Zainuddin Maidin's Blog, page 134
July 7, 2012
DAP IS NOT PAP, LIM KIT SIANG IS NOT LEE KUAN YEW

There is truth in the denial by DAP adviser Lim Kit Siang (Sin Chew Daily News 3 July), that he has never been an Information secretary to Singapore Prime Minister Lee Kuan Yew as claimed by Awang Selamat in his weekly column in Mingguan Malaysia.
However, Lim Kit Siang cannot deny that he is an incarnation of Lee Kuan Yew (LKY) in DAP which inherits the fight for the Malaysian Malaysia left by PAP and Lee Kuan Yew.Unfortunately, Kit Siang, in fighting for Malaysian Malaysia, has failed to adapt his party with the political situation after the separation and continues to harp on Chinese racism and socialism which LKY attempted to adopt to win the support of the Chinese and Malays.
Kit Siang fails to read that LKY wanted to ride the lion to go up as was done to the Singaporean Chinese.LKY is not a Chinese chauvinist. His real name is Henry Lee. He succeeded in “colonizing” the Singaporean Chinese by burying the Chinese racism which was the backbone of communism in Singapore in the 50s and 60s.
The Chinese capitalist and English were in favour of LKY abolishing the Chinese language, closing the Chinese schools and universities (Nanyang and Ngee An), besides closing the Malay and Tamil schools, but the worst affected was institutions of Chinese education in Singapore.
A few Chinese leaders from Malaysia who attempted to defend it were shamed by LKY in a Singapore TV programme. They were nervous and ran home.
As a result of that, the Tamil newspaper perished in Singapore and the Chinese themselves are ashamed to read the Chinese newspapers in Singapore.
Although there are now efforts to revive the use of Mandarin in Singapore, but due to the current globalisation, Singapore will not be left behind by not doing so. It is impossible for it to allow the reopening of Chinese schools in Singapore.
The nurturing of the 'Singaporean' spirit to an extent that the Singapore Chinese are not happy with migrants from the People’s Republic of China who do not behave like 'Singaporeans' and the Malaysian Chinese have problems to adapt to the Singapore Chinese.
In this case, we can see the hypocrisy of the Malaysian Chinese in fighting for the Chinese language and schools in Malaysia, but sent their children to Singapore to be “colonized” by Lee Kuan Yew.
It was only a sweet talk by Lim Kit Siang in accepting the Malay Language as the National Language, compared with the socialists from the English Speaking Intelegentia (ESI) in Singapore in the 50s who comprised the various races (Malay, Chinese and Indian) who wanted Malay Language to be made the medium of instruction, besides English, from primary school. (Read The Fajar Generation and No Cowardly Past, published by SIRD).
The attitude of the DAP supporters towards the Malay Language is clearly insincere. Recently, a DAP assemblyman only carried a banner in Mandarin and English into the Melaka State Assembly. The Malay language was purposely left out and Mandarin was placed above the English language. Is this Lim Kit Siang’s teaching? Actually, DAP wants a similar status for Malay, English and Mandarin in the country.
A newspaper clipping of Utusan Malaysia, 5 July 2012showing the attitude of DAP when it brought a banner into the Melaka State Assembly which did not have a word of Malay
Lim Kit Siang tried to point fingers at Datuk Seri Najib as being responsible for corrupt parctises, which according to him was worse than during the previous two prime ministers. He might be right in the sense that under the previous prime ministers there was no corruption among the opposition, but now, the opposition government in Selangor and the DAP members themselves are involved in corruption, to an extent that some committed suicide. This is why Kit Siang feels worse.
Lee Kuan Yew will not be theatrical like Kit Siang if his own party members are involved with corruption. DAP is not clean. DAP is on cohort with a dirty party, the DAP members are involved in scandals, in fact there are doubts in the behaviour of Lim Kit Siang’s son who is now the Penang Chief Minister.
In Singapore, history has recorded a minister committing suicide on suspicion of being involved in corruption, but in Malaysia, Lim Kit Siang defends his party members and also his allies who are corrupt and immoral.Working with Parti Keadilan, keeping silence over the Party Keadilan assemblywoman who is involved in a scandal and is willing to be led by a lusty man. Kit Siang is capable of thinking if Singapore will tolerate with such people.
For Kit Siang’s information, a former Utusan Melayu journalist, who was a parliamentary secretary of a ministry in Singapore in the 60s was sacked after it was found out that he went to a massage parlour during a visit to Kuala Lumpur with his friends in Utusan.
Lim Kit Siang should stop from dreaming that he or his son is Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang is not Kuan Yew, not a socialist, Kit Siang is not a moral guardian, DAP is not PAP which succeeded in inculcating moral values among the Singapore people and created 'Singaporean' Singapore.
Lim Kit Siang is a Chinese chauvinist who is equivalent to a Malay chauvinist. No need to point fingers at others to cover own mistakes,, look at yourself in the mirror.
Published on July 07, 2012 19:15
July 6, 2012
DAP BUKAN PAP, LIM KIT SIANG BUKAN LEE KUAN YEW

Tetapi Lim Kit Siang tidak dapat menafikan bahawa; beliau adalah jelmaan Lee Kuan Yew (LKY) dalam parti DAP yang mewarisi perjuangan Malaysian Malaysia yang ditinggalkan oleh PAP dan Lee Kuan Yew.
Namun, sayang sekali Kit Siang dalam memperjuangkan Malaysian Malaysia, gagal untuk menyesuaikan partinya dengan keadaan politik selepas perpisahan dan terus bermain di atas api perkauman Cina dan sosialisme yang cuba digunakan Lee Kuan Yew untuk mendapat sokongan orang Cina dan Melayu.
