Mawar Safei's Blog, page 136
May 5, 2015
Almarhum Sulaiman Ibrahim, sahabat akademik di Fakulti Pe...
Almarhum Sulaiman Ibrahim, sahabat akademik di Fakulti Pengajian Islam, UKM. Saya baru membaca warta kepulangan ini di website universiti. Kepada-Nya jalan kembali. Al fatehah.
Published on May 05, 2015 00:44
May 3, 2015
Sahabat KEPEZI, saya diminta menyelenggara antologi KEPEZ...
Sahabat KEPEZI, saya diminta menyelenggara antologi KEPEZI terbaru. Mohon sahabat mengirim saya dua cerpen (yang baru, belum terbit, sudah terbit atau memenangi anugerah/sayembara) untuk tujuan penerbitan antologi tersebut. Mudah-mudahan Allah membantu usaha kita. Terima kasih.
Published on May 03, 2015 18:41
May 2, 2015
MembaraCuti hujung minggu yang panjang! Tentu sdr bercuti...
MembaraCuti hujung minggu yang panjang! Tentu sdr bercuti ke pulau, ke gunung atau pulang ke kampung halaman dan menikmati pemandangan lebuhraya yang sesak! Saya hanya mahu berdiam dalam gua. Banyak kerja yang dituntut sebaik cuti berakhir nanti. Namun mungkin molek juga masa untuk acara memanggang ayam atau kambing yang sudah diperap rempah lebih awal, di penjuru dapur. Saya ada pembantu di rumah. Dua lelaki yang setia memasang bara dan memastikan ayam dan kambing tidak hangus, Z dan AM. Sementara saya menyediakan semangkuk salad. Selamat beristirehat sambil membersihkan hati!
Hirisan kasarEntri yang sedikit panjang sempena cuti bersambungan. Tatkala melihat bara api sebelum meletak jaring pengalas, sebuah madah penyair soleh yang baru dibaca menyertai kami, aku diuji dengan empat perkara yang dihala kepadaku, dengan panah daripada busurnya yang begitu tegang tarikannya. Iblis, dunia, nafsuku dan sekalian makhluk. Wahai Tuhanku, Engkaulah tempat penyerahan segalanya. Saya teringat cerpen Saat Tali Busur Merentang. Ia kisah percutian Ramadhan. Allah, Ramadhan yang dinanti kian hampir. Doa meraikan Ramadhan kian membara. Allah, temukan kami dengan Ramadhan kali ini!
Published on May 02, 2015 13:23
May 1, 2015
Sejauhmana kita berikhlas hati, tidak kira dalam hubungan...
Sejauhmana kita berikhlas hati, tidak kira dalam hubungan dengan Allah atau sesama makhluk. Zahar selalu memujuk agar berikhlas dalam menyediakan juadah makan malam ketika saya menyingsing lengan di dapur sebaik sahaja pulang dari pejabat. Begitu juga AM yang melihat saya geram mendengar bacaan Inggerisnya yang mengikut ejaan bahasa Melayu. Mummy tak ikhlaskah mengajar saya? Pernah AM menyoal ketulusan saya begitu. Berapa kali sehari pula kita berdoa agar berikhlas hati untuk setiap amalan fardhu mahupun sunat. Saya pernah membaca satu cerita bagaimana seorang tuan pada siang hari, menjadi hamba pada malamnya semata-mata untuk mencari keikhlasan. Dia yang merupakan presiden di sebuah syarikat ternama negaranya, mengatur selipar dan kasut jemaah masjid menjelang maghrib dan isya'. Dia menyua minuman malam jemaah solat. Bila ditanya ketika dia pulang bersama pemandu kereta mewahnya, mengapa dia bertukar rupa pada waktu malam, jawabnya saya mahu menjadi manusia yang selayaknya. Bukankah saya seorang hamba. Allah ya Allah!
Saya pernah bertanya kepada mahasiswa sewaktu kuliah, siapakah Sdr ketika berhadapan dengan Makcik yang menyapu beranda fakulti? Siapa pula mereka di hadapan Sdr yang kononnya orang cerdik pandai di kampus hijau ini? Ikhlaskah kita memberi salam atau menyapa khabar setiap kali mereka mendongak sambil cuba mencipta senyum terbaik buat Sdr? Di mana letak kerendahan hati kita ketika itu?
