Zainuddin Maidin's Blog, page 133

July 18, 2012

ARTIS-ARTIS SEDANG MEMBERSIHKAN IMEJ PAS

   Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat                                AishahDalam keghairahan untuk memodenkan imej politiknya selaras dengan tuntutan semasa  untuk ke Putrajaya, Pas ternampak seperti telah tidak lagi memperdulikan sensentiviti akar umbinya yang memberikan sokongan, dokongan dan kekuatan kepadanya selama ini.
Jelas kemegahan yang ditunjukannya terhadap penyertaaan artis-artis ke dalam Pas bagi menggambarkan kepada umum, bahawa ia bukanlah lagi sebuah parti Islam yang kuno, jumud dan taksub. Dan dalam hal ini ia tidak lagi memilih bulu asalkan bernama artis diterimanya, tidak kira sama ada yang sudah berkarat ataupun yang popular.
Laungan Allahuakbar menyambut pernyertaan artis ke dalam Pas untuk menyakinkan penyokong-penyokong taksubnya dan pengikut-pengikutnya yang kurang cerdik  bahawa suatu lagi  kejayaan perjuangan baru Pas disebalik Pas meneruskan beberapa pendekatan sempit dan jumudnya. Umpamanya    di Selangor Pas menuntut supaya penonton lelaki dan perempuan diasingkan di panggung-panggung wayang yang menimbulkan bantahan dari DAP.
Suatu masa dahulu Tok Guru Pas Nik Aziz, yang juga Menteri Besar Kelantan telah mengarahkan supaya kounter bayaran untuk lelaki dan perempuan di asingkan di pasaraya-pasaraya di Kelantan, tetapi orang ramai tidak mengedahkannya dan gagal.
Terkini penyertaan Pengarah Muda, Adam Hamid telah disambut dengan laungan Allahuakbar dalam suatu upacara di Kelab Padang Sultan Sulaiman, Kampung Baru Kuala Lumpur dan sebelumnya publisiti besar-besaran telah diberikan kepada penyertaan artis-artis Hairie, Bob Lukman, Abby dan Aishah. Pas menggambarkan seolah-olah mendapat tangkapan ikan besar, tak kiralah sama ada ikan busuk atau ikan baru.
Pak lebai, tok-tok guru dan pengikut-pengikut berkupiah putih turut meneriakan Allahuakbar dalam menyambut penyetaan mereka itu tanpa menyedari bahawa, mereka adalah menjadi alat kepada kepimpinan muda yang pada akhirnya akan menyebabkan mereka semakin terketepi atau disingkirkan. 
Penyertaan artis-artis besar ke dalam UMNO bukanlah suatu perkara baru. Dari  P. Ramlee hinggalah kepada Jamal Abdillah, Amy dan lain-lain nama besar lagi.

Datuk Seri Abdul Hadi Awang                    AbbyAlasan yang sering diberikan oleh Pas mengenai  penolakannya terhadap hiburan adalah kerana   bertentangan dengan Islam, tetapi tafsiran mereka dalam hal ini biasanya terlalu umum dan dengan penerimaan artis-artis ke dalam parti merekatanpa mengambil kira masaalah prinsip menampakkan kecendorongan mereka untuk terus bertolak ansur dalam soal hiburan.
Masyarakat pada umumnya memandang sinis terhadap sikap baru parti Islam ini yang sebelum ini membantah pertunjukan artis di Istana Kelantan dan juga hiburan biasa di UiTM Terengganu. Ini   mendedahkan hipokrasi dan kegelojohan Pas membuat penyesuian dengan kesedaran barunya tanpa mengambil berat lagi soal prinsip utamanya.
Golongan terpelajar menganalisis perubahan sikap Pas ini sebagai kejayaan dasar sosial kerajaan dari sejak awal pemerintahan Parti Perikatan hingga kepada Barisan Nasional yang percaya kepada perkembangan budaya mengikut peredaran semasa. Hiburan liar dan perbuatan tidak bermoral dikawal  menerusi undang- undang yang bersifat antarabangsa.
Golongan Pas yang fanatik terus muncul dari masa ke semasa dan kerajaan-kerajaan negeri juga cuba untuk mengharamkan pusat hiburan di bulan puasa atau mengharamkan pertunjukan panggung wayang gambar di hari Jumaat, tetapi semuanya telah gagal kerana dari segi logiknya, orang dapat melihat wayang gambar  d irumah setiap hari dan setiap jam.
Bagaimanapun Pas memerlukan juga  penonjolan dasar-dasar kunonya untuk mengekalkan pengaruhnya di kalangan penyokong-penyokong akar umbinya, yang selama ini menyokong mereka kerana ucapan-ucapan  retorik mereka dan  dasar-dasar Islam mereka yang bersifat perkauman, melampau dan kolot. 
Pas tidak akan mengakui bahawa ia terjebak atau terserap dalam pembentukan dasar sosialisasi yang dirintis dan dilaksanakan oleh Perikatan dan Barisan Nasional secara evolusi sejak merdeka. Ia berlaku secara natural yang melibatkan juga parti-parti politik dan pengikut-pengikutnya tetapi demikianlah proses sosial, ia berlaku tanpa peristiharan dan manusia terjebak dalamnya tanpa sedar.
Sesungguhnya kalau kita melihat perkembangan ini di luar sentimen politik ia merupakan sumbangan besar Pas kepada dasar tunjang kekuatan negara dengan kesanggupan Pas mengorbankan prinsip-prinsip Islamnya yang eksklusif  yang sudah tidak lagi sezaman. Pas cuba menyesuaikan dirinya dengan parti-parti bukan Islam dan orang Islam liberal malah pluralis Islam.
Kecairan dasar-dasar Pas adalah kejayaan dasar UMUM. UMNO telah merintis dan menerokai dasar-dasar yang pragmatik dan senantiasa sezaman sejak sebelum merdeka hingga sekarang. Ini adalah kejayaan besar Perikatan dan Barisan Nasional.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 18, 2012 19:09

