Zainuddin Maidin's Blog, page 137

June 23, 2012

TENTERA UPAHAN YANG BODOH SOMBONG DI INDONESIA.

Penunjuk perasaan meminjak Jalur Gemilang  di hadapanKedutaan Malaysia di JakartaRakyat Malaysia tentunya merasa bangga jika Indonesia atau lain-lain negara mahu mengadaptasikan ciri-ciri budayanya sebagai budaya mereka. Umpamanya jika Singapura mahu menjadikan  Dikir Barat dari Kelantan sebegai haknya maka kita akan mengalu-alukannya.
Apakah salah jika orang Cina Indonesia mengatakan  bahasa Indonesia yang menjadi pegucapannya setiap hari sebagai bahasanya.

Agak pelik bila orang Melayu Malaysia mahu menjadikan  beberapa ciri budaya Indonesia sebagai budaya  kita telah dibantah keras oleh segelintir manusia negara itu.
Untuk pengembangan dan penjajahan budayanya,  Amerika Syarikat  membelanjakan wang berbillion dollar bagi strategi promosinya yang kreatif dan inovatif, sehingga seluruh dunia di tawan oleh budaya Barat  khususnya; dari Amerika Syarikat.
Dari  strategi  pemasaran  budayannya, Amerika Syarikat  telah membuat keuntungan besar dari produk-produk yang berkaitan dengannya atau produk sampingannya, tetapi membingungkan dalam dunia yang melihat faedah pemasaran budaya, ada kelompok di Indonesia yang mahu mengepung budayanya.
Tarian Tor-tor diiringi Gordang Sambilan yang menimbulkan bantahan penunjuk perasaanInilah yang terpancar dari tunjuk perasaan paling ganas yang dilakukan oleh sekumpulan pemuda-pemuda Pancasila dan pelajar-pelajar Indonesia di hadapan Kedutaan Malaysia di Jakarta Jumaat lalu, sehingga ke peringkat mereka membaling batu, telur busuk, membakar bendera Malaysia dan mencederakan seorang anggota pengawal, hanya kerana Malaysia dikatakan mendakwa tarian Tor Tor dan Gordang Sambilan yang merupakan budaya Mandaling sebagai hak Malaysia.
Melihat dari segi konteks sentimen sedarah sedaging mungkin menimbulkan kemarahan kita, tetapi jika kita melihat dari segi konteks globalisasi atau dunia tanpa sempadan, maka kita akan ketawa melihat betapa  bodoh sombong manusia-manusia ini.
Walaupun bilangan mereka cukup kecil, tetapi perbuatan mereka sudah cukup besar untuk memalukan Indonesia bagi menampakan kesempitan fahaman negara itu terhadap arti globalisasi disebalik  kebebasan berdemonstrasi
Apakah untungnya jika Malaysia mengadaptasikan budaya asing kecuali membantu menerapkannya ke dalam masyarakat Malaysia dan jika sentimen hubungan antara Malaysia dan Indonesia mahu diambil kira maka ia adalah memupuk dan  mengeratkan lagi hubungan antara rakyat  kedua negara.
Bagaimanapun rakyat Malaysia tidak saharusnya menunjukkan reaksi yang akan mencemarkan Malaysia sebagai sebuah negara yang terbuka sekian lama dan seharusnya memahami sikap segelintir pemuda Indonesia itu, adalah oleh kerana Indonesia baru sahaja mengamalkan sikap terbuka.
Rakyat Malaysia terutamanya generasi baru Malaysia tidak tahu bahawa dari sejak kemerdekaan pada tahun 1947 sehingga kepada kejatuhan Sukarno dan terhapusnya komunis di Indonesia pada tahun 1965 maka barulah Indonesia membuka pintunya. Sebelum itu rakyat Indonesia tidak  dapat melihat  filem-filem asing , samada menerusi televisyen atau panggung-panggung wayang.

Malaysia adalah negara yang terbuka dari sejak sebelum merdeka lagi dan telah menerima berbagai-bagai unsur budaya asing baik  dari Thailand, India, China dan juga Indonesia. Kita telah melihat filem-filem Hollywood dan Hindustan dari sejak sebelum merdeka.

Rakyat Indonesia pada keseluruhannya sekarang masih  berada dalam euphoria kebebasan,seperti ayam terlepas dari reban dan seperti  kera mendapat bunga. Yang terpelajar dengan cara terpelajarnya dan yang tidak terpelajar berkelakuan biadap.


Malangnya beberapa orang candiakawan terutama dari gulongan elit,  kita tidak dapat melihat  kebebasan Indonesia itu dari sudut sejarah atau dari perspektif  yang sebenar.Ini dapat kita lihat dalam tulisan tulisan Kassim Raslan, Azmi Shahrom, Marina Mahathir dan Tunku Mukhriz di akhbar Inggeris The Star. 