Kit Siang gagal untuk membaca bahawa LKY mahu menunggangi singa untuk naik ke atas seperti yang dilakukan kepada orang Cina Singapura.
LKY bukan seorang Chauvinis Cina, nama sebenarnya ialah Henry Lee. Dia mencapai matlamat 'mengInggeriskan' orang Cina Singapura dengan menumpaskan perkauman Cina yang menjadi tulang belakang kepada komunisme di Singapura dalam tahun 50an dan 60an.
Kaum kapitalis Cina dan Inggeris menyokong Lee Kuan Yew menjadi juara membunuh bahasa Cina, menutup sekolah-sekolah Cina dan universiti-universiti Cina (Nanyang dan Ngee An) di samping menutup sekolah Melayu dan Tamil. Tapi yang paling parah ialah; institusi pelajaran Cina Singapura.
Beberapa pemimpin Cina dari Malaysia yang cuba mempertahankannya, tetapi telah dimalukan oleh LKY dalam satu progrem TV Singapura. Mereka gementar dan lari pulang.
Akibat daripada itu, akhbar Tamil mati di Singapura dan orang Cina sendiri malu untuk membawa akhbar Cina di Singapura.
Walaupun sekarang ada usaha untuk pemulihan bahasa Mandarin di Singapura, tetapi memandangkan kepada perkembangan globalisasi sekarang, Singapura tidak akan mundur ke belakang untuk bersungguh-sungguh mengembangkan bahasa Mandarin. Tidak mungkin ia akan membenarkan semula sekolah Cina di buka di Singapura.
Penanaman semangat 'Singaporean' itu sehingga orang Cina Singapura sendiri sekarang tidak senang dengan pendatang-pendatang dari Republik Rakyat Cina yang tidak berkelakuan seperti 'Singaporean' dan orang Cina Malaysia sendiri sukar menyesuaikan diri dengan orang Cina Singapura.
Dalam hal ini kita dapat melihat hipokrasi orang Cina Malaysia yang memperjuangkan bahasa Cina dan Sekolah Cina di Malaysia, tetapi menghantar anak-anak mereka ke Singapura untuk di 'Inggeriskan' oleh Lee Kuan Yew.
Lim Kit Siang hanya manis di bibir dalam menerima Bahasa Melayu sebagai Bahasa Kebangsaan, berbanding dengan golongan sosialis dari English Speaking Intelegentia (ESI) di Singapura dalam tahun 50an yang terdiri dari berbagai kaum (Melayu Cina dan India) yang mahukan bahasa Melayu menjadi bahasa pengantar, di samping bahasa Inggeris sejak dari sekolah rendah. (Baca The Fajar Generation dan No Cowardly Past terbitan SIRD).
Sikap orang DAP terhadap Bahasa Melayu sudah terang lagi bersuluh dan tidak ikhlas. Baru-baru ini, ADUN DAP hanya membawa sepanduk dalam bahasa Cina dan Inggeris bila berdemonstrasi dalam Dewan Undangan Negeri Melaka. Bahasa Melayu sengaja ditiadakan dan bahasa Cina di letakkan di atas Bahasa Inggeris. Adakah ini ajaran Lim Kit Siang?
Sebenarnya DAP mahukan persamaan taraf antara Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan Bahasa Cina di negara ini.

Lee Kuan Yew tidak akan bermain sandiwara seperti Kit Siang jika orang partinya sendiri terlibat dengan rasuah. DAP tidak bersih, DAP bersekongkol dengan parti yang kotor, orang DAP terlibat dengan skandal, malah keraguan telah ditimbulkan terhadap kemurnian peribadi anak Lim Kit Siang sendiri yang menjadi Ketua Menteri Pulau Pinang.
Di Singapura sejarah tercatat, seorang menteri membunuh diri kerana disyaki rasuah sebelum dia dihukum, tetapi di Malaysia, Lim Kit Siang mempertahankan orang partinya sendiri dan juga parti perkongsiannya yang rasuah dan tidak bermoral.
Berkerjasama dengan Parti Keadilan yang najis, sepi terhadap ADUN wanita Parti Keadilan yang telibat dengan skandal dan sanggup dipimpin oleh seorang lelaki yang mempunyai nafsu berjenis-jenis. Kit Siang boleh fikirkan apakah Singapura akan bertoleransi terhadap manusia seperti ini.
Untuk pengetahuan Kit Siang, seorang bekas wartawan Utusan Melayu yang menjadi Setiausaha Parlimen sebuah Kementerian di Singapura dalam tahun 60an telah dipecat, setelah diketahui pergi ke rumah urut dalam lawatannya ke Kuala Lumpur bersama rakan-rakan di Utusan.
Lim Kit Siang harus berhenti dari terus berkhayal, bahawa dia atau anaknya adalah Lee Kuan Yew, Lim Kit Siang bukan Kuan Yew, bukan seorang sosialis, Kit Siang bukan pengawal moral, DAP bukan PAP yang berjaya membangunkan nilai-nilai moral yang baik untuk rakyat Singapura dan melahirkan 'Singaporean' Singapore.
Lim Kit Siang adalah Chinese Chauvinis yang setaraf dengan Malay Chauvinis. Tidak usahlah menuding jari kepada orang lain untuk menutupi kekotoran diri, cerminlah diri sendiri, jangan jadi seperti kata orang cakap berdegar-degar tahi tersangkut di gelegar.
Published on July 06, 2012 23:33
WASPADA TAMBANG MURAH TERBANG MAHAL

Kementerian Perdagagan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna perlu menyiasat iklan tambang murah AirAsia sama ada ia mematuhi Bahagian II Larangan Perihal Dagangan Palsu, Rang Undang-undang Perihal Dagangan 2011 bagi mempamerkan harga yang ditawarkan menepati sebagaimana diiklankan. Untuk semakan sila ke link: http://www.parlimen.gov.my/files/bill...
