohamad Shahidan. Penyertaan percuma dan terbuka kepada semua. 
GAPENA yang banyak sejarahnya. Antara sekolah penulisan saya.
Saya selalu meminta mahasiswa membaca puisi untuk menulis cerpen. Belajar menulis dengan kata-kata yang disaring. Kata-kata terpilih. Kata-kata terbaik. Puisi juga sering menjadi  ruang mengungkap fikiran yang kejap. Maka saya selalu melihat penyair sebagai manusia bijaksana yang dapat memanfaatkan  kata-kata... manusia berwatak yang kita tahu daripada susun bahasanya. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2015 13:38

Saya sedang membaca halaman ali Imran sementara menanti a...

Saya sedang membaca halaman ali Imran sementara menanti azan asar, sangat kebetulan, apabila pesanan Dr Kay masuk, Rahimidin sudah pergi. Allah, akhirnya masa itu tiba juga. 
Almarhum Rahimidin Zahari
23 Mac 1968 - 14 Mei 2015

Sesuatu yang bernyawa tidak akan mati melainkan dengan izin Allah, sebagai ketetapan yang telah ditentukan waktunya...(ali Imran: 145). Al fatehah buat saudara kami yang budiman.... sabar dan solat buat isteri, anak-anak dan ahli keluarga yang ditinggalkan. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 14, 2015 07:51

May 13, 2015

Buku mentolDijalaninya cerita yang aneh. Dari kerja penyu...



Buku mentolDijalaninya cerita yang aneh. Dari kerja penyuntingan yang beralih editor (asalnya di tangan Sdr Khairul, terima kasih!). Proses kelulusannya membawa si penyelenggara melangkah masuk ke bilik mesyuarat ITBM. Akhirnya ia berada di rak buku jualan tiga hari sebelum PBKL 2015 menutup pintu. Ini foto yang dikirim editornya, Sdr Ainunl yang cekal (terima kasih!). Hingga hari ini saya belum memegangnya. Terima kasih kepada 11 sahabat penulis buku ini yang sabar. Alhamdulillahi rabbil alamin. Mudah-mudahan ada manfaatnya. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 13, 2015 12:26

May 12, 2015

Azam Ramadhan Zahar adalah untuk menggenapkan bacaan al Q...

Azam Ramadhan Zahar adalah untuk menggenapkan bacaan al Qur'annya. Rumusnya mudah, membaca sekian bilangan halaman setiap usai solat (Z memang kalkulatif dalam banyak perkara). Masya-Allah tabarakallah.  AM belum berikrar. Mummynya juga. Allah. Dahulu, antara tabiat saya untuk menyarung mukena baru setiap kali meraikan Ramadhan. Allah, malunya saya. Cukupkah dengan pakaian solat baru? Bagaimana pakaian iman saya? Bagaimana dengan solat saya, adakah ia akan diperbaharui? Tabiat saya juga membersihkan rumah seminggu sebelum Ramadhan menjengah dan bukan seminggu sebelum Syawal. Bagaimana dengan  hati yang perlu dibersihkan sebelum  1 Ramadhan mengetuk pintu rumah? Betapa banyak yang kotor perlu saya sapu keluar. Bagaimana pula iltizam saudara menuju Ramadhan yang sedang dinanti-nanti? Allahu akbar! 

Ketukan di pintuOrang soleh mohon bertemu dengan Ramadhan enam bulan sebelum. Dan enam bulan selepasnya, orang soleh masih mengharap agar Ramadhannya yang lalu diterima. Malunya saya, Allah. Saya tahu banyak orang soleh sedang berdoa sungguh-sungguh perihal Ramadhan ini....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 12, 2015 14:08

May 11, 2015

Bersahabat dengan orang soleh, doa dan harapan yang selal...

Bersahabat dengan orang soleh, doa dan harapan yang selalu dibaca. Untuk bersahabat dan dekat dengan orang soleh, sebenarnya harus juga mereka ini dicari. Mereka ini dukungan. Orang soleh adalah nyalaan semangat untuk kita turut jadi seperti mereka. Malah dalam kuliah dhuha TGHD Ahad lalu diingatkan, kita memberi salam kepada orang soleh setiap hari lewat bacaan tahiyat. Begitulah Allah selalu membantu kita untuk dekat dengan mereka....Allah.


Orang soleh yang datang dengan pesan (seperti selalu menerusi bulan penuh di jendela) akan sering membawa saya dari lorong rahasia itu kepada sebuah padang yang mengamankan pernafasan. Ia sangat mengilhamkan. Ia sangat menganjur untuk banyak capahan kebaikan. Ia menyenangkan hati antaranya apabila dinasihat kita untuk bersangka baik atas apa yang Allah kurniakan dan bersyukur dengannya. Bersangka baik dan bersyukur. Amalan yang mudah disebut, tapi banyak hati kita perlu dilunakkan untuknya. Mudah-mudahan.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 11, 2015 14:15

May 9, 2015

Tinggal kenangan ....Sebuah petaka apabila akan berjiran ...