Bagi rakyat Malaysia, janganlah terkejut bila Kedutaan Malaysia  di Jakarta di serang dan pengawalnya dicederakan  sedangkan orang Indonesia dalam kasta penunjuk-penunjuk perasaan jalalanan  itu  menceroboh rumah rakyat Malaysia, merompak, membunuh dan merogol  rakyat kita yang tidak berdosa hampir setiap hari.


Bersabarlah dan bertoleransilah untuk mengekalkan taraf kita sebagai negara yang terhormat  di dunia. Biar negara kita kecil, tetapi dunia melihat kita besar, biar kita hanya adik tetapi adik yang lebih bermaruah.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2012 01:43

MAHATHIR INGATKAN BN JANGAN GEMBIRA DENGAN KRISIS SELANGOR.

Rafizi RamliTERKINI: Bekas Perdana Menteri Tun Dr.Mahathir telah mengingatkan ahli ahli Barisan Nasional supaya jangan merasa terlalu gembira dengan pergolakan yang berlaku dalam PKR Selangor sekarang sebaliknya perlu terus berusaha keras untuk mendapatkan kembali Selangor.

Jangan harap orang lemah sahaja untuk kita jadi  kuat,katanya kepada pemberita pemberita di UKM kelmarin. Tun sendiri yakin  pergolakan itu berlaku  oleh kerana Selangor dipimpin oleh seorang yang kurang berkemampuan iaitu Tan Sri Abdul Kahlid Ibrahim yang keluar UMNO kerana kecewa untuk mendapat sesuatu.


Sebelom ini telah dilaporkan  PKR Selangor  telah mendesak Tan Sri Khalid menggantung sementara jawatan setiausaha politiknnya  Faekah dan menyiasat tuduhan terhadapnya berhubung isu penggunaan kepala surat Pejabat MB untuk kepentingan syarikat guaman keluarganya.



Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli menyifatkan dirinya tidak penting dan menidakkan dirinya sebagai Superman, berhubung dengan tindakannya meletakan jawatan Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor yang mengerohkan lagi kriris dalam PKR  berikutan dengan tuduhan tuduhan yang dilemparkan kepada Faekah.

Beliau memberitahu Sinar Harian Online, bahawa tindakannya itu adalah untuk memberikan tumpuan sepenuhnya kepada kerja-kerja strategi menghadapi Pilihanraya Umum ke 13.

"Kerja saya semakin hari, semakin bertambah. Saya bukan Superman, tidak boleh lakukan dua tiga perkara dalam satu masa," katanya.

Beliau juga menafikan berita mengatakan, beliau akan melompat parti dan menegaskan: "Saya berjanji akan bersunat sekali lagi, kalau lompat parti. Patut semua wakil rakyat kena janji macam ini."

CATATAN:
Jika Rafizi tidak penting dan bukan Superman, maka masakan tindakannya itu akan menjadi berita besar  yang menggemparkan. Maka itu, apapun alasan yang diberikan oleh Rafizi, tindakannya itu tidak bijak pada anggapan orang yang matang dan rasional kerana beliau melakukannya dalam  keadaan parti memerlukan perpaduan dan consolidasi bagi  menghadapi Pilihanraya Umum ke 13. Masakan Rafizi yang pandai kira-kira tidak membuat perkiraan politik

Jika Barisan Nasional mengambil kesempatan untuk menangguk di air keruh, maka Rafizilah yang telah menggocakkannya.

Rafizi seorang yang masih mempunyai kredebliti dalam PKR tetapi malangnya, beliau menyertai Timbalan Presiden PKR, Azmi Ali untuk mengikuti tektik berbohong kering Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 23, 2012 01:40

June 21, 2012

AZMIN SOKONG TIDAK PECAT SUP MB SELANGOR

Faekah HusinTimbalan Presiden PKR, Azmin Ali telah menyatakan sokongan kepada Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim untuk mengekalkan Setiausaha Politiknya, Faekah Husin yang membantah perlantikan  Azmin sebagai Pengarah Pilihanraya PKR kerana masaalah moralnya.
Faekah  di percayai adalah salah seorang yang kuat percaya, bahawa Azmin terlibat skandal perbuatan maksiat yang didedahkan oleh media baru-baru ini dan juga membiarkan isterinya mempunyai hubungan sulit dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Azmin disebutkan dalam portal berita Free Malaysia Today sebagai berkata: "saya tidak mahu ada pihak ketiga ambil kesempatan dan saya beri jaminan kepada Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim, bahawa PKR negeri akan terus menyokong kepimpinan beliau dan berkerjasama untuk menjamin kemenangan dalam pilihanraya umum akan datang."
Rafizi Ramli Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah Husin menghadapi serangan dari dalam kerana sikapnya menentang Azmin, terutama dari Ahli Majlis Pimpinan Pusat PKR, Shuhami Shafie yang berkata: "Semua kepimpinan dalam organisasi negeri, baik dari kedudukan Menteri Besar, anggota exco apatah lagi Setiausaha Politik hendaklah menghormati keputusan kepimpinan tertinggi.
"Perbuatan menyerang kepimpinan secara terbuka satu tindakan amat tidak bijak, tidak matang dan penuh emosi," katanya.
Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin disebutkan oleh Sinar Harian sebagai berkata: "Faekah tidak boleh memperlekeh kepimpinan parti, kerana parti penting untuk membawa kejayaan kepada sesuatu kerajaan, bukan daripada kedudukannya sebagai Setiausaha Politik."
Peranan Faekah mula tidak disenangi oleh pemimpin dan ahli PKR, kerana sering mengeluarkan kenyataan mendahului Menteri Besar, Abdul Khalid, tetapi Abdul Khalid menyatakan bahawa Faekah lebih menyerlah dari beliau dan ini bermakna pegawainya itu telah menjalankan tugasnya dengan baik.
Setakat ini kelihatan semua kepimpinan tertinggi bersepakat tidak mahu masalah ini menjadi konroversi yang boleh meretakkan kekuatan PKR dan kerana itu, Faekah sendiri telah mengambil keputusan untuk berdiam diri dari mengulas kempen dalaman yang meminta supaya beliau dipecat.