Persatuan Pengguna Malaysia juga perlu bertindak segera mengingatkan orang ramai supaya jangan terperangkap dengan tawaran murah tetapi kemudiannya menjadi mahal.
Iklan ini sebenarnya bertujuan untuk memerangkap. Jumlah yang ditawarkan sebenarnya terhad. Mereka akan menutup jualan setelah sampai ke peringkat menguntungkan menerusi eksploitasi iklan murah, tetapi sebenarnya mahal dengan beberapa caj lain tersembunyi yang tidak disedari oleh penggguna setelah terpukau dengan iklan yang disiarkan.
Baru-baru ini melalui email yang diterima 10 Julai lalu, iklan “Balik kampung? Terbang sahaja! All-In-Fare dari RM59” tempahan boleh dibuat mulai sekarang sehingga 15 Julai untuk penerbangan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Phnom Penh, Bandung dan Shenzhen, tarikh penerbangannya mulai 16 Julai hingga 31 Oktober 2012.
Setelah membaca iklan itu, saya telah cuba untuk membeli tiket penerbangan tersebut dengan harga yang ditawarkan RM59 untuk semua distinasi yang dinyatakan, namun satupun tidak berjaya.
Begitu juga sebelum ini, bentuk iklan yang sama, menawarkan harga tiket sebanyak RM9.90 dan RM19.90 serta bermacam lagi promosi yang diguna terutama di akhbar-akhbar arus perdana bagi menarik minat orang ramai membeli tiket harga murah.
Harga yang ditawarkan itu mungkin ada, tetapi hanya untuk beberapa seat sahaja menepati harga sebagaimana yang diiklankan sementara seat-seat lain, dinaikkan ke separuh dari harga asal atau lebih lagi, kadangkala menghampiri harga tiket penerbangan premium.
Selain itu, untuk membeli tiket melalui online ini juga kita perlu lebih berhati-hati, terutama ketika mengisi borang online di beberapa bahagian mengikut langkah yang telah ditetapkan dan tanpa kita sedari terjebak dengan sistem, kononnya ‘hang’.
Sebagai contoh, seperti wajib membeli insurans. Jika tidak pilih opsyen ini, mulalah sistem jadi ‘hang’ dan tak boleh ke page seterusnya.
Selain itu, apabila hendak buat pembayarannya juga, kemungkinan timbul pulak caj-caj yang tidak dinyatakan lebih awal sebelum ini, seperti insurans, Convenience Fee, dan juga tempahan tempat duduk serta bagasi, akhirnya kadang kala, harganya hampir menyamai tambang penerbangan premium.
Oleh yang demikian, kita perlu lebih berhati-hati dan jangan mudah terpengaruh dengan apa yang diiklankan, sebenarnya masih ada lagi caj-caj yang tidak dinyatakan, semata-mata untuk tujuan promosi bagi menarik perhatian.
(Dipos pada 13 Julai 2012 Jam 10 Pagi )
Published on July 06, 2012 06:30
ROSEDIN DALAM KENANGAN: MOGOK UTUSAN SUATU KESILAPAN
(Dipetik dari akhbar Utusan Malaysia 5 Julai 2012)
Oleh ZAINUDDIN MAIDIN
Allahyarham Datuk Rosedin YaacobPEMERGIAN abadinya tidak diketahui oleh rakan-rakan seperjuangannya dan juga orang ramai. Sedangkan pada suatu masa hayatnya, beliau merupakan seorang wartawan yang popular dan terkenal kerana sejarah perjuangan kiri dan kanan yang mewarnai hidupnya untuk memperjuangkan kemerdekaan dan selepas merdeka.
Saya sendiri mengetahui pemergiannya hanya setelah beberapa hari kemudian.
Beliau pernah ditahan oleh British kerana gerakan politik kirinya dalam API (Angkatan Pemuda Insaf) pada zaman darurat 1948. Setelah bebas, beliau diambil bertugas oleh wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Aziz Ishak ketika itu untuk menjadi Setiausaha Jawatankuasa Membantu Keluarga Tahanan Politik Melayu.
Aziz yang melihatnya sebagai seorang nasionalis yang bersemangat tinggi kemudiannya mengambilnya bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu.
Beliau ialah Datuk Rosedin Yaacob - keturunan Minang yang dilahirkan di Kampung Puah, Gombak dan matinya pun di rumahnya di kampung yang sama pada pukul 8.45 malam, 29 Jun lalu dalam usia 85 tahun.
Allahyarham (kiri) sebagai Presiden Kesatuan KebangsaanWartawan Malaysia yang mengetuai rombongan wartawanMalaysia melawat Taiwan dalam tahun 1968 menyampaikancenderamata kepada wakil Presiden Chiang Kai Shek.Kematiannya dianggap mengejut kerana beliau kelihatan sihat, ceria dan aktif dalam pelbagai gerakan masyarakat. Sungguhpun beliau sebenarnya telah bertahun-tahun menghidap sakit usus tetapi sehingga menghampiri hari-hari kematiannya, beliau masih tidak nampak seperti orang sakit. Beliau menguruskan sendiri semua urusan seharian di samping menjalankan kegiatan masyarakat.
Beliau tetap aktif sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Hulu Selangor dan Pengerusi Koperasi Batang Kali iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri yang pernah diwakilinya semasa pilihan raya umum 1974.
Beliau dijangkakan akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pertubuhan Peladang Hulu Selangor pada Ahad 1 Julai lalu iaitu dua hari sebelum kematiannya.
Beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana keletihan dan doktor mendapati jangkitan kanser ususnya telah teruk dan melibatkan juga jangkitan pada paru-paru. Hanya beberapa jam setelah dibawa pulang ke rumah, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam tersebut.
Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan surau Kampung Puah dengan dihadiri oleh penduduk sekampung dan anggota-anggota pertubuhan yang beliau terlibat aktif.
Bagaimanapun tidak ramai kawan rapat yang mengetahui mengenai kematiannya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Zaiton Jali dan tiga orang anak.
Saya mengenali Rosedin sebagai Ketua Pemberita Utusan Melayu sebaik-baik sahaja saya ditukarkan berkhidmat dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada tahun 1962. Beliau biasanya berada di pejabat pada jam 8.30 pagi untuk meneliti buku tugas harian para pemberita.
Beliau memastikan setiap pemberita mempunyai tugas lain di samping tugas biasa mengikut jadual dengan menjalankan inisiatif sendiri dan mencari berita-berita eksklusif. Beliau memastikan setiap berita yang terbit di akhbar lain tetapi tiada di Utusan dibuat follow-up (susulan) dari sudut yang baru. Tidak ada pemberita yang bekerja dengan hanya satu tugas sahaja pada setiap hari.
Persaingan berita antara akhbar-akhbar pada masa itu tidak sahaja terbatas antara akhbar yang sama bahasa tetapi juga antara akhbar berlainan bahasa. Seseorang ketua pengarang, ketua pemberita atau pengarang berita tidak bersikap pasif terhadap berita penting yang tersiar di akhbar lain. Khususnya persaingan ini jelas antara akhbar Inggeris dan Melayu yang melihat pentingnya persaingan berita dari segi maruah profesionalisme walaupun tidak menjejaskan atau menguntungkan dari segi pasaran. Yang penting akhbar mesti terkini dan terdahulu dengan berita.
Sikap dan nilai ini dipatuhi sepenuhnya oleh Rosedin sebagai Ketua Pemberita yang di bawah pengawasan Pengarang Berita Othman Wok yang juga penuh dedikasi kepada kerja dan Utusan Melayu.
Apabila seluruh Utusan Melayu melancarkan mogok pada tahun 1961 untuk membantah penguasaan UMNO ke atas Utusan Melayu, Rosedin turut aktif bersama rakan-rakan kiri wartawan Utusan dalam memainkan peranan penting untuk mendapatkan sokongan ramai tetapi beliau kemudiannya telah meninggalkan khemah mogok dan menyertai semula Utusan Melayu sebelum mogok itu dipatahkan.
Dalam satu interviu saya dengan Rosedin untuk buku Sejarah Utusan Melayu, beliau menyatakan "tindakan mogok itu suatu kesilapan. Tidak ada kebenaran dalam dakwaan mengatakan mogok itu untuk mempertahankan kebebasan akhbar sedangkan Jabatan Pengarang Utusan Melayu mengikut telunjuk luar dan ada pihak dalam Utusan Melayu mendapat bayaran bulanan dari Indonesia kerana menjalankan dasar kiri pro-Indoneisa."
Rosedin meninggalkan Utusan Melayu ketika beliau menjadi Pengurus Iklan dan menyertai politik dengan menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris selepas pilihan raya umum 1969 dan seterusnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1974. Namun keperibadian, ketokohan dan sikapnya sebagai wartawan tetap mengatasi imej seorang politik dalam pergaulan dan tindakannya.
Oleh ZAINUDDIN MAIDIN

Saya sendiri mengetahui pemergiannya hanya setelah beberapa hari kemudian.
Beliau pernah ditahan oleh British kerana gerakan politik kirinya dalam API (Angkatan Pemuda Insaf) pada zaman darurat 1948. Setelah bebas, beliau diambil bertugas oleh wakil Utusan Melayu di Kuala Lumpur, Aziz Ishak ketika itu untuk menjadi Setiausaha Jawatankuasa Membantu Keluarga Tahanan Politik Melayu.
Aziz yang melihatnya sebagai seorang nasionalis yang bersemangat tinggi kemudiannya mengambilnya bekerja sebagai wartawan Utusan Melayu.
Beliau ialah Datuk Rosedin Yaacob - keturunan Minang yang dilahirkan di Kampung Puah, Gombak dan matinya pun di rumahnya di kampung yang sama pada pukul 8.45 malam, 29 Jun lalu dalam usia 85 tahun.

Beliau tetap aktif sebagai Pengerusi Lembaga Pertubuhan Peladang Hulu Selangor dan Pengerusi Koperasi Batang Kali iaitu kawasan Dewan Undangan Negeri yang pernah diwakilinya semasa pilihan raya umum 1974.
Beliau dijangkakan akan mempengerusikan mesyuarat Lembaga Pertubuhan Peladang Hulu Selangor pada Ahad 1 Julai lalu iaitu dua hari sebelum kematiannya.
Beliau dibawa ke Hospital Kuala Lumpur kerana keletihan dan doktor mendapati jangkitan kanser ususnya telah teruk dan melibatkan juga jangkitan pada paru-paru. Hanya beberapa jam setelah dibawa pulang ke rumah, beliau menghembuskan nafasnya yang terakhir pada malam tersebut.
Jenazahnya dikebumikan di tanah perkuburan surau Kampung Puah dengan dihadiri oleh penduduk sekampung dan anggota-anggota pertubuhan yang beliau terlibat aktif.
Bagaimanapun tidak ramai kawan rapat yang mengetahui mengenai kematiannya. Allahyarham meninggalkan seorang balu, Datin Zaiton Jali dan tiga orang anak.
Saya mengenali Rosedin sebagai Ketua Pemberita Utusan Melayu sebaik-baik sahaja saya ditukarkan berkhidmat dari Alor Setar ke Kuala Lumpur pada tahun 1962. Beliau biasanya berada di pejabat pada jam 8.30 pagi untuk meneliti buku tugas harian para pemberita.
