Mawar Safei's Blog, page 134
June 6, 2015
Menghampar tikar mengkuang. Menjinjit bakul rotan berisi ...
Menghampar tikar mengkuang. Menjinjit bakul rotan berisi bekalan makanan setengah hari. Menghadap ombak kecil yang datang dan pergi. Bermain pasir halus membangunkan rumah atau istana. Datang kemudiannya angin laut yang membawa kelat garam dan sekian haba yang kering. Ya, Zahar mahukan perkelahan klasik ini. Kali ini kami tidak bermalam di mana-mana hotel. Kami keluar rumah awal pagi dan pulang menjelang petang.
Rupanya saya tidak betah dengan angin pantai, dalam jangkamasa setengah hari. Dengan panas matahari di langit laut, kepala saya mula pusing apatah lagi setelah AM hampir dua jam tidak kembali ke teduhan kami untuk makan atau minum. Asyiknya dia bermain dan berendam air laut seorang diri. Aduhai! Dan petang itu kami pulang dengan hati sebal dan masing-masing berjanji tidak akan menjalani perkelahan klasik ini lagi (bunyi entri kali ini seperti karangan saya di sekolah rendah dahulu, dengan judul yang dibekalkan guru Bahasa Melayu, "Cerita Cuti Sekolah.")

Published on June 06, 2015 16:12
June 1, 2015
Bahagianya saya apabila pengacara majlis makan malam yang...
Bahagianya saya apabila pengacara majlis makan malam yang saya hadiri mengumumkan lagu seterusnya adalah Gurindam Jiwa. Aduhai, anak Cina pasang lukah, lukah dipasang di Tanjung Jati.... Sayangnya penyanyi jemputan sendiri mengakui keanehan gubahan lagu versi yang dipilihnya. Agak lari daripada yang asli. Saya fikir yang ahli dalam bidang kajian budaya juga meninjau mengapa perubahan ritma berlaku yang mungkin sahaja disebabkan pergerakan dalam masyarakat, seperti kajian Dr Suryadi, kolega saya dari Universiteit Leiden. Beliau melihatnya dalam lingkungan budaya Minangkabau. Atau ahli bahasa dan kesusasteraan dapat pula menafsir pantun yang dilagukan itu dengan falsafah pemikiran Melayu,
Disertasi Dr SuryadiGurindam Jiwa, kegemaran almarhum Nenda (dengarnya pernah ada hubungan dengan Nordin Ahmad...imaginasi sayakah?). Kegemaran bonda juga. Dan saya juga karam dengan gemalainya emosi yang kuat di dalamnya. Filem dengan judul yang sama arahan M. Amin, harus saja dihasilkan dengan seni estetikanya apabila yang menggubah skripnya adalah Sasterawan Hamzah Hussein. Mengenali Sasterawan zaman ASAS 50 itu pasti sahaja terpencar keakrabannya dengan soal kepengarangan, penukangan karya, apabila watak pujangga istana diperaga dan dipertentangkan dengan mauduk kedudukan dan darjat. Banyak lapis makna yang dapat dibaca....

Published on June 01, 2015 17:05
May 30, 2015
Penganjuran oleh mahasiswa tahun dua kami.Ia merupakan tu...
Penganjuran oleh mahasiswa tahun dua kami.
Ia merupakan tugasan semester ini.Mudah mudahan ia membawa manfaat yang banyak. Silakan datang!
Published on May 30, 2015 20:38
May 29, 2015
Jadual yang padat masih berlangsung hingga ke hujung ming...
Jadual yang padat masih berlangsung hingga ke hujung minggu dengan undangan makan malam rasmi (kelaziman menuju hujung sesi pengajian) dan saya yang jarang mahu menghadirkan diri pada sebarang majlis apabila hari sudah gelap, memaksa diri. Dan ternyata ia agak menyiksa juga. Apalagi sebelumnya seharian mata dan minda yang lelah dengan penyeliaan mahasiswa, memeriksa tulisan tugasan mereka yang bahasanya tunggang langgang. Sebelumnya juga memastikan projek hujung semester mengikut perancangan. Segalanya melarat ke hujung minggu dengan pembentangan tugasan mahasiswa kursus universiti. Kemudian berlari ke undangan perkahwinan musim cuti sekolah pula. Aduhai, ramainya yang menjadi pengantin sebelum ramadhan menjengah kita! Dan cuti sekolah, hah? Saya terus teringatkan hak AM untuk dua minggu ini....
Selalukah kita tiba-tiba jadi lupa untuk kekal dengan rasa kerendahan hati? Tiba-tiba kita mahu kewujudan itu diabsahkan atau keberadaan itu diperakukan. Nama harus ada gelaran khas. Nama harus disebut-sebut di hadapan semua orang. Allah. Allah. Allah. Alangkah kewujudan, keberadaan dan nama kita disebut-sebut Allah. Alangkah! Selalukah pula kita tiba-tiba jadi tidak peduli dengan pengiktirafan manusia? Apa sebenarnya nilai pandangan mereka yang juga Dicipta? Sedang apa yang kita mahukan hanya kepedulian Allah. Lihat saya Allah. Absah, peraku dan sebut-sebutlah nama saya Allah! Betapa saya hanya mahukan pandangan-Mu, ya Rabb. Alangkah!