TERKINI: Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor, Rafizi Ramli telah meletakan jawatannya yang dianggap oleh pemerhati-pemerhati politik sebagai kemuncak pertembungan politik antara Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dengan Azmi Ali. Rafizi juga adalah Pengarah stratijik PKR.

Menurut akhbar Star, penyokong-penyokong Azmin mendakwa bahawa Setiausaha Politik Menteri Besar, Faekah adalah bertanggungjawab mengenai pemberhentian Rafizi itu. 
Catatan: Prinsip moral dan agama tidak lagi penting dalam politik Malaysia. Jika Anwar Ibrahim yang "luar biasa" boleh diterima sebagai pemimpin, terutamanya oleh Abdul Khalid Ibrahim yang menganggapnya sebagai contoh tauladan, maka apa salahnya Faekah  menerima Azmin yang tidak luar biasa dan yang hanya dirasakan "luar biasa" bila terdedah perbuatannya  oleh media. Nabi pun tak boleh betulkan dunia ini , inikan pula Faekah!
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 21, 2012 17:19

June 20, 2012

SAY NO TO

Say No To AirAsia telah mulai menghangatkan Persidangan Parlimen apabila dua anggotanya yang naik marah dengan sikap angkuh syarikat penerbangan murah itu mengambil tindakan melarikan  ibu pejabatnya  ke Jakarta kerana tidak  mahu membayar hutangnya beratus juta ringgit kepada Malaysa Airport Holding Berhad (MAHB).
AirAsia  dengan pantas menafikan enggan  membayar hutang itu sebaliknya menyalahkan  MAHB.
Setakat ini dua orang anggota Parlimen ; Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Tajuddin Abdul Rahman dan Ahli Parlimen Wangsa Maju, Wee Choo Keong telah menuntut supaya kerajaan tidak lagi membiarkan AirAsia memonopoli hak penerbangan murah di negara ini sebaliknya mahukan kerajaan memberi satu lagi lesen  tambang penerbangan murah kepada syarikat lain.
Beberapa orang lagi dijangka akan menyokong desakan ini kerana marahkan sikap Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan AirAsia, Tan Sri Tony Fernandes yang,kata mereka, sudah tidak sedar diri dan angkuh sehingga berani memindahkan operasinya ke Jakarta.
Mereka melihat tindakan itu sebagai strategi untuk menimbulkan kegemparan bagi menarik perhatian ramai bersimpati dengan AirAsia, menjustifikasikan pemindahannya   dan menyalahkan kerajaan khususnya MAHB yang mendorong kepada  tindakan pemindahan itu.
Berjuta rakyat Malaysia yang berpeluang terbang murah tentunya meletakan kegagalan penggabungan AirAsia kepada kerajaan kerana bagi mereka Mas dan MAHB adalah kerajaan. AirAsia mengambil tindakan ini kerana kerajaan berada dalam keadaan tidak dapat bertegas dengannya kerana berhadapan  Plihanraya Umum ke 13.
Sebelum ini AirAsia telah pun menjalankan kempen memasang sticker Say Nor To Airport Tax di merata  tempat strategik di LCCT yang dari kajiannya diketahui telah mendapat sokongan  rakyat.
AirAsia yang bimbang dengan syor Choo Keong supaya MAHB menidakkan hak pendaratan AirAsia, serta merta mengeluarkan kenyataan menganggap tindakan itu tidak wajar kerana akan menjejaskan pekerjaaan 10,000 kakitangan bagi memastikan 18 juta penumpang dapat menaiki penerbangan dengan selesa.
AirAsia juga menafikan keengganannya untuk membayar hutang beratus juta ringgit kepada MAHB  sebaliknya memberkan alasan disebabkan MAHB memberikan invois yang salah dan berjanji apabila semua kesilapan diperbetulkan ia akan meneruskan semula pembayaran kepada MAHB.
Seorang anggota Parlimen berkata elok pula jika MAHB menundakan hak pendaratan  kepada AirAsia  sehingga semua hutang dijelaskan.
Catatan: Perdana Menteri Malaysia Datuk Seri Najib  sendiri sudah lupa kepada suatu peringatan bahawa siapakah yang harus diketuk dahulu jika terjumpa ular dengan manusia yang pandai membelit. Mungkin Datuk Seri Najib juga bersimpati, kerana CIMB terlepas peluang mengaut wang upah  pengurusan penggabungan itu.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2012 18:30

