Saya orangnya memang tidak sabar! Memang. Maka beberapa hari ini saya menggeledah buku-buku di rak. Saya mencari sabar. Beberapa jilid
Ihya Ulumiddin. Jilid 3 menemukan saya dengan bab sabar dan syukur. Alangkah! Saya diberitahu al Ghazali betapa banyak bahagian dalam al Qur'an yang mengajak kita untuk sabar. Mengapa? Allah sangat mengasihi hamba-Nya yang sabar! Allah melipatgandakan pahala orang yang sabar (al Qasas: 54) dan ia ganjaran yang tidak terhitung (az Zumar: 10). Saya mahu menjadi hamba yang dikasihi Allah! Saya mahu jadi hamba-Nya yang sabar!
Published on August 20, 2014 20:31