Tinggal kenangan ....Sebuah petaka apabila akan berjiran dengan sebuah taman perumahan agam di daerah ini. Saya yang tidak tahu apa-apa kerja orang pembangunan bandar (walau pernah berguru dengan Dr Katiman Rostam, profesor Geografi Bandar), melihat adalah satu kesilapan sebuah syarikat pemaju apabila mendakwa dan mengiklan di papan gergasi hampir di mana-mana bahawa mereka akan membangunkan sebuah taman perumahan terbesar. Panjangnya ayat saya! Panjangnya kegusaran saya! Malangnya ia bersebelahan dengan kediaman kecil kami. Allah.... saya tidak dapat membayangkan kesesakan di lorong utama  yang menjadi jalan pergi-balik ke kampus setiap hari. Jam berapa harus saya keluar rumah agar tidak perlu beratur panjang menuju jalan utama. Jam berapa pula saya dapat tiba di perkarangan fakulti dan mula berebut kotak letak kereta.  Allah! Di samping taman perumahan terbesar "TH" (bukan Tabung Haji!) itu juga banyak lagi taman perumahan lain di sekelilingnya. Rumah jutaan ringgit dengan apartment yang ditinggal lama dan kini mula diduduki. O! Dahulunya inilah kawasan kediaman idaman walaupun ada kutukan, ini daerah hulu hutan rimba. Kawasan yang asalnya terasing daripada jalan utama yang sesak. Bayangkan perasaan saya sebaik memasuki kawasan perbukitan hijau yang sepi ini setelah bertelagah dengan lampu isyarat, hon kereta dan tuan punya kereta yang angkuh sebelumnya. Sekarang? Allah....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 09, 2015 17:02

May 8, 2015

Berapa jarak antara kita dengan doa yang diharap. Adakah ...

Berapa jarak antara kita dengan doa yang diharap. Adakah ia hampir tidak berjurang dengan apa yang dimaksudkan. Misalnya bagaimana saat AM demam panas, saya menyelak halaman salawat syifa dan mula menjadi tabib untuk anak sendiri. Ya, Allah betapa kita benar-benar menggantungkan permintaan. Sangat bersungguh-sungguh. Memang tidak ada tempat sangkutan lain yang lebih agung daripada Allah. Sungguh,

Saya menerima pesanan bulan penuh lewat WA dari Tanah Selandia Baru. Ia banyak mengheret saya kepada beberapa pesanan bulan penuh yang masih disimpan. Ya, bulan penuh masih menjadi lorong rahasia, membawa khabar yang mahu dikirim. Bulan penuh yang dapat dilihat dari kotak jendela. Hubungkanlah hati ini dengan orang-orang soleh, ya Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 08, 2015 23:21

May 6, 2015

Tidak sedarkan diri. Pendarahan dalam otak. Saluran darah...

Tidak sedarkan diri. Pendarahan dalam otak. Saluran darah pecah. Bacaan darah naik mendadak. Allah! Sejak semalam kami menerima berita mendebarkan ini. Saudara kami, Rahimidin Zahari, sahabat penyair yang saya hormati, menjalani pembedahan pagi ini. Hanya Allah menjaganya. Mudah-mudahan Allah memelihara hati isteri dan anak-anaknya agar sabar dan tenang. Pesanan yang masih saya simpan, Ya Tuhan kami, limpahkanlah kesabaran kepada kami dan wafatkanlah kami dalam keadaan berserah diri kepada-Mu  (al a'raf: 126).

Saya terus membaca al Falaq sejak petang semalam, memujuk kepala yang semakin berat. Masuk bilik mesyuarat dari pagi hingga petang diikuti kuliah hingga lewat senja. Tepat suara bilal saat maghrib dari surau, saya tiba di pintu pagar rumah. Allah, ya Allah. Bila waktunya tiba, semua tiada apa-apa walau hanya debu... 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 06, 2015 17:19

May 5, 2015

Mengenang sahabat yang pergi (saya selalu gunakan istilah...



Mengenang sahabat yang pergi (saya selalu gunakan istilah pulang), mengingat akan kata ulama yang saya sayangi, nyawa kita umpama api pelita yang boleh padam bila-bila masa. Ya, bila-bila sahaja kereta yang dipandu tenang boleh ditabrak. Bila-bila juga dalam sujud panjang, itulah saat akhirnya. Entah bila-bila juga tidur yang kelihatan aman adalah perjalanan pulang yang panjang. Allah. Saya mula mengasuh AM, sebelum tidur selain bersama al Mulk, harus mohon maaf dari bapak dan mummy. Mohon maaf untuk bersihkan hati dan memaafkan agar kita pulang dalam tenteram kerana... AM menyudahkan ayat saya,  tidur itu kematian sementara. Allah, anakku. Saya mendakap AM sepenuh hati malam tadi. ..
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 05, 2015 17:04

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.