Mawar Safei's Blog, page 140

March 7, 2015

Antara kemalangan dalam hidup apabila kita ditinggalkan s...


Antara kemalangan dalam hidup apabila kita ditinggalkan sahabat yang sekian masa menuntun kita ke jalan mengingati Allah. Kita akan rindukan panduan yang setiap hari dibawakannya. Kita rasa kehilangan. Dalam gundah itu Rumi memujuk, walau sahabat itu menjauh, akan selalu ada jendela yang membawa hati kita kepadanya. Dari bahu jendela itu seperti ada juga bulan yang menawarkan satu lorong rahsia, membawa khabar yang mahu kita kirim kepadanya. Saya tahu, lorong rahsia itu adalah doa. Saya bermohon agar dia dipayungi rahmat Ilahi.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 07, 2015 14:58

March 5, 2015

Kelmarin, dalam kuliah etika penulisan, saya bercakap soa...


Kelmarin, dalam kuliah etika penulisan, saya bercakap soal perlunya kita pada rahmat Allah hatta dalam kerja penulisan. Mengapa... kerana kita lemah. Manusia sangat memerlukan bantuan Allah. Dalam keributan tugas, kita mohon agar Allah memberi kelapangan, kemudahan dan ilham juga kesihatan yang baik untuk kita menyudahkan apa sahaja tanggungjawab yang dilihat beban yang berat. Sekembali daripada bercakap dengan pelajar soal rahmat Allah, AM yang berandung tangannya masih dalam cuti sakit, sangat-sangat menguji kami. Saya berkali-kali berkata pada diri betapa saya ini orangnya tidak sabar. Mudah jadi gunung berapi yang cepat meledak. Ya Allah, berkali-kali pula saya berdoa seperti saranan-Nya, mintalah perrtolongan dengan sabar dan solat, Allah menyertai orang-orang yang sabar. Atas usul pembaca blog ini (terima kasih), saya sedang menekuni buku Qardhawi. Saya mahu jadi orang yang sabar. Saya sedang mencari guru yang boleh menuntun saya menjadi seorang yang sabar. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 05, 2015 12:59

March 4, 2015

Alhamdulillahi rabbil alamin. Bercakap tentang kecintaan ...


Alhamdulillahi rabbil alamin. Bercakap tentang kecintaan terhadap buku di EBI 2015 semalam, saya dihadiahkan sebakul buku. Allah, mekarnya hati saya menerima tanda terima kasih ini. Setiba di rumah, saya meletakkannya di meja tamu rumah untuk meraikan AM dan Zahar yang pulang memasuki senja. Ternyata mereka juga gembira dengan hadiah merah ini di samping beberapa buku yang sempat saya dapatkan untuk bacaan hujung minggu. Nanti akan saya ceritakan pula buku-buku tersebut. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 04, 2015 12:06

March 3, 2015

Berbahagianya pagi ini saya dapat bertemu dengan anak-ana...





Berbahagianya pagi ini saya dapat bertemu dengan anak-anak sekolah dan mahasiswa universiti di EBI 2015, Putrajaya. Bercakap soal penulisan dan bagaimana memanfaatkan buku, saya bersyukur bertemu mereka. Saya berterima kasih kerana membawa  kembali zaman anak-anak dan remaja yang sudah jauh saya tinggalkan. Terima kasih kepada pihak Sinergi Ilmu, Persatuan Mahasiswa Anak Johor dan MPP UKM kerana mengundang. Mudah-mudahan ada manfaatnya., insya-Allah. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 03, 2015 21:04

March 1, 2015

Ujian datang dalam pelbagai rupa. Begitu juga wajah rezek...


Ujian datang dalam pelbagai rupa. Begitu juga wajah rezeki yang Allah anugerahkan. Jumaat lalu, saat saya  bersyukur Allah masih berikan kesempatan umur yang panjang, Allah datangkan ujian bersama. Tangan AM yang pernah patah hampir setahun yang lalu, patah sekali lagi. Antara geram dengan simpati, saya melihat AM dengan seribu belas. Jatuh lagi di padang sekolah. Allah, ya Allah. Mendapatkan rawatan yang terbaik, kami akhirnya dipertemukan dengan pakar tulang yang pernah saya tahu namanya, Prof Dr Zairul Nizam Zainol Fithri, terkait dengam Misi Aman Palestin. Alhamdulillahi rabbil alamin. Saya terus memanjangkan doa, AM mendapat penyembuhan yang cepat daripada kepakaran Prof Zairul. Saat menulis ini, saya meninggalkan sementara AM dan Zahar di wad Rosemary, Salam. Hanya Allah yang tahu apa dalam dada saya sekarang.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 01, 2015 16:24

February 25, 2015

Saya suka masuk ke sekolah. Saya suka bau sekolah. Jarang...