CHIN PENG DALAM KEADAAN TENAT DI BANGKOK



Seorang pemimpin perang gurila di hutan rimba Malaysia dan Thailand yang gagal mencapai matlamatnya setelah berjuang lebih 40 tahun yang mengorbankan antara empat hingga lima ribu anggotanya, sekarang sedang menghadapi saat-saat kematian di Thailand.

Bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya, Chin Peng 90 tahun sedang dirawat disebuah hospital swasta di Bangkok dan berita-berita terakhir yang diterima di sini mengatakan keadaannya semakin  tenat.

Dalam buku memoir peninggalannya bertajuk "My Side Of Story", Chin Peng berkata, bukunya itu bukanlah bertujuan untuk membanggakan atau meminta maaf, tetapi ini adalah jemputan untuk memahami bagaimana kepercayaan terbentuk dan bagaimana persengketaaan boleh bermula serta berjalan tanpa dapat diredakan.
Disamping itu, ia juga suatu pandangan bagaimana perdamaian dapat dicapai, katanya. Rakan seperjuangannya Rashid Maidin yang memimpin Regimen ke 10, telahpun meninggal dunia pada 31 Ogos 2006, kerana sakit tua dalam usia 89 tahun di Sisakoin, Narathiwat, Selatan Thailand (dirumah anak perempuannya).

Beberapa orang kenalan rapat dari Malaysia dan Singapura yang melawatnya baru-baru ini,  mendapati   keadaannya sangat uzur dan tidak lagi dapat mengenali penziarahnya.

Seorang dari dua pembantu yang berada di sisinya memberitahu mereka, bahawa Chin Peng  telah dikejarkan ke hospial dari rumahnya di luar kota Bangkok setelah keadaan kesihatannya semakin meruncing.

Dua pembantunya cuba untuk memberitahu kedatangan pelawat, tetapi dia kelihatan seperti antara sedar dan tidak sedar. Mereka diberitahu oleh salah seorang pembantunya, bahawa sebelum ini dia telah bercakap mengenai kematiannya.

Chin Peng dilahirkan di tingkat atas rumah kedai dua tingkat di  Kampong Koh, Sitiawan Perak, telah  menjadi anggota Parti Komunis Malaya (PKM) sejak berusia 15 tahun. Dia dilantik menjadi Setiausaha Agung PKM pada 1947 setelah Setiausaha Agung pertamanya, Lai Te menghilangkan diri dengan membawa mas dan wang $ 1 juta.(dollar).

Sumber-sumber keselamatan pernah memberithau saya, bahawa Chin Peng mempunyai wang tunai yang berbaki kepadanya dari Comintern (Komunis Antarabangsa) sebanyak RM5 juta setelah tamatnya perjuangan PKM.

Beliau memimpin perang gurila di hutan Malaya dan Thailand sejak sebelum peristiharan darurat 1948 untuk menentang penjajah British, setelah British gagal untuk menyerahkan Malaya kepada PKM.

Ketua Menteri Kerajaan Sendiri Persekutuan yang dipimpin oleh Tunku Abdul Rahman, telah bersetuju  mengadakan rundingan mencari perdamaian dengan Chin Peng dan rakan-rakannya, tetapi rundingan itu yang diadakan di Baling pada 28 dan 29 Disember 1955 telah gagal, kerana PKM menolak  tawaran kerajaan supaya menyerah diri dan Parti Komunis Malaya.

PKM memilih untuk terus berjuang dalam hutan, tetapi kelumpuhan komunisme antarabangsa yang melibatkan negara-negara komunis; Republic Rakyat Cina, Soviet Union dan Eropah Timur pada petengahan tahun 1980, telah melemahkan moral PKM dan mereka mencari jalan untuk  menamatkan perjuangan secara bermaruah.

Sebenarnya pada masa itu Pasukan Keselamatan Malaysia telah mampu untuk menghapuskan mereka, tetapi Perdana Menteri Tun Dr. Mahhtir Mohamad tidak mahu membazirkan wang negara dan bersetuju rundingan damai diadakan atas permintaan mereka sendiri.

Rundingan damai itu yang berjalan secara sulit selama lebih setahun, berakhir dengan penandatangan perjanjian damai antara tiga pihak; iaitu kerajaan Malaysia, Kerajaan Diraja Thailand dan PKM di Haadyai  pada 2 Disember 1989.

