Mawar Safei's Blog, page 137
April 13, 2015
Aneh, dia yang tidak pernah dikenali wajahnya boleh muncu...

Aneh, dia yang tidak pernah dikenali wajahnya boleh muncul dan memperkenalkan diri dalam mimpi. Kewujudannya sangat misteri, antara ada dengan keraguan. Namun hati mengujar, itulah dia yang selama ini membawa dentingan-dentingan lewat surah pilihan. Dia yang antara menghilang dan kemudian mengetuk lawang kembali. Ada antara plot mimpi, saya pindahkan ke dalam karya. Barangkali nanti yang ini juga. Dan saya akan selalu menunggu dentingan surah seterusnya dalam diam. Kata Rumi yang diingat lelaki dalam Perempuan si Pemetik Harpa, dalam diam kita mampu mendengar dengan lebih larut lagi.
Published on April 13, 2015 14:36
April 12, 2015
Hujung minggu yang panjang antara penerimaan dengan penaf...
Hujung minggu yang panjang antara penerimaan dengan penafian. Sepotong keputusan yang sangat menuntut kesaksamaan antara mencintai masa lalu dengan apa yang dikehendaki sekarang. Kasihannya saya mengenang masa yang tinggal sedikit, sedang banyak isi dunia yang mahu dirangkul.
Senja kelmarin, baris ali Imran: 160 menyelinap dalam pertelingkahan sebuah keputusan. Jika Allah membantu, tak kan ada yang dapat mengalahkan. Saya menangis melihat keangkuhan diri masih membusungkan dadanya. Allah, ya Allah, ampuni kami.

Published on April 12, 2015 14:49
April 10, 2015
FB. Sekian kalinya, telah banyak tahun saya tidak lagi me...
FB. Sekian kalinya, telah banyak tahun saya tidak lagi menghuni wilayah nyeri itu. Anehnya, sesekali datang dentingan yang menyatakan ada percubaan yang gagal untuk membuka pintu akaun saya. Adakah ia bermakna, ada yang mencuba-cuba? Kebetulan saja, saya diberitahu ada akaun yang menggunakan nama saya, ya ejaan yang persis dengan profil gambar bunga. Mohon maklum, ia bukan saya! Mungkin sahaja ada pemilik nama yang sama, dengan ejaan yang mirip nama saya. Sedang saya sudah menutup lama, melupakannya dan tidak mahu berpaling lagi.
Ya, dentingan. Bukankah dalam hidup, sesekali atau sebaliknya akan ada dentingan yang menyentak. Beberapa minggu ini dentingan yang berulang-ulang datang setiap kali saya lalui jalan pergi dan pulang rumah-kampus-rumah. Di titik yang sama, ya di tikungan itu, dentingan dahsyat mengasak masuk. Di tikungan itu, saat saya melihat dengan tepat, seorang perempuan rebah ditabrak. Allah, begitulah dentingan itu memenuhi setiap lingkungan. Bagaimana, apabila pada sebuah dinihari, surah ali Imran: 139 menjadi dentingan yang menyerbu. Ia menjeru bagai si tabib ikhlas yang mahu datang mengubat. Mahukah saya berpaling?

Published on April 10, 2015 14:45
April 9, 2015
Aroma kopi (nesface) memang akan selalu memikat khususnya...
Aroma kopi (nesface) memang akan selalu memikat khususnya ketika sedang berada di meja kerja. Sebelum ini saya akan menghabiskan satu bekas besar tahan panas nescafe di pejabat. Namun sejak mengamalkan
al-Falaq
, saya berhenti daripada tabiat itu. Ada juga saya mendengar nasihat pakar kesihatan agar warga migraine berhenti daripada mengambil kafein. Dan sering saya akan tunduk dengan pedoman tabib. Menggantikannya dengan teh tanpa gula yang dibawa teman dari Tokyo dan Beijing, saya masih tidak pasti adakah ia pengganti yang lebih baik.
Bercakap soal pengganti, akan selalu dibandingkan dengan apa yang kita ada sebelum ini. Samada yang dahulu itu lebih baik atau yang menggantikan itu tidak pernah akan dapat menyamai segala yang kita pernah lalui. Kerja membanding ini juga yang berlaku dalam kuliah bersama pelajar sarjana setiap isnin. Kajian antara teks, menemukan tidak ada yang sempurna di tangan pengarang. Ia mewakili kehidupan yang perlu selalu diperiksa, di mana letak rasa syukur yang tidak jarang terabaikan.

