Mawar Safei's Blog, page 144
September 19, 2014
Saya terjumpa ulasan ini. Terima kasih banyak! Klik.
Published on September 19, 2014 14:19
Saya kuburkan wassap mulai hari ini. Jumpa di ruang lain!...
Saya kuburkan wassap mulai hari ini. Jumpa di ruang lain!
Ini catatan awal saya, sebelum ditambah catatan baru ini. Saya menerima pop-in message yang antara lain menyatakan saya diberikan masa sehari tambahan untuk bersedia membayar perkhidmatan wassap. Beberapa teman menyatakan ia hanya spam, abaikan. Sedangkan banyak nombor luar negara dalam contact list saya menggunakan wassap. Jadi bagaimana ya?
Published on September 19, 2014 01:18
September 16, 2014
Pulang ke kampung mertua, selain memasak, yang menarik di...
Pulang ke kampung mertua, selain memasak, yang menarik dilakukan ialah memancing dari kolam ikan. Isi lubuk talapia, haruan dan baung seperti menyerah diri. AM dan kumpulan sepupunya dengan mudah mendapat lebih sepuluh ekor setiap kali memasang umpan cacing yang dikais dari tanah di penjuru laman. Sebaik dibersihkan, ikan akan disalai berhampiran tembok kecil tempat kami selalu berkumpul waktu malam untuk sesi memanggang. O alangkah, saya, anak bandar yang sememangnya sukakan ikan, apa sahaja jenis ikan, sekarang asyik menguis isi ikan yang enak dengan bau salai sabut kelapa. Allah, saya teringat almarhumah omak mertuo den yang selalu menjanjikan masakan yang enak ikan sembilang salai masak lomak cili api...
Published on September 16, 2014 19:08
September 12, 2014
Musimnya datang lagi. Pasti, setiap tahun kedatanga...
Musimnya datang lagi. Pasti, setiap tahun kedatangan Zulhijjah, kenangan 2011/1432 masuk menyelinap. Memang saya sangat rasakan istimewanya menjadi hujjaj. Saya iringi doa buat sahabat yang menjadi jemputan Allah tahun ini - Maklong Hamidah, Sis Rohana, Dr Latiff dan Brother Salim Butler. MasyaAllah tabarakallah. Haji yang mabrur!
Published on September 12, 2014 13:58
September 10, 2014
Musykil. Banyak yang aneh apabila satu siang, jalan di ha...
Musykil. Banyak yang aneh apabila satu siang, jalan di hadapan rumah kami yang masih elok, diturap Saya teringat jalan utama di persimpangan mantan padang golf yang berkeluk, berlubang besar, tidak pula dilapis baru. Pelik. Itu perkataan Alif Matiin suatu ketika dahulu apabila mendapat jawapan yang tidak menepati apa yang diharapkannya. Tapi bukankah al Qur'an selalu minta kita berfikir apabila berhadapan dengan segala yang aneh, musykil dan pelik itu?
Published on September 10, 2014 14:27
September 8, 2014
Banyak yang perlu dicatat, dikalam. Namun tidak semua har...
Banyak yang perlu dicatat, dikalam. Namun tidak semua harus dirakam dalam tulisan. Banyak juga yang harus disimpan dalam dada dan ketika itu hati dan akal akan serentak berkata, hanya Allah yang Lebih Mengerti.
Published on September 08, 2014 01:05
August 29, 2014
Semakin panjang senarai kumpulan wassap dan telegram saya...
Semakin panjang senarai kumpulan wassap dan telegram saya. dan sekarang saya tidak lagi sempat mengejar perbualan rakan-rakan. sama ada membiarkan beratus-ratus mesej masuk atau saya klik clear history. saya mula rasakan himpunan teman-teman ini sudah jadi seperti fb yang saya kuburkan beberapa tahun lalu. terlalu banyak cerita ...
Published on August 29, 2014 22:10
Banyak yang saya rindukan dari permainan lentera kertas i...
Banyak yang saya rindukan dari permainan lentera kertas ini. Sering membawa saya kembali ke perkampungan Temasek kami. Saya akan berjumpa lagi teman-teman yang wajahnya cuba menyelinap dan berselang seli mahu memperkenalkan diri semula. Malam tadi usai menyiapkan latihan matematik, saya mengajak Alif Matiin ke taman kecil kami. Saya nyalakan lentera ini. Saya nyalakan api rindu! Seraya mengucapkan terima kasih, Alif Matiin mencari-cari penjuru untuk menyangkut lenteranya.
Published on August 29, 2014 14:22
August 20, 2014
Saya orangnya memang tidak sabar! Memang. Maka beberapa h...
Saya orangnya memang tidak sabar! Memang. Maka beberapa hari ini saya menggeledah buku-buku di rak. Saya mencari sabar. Beberapa jilid Ihya Ulumiddin. Jilid 3 menemukan saya dengan bab sabar dan syukur. Alangkah! Saya diberitahu al Ghazali betapa banyak bahagian dalam al Qur'an yang mengajak kita untuk sabar. Mengapa? Allah sangat mengasihi hamba-Nya yang sabar! Allah melipatgandakan pahala orang yang sabar (al Qasas: 54) dan ia ganjaran yang tidak terhitung (az Zumar: 10). Saya mahu menjadi hamba yang dikasihi Allah! Saya mahu jadi hamba-Nya yang sabar!
Published on August 20, 2014 20:31
August 17, 2014
Patch Adams sangat mengilhamkan apabila saya mendapati sa...
Patch Adams sangat mengilhamkan apabila saya mendapati sahabat doktor saya tidaklah seperti Dr Adams sama ada dalam filem atau watak sebenarnya. Malah saya pernah menulis Petala Rengsa dalam Dada (Mingguan Malaysia, 16 Disember 2007), merakam kisah doktor yang haloba. Kematian tragis Robins William, pelakon yang saya senangi dengan watak-watak kemanusiaannya, suatu yang sangat ironi. Begitu juga saya pernah menggunakan filem Dead Poet Society, untuk membawa mahasiswa mengenali guru sastera John Keating yang mengasihi pelajar-pelajarnya menerusi puisi.
Published on August 17, 2014 06:06
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.