July 16, 2012

KERAKYATAN: JASA MCA DIPERKECILKAN


Penulis: Chong Kim Fatt
(Terjemahan dari Akhbar Nanyang Siang Pau 11 Julai 2012)

Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek Bos besar MCA Chua Soi Lek dan ketua menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sekali lagi berdebat, orang ramai sudah pun menjangkakan apakah kesudahannya, dan tiada nampak impak yang besar berlaku, ia hanya satu lagi pusingan bertengkar yang bersembur air ludah dalam perdebatan itu. Mereka saling menuduh di antara satu sama lain yang bukan-bukan, dari segi politik, ekonomi dan masalah rakyat tiada sebarang kelebihan yang boleh menguntungkan.
Kedua belah pihak tiada menang dan tiada kalah, tetapi Chua Soi Lek telah mendapat platfom dalam arena politik beliau, pentas platform itu adalah dianugerah oleh Lim Guan Eng. Kenapa begitu? Saya anggap Chua Soi Lek adalah Bos besar dan Ketua kepada MCA, akhlak beliau ada sedikit kecacatan, pada masa yang sama tiada jawatan dalam kerajaan, kenapa mahu berdebat dengan beliau, dengan cara itu dianggap secara percuma Chua Soi Lek mendapat pentas platform yang empuk, kerana dalam UMNO Chua Soi Lek sudah tiada platform untuk beliau ketengahkan diri beliau.
Chua Soi Lek anggap MCA berjaya mendapatkan hak kewarganegaraan kepada kaum Cina adalah satu perjuangan MCA yang besar maknanya, beliau anggap itu adalah jasa-jasa besar MCA, bukankah itu padangan yang cetek dan singkat. Jika kita fikir dan halusinya, MCA menyokong pemerintahan perdana menteri Mahathir yang memaksa laksanakan akta 243, dalam masa sekelip mata sahaja mata pelajaran sekolah rendah sains dan matematik ditukar kepada sylibus bahasa Inggeris, ini adalah satu kesilapan yang amat besar. Jadikan murid-murid bahan kajian tikus putih, ini adalah satu tindakan MCA yang tidak bertangungjawab.
Mata Pelajaran Menggunakan Bahasa Inggeris Beri Kesan Buruk Kepada Murid
Saya berani pastikan, hanya orang-orang yang tidak tahu bidang pendidikan sahaja yang berani laksanakan perubahan dalam pendidikan. Mahathir secara paksa ubah pendidikan, dengan berhasrat mahu tingkatkan taraf kedudukan bahasa Inggeris, supaya bakal pemimpin negara akan datang dapat di atas landasan antarabangsa, malangnya cara itu telah silap. Beliau tidak pergunakannya mengikut langkah dari bawah, dianggap cara pembelajaran itu terus dengan mudah boleh dicapai.
Akhirnya pada realitinya terbukti, mereka hadapi kekurangan guru-guru yang boleh mengajar, keadaan SJKC dan SJKT lebih teruk daripada Sekolah Kebangsaan! Dan orang yang paling kuat mengongkong dan bersubahat rancangan itu ialah MCA sendiri.
Jika MCA sendiri anggap mereka di bawah payung kerajaan BN, kepada keputusan-keputusan polisi yang dibuat sepatutnya mempunyai prestasi yang baik, dan negara kita pasti menjadi makmur dan kuat, ekonomi yang memberangsangkan serta matawang yang semakin kukuh, kumpulan cerdik pandai juga sanggup kembali ke tanah air, adakah kenyataan dan realitinya begitu?
Bazirkan Perbelanjaan Yang Besar Beli Makanan Dari Luar Negara
Berdebat sehingga bertegang urat, masih tidak dapat ubah politik, ekonomi dan lain-lain, yang paling penting adalah perlaksanaannya, ambil sikap langkah-langkah yang serius laksanakan tugas dan polisi untuk kebaikan semua rakyat!
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 16, 2012 05:48