Published on May 29, 2015 15:44
May 28, 2015
Minggu ini sangat terasa meletusnya masa. Hari Isnin yang...
Minggu ini sangat terasa meletusnya masa. Hari Isnin yang padat dengan kuliah dan mesyuarat. Ya, begitu juga Selasa, Rabu dan hari ini. Berselang seli dengan kerja penyelidikan. Perbincangan dengan mahasiswa untuk projek minggu akhir semester ini. Ya, semester hampir berakhir sebelum minggu ujian. Semakin banyak masa bergerak dan sering pula rasa terhenyak, menangisi sia-sia yang seperti mentertawakan saya. Begitulah saya ditewaskan masa yang tiba-tiba menjadi sangat perkasa.
Awal pagi di meja kerja saya mendahulukan al Ma'arij: 8-10: Pada hari langit menjadi seperti luluhan perak. Dan gunung-gunung menjadi seperti bulu yang berterbangan. Dan tidak ada seorang teman akrab pun menanyakan temannya. Benar saya masih menerima pesanan lewat bulan penuh di hujung jendela. Kadangkala ia datang dalam rakaman foto yang meminta saya menterjemah makna. Sedang saya sering juga kelu menafsir, sehingga saya tidak tahu adakah tepat masanya untuk saya mengujar kata atau sebaliknya terus berdiam sahaja.

Published on May 28, 2015 06:40
May 26, 2015
Hilang lagi! Beberapa tahun lalu himpunan gambar di blog ...
Hilang lagi! Beberapa tahun lalu himpunan gambar di blog ini hilang apabila ada gangguan aplikasi dalam telefon tangan (rupanya ada hubungan antara talian-talian maya. Luar biasa.) Kali ini semua gambar dalam folder yang dirakam terus dalam telefon tangan pula yang hilang. Semua. Ya, seingat saya ada hampir 800 (betulkah angka itu dilihat mata tua saya ini?) Memang banyak dan tidak sempat saya tapis untuk menyimpan yang benar-benar perlu. Antaranya adalah gambar ulangtahun AM yang kesembilan (saya simpan setiap tahun meraikannya). Aduhai. Saya pula tidak dapat mengingat, bagaimana semua kepingan itu lenyap.
Kehilangan. Kekosongan. Ia membawa saya jauh masuk ke dalam sebuah gua, ya gelitanya bagai si jelaga di malam kelam. Hanya ada kandil kecil yang menampakkan bayang pada tembok gua. Dan saya sangat meyakini akan kewujudan pada dinding gua yang saya tidak pernah tahu keluk mahupun garis rupanya. Namun saya sangat percaya ada kehidupan padanya. Sedang saya pernah melihat sebelumnya di luar gua kelam ini, matahari yang menawarkan cahaya yang bukan kepalang hebatnya berbanding kandil yang hampir mencair. Allah, apa yang saya harapkan dari gambar-gambar yang lesap itu? Sedang saya tahu, kenangan dan ingatan, kesannya dalam hati, tidak akan pernah luntur. Tepatkah analogi gua, cahaya dan bayang itu dengan peristiwa kehilangan sejumlah foto bersejarah semalam?
Published on May 26, 2015 13:40
May 25, 2015
Bulan dari Tanah Selandia BaruSaya pernah diminta untuk b...
Bulan dari Tanah Selandia BaruSaya pernah diminta untuk berdiam. Senyap itu lebih baik daripada memperlihatkan kewujudan. Begitulah kira-kira. Ya, elok juga berdiam dalam gua. Ia akan selalu ajari saya untuk lebih dalam menaakul.
Published on May 25, 2015 15:21
May 22, 2015
Masya Allah tabarakallah... sejak beberapa minggu ini say...
Masya Allah tabarakallah... sejak beberapa minggu ini saya dengar seruan azan setiap waktu zohor dan asar di fakulti kami. Ya Allah. Besarnya hati saya untuk pertama kali azan dilaung tanda masuk waktu. Azan dari Masjid Universiti kadangkala agak sayup walaupun bangunan kami antara yang terhampir. Saya teringatkan Bilal bin Rabah. Saya teringat si Bilal di rumah. Saya rindukan azan dan iqamahnya.
Saya kian diasuh untuk menyahut panggilan Allah yang Maha Besar, dan bersegera menafikan selain itu. Lepaskan apa sahaja yang sedang di tangan. Tinggalkan apa sahaja yang bernama dunia ketika itu untuk meraikan kebesaran-Nya. Nasihat seorang sahabat lama dahulu, malah bersedia menjawab azan dengan wudhu di sajadah. Ya, bersiap lebih awal sebagai tanda kita benar-benar senantiasa diingatkan dan kita ingat. Allah! Pernah saya beritahu si Bilal cilik di rumah, dahulukan Allah dan Allah akan dahulukan kita. Insya-Allah.

