Mawar Safei's Blog, page 142
November 17, 2014
Saya fikir, saya antara yang kerap menyimak emel. sama ad...

Saya fikir, saya antara yang kerap menyimak emel. sama ada di pc atau telefon tangan. entah, saya suka melihat apa pesanan yang masuk. tabiat itu mungkin sdr jumpa dalam kebanyakan peribadi orang yang sdr kenali. tapi sejauhmana pula kita memberi maklumbalas terhadap emel yang diterima itu? adakah membiarkannya sekian hari, minggu? Saya teringat di NTU, saya pernah diberitahu ketua akan memanggil mana-mana tatausaha yang tidak memberi sahutan terhadap mana-mana emel yang masuk. Ya, harus selalu menghormati, itu asasnya. Walaupun jawapan belum dapat diberi, sekurang-kurangnya ada tanda terima. Ini luahan perasaankah? Lebih kuranglah!
Published on November 17, 2014 02:26
November 7, 2014
Salam takziah buat sahabat saya, Prof Madya Dr Mohd Zaria...

Salam takziah buat sahabat saya, Prof Madya Dr Mohd Zariat Abdul Rani, atas pulangnya bonda yang dikasihi. Saya mengenali Zariat sebagai anak soleh yang setia bersama bondanya sejak dulu. Latar pulang yang indah, sebaik kedua-duanya selesai solat subuh pada pagi Jumaat. Saat saya meninggalkan Zariat di Masjid UPM, jenazah bondanya sedang dibaringkan di hadapan saf yang panjang dan berlapis-lapis... alfatehah.
Published on November 07, 2014 01:19
November 4, 2014
Latar terindah dalam perjalanan saya kenegeri panta...

Latar terindah dalam perjalanan saya ke
negeri pantai Laut China Selatan minggu ini.
Masjid Sultan Ismail, Chendering.
Published on November 04, 2014 22:58
October 24, 2014
1 Muharam 1436. Semoga hati kita turut berhijrah.
Published on October 24, 2014 17:16
October 20, 2014
Profesor Ismail Hussein, menuju jalan pulang pada 20 Okto...
Published on October 20, 2014 18:56
October 17, 2014
Hari ini, hampir semua tahu tentang hadith Rasulullah unt...

Hari ini, hampir semua tahu tentang hadith Rasulullah untuk membaca surah al Kahfi setiap Jumaah. Kahfi (cave, gua) mengandungi beberapa penggal cerita. Bermula kisah pemuda dalam gua, kisah Musa-Khidir, Zulkarnain dan Yakjuj-Makjuj. Saya juga sejak beberapa tahun ini mengamalkan apa yang menjadi sunnah itu. Dan saya ada cerita misteri lagi sejak kehilangan al Qur'an dalam telefon kelmarin. Semalam, sebaik bergegas untuk menyahut waktu asar, telefon saya mengeluarkan peringatan: Anda belum baca al Kahfi hari ini! Saya hampir terduduk, program apa yang sudah saya muat turun sehingga ada peringatan begitu? Saya tidak pernah ingat. Tapi Zahar melihatnya sebagai peringatan dari Allah. oh, saya jadi begitu malu.
Published on October 17, 2014 17:29
October 16, 2014
Cerita ini misteri, untuk saya. Program iQuran Pro ...

Cerita ini misteri, untuk saya. Program iQuran Pro saya hilang daripada kantung telefon tangan! Ya, al Qur'an saya hilang! Dan ia bukan kerja Alif Matiin! Malah Alif Matiin terperanjat, yang bukan pura-pura, saat kami mahu membaca surah al Mulk seperti biasa dan tidak dapat mengesan di mana program itu berada. Jadi malam itu, kami terus menggeledah program al Qur'an baru dan ternyata tiada yang dapat menandingi iQuran pro dengan pilihan utama suara Misyary. Saya sangat takut dengan lenyapnya al Qur'an!

Dahulu saya muat turun dengan percuma, rupa-rupanya sekarang berbayar. Tak mahal mummy, Alif Matiin teryata teruja bila melihat harganya, MYR6.99. Ya memang sangat tidak berpadanan dengan kandungannya. Tapi saya ragu-ragu pula untuk teruskan pembelian menerusi kad kredit. Saya belum pernah membeli belah melalui kedai play store berbanding kedai online lain. Selamatkah?
Published on October 16, 2014 22:44
October 14, 2014
Cerpen terbaru dan pertama kali di Harmoni Oktober 2014.&...

Cerpen terbaru dan pertama kali di Harmoni Oktober 2014. Insya Allah akan menulis lagi di Harmoni. Terima kasih editornya, Sdr Rahaiza Ismail. Terima kasih Sdr Tetamu Istimewa atas makluman penyiaran ini.

Published on October 14, 2014 19:35
October 13, 2014
Patrick Modiano, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2014...

Patrick Modiano, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2014. Sasterawan Perancis yang meminta kita membaca novelnya, Pour que tu ne te perdes pas dans le quartier. Klik.
Published on October 13, 2014 00:15
October 5, 2014
Jambangan idul adha kami ini menyambut keluarga Temasek y...

Jambangan idul adha kami ini menyambut keluarga Temasek yang datang berhari raya bersama kami. Solat, menikmati juadah dan bertukar cerita, merupakan babak babak yang indah. Jambangan ini juga mengingatkan kami pada nenda yang suka bunga segar dipajang di penjuru meja. O nenda, semoga terus aman di sana... Taqabbalallahu minna waminkum.
Published on October 05, 2014 18:39
Mawar Safei's Blog
- Mawar Safei's profile
- 15 followers
Mawar Safei isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