July 15, 2012

BESI-BESI KARAT DI UTUSAN MELAYU

Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah, Mantan Ketua PengarangUtusan Melayu dan Allahyarham Zainal Abidin AliasMantan Pengarang Utusan Melayu di tahun 60an.Selalunya kita mengenang kan zaman lalu lebih indah dari sekarang. Umpamanya lebih ghairah untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri  zaman dahulu sekalipun sebenarnya tidak dapat dipastikan hari permulaannya berbanding dengan sekarang yang jika tidak nampak anak bulan kiraan falak akan terpakai untuk memulakan puasa atau untuk berhariraya.

Demikian jugalah dalam soal  kejahatan, seolah-olah dahulu semua orang baik belaka tetapi sebenarnya peningkatan moral masyarakat semakin tinggi kerana lebih ramai yang berpendidikan dan berpelajaran tinggi  berbanding dengan dahulu. Disebalik sebuah kampung yang damai dan tenang, berlaku sengketa, serang menyerang antara jiran tetangga kerana kata mengata. Berlaku juga kejadian rogol dan zina, terhadap anak tiri dan sebagainya.
Manusia sekarang tidak banyak masa untuk bercerita kerana sebok kerja dan lebih banyak bersendirian, tetapi tetap kata mengata menerusi siber, melampaui batas sempadan kesopanan, namun dilihat sebagai bertemandun kerana menggunakan alat moden atau kerana mereka terpelajar.
Manusia akan terus mengenangkan zaman lalu dengan penuh nostalgic kerana hari berlalu itu tidak akan kembali lagi. Demikian juga suasana di sebuah akhbar Melayu tertua, Utusan Melayu yang penuh dengan cerita-cerita perjuangan dan masa-masa yang sukar. Dihidangkan sebuah lagi catitan dari buku saya: Yang Pertama dan Yang Terakhir.















 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2012 00:03

BESI - BESI KARAT DI UTUSAN MELAYU

Allahyarham Tan Sri Melan Abdullah dan Allahyarham ZainalAbidin Abdul Rahman atau ZABHA adalah ikon penting
 Utusan Melayu diawal perpindahannya  ke Kuala LumpurSelalunya kita mengenang kan zaman lalu lebih indah dari sekarang. Umpamanya lebih ghairah untuk menyambut Ramadhan dan Aidilfitri di masa lalu sekalipun sebenarnya tidak dapat dipastikan bila bermula berbanding dengan sekarang yang jika tidak nampak anak bulan kiraan falak akan terpakai untuk memulakan puasa atau untuk berhariraya.
Demikian jugalah dalam soal  kejahatan, seolah-olah dahulu semua orang baik belaka tetapi sebenarnya peningkatan moral masyarakat semakin tinggi kerana lebih ramai yang berpendidikan dan berpelajaran tinggi  berbanding dengan dahulu. Disebalik sebuah kampung yang damai dan tenang, berlaku  sengketa, serang menyerang antara jiran tetangga kerana kata mengata, rogol dan zina, penganiayaan, kekejaman terhadap anak tiri dan sebagainya.
Manusia sekarang tidak banyak masa untuk bercerita kerana sebok kerja dan lebih banyak bersendirian, tetapi tetap kata mengata menerusi siber, melampaui batas sempadan kesopanan, namun dilihat sebagai bertemandun kerana menggunakan alat moden atau kerana mereka terpelajar.
Manusia akan terus mengenangkan zaman lalu dengan penuh nostalgic kerana hari berlalu itu tidak akan kembali lagi. Demikian juga suasana di sebuah akhbar Melayu tertua, Utusan Melayu yang penuh dengan cerita-cerita perjuangan dan masa-masa yang sukar. Dihidangkan sebuah lagi catitan dari buku saya: Yang Pertama dan Yang Terakhir.