Menurut buku memoirnya Chin Peng "My Side of Story",  perjuangannya selama lebih 40 tahun  itu telah mengorbankan antara empat hingga lima ribu anggota gurilanya dan 200 orang telah digantung, diantara mereka adalah wanita.

Katanya, dia berjuang dalam dua peperangan (menentang Jepun, menentang British dan Kerajaan Malaysia)  dan bertahun dihutan, adalah  kediamannya.

Perundingan damai yang terakhir itu berlaku panjang dibelakang tabir selama lebih setahun antara tiga pihak dengan Polis Cawangan Khas yang diketuai oleh Ketua Pengarah Polis Cawangan Khas, Tan Sri Abdul Rahim Noor.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2012 07:58

AIRASIA: WHO CARES WITH MAHATHIR


AirAsia’s humble journey began in Malaysia where it set up its base and grew from strength to strength and succeeded as a low-cost carrier in Asia by capitalising on the middle-income group who were flushed with money.
AirAsia will not have succeeded if it got off the ground in another Asian country where the majority of the people are poor.
Spurred by his success, AirAsia Group CEO Tan Sri Tony Fernandes lamented with pride and a tinge of arrogance: "Growth in Malaysia will be boring. It is growth beyond Malaysian shores which is tempting." (Star June 10, 2012).
Ironically, AirAsia had not been paying its dues to Malaysia Airport Holdings Berhad (MAHB), arguing that the amount of tourist dollar that it brought into the country was even bigger than the debt. Prime Minister Datuk Seri Najib Razak might have been fascinated by the proposed MAS-AirAsia tie-up until it fell apart recently.
Tony Fernandes pluck up the courage and arrogance when Tun Abdullah Badawi was at the helm as the former then had many close friends in the Prime Minister’s Department.
Several years ago, Umno Youth chief and Member of Parliament for Rembau Khairy Jamaluddin had planned to set up a Low-Cost Carrier Terminal (LCCT) in Sendayan oblivious to the feelings of former prime minister Tun Dr. Mahathir Mohamad, who had wanted the KL International Airport (KLIA) to be the main hub for all flights.
Sendayan, which is located 15km from Seremban, had been proposed as the new LCCT for AirAsia, but it was eventually reverted to a site next to KLIA due to strong protests from various quarters.
When MAHB wanted to increase the airport tax in December 2011, AirAsia launched a smear campaign against it by pasting red stickers at prominent locations at the LCCT.
His marketing and advertising expertise is undeniable. The sticker, which read “Say No To Airport Tax Increase”, was strategically pasted at various places, including on toilet walls facing travellers as they answered the call of nature. Pretty smart!
Home Minister Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein and his officers did not see this as a subversive threat. The public would certainly support AirAsia as it had given them the opportunity to travel on cheap flights.
“Say No To Airport Tax Increase” is akin to “Say No To The Government” or “Say No To BN! It is unfortunate that the minister in-charge was unable to decipher the subtle message that instilled hatred against the government.
We cannot stop AirAsia from moving its headquarters to Jakarta as in business world; there is no love, no loyalty and no nationalism. What matter most are ideals.
The important thing for Tony Fernandes is growth as espoused by him, "Growth in Malaysia will be boring at single digit of 3%, 4% to 5%, but not in countries like Vietnam, the Philippines and Indonesia where there are plenty of opportunities over the next 10 to 15 years ". He should have started his business in the Philippines.
"Our cost advantage in Malaysia is eroding as airport charges go up whereas in other countries they are building low-cost terminal for us," he said. He did not mention how AirAsia raked in huge profit by not settling debt running into hundreds of million ringgit to MAHB.
AirAsia has also warned that it might ignore former prime minister Tun Dr. Mahathir’s plan and sentiments. Hence, he still had not given his assurance whether to use KLIA2. Maybe he is still confident that the LCCT would be built in Sendayan when Khairy becomes a minister.
In the words of AirAsia new chief executive officer for its Malaysia-based operations and executive director who will be reporting to Tony Fernandes:  "We are still in discussion over the matter.”
In a brief note to Zamkata, Council of Former Elected Representatives (MUBARAK) president Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman said: "AirAsia has disentangled itself from MAS and now has moved its ASEAN Headquarters to Jakarta. Surprisingly what remains in Malaysia is its legacy of high demands to facilitate its operation in Malaysia in respect of new airport facilities.
"Worse there was a rampant campaign with stickers in the aircraft saying ‘No To Airport Tax’. Are these enough reasons to move its ASEAN headquarters to Jakarta?"
Abdul Aziz had quietly assisted the Malaysian Airlines System Employees Union (MASEU), which has over 20,000 members, to remind the government that MAS is a national asset and his intervention had contributed to the cancellation of the MAS-AirAsia deal.
It seems that Tan Sri Rafidah Aziz, who is now AisAsia non-executive chairman, also shared the sentiment that nationalism is nonsense in the business world. Syabas Rafidah!
In the march towards globalisation, the government no longer has the power over the people, but rather the conglomerate has a hold over the government and people.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 20, 2012 07:57

June 19, 2012

AIR ASIA: PEDULI APA PADA MAHATHIR


AirAsia merintis perjalanannya di Malaysia dengan bertapak, berkembang dan berjaya sebagai sebuah syarikat penerbangan tambang murah di Asia kerana golongan menengahnya yang banyak wang.