Saya pernah bertanya kepada mahasiswa sewaktu kuliah, siapakah Sdr ketika berhadapan dengan Makcik yang menyapu beranda fakulti? Siapa pula mereka di hadapan Sdr yang kononnya orang cerdik pandai di kampus hijau ini? Ikhlaskah kita memberi salam atau menyapa khabar setiap kali mereka mendongak sambil cuba mencipta senyum terbaik buat Sdr? Di mana letak kerendahan hati kita ketika itu?
Published on May 01, 2015 16:14
April 28, 2015
Sejak telefon saya (yang sudah mula dianggap purba ...
Sejak telefon saya (yang sudah mula dianggap purba oleh generasi 6) meragam dan dibaiki, seperti kebanyakan kejadian, banyak nombor yang disimpan hilang. Maaf jika saya tidak lagi bertanya khabar, sahabat. Insya-Allah, kita bertemu lewat doa. Waktu itu bicara hati saya ternyata lebih dalam dan banyak yang dipohon agar Allah perkenankan buatmu. Insya-Allah. Ada yang menanggap apabila satu bahagian daripada teknologi komunikasi ditanggalkan daripada perut telefon seperti fb, wa atau tg bermakna satu perihal dunia yang sudah ditinggalkan. Mungkin juga. Mungkin juga ia latihan untuk kita menerima kenyataan potongan surah al Baqarah: 254 ... hari itu tidak ada lagi jual beli dan tidak ada lagi persahabatan yang akrab dan tidak ada lagi syafaat....
Published on April 28, 2015 15:19
April 26, 2015
Zahar membawa pulang kisah dari kuliah subuh Haji Amin al...
Zahar membawa pulang kisah dari kuliah subuh Haji Amin alias si Faqir. Cerita Rasulullah tentang seorang ahli syurga yang sederhana amalannya tetapi memiliki satu sifat yang dikagumi. Dia selalu berusaha untuk membersihkan hatinya. Memaafkan orang yang menyakitinya. Maka dia tidak pernah berhasad. Dia membuang segala benci dan iri terhadap orang lain. Dia tidak pernah berkata buruk tentang mereka. Allahu Rabbi. Bagaimana dia boleh menyimpan hati yang semulia itu. Zahar membalas soalan saya dengan kenyataan yang semua orang tahu, tidak mudah jalan untuk ke syurga. Malunya saya di hadapan suami sendiri.
Saya baru membaca kembali tafsiran al Falaq Ibnu Kathir, saat Rasulullah disihir Labid al A'syam, si Yahudi munafik dari Bani Zuraiq. Walaupun banyak yang memberi tafsiran lain bahawa Rasulullah dilindungi daripada sebarang perbuatan sihir. Saya hanya memetik ungkapan mengharukan Rasulullah di sumur Dzi Auran tempat si Labid menyimpan ramuan mantranya, Allah sudah memberi kesembuhan dan aku tidak suka berbuat jahat kepada orang. Mudah mudahan ia pelajaran yang menyembuhkan hati.
Saya baru membaca kembali tafsiran al Falaq Ibnu Kathir, saat Rasulullah disihir Labid al A'syam, si Yahudi munafik dari Bani Zuraiq. Walaupun banyak yang memberi tafsiran lain bahawa Rasulullah dilindungi daripada sebarang perbuatan sihir. Saya hanya memetik ungkapan mengharukan Rasulullah di sumur Dzi Auran tempat si Labid menyimpan ramuan mantranya, Allah sudah memberi kesembuhan dan aku tidak suka berbuat jahat kepada orang. Mudah mudahan ia pelajaran yang menyembuhkan hati.
Published on April 26, 2015 13:49
April 23, 2015
Maaf, hanya untuk makluman sahabat. Saya tidak dapat dihu...
Maaf, hanya untuk makluman sahabat. Saya tidak dapat dihubungi di wassap dan telegram. Mohon sms atau panggilan jika perlu. Maaf, beberapa pesanan sebelumnya yang mungkin saya tidak dapat terima dan tidak sempat menjawab. Hingga jumpa.