1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 15, 2012 00:03

July 14, 2012

ANTARA IMAM MAHADI, IMAM HADI DAN MEMALI

Dato' Seri Haji Abdul Hadi bin AwangSempena dengan berlakunya kejadian amuk "Imam Mahadi"  di hadapan Jabatan Perdana Menteri di Putrajaya 9 Julai lalu, maka sewajarnya kita mengingatkan semula sejarah serangan Imam Mahadi ke atas  Balai Polis Batu Pahat pada 16 Oktober 1980 yang menyebabkan 23 orang tercedera dan 8 orang terbunuh.
Pada 19 November 1985 pula, 18 orang telah terbunuh dalam kejadian di Kampung Memali Kedah, apabila polis cuba menangkap seorang pemimpin Pas, Ibrahim Mahmood atau lebih dikenali sebagai Ibrahim Libya yang mahu merampas kuasa di negara ini bagi membantu perjuangan partinya.

Sebelum itu pada 7 April 1981, Tuan Guru Haji Hadi Awang (sekarang Presiden Pas), telah memberikan amanat di Kampung Bunggul Peradung Kuala Terengganu, bahawa perjuangan menentang orang-orang Islam yang menentang perjuangan Pas adalah merupakan perjuangan jihad (lihat klip video SIAPA BAPA KAFIR dalam blog ini yang diposkan pada 13 Jun 2012).
Kata Haji Hadi,  "Percayalah saudara-saudara perjuangan  kita  adalah JIHAD, ucapan kita adalah Jihat, kalau kita mati kerana melawan mereka, mati kita mati syahid, maka mati kita mati Islam."
Untuk pengetahun dan faedah generasi baru yang tidak melalui sejarah ini, maka diposkan semula peristiwa serangan "Imam Mahadi"  ke atas Balai Polis Batu Pahat untuk dijadikan renungan. Secara kebetulan pada pagi peristiwa itu berlaku, saya sebagai Pengarang akhbar Utusan Malaysia ketika itu sedang melawat pejabat Utusan Johor Baharu. Saya dan Mokhtar Baginda, wartawan Utusan di Johor Baharu telah bekejar  mengikuti komboi polis ke Batu Pahat dan tiba tidak lama kemudian di tempat kejadian itu.
Kami  melihat mayat-mayat "Imam Mahadi" bergelimpangan di hadapan dan di belakang Balai Polis itu. Ikutilah laporan di bawah ini:-