AirAsia tidak mungkin mencapai kejayaan ini jika ia bermula di negara Asia  lain yang kebanyakan rakyatnya miskin.

Setelah mencapai kejayaan cemerlang, kini CEOnya, Tan Sri Tony Fernandes bercakap sombong dan angkuh dengan berkata: "Growth in Malaysia will be boring. It is growth beyond Malaysian shores which is tempting" (Star 10 June 2012).

AirAsia tidak membayar hutang kepada Malaysia Airport Holding Berhad (MAHB), kerana menganggap pelancong yang dibawanya memberi keuntungan lebih besar kepada negara berbanding hutangnya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mungkin melihat dari segi keuntungan kepada negara apabila terpesona dengan cadangan penggabungan MAS-AirAsia.

Keangkuhan dan keberanian Tony Fernandes bermula dari zaman Tun Abdullah Badawi menjadi Perdana Menteri, kerana ia mempunyai ramai kawan rapat di Jabatan Perdana Menteri.

Beberapa tahun lalu, Ketua Pemuda UMNO merangkap Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin mahu mendirikan Lapangan Terbang Tambang Murah di Sendayan tanpa memperdulikan perasaan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad yang mahu KLIA dijadikan hub utama kepada semua penerbangan.

Sendayan terletak kira-kira 15 kilometer dari Seremban, sebelum ini pernah dicadangkan sebagai lokasi baru Terminal Penerbangan Tambang Murah (LCCT) untuk syarikat penerbangan AirAsia, tetapi kemudian  dipindahkan bersebelahan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA).

Apabila MAHB mahu menaikan airport tax pada Disember 2011, AirAsia berkempen membantahnya dengan meletakan sticker kecil merah di lokasi strategi di LCCT.

Tidak dapat dinafikan kepakarannya dalam pemasaran dan pengiklanan, sticter Say No To Aiport Increase diletakan di tembok tandas khususnya; berhadapan tempat orang berdiri membuang air kecil serta di tempat-tempat lain yang strategik. Cukup bijak!.

Kementerian dalam Negeri dan menterinya, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein serta pegawai-pegawainya tidak melihat perkara ini sebagai bahaya subversif. Rakyat pastinya akan menyokong AirAsia kerana memberi peluang kepada mereka terbang dengan tambang yang murah.

Say No To Airport Tax  adalah sama juga  Say No To Kerajaan! atau Say No To BN!. Adalah amat malang menteri yang bertanggungjawab tidak dapat membaca maksud yang tersirat daripada yang tersurat untuk menanam perasaan kebencian kepada kerajaan dengan berkesan.

Kita tidak boleh menyekat AirAsia untuk memindahkan ibu pejabatnya ke Jakarta, kerana dalam dunia perniagaan, tidak ada cinta, tidak ada  kasih sayang, tidak ada kesetiaan dan tidak ada nasionalisme. Ini semua adalah idealisme.

Yang penting bagi Tony Fernandes, ialah growth dan katanya "Growth in Malaysia will be boring at single digit of 3%, 4% to 5%, but countries like Vietnam, Phippines and Indonesia are where there is plenty of opportunities over the next 10 to 15 years". Dia sepatutnya memulakan perniagaannya di Philipine.

"Our cost advantage in Malaysia is eroding as airport changes go up whereas in other countries  they are building low cost teerminal for us," katanya dan dia tidak pula cerita tentang AirAsia untung  kerana tidak bayar hutang beratus juta ringgit kepada MAHB.

AirAsia juga terus mengancam untuk tidak memperdulikan perancangan dan sentimen bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir. Maka itu, dia terus tidak memberikan kepastian untuk menggunakan KLIA2. Mungkin dia masih yakin boleh bina di Sedayan apabila Khairy menjadi menteri kelak.

Kata Ketua Pegawai Eksekutif dan Pengarah Eksekutif Operasi AirAsia di Malaysia yang menggantikan Tony Fernandes: "Pihak kami masih dalam proses perbincangan mengenai pekara itu."


Dalam satu kenyataan pendek kepada Zamkata, Presiden Majlis Bekas Wakil Rakyat (MUBARAK), Tan Sri Abdul Aziz Abdul Rahman berkata: "AirAsia has disentangled itself from MAS and now has moved its ASEAN Headquarters to Jakarta. Surprisingly what remains in Malaysia is its legacy of high demands to facilities its operation in Malaysia in respect of new airport facilities.

"Worse there was a rampant campaign with stickers in the aircraft saying “No To Airport Tax”. Are these enough reasons to move its ASEAN headquarters to Jakarta."