Published on April 23, 2015 13:18
April 22, 2015
Pernahkah ketika hati sedang gundah atau risi, kita menca...
Pernahkah ketika hati sedang gundah atau risi, kita mencapai penawar terbaik dalam seluruh hidup iaitu al Qur'an, lalu halaman atau surah yang diselak ternyata menjawab segala gundah dan risi itu. Pernahkah? Ya Allah, bukankah ketika itu al Qur'an menjadi tabib yang begitu dekat, ada dalam dada kita. Tabib yang selalu tahu tampang cuaca yang menyelubungi hati kita. Lalu dia datang pada detik yang sangat membantu dan langsung kita rasa dilindung. Maha Suci Allah yang menjadikan al Qur'an sebaik-baik ubat yang sangat sakti untuk setiap kesakitan yang dialami. Kita akan menangis semahunya, apabila sedar betapa Allah begitu mengerti apa sahaja lintasan hati, perasaan paling dalam yang bersembunyi. Bukankah Allah mengingatkan, Kami telah menciptakan manusia dan mengetahui apa yang dibisikkan hatinya dan Kami lebih dekat kepadanya daripada urat lehernya (Qaf: 16).
Published on April 22, 2015 13:59
April 20, 2015
Banyaknya doa yang diharap agar menjadi lebih baik daripa...
Banyaknya doa yang diharap agar menjadi lebih baik daripada semalam. Sekian hasrat yang dipahat agar Allah bantu membaiki akhlak. Dalam harap dan hasrat itu, masih banyak pula hati saya terkumuh dengan kebencian, marah dan kecewa. Ya Allah, seperti senandung Opick, ajari aku mencintai-Mu dalam lelah, ajari aku mencintai-Mu dalam duka, kerana jiwa kadang rapuh bosan tak setia, ajari aku mencintai-Mu. Benar Allah, ajari saya untuk jadi hamba-Mu yang Engkau redha....
Published on April 20, 2015 15:52
April 18, 2015
Bercerminlah, apakah wajah paling indah yang mahu dikenan...
Bercerminlah, apakah wajah paling indah yang mahu dikenang sepanjang hari ini atau sepanjang usiamu. Dan wajah itu mahu kau persembahkan saat andainya Rasulullah mengetuk pintu rumahmu. Allah, ya Allah. Wahai Rasulullah kekasih Allah. Itu antara dentingan yang didatangkan Opick sebelum beberapa lagu memuliakan Rasulullah memenuhi senarai persembahannya. Tiap narasi dalam lingkungan lagu-lagunya sangat mengilhamkan.
Narasi bersambungan dalam perjalanan pulang bersama L dan H yang menjadi teman konsert. Saya seperti Cinderella tua yang kelewatan. Kasihankan Zahar yang membukakan pintu, alunan ini menyertai saya saat jam satu dinihari.... andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang. Andai bisa perbaiki segala yang terjadi. Tapi waktu tak berhenti. Tapi detik tak kembali. Harap ampunkan hamba-Mu ini. Ujar al Ghazali, muzik yang tidak berlebih-lebihan, membawa kerehatan jiwa malah dengannya kita merasa dekat dengan Allah. Alhamdulillah, kami terhibur sebagai penonton di baris keempat dari pentas persembahan MBSA.
Narasi bersambungan dalam perjalanan pulang bersama L dan H yang menjadi teman konsert. Saya seperti Cinderella tua yang kelewatan. Kasihankan Zahar yang membukakan pintu, alunan ini menyertai saya saat jam satu dinihari.... andai bisa ku mengulang waktu hilang dan terbuang. Andai bisa perbaiki segala yang terjadi. Tapi waktu tak berhenti. Tapi detik tak kembali. Harap ampunkan hamba-Mu ini. Ujar al Ghazali, muzik yang tidak berlebih-lebihan, membawa kerehatan jiwa malah dengannya kita merasa dekat dengan Allah. Alhamdulillah, kami terhibur sebagai penonton di baris keempat dari pentas persembahan MBSA.
Published on April 18, 2015 17:27
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