Kumpulan fanatik Islam mengamuk cederakan 23 orang di Batu Pahat

BALAI POLIS DISERANG:
8 TERBUNUH

Inilah Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat yang diserang olehkumpulan ajaran sesat pagi semalam. Gambar Ihsan UtusanBatu Pahat, 16 Oktober (1980) - Lapan dari satu kumpulan kira-kira 20 orang penganut ajaran sesat yang menyerang Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat pagi ini telah ditembak mati setelah mereka mengamuk dan mencederakan 23 orang dengan pedang dan pisau. Sebelas daripada mereka parah termasuk seorang wanita yang sedang mengandung.
Kumpulan penyerang itu berumur antara 21 hingga 60 tahun tertulis di dahi mereka perkataan Allah, Mahadi dan Isa memakai pakaian serba putih termasuk tudung kepala yang menutup sebahagian dari muka mereka.
Pengarang Utusan Malaysia yang tiba di tempat itu telah melihat mayat yang bergelimpangan dengan pedang di sisi mereka. Pakaian mereka itu betul-betul seperti pakaian "Ninja" dalam filem jepun "Samurai." Salah seorang yang ditembak mati adalah pelarian Kampuchea, yang lain-lainnya dipercayai Melayu.
Ketua Polis Negara Tan Sri Haniff Omar memberitahu satu sidang akhbar yang juga disertai oleh Menteri Besar Johor, Tan Sri Osman Saat bahawa kumpulan itu telah datang dengan dua buah kereta yang mereka rampas sebelumnya, pada kira-kira jam 9.10 pagi.
Satu Kumpulan masuk dari pintu pagar depan dan satu lagi dari pintu pagar belakang. Mereka dengan tiba-tiba mengamuk dan menetak siapa sahaja yang berada dalam ruang depan pejabat polis itu.
Polis membalas serangan itu dengan melepaskan tembakan dan membunuh enam orang dari mereka menyebabkan yang lain-lain melarikan diri.
Tiga dari mayat itu berada di kawasan letak kereta belakang ibu pejabat polis daerah itu, satu berada di depan dan satu lagi di kakilima berek bujang di bahagian belakang juga.
Pasukan polis yang memburu mereka yang lari terus bertempur dengan mereka itu di Kampung Parit Barat, enam batu dari sini menghala ke timur kira-kira jam 1.15 tengah hari.
Dua dari kumpulan itu ditembak mati di sini, empat cedera dan seorang dari mereka dapat ditangkap tanpa sebarang kecederaan. Seorang anggota awam juga turut cedera dalam serangan itu. Terdahulu dari itu pihak polis telah menemuk teksi yang mereka tinggal berhampiran di situ.
Motif serangan itu masih belum diketahui, tetapi Tan Sri Haniff berkata, "Ajaran sesat boleh menyebabkan kita melakukan sesuatu yang melampau."
Sementara itu, Menteri Besar Johor, Tan Sri Osman Saat telah menyeru rakyat supaya bertenang, jangan gelisah dan bimbang atau mengambil tindakan terburu-buru di dalam perkara ini.
Katanya, dari apa yang berlaku kita akan dapat mencegah keadaan dari berlaku lagi di di masa akan datang.
Beliau juga memberitahu, kesemua mayat kumpulan ajaran sesat itu diserahkan kepada pejabat agama untuk dimandi dan dikapankan mengikut cara Islam dan "akan diserahkan kepada keluarga mereka sekiranya dituntut."
Tiga mayat kumpulan ajaran sesat yang ditembak mati oleh poliskelihatan bergelempang di hadapan Ibu Pejabat Polis Daerah BatuPahat. Gambar Ihsan UtusanSementara itu, Tan Sri Haniff memberitahu, enam daripada 23 orang yang tercedera adalah terdiri dari wanita. tiga darinya ialah anggota polis.
Kumpulan ajaran sesat itu mulai bertindak pagi ini dengan menahan sebuah kereta pakai di Batu 5 Jalan Parit Sulong, Batu Pahat, kira-kira jam 9.15 pagi dengan meletakkan kayu-kayu di tengah jalanraya.

Mereka menarik keluar pemandunya dan menyuruh dua orang lagi wanita supaya keluar. Mereka menaiki kereta itu menuju ke arah Yong Peng.
Beberapa minit kemudian, kumpulan kedua pula telah menahan sebuah teksi yang menuju ke Kuala Lumpur di Batu 80 Jalan Johor Bahru-Muar.
Kumpulan yang lari telah melakukan serangan di ibu pejabat polis Daerah Batu Pahat menyeru Allahu Akhbar beberapa kali dan kemudian singgah pula di mahkamah daerah sambil melaungkan Allahu Akhbar.Sekatan-sekatan jalanraya ketat telah diadakan sepanjang jalanraya menuju ke bandar ini.
Keadaan bandar Penggaram (Batu Pahat) pada keseluruhannya adalah seperti biasa kecuali di jalan-jalan yang berhampiran dengan ibu pejabat polis daerah. Setengah-setengah kedai telah menutup kedai mereka dengan sendirinya.
Titisan darah dapat dilihat di sekitar jalan yang berhampiran dengan ibu pejabat polis daerah itu dan juga dalam kawasannya.
Orang Ramai kelihatan berhimpun di hadapan ibu pejabat polis daerah dan juga hospital daerah kerana keinginan mereka untuk mengetahui apa yang telah berlaku.
Tan Sri Haniff dan timbalannya, Tan Sri Mohd Amin dan lain-lain pegawai kanan polis telah tiba dengan sebuah helikopter TUDM dan turun di padang Majlis Daerah untuk mendengar taklimat tentang kejadian itu selama kira-kira lebih sejam.
Menteri Besar, Tan Sri Osman Saat telah tiba terdahulu telah berkejar dari Johor Bahru sebaik-baik sahaja menerima laporan kejadian itu.
Nama-nama penyerang dan juga kumpulan mereka belum dikenali lagi kerana polis masih menjalankan siasatan tapi, Tan Sri Haniff tidak menafikan tentang penglibatan mereka dengan suatu kumpulan yang dikatakan menjalankan ajaran sesat di beberapa tempat di Kampung Sri Medan dan Parit Sulong sejak Ogos lalu.
Kadi daerah, Sheikh Haji Mokhtaram Sajadi telahpun menyebutkan tentang ajaran ini di satu majlis di sini baru-baru ini. Dua lelaki dari Kampuchea dikatakan mengaku sebagai ulamak mengajaran tersebut.
Sementara itu, Ibu pejabat Polis Bukit Aman Kuala Lumpur telah mengeluarkan satu kenyataan seperti berikut:-
"Kira-kira pada jam 9.10 pagi 16 Oktober, sekumpulan kira-kira 20 orang fanatik Islam Melayu memasuki Ibu Pejabat Polis Daerah Batu Pahat dan menetak kakitangan di bilik kerani besar mencederakan 19 orang termasuk 7 orang awam empat daripadanya berada dalam keadaan tenat.
"Polis menembak mati enam dari penyerang-penyerang itu yang lain-lainnya melarikan diri di kawasan sekitar dan mereka sedang diburu.
Polis mengesyaki bahawa serangan tersebut mungkin terlibat dengan sebuah rencana dalam Berita Harian bertarikh 9.10.1980 mengenai penyiasatan yang dilakukan oleh kadi Batu Pahat tentang ajaran sesat yang disebarkan oleh dua orang pelarian Kampuchea yang telah menetap di Batu Pahat."
Rumah penoreh jadi tempat berlindung
buruan polis

