Patch Adams sangat mengilhamkan apabila saya mendapati sahabat doktor saya tidaklah seperti
Dr Adams sama ada dalam filem atau watak sebenarnya. Malah saya pernah menulis
Petala Rengsa dalam Dada (
Mingguan Malaysia, 16 Disember 2007), merakam kisah doktor yang haloba. Kematian tragis Robins William, pelakon yang saya senangi dengan watak-watak kemanusiaannya, suatu yang sangat ironi. Begitu juga saya pernah menggunakan filem
Dead Poet Society, untuk membawa mahasiswa mengenali guru sastera John Keating yang mengasihi pelajar-pelajarnya menerusi puisi.
Published on August 17, 2014 06:06