Abdul Aziz adalah salah seorang yang secara senyap, membantu Airlines System Employess Union (MASEU) yang mempunyai lebih 20,000 ahli, untuk mengingatkan kerajaan, bahawa Mas adalah aset negara dan campur tangan Abdul Aziz telah menyumbangkan kepada pembatalan penggabungan Mas-AirAsia..

Nampaknya Tan Sri Rafidah Aziz, yang sekarang menjadi Pengerusi bukan Eksekutif AirAsia, juga menyertai pandangan, bahawa nasionalisme adalah karut dalam dunia perniagaan. Syabas Rafidah !

Dalam kemaraan globalisasi bukan lagi kerajaan yang menguasai rakyat, tetapi konglomaret besar yang menguasai kerajaan dan rakyat.

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2012 17:31

999 HILANGKAN KEYAKINAN JENAYAH BERKURANGAN


Secara umumnya kita boleh mengatakan tidak ada jenayah besar yang tidak diselesaikan oleh pihak Polis Diraja Malaysia, tetapi dalam pada itu, statistik kadar pengurangan jenayah (NKRA) dicabar oleh kejadian baru jenayah dimerata pelusok tanah air pada setiap hari, yang sekaligus telah menghilangkan keyakinan ramai.

Saya bangun pagi setiap hari, dengan harapan tanpa jenayah, tetapi terdapat berita di dada akhbar, taukeh pasar mini mati disamun di Kuala Kangsar dan pada keesokan harinya saya berharap sunyi dari jenayah, tetapi di awal pagi, sebuah stesen radio memberitakan pergaduhan antara dua kumpulan pelajar di SMK Cheras, mengakibatkan 15 pelajar tercedera dan seorang guru luka parah.

Kumpulan perompak Indonesia bertiga atau berempat yang merompak antara jam 4 atau 5 pagi, masih lagi meneruskan kegiatan mereka. Satu ditembak mati  sepuluh muncul semula. Tiada hari di Malaysia tanpa jenayah.

Rakyat pada keseluruhannya, merasa sinis terhadap kenyataan polis tentang kadar pengurangan jenayah.

Membaca akhbar atau mendengar media perdana lainnya, kita disuramkan perasaan damai di pagi hari dengan cerita-cerita kekejaman jenayah, seperti ibu tua dirogol, dirompak, dibunuh, pembunuh upahan bermaharaja lela, pencolekan kanak-kanak, strategi baru rompakan jalanan, pergaduhan antara kumpulan samseng, ugutan Ah Long dan berbagai-bagai lagi.

Tidak keterlalaun kalau disifatkan Kuala Lumpur sebagai New York di awal tahun 70han. Kenyataan Perdana Menteri, bahawa "jenayah jalanan telah turun (39.7%) dan index jenayah (11.1%)" hanya menjadi bahan ketawa.

Katanya, "The 2011 Reducing Crime National Key Rusults Area(NKRA) surpassed its target with more than 8,000 confiscations and arrests made". Index ini betul, tetapi adakah anda percaya?

Pada masa Tun Dr. Mahathir Mohamad, jenayah berlaku, tetapi tidak digalakan penyiarannya sehingga menampakan Malaysia sebagai negara sarang jenayah.

Pendedahan yang keterlaluan menjadikan orang merasa tidak sensitif lagi, atau melihatnya sebagai masalah biasa yang tidak lagi akan dapat diatasi.

Di era Tun Dr. Mahathir, penyiaran besar-besaran cerita jenayah setiap hari dianggap  akan menakutkan kedatangan pelancong dan juga akan menghilangkan keyakinan rakyat. Tetapi selepas era Tun Dr. Mahathir, bukan sahaja tidak terkawal, tetapi dipromo oleh TV3 demi untuk commercialisme.

Ada ruangan khas 999 untuk memaparkan kejadian jenayah yang menarik dan polis juga seronok kerana dapat publisiti. Di Singapura cerita-cerita jenayah terus ditekan dan tidak menjadi keutamaan kepada medianya.

Kita berada dalam persoalan, sama ada mahu mempromosikan berita jenayah atau membenamkannya. Pendedahan mungkin menambahkan kewaspadaan dan kesedaran rakyat atau sebaliknya menghilangkan keyakinan rakyat terhadap kadar pengurangan jenayah yang diumumkan dari masa ke semasa.

Mungkin penyebaran berita di luar negara, terutama di Singapura menggambarkan  "Malaysia surga jenayah," tidak terkawal, pengedar dadah bebas keluar masuk, kontek sudah tersedia dan mereka sudah tahu di mana kawasan selamat untuk perkampungan mereka.

Media Indonesia tidak membantu menyiarkan berita rakyatnya yang melakukan jenayah di negara kita yang ditangkap setiap hari atau dibunuh untuk menakutkan penjenayah mereka datang ke Malaysia sebaliknya  mereka dibela sebagai wira.