Published on April 09, 2015 14:32
April 6, 2015
Saya tidak berapa sihat sejak pulang daripada kerja rasmi...
Saya tidak berapa sihat sejak pulang daripada kerja rasmi hujung minggu lalu. Saya selalu percaya sakit menyampaikan banyak isyarat. Melihatnya dari sisi baik, saya jadi lebih banyak berdoa dan terasa pautan yang lebih kuat kepada Allah. Ya Allah mudahkan urusan kesihatan kami untuk tujuan ibadah kepada-Mu. Melihat dari sisi lain pula ia memberitahu, saya tidak muda lagi untuk bekerja lebih masa seperti dahulu. Saya masih mengamalkan pesan sahabat tabib, surah al-Falaq untuk kerja penyembuhan. Allah ya Allah.
Foto lama: Dalam penyerahan
Dalam kuliah semalam juga kami banyak bercakap soal doa. Ia sebagai sebuah penyerahan. Ia sebagai ruang ketaatan yang bulat. Banyak puisi Melayu yang menampilkan suara penyerahan ini. Seorang mahasiswa saya mahu mengkaji kepenyairan seorang doktor perubatan. Bagaimana sebagai tabib, doa sering menjadi kekuatan saat berhadapan dengan pesakit. Menerusi doa, dia mengakui bahawa tiada daya dan kuasa melainkan dengan pertolongan Allah. Doa membekalkan dia kecukupan dan perlindungan (daripada keangkuhan akan kuasa yang dia punya?). Maka dengan penuh kerendahan hati, saya mohon mahasiswa di bilik kuliah menyertai saya berdoa sungguh-sungguh dengan penyerahan yang seluruh. Allah, betapa lemahnya kami, betapa kami selalu lalai. Mudah-mudahan kami tidak dicela. Mudah-mudahan kami ikhlas dalam penyerahan ini.

Published on April 06, 2015 21:49
April 5, 2015
Riuhnya apabila di mana-mana orang bercakap tentang GST; ...
Riuhnya apabila di mana-mana orang bercakap tentang GST; dari penjuru membeli roti untuk AM hingga ke kedai kasut jenama "B" yang kami kunjungi semalam (kasut sekolah AM sudah kecil). Memerhati tingkah anak muda yang menjadi pembantu jualan, saya tiba-tiba boleh diserang ribut taufan yang maha dahsyat. Melayan pelanggan yang datang dengan air muka yang dingin, menjawab soalan orang yang mampir endah tak endah, memang bagi saya dia penjual yang tidak sopan. Saya terfikir-fikir, apakah nilai (good and) service tax yang mula dikenakan (atau sebenarnya bukankah dalam resit pembelian lama dulu pun sudah ada dinyatakan jenis cukai tersebut?). Sebagai pembeli atau pelanggan, kita dikenakan juga cukai perkhidmatan. Sejauhmanakah kita memperoleh perkhidmatan yang selayaknya daripada jurujual? Seingat saya beberapa kali saya menulis tentang betapa hodohnya perkhidmatan kaunter atau perkhidmatan jualan di negara ini. Berapa kali kita menerima ucapan terima kasih daripada jurujual di meja pembayaran? Atau sebaliknya seperti selalu, kita yang mengucapkan terima kasih! Berapa kali kita menerima senyuman ikhlas setiap kali masuk atau keluar dari kedai mereka? Dan akhirnya, terfikirkah, wajarkah kita membayar cukai perkhidmatan yang sejelek itu?
Pengalaman dengan si cantik Victoria di meja pembayaranBeberapa kali pengalaman di luar negara sangat membuatkan hati saya berbunga-bunga dengan jenis perkhidmatan yang sama. Senyuman dan meraikan pelanggan, begitu membikin rasa kita terhormat. Satu perkara yang saya perhatikan, mereka kelihatannya dilatih. Sebilangan mereka adalah jurujual yang berusia. Berbanding dengan apa yang saya temukan semalam di kedai kasut jenama "B" yang terdiri daripada anak-anak muda lepasan sekolah menengah yang terpaksa mencari duit saku, bukan pendapatan. Sekali lagi AM dan Zahar terpaku apabila ribut taufan mula menyerang dan mendengar getar suara saya di hadapan jurujual muda kedai kasut jenama "B", tolonglah raikan pelanggan yang datang dengan hati yang ikhlas! Tolong senyum! Tolonglah!

