Mawar Safei's Blog, page 133

June 18, 2015

Ramadhan 2... bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an...




Ramadhan 2... bulan yang di dalamnya diturunkan al-Qur'an sebagai petunjuk bagi manusia dan penjelasan mengenai petunjuk itu dan pembeda ...(al Baqarah:185)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2015 16:20

June 17, 2015

Ramadhan 1... Aku berlindung kepada Allah agar tidak menj...



Ramadhan 1... Aku berlindung kepada Allah agar tidak menjadi salah seorang daripada mereka yang jahil (al Baqarah: 67)
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 17, 2015 22:05

June 16, 2015

Ramadhan Kareem buat saudara sekeluargaMalam nanti kebany...

Ramadhan Kareem buat saudara sekeluarga
Malam nanti kebanyakan kita akan ke surau untuk tarawikh. Moga-moga kita berikhlas hati. Moga hati kita bersih. Setiap langkah, segala gerak dan hasrat hanya untuk Allah. Rasanya kita tidak mahu terlalu berkira-kira apa yang akan kita himpunkan sejumlah angka sebagai jawapan. Ya Allah, hanya mohon kita, Allah terima. Mudah-mudahan segala itu tidak sia-sia. Susahnya untuk saya mengingat itu berkali-kali. 
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2015 13:42

June 14, 2015

Permulaan minggu yang sangat mendebarkan sedang persiapan...




Permulaan minggu yang sangat mendebarkan sedang persiapan bertemunya masih belum rapi walau sekian masa sudah banyak difikir mahupun diatur. Allah. Mudah-mudahan saya berikhlas hati. Mudah-mudahan saya diberikan kelapangan dan kemudahan. Mudah-mudahan harapan saya diterima, doa saya dijawab. Tiada apa yang lebih tenteram selain daripada redha, pengampunan dan keselamatan.  Saya mahu lebih dekat dan meminta terus ....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 14, 2015 14:06

June 11, 2015

Saya seperti melangkah masuk ke pintu sebuah taman. Ada b...

Saya seperti melangkah masuk ke pintu sebuah taman. Ada beberapa pancuran kecil dan selebihnya adalah pukauan tanaman renik yang berbunga cantik. Benarkah itu, sesekali kupu-kupu yang hinggap di ranting kecil dengan semangat besar mengalu-alukan. Lalu, satu padang hijau yang menyambut. Kekerdilan saya merayap di mana-mana penjuru taman yang sekian lama saya intai tapi belum pernah berani untuk datang sendiri. Saat menyertainya, saya menemukan juga beberapa peringatan agar selalu menjadikan para Rasul sebagai ikutan, punya sifat kawal-diri (daripada nafsu), selalu memegang azam untuk jadi baik dan yang paling penting punya ilmu.   


Allah ya Allah, dia yang kian mendekat. Sedang hati bertambah risau. Apakah persediaan untuknya yang begitu istimewa. Pesan terbaik dikirim dari bulan penuh di penjuru jendela adalah sujud dan taubah seikhlasnya. Bersihkan hati. Mudah mudahan kali ini yang terbaik daripada sekian tahun....
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 11, 2015 23:22

June 8, 2015

Saya mahu dekat dengannya.


Saya mahu dekat dengannya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 08, 2015 15:12

June 6, 2015

Menghampar tikar mengkuang. Menjinjit bakul rotan berisi ...

Menghampar tikar mengkuang. Menjinjit bakul rotan berisi bekalan makanan setengah hari. Menghadap ombak kecil yang datang dan pergi. Bermain pasir halus membangunkan rumah atau istana. Datang kemudiannya angin laut yang membawa kelat garam dan sekian haba yang kering. Ya, Zahar mahukan perkelahan klasik ini. Kali ini kami tidak bermalam di mana-mana hotel. Kami keluar rumah awal pagi dan pulang menjelang petang.




Rupanya saya tidak betah dengan angin pantai, dalam jangkamasa setengah hari. Dengan panas matahari di langit laut, kepala saya mula pusing apatah lagi setelah AM hampir dua jam tidak kembali ke teduhan kami untuk makan atau minum. Asyiknya dia bermain dan berendam air laut seorang diri. Aduhai! Dan petang itu kami pulang dengan hati sebal dan masing-masing berjanji tidak akan menjalani perkelahan klasik ini lagi (bunyi entri kali ini seperti karangan saya di sekolah rendah dahulu, dengan judul yang dibekalkan guru Bahasa Melayu, "Cerita Cuti Sekolah.")
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 06, 2015 16:12

June 1, 2015

Bahagianya saya apabila pengacara majlis makan malam yang...