Tetapi apabila sekali polis kita merompak pekerja Indonesia, maka seolah-olah kejadian itu berlaku setiap hari dan tidak cukup dengan itu, polis kita juga dituduh mencuri organ penjenayah warga mereka.

Datuk Seri Najib memahami, bahawa orang tidak percaya kepada kenyataan bertalu-talu kadar jenayah  telah dapat dikurangkan. Maka itu beliau berkata "It is our duty to reduce the discrepancy between public perception on crime and improving reality"

Adalah lebih baik berhenti dari mengeluarkan kenyataan Index Pengurangan Kadar Jenayah (NKRA) yang sekadarkan untuk memberikan gambaran yang baik dan meyakinkan diri sendiri. Kita tidak boleh berada dalam denial syndrome apabila persekitaran tidak meyakinkan. Media sendiri terutama 999 TV3 tidak membantu kearah meyakinkan rakyat, rakyat melihatnya dari sudut negatif.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2012 06:15

999 ERODES PUBLIC CONFIDENCE


In general we can say there is no serious crime that cannot be solved by the Royal Malaysian Police, but on the other hand the plunging crime statistics (NKRA)are defied by new waves of crime cases throughout the country  to the extent of eroding public confidence.

The people in general feel cynical about the police’s countless statements on declining crime rate index.

An air of gloominess hang in the morning air as we read about violent crime stories in the newspapers such as a grandmother being raped, robbed and killed, and bad hats terorrising the community, kidnapping children and adopting new ways of commiting street robberies, loan sharks threatening families, gang fights and rivalries putting revellers in fear, and many more.

The situation is like staying in major cities such as New York in the '70s. It was unsafe to walk alone in New York then.

Blacks are notorious for major crimes in the U.S., but they were cast as police officers in films and television serials, even though in reality they are still not many Blacks in the police force. Blacks feel that they are not only regarded as criminals, but also security guards who are fighting and hostile towards corrupt police personnel.

Suffice to say Kuala Lumpur can be likened to New York in early 70s. On the whole, the public is cynical about the crime index espoused by the police or a minister. For example, the prime minister's had lamented "street crime has decreased by39.7% and crime index by 11.1%.
"The 2011 Reducing Crime National Key Results Area (NKRA) surpassed its target with more than 8,000 confiscations and arrests made".

This index is correct, but do you believe it?

During the reign of Mahathir, crime cases are not encouraged to be published or aired to the extent that Malaysia was seen as a crime hotbed. Extensive exposure of crime cases could result in the public being insensitive or regard crime as a normal occurence that could no longer be overcomed. Mahathir felt that without control on dissemination of crime news, tourists will be driven away while public confidence will dissipate. But after Mahathir, not only there is no clampdown on crime news, but it is being exploited byTV3 for commercial gain.

The 999 programme on TV3 depicts an interesting coverage of crime cases and the police are also excited with the publicity accorded in their pursuit of criminals.

In Singapore, crime stories continued to be suppressed and not a priority to TV channels.We are in a dilema, do we promote or curtail crime news? Exposure may raise public alertness and awareness on crime or on the contrary, erode public confidence.

Has crime news encourage bad hats, especially from neighbouring countries to make their way to Malaysia which is regarded as a heaven for them -- they could cross the border freely with local contacts readily available and they know the places of their hideouts, and so forth.

Indonesian media do not publish and broadcast news of their countrymen commiting crimes in Malaysia - almost every day. But once irresponsible policemen robbed Indonesian workers, the news will be portrayed as if it is a daily occurance. Mind you, our police are also being alleged of stealing organs of dead Indonesian burglars.

Najib understands that the public do not easily believe countless statements on declining crime rate. Hence, he said, "It is our duty to reduce the discrepancies between public perception on crime and improving the reality."

It is better to stop issuing statements on the NKRA on Reducing Crime Index for the sake of giving a good impression. We cannot be lulled in a denial syndrome while the actual situation is not convincing. Suffice to say, promoting crime news have dampened public confidence in the police and the government.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 19, 2012 06:13

June 18, 2012

KOPERAL TUDM TINGGALKAN ISLAM PELUK BUDDHA

Koperal AriSeorang koperal Angkatan Tentera Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu telah meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Buddha di dalam satu upacara di sebuah rumah berhala di Kuala Lumpur.

Sekalipun dirayu oleh ibu bapa dan kekasihnya serta pegawai pemerintah tentera, pegawai agama dan  masyarakat Islam supaya dia jangan berbuat demikian, tetapi dia tetap dengan keputusannya dengan menyatakan: "Saya merasa senang saya telah memeluk agama yang telah saya hajat sejak bertahun-tahun lagi".
Utusan Melayu keluaran 29 Oktober 1962, telah menyiarkan beritanya  dan diekori dengan beberapa lagi cerita mengenainya beberapa hari berikut. Bukalah Z FAIL untuk ikuti ceritanya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2012 20:03

Zainuddin Maidin's Blog

Zainuddin Maidin
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zainuddin Maidin's blog with rss.