Beliau memastikan setiap pemberita mempunyai tugas lain di samping tugas biasa mengikut jadual dengan menjalankan inisiatif sendiri dan mencari berita-berita eksklusif. Beliau memastikan setiap berita yang terbit di akhbar lain tetapi tiada di Utusan dibuat follow-up (susulan) dari sudut yang baru. Tidak ada pemberita yang bekerja dengan hanya satu tugas sahaja pada setiap hari.
Persaingan berita antara akhbar-akhbar pada masa itu tidak sahaja terbatas antara akhbar yang sama bahasa tetapi juga antara akhbar berlainan bahasa. Seseorang ketua pengarang, ketua pemberita atau pengarang berita tidak bersikap pasif terhadap berita penting yang tersiar di akhbar lain. Khususnya persaingan ini jelas antara akhbar Inggeris dan Melayu yang melihat pentingnya persaingan berita dari segi maruah profesionalisme walaupun tidak menjejaskan atau menguntungkan dari segi pasaran. Yang penting akhbar mesti terkini dan terdahulu dengan berita.
Sikap dan nilai ini dipatuhi sepenuhnya oleh Rosedin sebagai Ketua Pemberita yang di bawah pengawasan Pengarang Berita Othman Wok yang juga penuh dedikasi kepada kerja dan Utusan Melayu.
Apabila seluruh Utusan Melayu melancarkan mogok pada tahun 1961 untuk membantah penguasaan UMNO ke atas Utusan Melayu, Rosedin turut aktif bersama rakan-rakan kiri wartawan Utusan dalam memainkan peranan penting untuk mendapatkan sokongan ramai tetapi beliau kemudiannya telah meninggalkan khemah mogok dan menyertai semula Utusan Melayu sebelum mogok itu dipatahkan.
Dalam satu interviu saya dengan Rosedin untuk buku Sejarah Utusan Melayu, beliau menyatakan "tindakan mogok itu suatu kesilapan. Tidak ada kebenaran dalam dakwaan mengatakan mogok itu untuk mempertahankan kebebasan akhbar sedangkan Jabatan Pengarang Utusan Melayu mengikut telunjuk luar dan ada pihak dalam Utusan Melayu mendapat bayaran bulanan dari Indonesia kerana menjalankan dasar kiri pro-Indoneisa."
Rosedin meninggalkan Utusan Melayu ketika beliau menjadi Pengurus Iklan dan menyertai politik dengan menjadi Setiausaha Politik Menteri Besar Selangor Datuk Harun Idris selepas pilihan raya umum 1969 dan seterusnya menjadi Ahli Dewan Undangan Negeri Selangor pada tahun 1974. Namun keperibadian, ketokohan dan sikapnya sebagai wartawan tetap mengatasi imej seorang politik dalam pergaulan dan tindakannya.
Published on July 06, 2012 06:09
BE WARY OF CHEAP FLIGHT

By: Puspadevi
The Domestic Trade and Consumer Affairs Ministry should investigate the AirAsia cheap flight advertisement whether it is in compliance with Part II of the Prohibition of False Trade Description, Trade Description Bill 2011, that the price offered is accordance with what is advertised. To check, please go to: http://www.parlimen.gov.my/files/bill... Malaysian Consumers Association should also act fast in reminding the people not to be trapped by this cheap offer, which later turns out to be expensive.
This advertisement is actually intended to trap. The offer is actually limited. They will close sales after their have made profit through the cheap sale, which is actually expensive with several other hidden charges which consumers are not aware of.
Recently, through an email received on July 10, an advertisement “Balik kampung? Terbang sahaja! All-In-Fare from RM59” bookings can be made from now until July 15 for flights from Kuala Lumpur to Penang, Johor Bahru, Kuala Terengganu, Phnom Penh, Bandung and Shenzhen, the flight is from July 16 to Oct 31 2012.
After reading the advertisement, I tried to purchase a ticket with the RM59 price that was offered for all the destinations, but all were futile.
Likewise, in my previous attempts for a similar advertisement which offered tickets priced at RM9.90 and RM19.90, as well as many more promotions made, especially through the mainstream newspapers to get the public’s attention.
The offer was available, but only for a few seats, while the price for other seats doubled the original price or higher, sometimes almost the same price as the premium ticket fares.Apart from that, we should also be careful when purchasing tickets online, especially when filing the online forms, when suddenly the system went “hang”.
For example, like for purchase of insurance. If the option is left out, the system becomes “hang” and you cannot go to the following page.
Also, when making the payment, there will be other charges which are not stated earlier, like insurance, convenience fee, and also for seat number and baggage, which finally ends up almost the same as the premium flight ticket.
Therefore, we have to be more cautious and not to be easily lured by advertisements.
(Diposted 13 Julai 2012 Time 11 PM )
Published on July 06, 2012 06:00
AMUK DI JPM: ANTARA YANG GILA DAN SIUMAN
Posting di bawah ini adalah dari seorang yang mengaku dirinya sebagai "Rakyat Prihatin" yang sangat bersimpati dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, yang katanya telah berkerja keras siang dan malam untuk membina keyakinan rakyat dan memulihkan kekuatan rakyat kepada Barisan Nasional.
Oleh: Abu Senyap
Gambar ini dipetik daripada akhbar Utusan Malaysiamenunjukkan suspek lelaki terbaring setelah ditembakpolisKejadian amuk yang berlaku di Kompleks B, Jabatan Perdana Menteri (JPM) di Putrajaya mengesahkan kebimbangan kita tentang situasi keselamatan awam yang semakin merosot di negara ini.