Oleh: Mazlan Sanusi

Batu Pahat 16 Okt. - Rumah seorang penoreh getah di Kampung Jorak Darat, enam batu dari sini telah dijadikan tempat berlindung oleh kumpulan yang lari dari buruan polis setelah mengamuk di ibu pejabat polis daerah di sini pagi ini.
Mereka itu seramai tujuh orng telah memberikan salam sebaik sahaja tiba di rumah itu.
Tuanpunya rumah itu memberitahu sewaktu ditemui "salah seorang dari lelaki itu meminta untuk menumpang sementara bagi mengubati rakan-rakan mereka yang cedera."
Menurutnya lagi, ketibaan mereka itu mengejutkannya kerana ia dan keluarganya sedang tidur selepas makan tengah hari.
Oleh kerana mengesyaki sesuatu, penoreh getah itu telah membuat helah untuk pergi membuang air besar. Beliau sebaliknya telah berkejar ke balai polis untuk membuat laporan mengenai adanya sekumpulan lelaki bersenjata pedang dan pisau di rumahnya. Keluarganya juga kemudian meninggalkan rumah itu dan pergi ke rumah-rumah jiran mereka.
Kumpulan tersebut telah datang dengan sebuah teksi yang pecah cermin belakangnya dipercayai akibat tembakan polis ketika mereka lari dari ibu pejabat polis Daerah Batu Pahat.
Anggota polis tiba di rumah tersebut kemudiannya semua tingkap dan pintunya ditutup rapat.
Mereka tidak menghiraukan amaran polis supaya menyerah diri sebaliknya semua mereka terjun ke tanah dengan memegang pedang lalu menyerang anggota-anggota polis sambil memekik Allahu Akhbar.
Polis terpaksa melepaskan tembakan dan membunuh dua dari mereka dan mencederakan empat orang dan seorang lagi ditawan.
Seorang orang awam mendapat cedera dipercayai akibat peluru sesat. Polis telah menjumpai sebuah teksi berhampiran di situ.