Saya suka masuk ke sekolah. Saya suka bau sekolah. Jarang saya menolak undangan ke sekolah, bertemu anak-anak yang bermata bulat. Hari ini saya akan bertemu mereka. Anak-anak aliran sains namun turut membaca kesusasteraan Melayu. Tidak aneh. Saya selalu akan ingat,  berada di peringkat spm, saya membeli Hujan Pagi sewaktu pameran buku diadakan di sekolah, sedang kawan-kawan sekelas mengepit buku kimia dan fizik. Saya pernah memenangi  Saga sebagai hadiah pelajar cemerlang bahasa di sekolah. Saya pelajar sains yang suka membaca kesusasteraan, mewarisi novel-novel abah dan  mempunyai himpunan novel sendiri. Ia tanpa disuruh-suruh apalagi dipaksa. Ia gugusan pengalaman awal yang luar biasa, banyak menuntun saya jadi lebih saksama dalam perihal manusia. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 25, 2015 15:54

February 23, 2015

Kuliah semester baru bermula minggu ini. Kuliah sarjana s...


Kuliah semester baru bermula minggu ini. Kuliah sarjana saya memulakan hari pertamanya. Isnin jam 9 pagi, saya sudah siap untuk pertemuan pertama. Seingat saya seperti selalu saya akan cuba berada di hadapan kelas tepat pada waktunya. Berbaur dengan semangat bertemu anak murid baru setelah sembilan bulan tidak berada di dewan kuliah, saya yang pertama tiba. Rupanya saya juga yang seperti selalu teruja. Sehingga satu jam, tiada bayang pelajar yang hadir. Saya menutup laptop. Atau sebenarnya mahasiswa saya selalu percaya pada mitos tiada kuliah pada minggu pertama. Aduhai....seperti mendengar pujukan AM, jangan sedih mummy....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 23, 2015 06:05

February 19, 2015

CNY kali ini sangat aman di taman perumahan kami. Hampir ...



CNY kali ini sangat aman di taman perumahan kami. Hampir keliling tetangga keluar rumah, samada bercuti ke mana-mana atau pulang ke kampung halaman. Memandangkan kami sudah pulang ke kampung awal dan akan pulang lagi nanti, maka CNY kali ini kami raikan dengan kedamaian yang ada. Di hadapan rumah, riangnya unggas. Bunyinya seperti di halaman kampung mertua yang meriah dengan pelbagai sahutan burung. Takdir juga disusun beberapa hari  sebelum cuti umum, suhu badan saya tidak menentu dengan migraine berhari-hari hingga saya teringatkan kisah Susanna dan vertigo. Saya mempunyai tanda yang tepat. Alahan pula dengan anti biotik yang diberikan doktor sedang saya sebenarnya diserang viral jahat. O. Alif Matiin juga yang mula serak walau tidak henti-henti  berlatih lagu nasyid Secerah Pawana. Saya terkebil-kebil mendengar antara tidak lirik yang didodoikan AM. Saya menerangkan erti pawana kepada AM. Lalu saya tanyakan, adakah pawana itu boleh diperhatikan cerah atau gelapnya? Saya fikir, aneh judul lagu tersebut saat pawana di laman rumah kami membawa wangi kemuning yang masih tinggal... 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 19, 2015 20:00

February 15, 2015

Cerpen terbaru saya di Berita Harian, 15 Februari 2015.&n...


Cerpen terbaru saya di Berita Harian, 15 Februari 2015. Terima kasih kepada editornya, Sdr Mohd Nazmi Yaakob.  
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 15, 2015 13:26

February 13, 2015

Masih dalam keharuan kisah semalam. Panjangnya doa  ...

Masih dalam keharuan kisah semalam. Panjangnya doa  lalu saya bisikkan kepada AM, pagi ini kurang seorang pendoa yang ikhlas. AM yang mudah bertanya, cepat membeliakkan mata bulatnya, siapa? Saya menyebut nama TG dengan sebak yang berbaki. Kisah pendoa yang ikhlas ini juga disebut Pengurus tempat saya bekerja dalam usrah pendeknya. Alangkah jika kita tahu betapa ajaibnya doa, kita akan terus berdoa dan tidak akan mahu berhenti. Apatah lagi kita berdoa untuk orang lain tanpa diketahui sesiapa. Maka malaikat akan memulangkan doa buat kita. Allah, ya Allah. Makanya saya selalu minta AM berdoa dan berdoa. Makanya di hujung skrip doa saya usai solat, akan disebut nama-nama tertentu yang sering bertukar senarai. Saya mohon rahmat dan pengampunan buat mereka. Mudah-mudahan malaikat akan meraikan doa-doa kita. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 13, 2015 15:00

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.