Walaupun kerja ini dilakukan oleh orang "gila", tetapi nampaknya mereka lebih berakal dalam mencari tempat untuk menggemparkan dunia dan menidakkan keyakinan rakyat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang sering memberikan angka jenayah semakin berkurangan.
Orang bertanya jika amuk boleh berlaku di hadapan Jabatan Perdana Menteri, maka bagaimana pula rakyat boleh meletakkan kepercayaan terhadap keselamatan di hadapan rumah mereka?
Kejadian ini walaupun tidak ada kena mengena dengan jenayah biasa, tetapi ia boleh menimbulkan keraguan rakyat terhadap kecekapan dan keupayaan polis untuk mengawal keselamatan rakyat.
Dua suspek menahan kesakitan setelahditembak oleh polisPolis hanya nampak penyamun dan perompak sebagai penjenayah, tetapi pemandu bas ekspress yang memandu melebihi had laju setiap hari di lebuhraya tidak dianggap sebagai penjenayah dan sehingga kini entah berapa ramai yang telah dibunuh oleh pemandu-pemandu bas seumpama ini ?
Setiap hari orang ramai atau pemandu kenderaan persendirian melihat kereta mereka dipintas oleh bas-bas ekspress yang memandu laju memintas kereta mereka. Pengawasan hanya dijalankan pada hari-hari tertentu sahaja dan bukan setiap hari sebagaimana di negara-negara maju sehingga berjaya membentuk sikap pemandu-pemandu kenderaan awam.
Apa yang berlaku di depan JPM menampakkan Menteri Dalam Negeri hanya dapat menghitong jenayah biasa, tetapi tidak jenayah yang tersembunyi atau yang dijangka boleh berlaku.
Kejadian jenayah yang berani dan nekad menyamai taraf dalam aksi filem Hollywood berlaku serentak dengan hari Menteri Dalam Negeri menafikan dakwaan pembangkang, bahawa jenayah meningkat.
Seperti biasa beliau memberikan indeks pengurangan jenayah, tetapi pada hari yang sama akhbar-akhbar menyiarkan sebuah bas membawa kanak-kanak sekolah telah dirompak dan juga kepala seorang anggota polis diacukan dengan pistol oleh penjenayah.
Kita merasa hairan bagaimana JPM yang menjadi pusat pentadbiran negara terpenting dan sudah pasti dipersekitarannya dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan yang ketat seperti CCTV dan sebagainya dapat dibolosi dengan mudah oleh sepasang orang gila yang membawa pedang samurai. Bagaimana orang gila boleh sampai ke pintu JPM dan dapat menawan seorang pengawal.
Percubaan NST dan Berita Harian untuk menyembunyikan berita amuk di JPM ini dimuka dalam akhbar mereka, tidak akan dapat menutupi kelemahan Menteri Dalam Negeri atau kerajaan, sebaliknya akan lebih banyak menimbulkan tanggappan buruk rakyat sebagai suatu usaha untuk menutup pekong yang busuk.
Soal orang gila mengamuk dan mahu menjadi Imam Mahadi atau mahu menjatuhkan kerajaan, hanyalah warna warni cerita, tetapi yang serius, ialah cerita keupayaan Imam Mahadi berkereta ke JPM untuk melancarkan tindakan gila dihadapan JPM.
Orang gila kenal JPM. Samalah seperti dua juruterbang gila yang melakukan serangan ke atas bangunan WTC di New York pada 11 September 2011 lalu. Bangunan merupakan salah satu simbol keagungan dan kemegahan ekonomi Amerika pada masa itu.
Pentaksiran primitif tidak boleh digunakan di atas kejadian amuk di JPM. Suasana tanah air sekarang memerlukan pandangan yang lebih luas, dinamik dan futuristic dalam soal jenayah. Menteri Dalam Negeri mempunyai kapasiti untuk memikirkan hal ini dan tidak sekadar progresif dalam memperkenalkan Western Liberalism di negara ini.
Gelombang Biru telah menjadi Gelombang Hitam dan hampir menghitamkan seluruh negara dengan hanya suatu tindakan yang dianggap gila.
(Dipos pada 10 Julai 2012 Jam 10 Malam )
Oleh: Abu Senyap

Walaupun kerja ini dilakukan oleh orang "gila", tetapi nampaknya mereka lebih berakal dalam mencari tempat untuk menggemparkan dunia dan menidakkan keyakinan rakyat terhadap Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein yang sering memberikan angka jenayah semakin berkurangan.
Orang bertanya jika amuk boleh berlaku di hadapan Jabatan Perdana Menteri, maka bagaimana pula rakyat boleh meletakkan kepercayaan terhadap keselamatan di hadapan rumah mereka?
Kejadian ini walaupun tidak ada kena mengena dengan jenayah biasa, tetapi ia boleh menimbulkan keraguan rakyat terhadap kecekapan dan keupayaan polis untuk mengawal keselamatan rakyat.

Setiap hari orang ramai atau pemandu kenderaan persendirian melihat kereta mereka dipintas oleh bas-bas ekspress yang memandu laju memintas kereta mereka. Pengawasan hanya dijalankan pada hari-hari tertentu sahaja dan bukan setiap hari sebagaimana di negara-negara maju sehingga berjaya membentuk sikap pemandu-pemandu kenderaan awam.
Apa yang berlaku di depan JPM menampakkan Menteri Dalam Negeri hanya dapat menghitong jenayah biasa, tetapi tidak jenayah yang tersembunyi atau yang dijangka boleh berlaku.
Kejadian jenayah yang berani dan nekad menyamai taraf dalam aksi filem Hollywood berlaku serentak dengan hari Menteri Dalam Negeri menafikan dakwaan pembangkang, bahawa jenayah meningkat.