Published on April 05, 2015 13:24
April 3, 2015
Hujung minggu yang kebanyakan kita tidaklah menikmatinya ...

Hujung minggu yang kebanyakan kita tidaklah menikmatinya sebagai cuti; termasuk saya. Rehat hanya bermakna tidak keluar rumah sebelum jam lapan pagi dan tidak perlu menghadiri acara rasmi: mesyuarat. Namun sebenarnya, (jumaat) sabtu-ahad kita masih bekerja. Hakikat kerjaya saya, terlibat sepanjang tujuh hari dalam seminggu. Malah selepas waktu pejabat juga banyak masa digunakan untuk tugas berkaitan. Bunyinya sangat dahsyat. Sepatah teguran almarhum ibu mertua saya, kerja tak pernah habis. Benar, ia selagi setiap yang saya lakukan tidak kira hujung minggu atau waktu malam, dihubungkan dengan ruang kerja saya: membaca dan menulis. Maka saya percaya, kerja saya bernilai. Dan berkali-kali dalam solat atau sebelum memulakan kerja, saya berdoa agar Allah melihat apa yang saya lakukan sebagai ibadah. Saya mohon Allah bantu dalam setiap gerak dan keputusan. Mudah-mudahan apa yang kita kerjakan memberi manfaat dan bernilai dalam ketaqwaan kita kepada Allah. Insya-Allah. Saya bekerja rasmi hujung minggu ini ....
Published on April 03, 2015 17:15
April 2, 2015
Saya senang mendengar senikata lagu-lagunya. Ia seperti m...

Saya senang mendengar senikata lagu-lagunya. Ia seperti menikmati puisi yang cantik, baris-baris yang tersaring mengirim pesanan untuk kian dekat dengan Allah dan Rasulullah dan kematian.
Konsertnya 18 April ini di Shah Alam. Saya belum pernah masuk ke mana-mana dewan konsert seumur hidup.
Published on April 02, 2015 14:30
March 31, 2015
Bercakap selalu tentang proses kepengarangan di dalam dew...
Bercakap selalu tentang proses kepengarangan di dalam dewan kuliah, sangat memujuk saya untuk tunduk terhadap pengkaryaan Allah iaitu kejadian manusia. Siang tadi dalam dewan kuliah saya membawa mahasiswa untuk menyedari apa yang dicipta para pengarang dari senarai panjang penerima Hadiah Nobel dunia, Sasterawan Negara atau pengarang yang novelnya sedang berada dalam tangan mereka. Menerusi video yang ditayangkan, saya sendiri sebak membaca baris-baris surah al Mu'minuun: 12-14.
Dan sesungguhnya Kami telah menciptakan manusia dari suatu saripati (berasal) dari tanah. Kemudian Kami jadikan saripati itu air mani (yang disimpan) dalam tempat yang kukuh (rahim). Kemudian air mani itu Kami jadikan segumpal darah, lalu segumpal darah itu Kami jadikan segumpal daging, dan segumpal daging itu Kami jadikan tulang belulang, lalu tulang belulang itu Kami bungkus dengan daging. Kemudian Kami jadikan dia makhluk yang (berbentuk) lain. Maka Maha sucilah Allah, Pencipta yang Paling Baik.

Published on March 31, 2015 14:15
March 30, 2015
Jumpa di UKM. Tidak perlu ke Amcorp Mall!
Published on March 30, 2015 21:38
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.