Bahagianya saya apabila pengacara majlis makan malam yang saya hadiri mengumumkan lagu seterusnya adalah Gurindam Jiwa. Aduhai, anak Cina pasang lukah, lukah dipasang di Tanjung Jati.... Sayangnya penyanyi jemputan sendiri mengakui keanehan gubahan lagu versi yang dipilihnya. Agak lari daripada yang asli. Saya fikir yang ahli dalam bidang kajian budaya juga meninjau mengapa perubahan ritma berlaku yang mungkin sahaja disebabkan pergerakan dalam masyarakat, seperti kajian Dr Suryadi, kolega saya dari Universiteit Leiden. Beliau melihatnya dalam lingkungan budaya Minangkabau. Atau ahli bahasa dan kesusasteraan  dapat pula menafsir pantun yang dilagukan  itu dengan falsafah pemikiran Melayu, 

Disertasi Dr SuryadiGurindam Jiwa, kegemaran almarhum Nenda (dengarnya pernah ada hubungan dengan Nordin Ahmad...imaginasi sayakah?). Kegemaran bonda juga. Dan saya juga karam dengan gemalainya emosi yang kuat di dalamnya. Filem dengan judul yang sama arahan M. Amin, harus saja dihasilkan dengan seni estetikanya apabila yang menggubah skripnya adalah Sasterawan Hamzah Hussein. Mengenali Sasterawan zaman ASAS 50 itu pasti sahaja terpencar keakrabannya dengan soal kepengarangan, penukangan karya, apabila watak pujangga istana diperaga dan dipertentangkan dengan mauduk kedudukan dan darjat. Banyak lapis makna yang dapat dibaca....   
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 01, 2015 17:05

May 30, 2015

Penganjuran oleh mahasiswa tahun dua kami.Ia merupakan tu...



Penganjuran oleh mahasiswa tahun dua kami.
Ia merupakan tugasan semester ini.Mudah mudahan ia membawa manfaat yang banyak. Silakan datang!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 30, 2015 20:38

May 29, 2015

Jadual yang padat masih berlangsung hingga ke hujung ming...

Jadual yang padat masih berlangsung hingga ke hujung minggu dengan undangan makan malam rasmi (kelaziman menuju hujung sesi pengajian) dan saya yang jarang mahu menghadirkan diri pada sebarang majlis apabila hari sudah gelap, memaksa diri. Dan ternyata ia agak menyiksa juga. Apalagi sebelumnya seharian mata dan minda yang lelah dengan penyeliaan mahasiswa, memeriksa tulisan tugasan mereka yang bahasanya tunggang langgang. Sebelumnya juga memastikan projek hujung semester mengikut perancangan. Segalanya melarat ke hujung minggu dengan pembentangan tugasan mahasiswa kursus universiti. Kemudian berlari ke undangan perkahwinan musim cuti sekolah pula. Aduhai, ramainya yang menjadi pengantin sebelum ramadhan menjengah kita! Dan cuti sekolah, hah? Saya terus teringatkan hak AM untuk dua minggu ini....

Selalukah kita tiba-tiba jadi lupa untuk kekal dengan rasa kerendahan hati? Tiba-tiba kita mahu kewujudan itu diabsahkan atau keberadaan itu diperakukan. Nama  harus ada gelaran khas. Nama harus disebut-sebut di hadapan semua orang. Allah.  Allah. Allah. Alangkah kewujudan, keberadaan dan nama kita disebut-sebut Allah. Alangkah! Selalukah pula kita tiba-tiba jadi tidak peduli dengan pengiktirafan manusia? Apa sebenarnya nilai pandangan mereka yang juga Dicipta? Sedang apa yang kita mahukan hanya kepedulian Allah. Lihat saya Allah. Absah, peraku dan sebut-sebutlah nama saya Allah! Betapa saya hanya mahukan pandangan-Mu, ya Rabb. Alangkah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on May 29, 2015 15:44

Mawar Safei's Blog

Mawar Safei
Mawar Safei isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Mawar Safei's blog with rss.