Seperti biasa beliau memberikan indeks pengurangan jenayah, tetapi pada hari yang sama akhbar-akhbar menyiarkan sebuah bas membawa kanak-kanak sekolah telah dirompak dan juga kepala seorang anggota polis diacukan dengan pistol oleh penjenayah.
Kita merasa hairan bagaimana JPM yang menjadi pusat pentadbiran negara terpenting dan sudah pasti dipersekitarannya dilengkapi dengan sistem kawalan keselamatan yang ketat seperti CCTV dan sebagainya dapat dibolosi dengan mudah oleh sepasang orang gila yang membawa pedang samurai. Bagaimana orang gila boleh sampai ke pintu JPM dan dapat menawan seorang pengawal.
Percubaan NST dan Berita Harian untuk menyembunyikan berita amuk di JPM ini dimuka dalam akhbar mereka, tidak akan dapat menutupi kelemahan Menteri Dalam Negeri atau kerajaan, sebaliknya akan lebih banyak menimbulkan tanggappan buruk rakyat sebagai suatu usaha untuk menutup pekong yang busuk.
Soal orang gila mengamuk dan mahu menjadi Imam Mahadi atau mahu menjatuhkan kerajaan, hanyalah warna warni cerita, tetapi yang serius, ialah cerita keupayaan Imam Mahadi berkereta ke JPM untuk melancarkan tindakan gila dihadapan JPM.
Orang gila kenal JPM. Samalah seperti dua juruterbang gila yang melakukan serangan ke atas bangunan WTC di New York pada 11 September 2011 lalu. Bangunan merupakan salah satu simbol keagungan dan kemegahan ekonomi Amerika pada masa itu.
Pentaksiran primitif tidak boleh digunakan di atas kejadian amuk di JPM. Suasana tanah air sekarang memerlukan pandangan yang lebih luas, dinamik dan futuristic dalam soal jenayah. Menteri Dalam Negeri mempunyai kapasiti untuk memikirkan hal ini dan tidak sekadar progresif dalam memperkenalkan Western Liberalism di negara ini.
Gelombang Biru telah menjadi Gelombang Hitam dan hampir menghitamkan seluruh negara dengan hanya suatu tindakan yang dianggap gila.
(Dipos pada 10 Julai 2012 Jam 10 Malam )
Published on July 06, 2012 06:00
AMOK AT JPM: BETWEEN THE INSANE AND SANE
This posting is by person who call himself "Rakyat Prihatin" who sympathized with Prime Minister Datuk Seri Najib Razak for working hard to restore the people’s confidence Barisan Nasional’s strength.
By: Abu Senyap

Although this is done by “insane” people, but they seem to have used their brains to find a place that could shook the world and take away the people’s confidence in Home Minister Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein, who often gave statistics on drop in crime rate.People are asking, if an amok can happen in front of the Prime Minister’s Department, how can they be sure of their safety at their own homes.
This incident, although not a normal crime, can create doubts among the people on the efficiency and capability of the police to ensure public safety.
Police only see robbers as criminals, but the express bus drivers who exceed the speed limit everyday on the expressways are not regarded as criminals and until now, we don’t know how many people died because of such drivers.
Everyday the people or drivers of private vehicles saw express buses being driven at high speed over-taking them. Monitoring is done only on certain days and not everyday as being done in the developed countries that they have been able to mould the attitude of their public transport drivers.
What happened in front of JPM indicated that the Home Minister was referring to normal crimes, not the hidden or unexpected ones.
This daring crime that could be likened to a scene in a Hollywood film happened on the day the Home Minister denied an allegation by the opposition that crime was on the rise.
As usual, he would give index on a drop in crime rate, but on the same day, newspapers published stories of a bus carrying school children being robbed and also a policeman’s head being shoved at gun point by a criminal.
We find it weird how JPM, which is the most important country’s administrative center and is installed with tight security control system, like CCTV could be infiltrated easily by an insane couple carrying swords. How could a man person reach the JPM’s gate and over-powered a guard.
Attempts by NST and Berita Harian to hide the amok story at JPM in their inside pages cannot cover the Home Minister or government’s weakness. Instead, it creates more negative perception from the people as an effort to cover their weaknesses.
The question of a mad man running amok and wants to be the Imam Mahadi or topple the government, is just to add colour to the story, but the serious part is the story on the ability of the Imam Mahadi to drive to JPM to launch his attack in front of JPM.
An insane man knows JPM. It is the same like two mad pilots launching an attack on the WTC building in New York on 11 September 2011. The building was a symbol of the American economic power at that time.
Primitive interpretation cannot be used on the amok incident at JPM. The scenario in the country now requires a wider perspective, dynamic and futuristic measures. The Home Minister has the capacity to think about it and not merely being progressive in introducing Western Liberalism in the country.
The Blue Wave has turned into a Black Wave and almost blackened the country with only one incident which is regarded insane.
Published on July 06, 2012 05:30
July 4, 2012
MUKHRIZ SINGGUNG PERASAAN PRESIDEN FIDEL CASTRO

Beliau berada di Heathrow Airport London ketika berita itu disampaikan kepadanya oleh seorang rakan karibnya ketika menunggu penerbangan ke Havana bagi menemui Fidel Castro sebagai Utusan bapanya. Mukhriz terkejut dan terus menelefon Dr. Mahathir bertanyakan sebabnya.
Jawapan Dr. Mahathir kepada Mukhriz adalah sama dengan alasan dalam pengumuman yang diberikan kepada Perhimpunan Agung UMNO hari itu. Katanya "Dah lama sangat dah, sudah 22 tahun" dan juga katanya, kerana beliau kecewa tidak dapat mengubah sikap orang Melayu yang terus mahu bergantung kepada kerajaan.

