Mawar Safei's Blog, page 143

October 16, 2014

Cerita ini  misteri, untuk saya. Program iQuran Pro ...


Cerita ini  misteri, untuk saya. Program iQuran Pro saya hilang daripada kantung telefon tangan! Ya, al Qur'an saya hilang! Dan ia bukan kerja Alif Matiin! Malah Alif Matiin terperanjat, yang bukan pura-pura, saat kami mahu membaca surah al Mulk seperti biasa dan tidak dapat mengesan di mana program itu berada. Jadi malam itu, kami terus menggeledah program al Qur'an baru dan ternyata tiada yang dapat menandingi iQuran pro dengan pilihan utama suara Misyary. Saya sangat takut dengan lenyapnya al Qur'an!


Dahulu saya muat turun dengan percuma, rupa-rupanya sekarang berbayar. Tak mahal mummy, Alif Matiin teryata teruja bila melihat harganya, MYR6.99. Ya memang sangat tidak berpadanan dengan kandungannya. Tapi saya ragu-ragu pula untuk teruskan pembelian menerusi kad kredit. Saya belum pernah membeli belah melalui kedai play store berbanding kedai online lain. Selamatkah?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 16, 2014 22:44

October 14, 2014

Cerpen terbaru dan pertama kali di Harmoni Oktober 2014.&...


Cerpen terbaru dan pertama kali di Harmoni Oktober 2014. Insya Allah akan menulis lagi di Harmoni. Terima kasih editornya, Sdr Rahaiza Ismail. Terima kasih Sdr Tetamu Istimewa atas makluman penyiaran ini. 


 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 14, 2014 19:35

October 13, 2014

Patrick Modiano, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2014...


Patrick Modiano, penerima Hadiah Nobel Kesusasteraan 2014. Sasterawan Perancis yang meminta kita membaca novelnya,  Pour que tu ne te perdes pas dans le quartier. Klik
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 13, 2014 00:15

October 5, 2014

Jambangan idul adha kami ini menyambut keluarga Temasek y...


Jambangan idul adha kami ini menyambut keluarga Temasek yang datang berhari raya bersama kami. Solat, menikmati juadah dan bertukar cerita, merupakan babak babak yang indah. Jambangan ini juga mengingatkan kami pada nenda yang suka bunga segar dipajang di penjuru meja. O nenda, semoga terus aman di sana... Taqabbalallahu minna waminkum.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 05, 2014 18:39

September 28, 2014

Lagi rakaman dari kembara April lalu...Dewan Siswa 10/2014


Lagi rakaman dari kembara April lalu...

Dewan Siswa 10/2014
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 28, 2014 16:18

September 27, 2014

Chocolate fountain  dengan latar pokok dan buah koko...


Chocolate fountain  dengan latar pokok dan buah koko di Pameran Hari Coklat dan Koko Malaysia 2014 di ruang pameran Mid Valley Megamall 27-28 September. Banyak yang saya kumpulkan ...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 27, 2014 16:40

September 26, 2014

Rakaman dari kembara April lalu. Terima kasih editornya, ...


Rakaman dari kembara April lalu. Terima kasih editornya, Sdr Fadhli al-Akiti yang menjadikan judulnya cantik dengan latar hijau.

Dewan Sastera 9/2014
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 26, 2014 16:14

September 25, 2014

Jumpa ya!


Jumpa ya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 25, 2014 16:46

September 24, 2014

Saya akan bertemu susuk lelaki ini besok. Tahniah SN Prof...





Saya akan bertemu susuk lelaki ini besok. Tahniah SN Prof Dr Muhammad Haji Salleh atas Anugerah Sastera MASTERA (Majlis Sastera Asia Tenggara) ke-5, mahaguru saya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 24, 2014 17:34

September 21, 2014

Saya tahu Zahar seorang  yang kritis. Selama &n...


Saya tahu Zahar seorang  yang kritis. Selama  menulis, Zahar menyedarkan, jarang ada antagonis dalam cerpen yang saya dihasilkan. Watak penjahat hanya berupa kenangan yang mahu dijauhi. Watak hitam adalah  hati protagonis sendiri (rujuk Masitah yang sudah tua di sebelah ini). Tambah Zahar lagi itu akibat tabiat saya yang suka mengelamun, berkhayal dan mengenang-ngenang. Jadi dalam karya terkini, Zahar dengan provokatif, mencabar saya untuk munculkan  si penjahat, penjarah yang bertemu dengan watak-watak baik saya. Kejamnya!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2014 17:52

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.