Published on May 22, 2015 15:25
May 20, 2015
Ini tetangga kami. Sepanjang hari ini berada di kampus Se...
Ini tetangga kami. Sepanjang hari ini berada di kampus Serdang untuk acara puisi dan penyelidikan. Saya masih suka dengan nama asalnya, sangat akrab dengan kehijauan yang mengamankan. Lebih penting daripada itu, kemudahan letak kereta yang jauh lebih baik daripada kampus Bangi kami. Aduhai (tidak pandai pandai bersyukur!)
Banyak juga kenangan yang tersimpan dengan beberapa sahabat penulis mahupun akademik di sini. Salah seorangnya yang pernah mengungkap begini dalam watak cerita pendeknya, aku mengenalimu dalam sekejap. dalam sekejap itu aku mengenalimu. Memang, beberapa susuk yang kita kenali pada saat-saat akhir. Ya, ia sangat sekejap. Tetapi rupanya dalam sebentar itu, banyak yang kita tahu kisah panjangnya. Sering juga, dalam sebentar dan kisah panjang itu, saya berdoa mudah mudahan persaudaraan kerana Allah itu kekal sampai bila-bila.
Published on May 20, 2015 14:07
May 19, 2015
Kuliah Sastera Islam kami masih bersisa tiga minggu. Saya...
Kuliah Sastera Islam kami masih bersisa tiga minggu. Saya ingin abadikan minggu ini dengan membawa Rahimidin Zahari masuk ke kuliah. Saya mahu mahasiswa mengenali susuk penulis muda yang kemudiannya tumbuh sebagai penyair yang dihormati gurunya. Semalam juga, dalam kuliah sarjana Sastera Bandingan, saya memerihalkan kerendahan hati seorang guru yang namanya tidak mahu disebut-sebut atas jasa mendidik almarhum sahabat saya yang semakin jauh itu. Saya sering melihat wajah guru dalam diri anak didiknya. Maka saya mohon mahasiswa saya selalu menyimpan rasa berikhlas dalam menuntut ilmu dan selalu dengan kerendahan hati menginsafi akan keagungan ilmu Ilahi.
Kugenggam sekepal tanahyang bakal bersatudengan diriku.
Nenda Ismail, benarseperti kata akhirmu:kita sentiasa dekatcuma terpisaholeh ruang yang lain.
Burung terbangpulang ke sarangnafas kembarapulang ke rongga
Kau pergimenuju Abadi.
Aku di sisimu,menggenggam sekepal tanahyang bakal bersatudengan diriku.
Puisi lama ini sangat bermakna apabila dibaca kembali dalam bilik kuliah tadi, setelah penyairnya tiada lagi.

Published on May 19, 2015 01:10
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.