Castro telah memberitahu mereka dari nota yang dibacanya, bahawa Perdana Menteri Malaysia, Dr. Mahathir telah meletakkan jawatan dan dia tidak tahu apakah sebabnya. Castro telah tahu lebih dahulu.
Sebaik sahaja Mukhriz tiba, beliau di bawa ke sebuah bilek untuk menemui Castro yang disertai oleh beberapa orang pegawai tinggi pemerintah. Castro terus bertanya kenapa bapanya mahu berhenti. Tanpa berfikir panjang Mukhriz terus memberikan jawapan "kerana dia rasa telah terlalu lama menjadi Perdana Menteri, sudah 22 tahun."
"Saya terlupa bahawa orang didepan saya sudah lebih 30 tahun menjadi Presiden Cuba "katanya disambut dengan gelakl ketawa para hadirin tetapi kata Mukhriz, wajah Castro tidak berubah, hanya pegawai-pegawainya menampakkan wajah gelisah dan tidak senang.
Menjurut Mukhriz lagi, sebab utama bapanya meletak jawatan, ialah kerana beliau dianggap sebagai tongkat oleh orang Melayu dan dengan perletakan jawatannya itu, orang Melayu akan dapat merasakan bagaimana kehilangan tongkat dan akan terpaksa berjalan sendiri. Itu adalah harapan beliau.
Published on July 04, 2012 03:20
MUKHRIZ OFFENDS PRESIDENT FIDEL CASTRO’S FEELINGS
Dato' Mukhriz Tun Dr. Mahathir will not forget the day he offended Cuban President Fidel Castro’s feelings. It was the day his father, Tun Dr. Mahathir Mohamad, announced that he was stepping down as Prime Minister and UMNO President (22 June 2002).
He was at London’s Heathrow Airport when the news was conveyed to him by a close friend while waiting for a flight to Havana to meet Fidel Castro as a messenger for his father. Mukhriz was shocked and immediately called Dr. Mahathir to find out the reason.
Dr Mahathir’s answer to Mukhriz was the same as the reason he gave during the announcement at the UMNO general assembly on that day. He said “It’s long enough, it has been 22 years” and also because he was disappointed for not being able to change the attitude of the Malays who continued to rely on the government.
Recalling this incident to audience at the “Wacana Pemikiran Tun Dr.Mahathir” (a discourse on Dr Mahathir’s thoughts)at Sungai Petani, Kedah recently, Mukhriz said that after arriving at Havana Airport, he was immediately taken to meet Fidel Castro who was then speaking before more than 700 leaders from his party.
Castro told them, from a note, that Malaysian Prime Minister Dr Mahathir had stepped down from office and he did not know what made him did so. Castro knew about it much earlier.
After arriving there, Mukhriz was taken to a room to meet Castro, who was accompanied by several high ranking government officers. Castro immediately asked Mukhriz why did his father wanted to resign. Without giving it a thought, Mukhriz said “it was because he felt that he had been a Prime Minister for too long, for 22 years”.
"I forgot that the person infront of me had been the Cuban President for more than 30 years,” he said and was greeted with laughter from the audience, but Mukhriz said, there was no change in Castro’s facial expression, except of his officers who seemed to be restless.
According to Mukhriz, the main reason why his father stepped down was because he was regarded as a “walking stick” by the Malays and with him no longer in office, the Malays would realize the feeling of being without it and would be forced to fend for their own. That was his hope.
Published on July 04, 2012 03:19
July 3, 2012
TUHAN SUDAH MATI
(Untuk Anwar Ibrahim)
Lama dahulu sebuah sajak Kassim Ahmad "Sidang Roh" yang di baris akhirnya mengatakan "Tuhan Sudah Mati" telah menggemparkan masyarakat Islam dan menimbulkan berbagai-bagai tuduhan terhadapnya dan kebetulan ketika itu Kassim di ketahui sebagai seorang pejuang sosialis Marxist.
Diperturunkan kiriman sajak ini dari seorang pengunjung yang mahukan sajak ini ditujukan kepada Anwar Ibrahim, Pemimpin Besar Pakatan Rakyat dan di bawah sekali pengertian yang diberikan oleh seorang lagi pengunjung terhadap sajak ini.
SIDANG ROH
Sudah datang berita paling kejam
bagi mereka yang lagi hidup karena bisa berharap
dunia ini penjara
nasi kita akan cukup di sorga
di atas belakang Dajjal
telah diperdagangkan hidup
gelak dan hilai bukan karena bahagia
gelak dan hilai karena papa.
Akan bersidang segala roh
anakmu hari ini makan apa
nasi atau beer
ketawanya palsu tangisnya tanpa suara
Nanti akan padamlah dengan sendiri
lampu dari menara tinggi
karena di bawahnya orang kian mabuk
dan Tuhan sudah mati.
Apa yang saya faham, sajak ini adalah menceritakan mengenai manusia, bukan Tuhan. Baris akhir “kerana di bawahnya orang kian mabuk, dan Tuhan sudah mati.” Ia membawa pengertian manusia sudah tidak ada pegangan agama lagi.
Manusia jenis ini, Kassim cuba gambarkan bahawa tidak ada pegangan agama lagi dalam dirinya, hidupnya. Manusia yang dimaksudkan Kassim ini adalah manusia durjana. Hidup bebas sebebas-bebasnya tanpa ada asas agama dan pegangan Islam. “Tuhan Sudah Mati”bukan merujuk kepada Allah SWT. “Tuhan Sudah Mati” menggambarkan sudah tidak ada kepercayaan agama lagi dalam diri manusia itu. - MZA

Published on July 03, 2012 23:10
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.