Pemandu ceritakan kumpulan lelaki
"berpakaian ala-arab" merampas keretanya

Oleh: Tukiran Kitam

Batu Pahat, 16 Okt. - Dua orang pemandu hari ini menceritakan bagaimana mereka ditahan dan kenderaan mereka dirampas oleh sekumpulan lelaki "berpakaian Ala-Arab" untuk menyerang Ibu pejabat polis daerah di sini pagi ini.
Seorang pemandu teksi yang sedang membawa 4 penumpang menuju ke Kuala Lumpur menceritakan, ketika sampai di Batu 80 Jalan Johor Bahru - Muar sekumpulan lelaki berpakaian serba putih telah menahannya awal pagi ini.
Menurut pemandu teksi tersebut, lelaki-lelaki itu telah memaksa ia bersama 4 penumpangnya turun dan merampas teksinya. Kemudian mereka memandu kenderaan itu sama ada ke Muar atau bandar Penggaram.
Terdahulu dari itu sekumpulan lelaki dari kumpulan yang sama telah menahan sebuah kereta Mazda 808 di Batu 5, Jalan Parit Sulong, Batu Pahat dan merampasnya untuk digunakan dalam serangan yang sama.
Pemandu tersebut bersama dua orang lagi keluarganya yang sedang dalam perjalanan dari Pulai Ke Kuala Lumpur berkata, dia terpaksa berhenti apabila melihat jalan di situ dihalang oleh batang-batang kayu getah.
Menurutnya lagi, dengan tiba-tiba muncul sekumpulan pemuda Melayu yang berpakaian secara Arab dan bersenjatakan pedang menyerbu ke arahnya lalu merentapnya keluar serta memaksa isteri serta keluarganya keluar dari kereta.
Kelima-lima lelaki itu terus menaiki kereta tersebut dan memandunya menghala ke bandar Batu Pahat.
Beliau bersama keluarganya yang ditinggalkan di tempat kejadian itu bagaimanapun telah diselamatkan oleh pihak polis beberapa minit kemudian.
Kereta kepunyaan telah dijumpai semula dalam kawasan letak kereta itu pejabat polis daerah di sini, setelah ditinggalkan oleh kumpulan yang mengamuk itu.
Sementara teksi yang dirampas pula telah dikesan dan dijumpai oleh pihaik polis kira-kira sebatu dari tempat pertempuran di Kampung Jorak Darat, 6 batu dari sini kira-kira jam 1.15 petang ini.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 14, 2012 19:08

July 10, 2012

POSTING KIT SIANG DAKWA UMNO SOGOK JAMAL DAN AMY RM 10,000

Empat orang Melayu yang dihina oleh Lim Kit Siang (dari kiri)Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim, Jamal Abdillah, Amy Search danIbnor RizaBlog Penasihat DAP,  Lim Kit Siang For Malaysia  telah membuat  suatu posting yang menuduh Raja Pop, Jamal Abdillah, Raja Rock Amy Search dan penyanyi popular Ibnor Riza disogokan RM 10,000 seorang setiap kali membuat peristiharan menyokong UMNO.
Sebaliknya, kata blog Lim Kit Siang, artis-artis yang meyokong pembangkang secara terbuka seperti Hairie Othman, Aisah, Dayangku Intan dan Bob Lokman telah digam oleh RTM.
In contrast it is alleged that artist like Jamal Abddillah, Amy Search and Ibnor Riza are rewarded with  RM10,000 each and every time they declare their support for UMNO.
CATATAN:

Posting tulisan ini oleh seorang pemimpin utama negara yang mendakwa dirinya tidak racis jelas membuktkan kerakusan politiknya sehingga dia tidak dapat lagi menghayati sensitifviti setiap kaum dan juga tidak menyedari pandangan rendahnya terhadap masyarakat Melayu tanpa mengambil kira status mereka.
Jamal Abdillah dan juga Amy Search diketahui sebagai insan seni yang membina keagungan diri dan penghormatan rakyat terhadap diri mereka dengan titik peluh mereka sendiri dengan merahmatkan bakat seni yang dikurniakan Allah kepada mereka.
Mereka tidak menjadi kaya kerana rasuah. Mereka membina maruah mereka sendiri untuk dihormati, malah Jamal Abdillah yang telah menghadapi cubaan hidup yang getir dan dahsyat, terus bertarung dengan cabaran hidup yang amat menyiksakan untuk memulihkan peribadinya dan bagi mencari rezeki yang hahal. Setakat ini beliau telah berjaya dan kita berdoa semoga Allah terus memberikan petunjuk dan kekuatan kepadanya.
Bagaimapun, apa yang dilakukan oleh  Lim Kit Siang, seorang yang dianggap sebagai berpengaruh,  tidak membantu Jamal. Kit Siang demi kepentingan politiknya, sanggup berkonspirasi dengan orang lain membuat tuduhan liar, jahat dan  kotor terhadap Jamal, Amy dan Ibnor yang mempunyai berjuta peminat dan pemuja.
Lim Kit Siang tidak sepatutnya menyamakan Jamal Abdillah dan Amy Search yang mencari keagungan menerusi kemurnian dan keindahan seni dengan dirinya, anaknya dan partinya yang penuh dengan kejijjikan, kekotoran, pembohongan dan sering menggunakan apa yang dikatakan oleh Tunku Aziz Tunku Ibrahim "Diabolical Ploy" untuk mendapatkan kuasa.
Bagaimanapun ini tidak menghairankan, sedangkan Tunku Abdul Aziz, bekas Penasihat kepada Setiausaha Agung Bangsa-Bangsa Bersatu Ehwal Etnik, yang keluar dari DAP sanggup dihina bagitu rupa oleh mereka, inikan pula artis-artis Melayu yang amat asing bagi mereka.
DAP jelas mahu menjadikan Tunku Aziz hanya sebagai " barua" politik mereka. Mereka menganggap Tunku Aziz sebagai setaraf dengan Pas dan Keadilan. Ini tidak akan mereka lakukan, jika mereka tidak memandang rendah kepada orang Melayu, tidak menganggap setiap Melayu boleh dibeli dengan wang ringgit.
Mereka telah memujuk Tunku Aziz supaya terus bermastautin di bawah DAP dengan menawarkan ganjaran jawatan beranugerah RM 50,000 setahun. Membaca berita ini sahaja pun sudah cukup kita dapat merasakan betapa rendahnya pandangan DAP terhadap seorang profesional Melayu yang bertaraf antrabangsa.
Dan lebih buruk lagi apa yang didedahkan oleh Tunku Aziz baru baru ini dalam NST, tentang beliau diminta oleh orang tengah DAP, supaya memujuk seorang  anak Sultan untuk menyertai DAP dan menjanjikan memberikannya  jawatan Menteri Besar.
Tidak mungkin sesiapapun akan mengatakan Tunku Aziz berbohong. Lim Kit Siang sendiri tidak percaya Tunku Aziz akan berbohong. Tunku Aziz  menulis" Imagine situation the father is the ruler and one of  his sons becomes his Menteri Besar.
"A shallow diabolical DAP ploy at its best", kata Tunku Aziz:.
Ini adalah menggambarkan betapa penilaian Lim Kit Siang kepada bangsa Melayu, pandangan hinanya   kepada orang Melayu Islam, perasaan racisnya melampaui sikap rasional dan keupayaannya untuk menghayati sensitifviti orang Melayu.
Inlah jenis manusia yang mempunyai silatulrahim dengan PAS. Inilah jenis parti yang lebih dipercayai oleh Pas dari UMNO dan jika DAP mempunyai pandangan yang sama terhadap Pas seperti mana pandangannya terhadap Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdillah, Amy Search dan Ibnor Riza maka itu boleh dimaafkan, kerana itulah yang sewajarnya..
Tetapi Tunku Abdul Aziz, Jamal Abdullah, Amy Search dan Ibnor Riza manusia Islam yang bemaruah.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 10, 2012 23:19

July 9, 2012

KERANA KAK AZAH MAKA LAHIRLAH: TUN RAZAK JEJAK BERTAPAK SEORANG PATRIOT

Allahyarhamah Puan Azah AzizKak Azah telah meninggal dunia hari ini (9 Julai 2012) dalam usia 84 tahun. Nama penuhnya, Azah Aziz isteri kepada Profesor Diraja Ungku Aziz mantan Naib Canselor Universiti Malaya dan ibu kepada Gebenor Bank Negara Tan Sri Zeti Akhtar Aziz.
Negara kehilangan seorang wanita contoh, tokoh budayawan agung  yang memenuhi kriterianya dengan komitmen dan dedikasi sebagai seorang ahli budaya dari segi kegiatan dan penglibatan menerusi penulisan, penciptaan, koleksi bahan terutama pakaian tradisi Melayu, kecintaan yang tinggi pada hasil karya sastera; sajak dan pantun.
Keindahan pantunnya yang sering menghiasai kulit majalah Mastika di muka belakang amat halus, perbandingan dan maknanya yang sukar untuk ditandingi keindahannya.Disebalik pakaian baju kurung yang menjadi identiti seumur hidupnya yang melambangkan seorang wanita  Melayu moden yang progresif, tetapi halus budi bahasanya. Baju kurung seolah-olah menjadi uniformnya yang diwarisi oleh anak tunggalnya bersama Pak Ungku Aziz, Tan Sri  Zeti.
Saya mengenali Kak Aziz bukan setelah dia berkerja dengan Utusan Melayu, tetapi ketika dia masih muda jelita yang turut kelihatan mengikuti student corner  di kawasan Universiti Malaya pada setiap hari Sabtu ketika  Pak Ungku masih menjadi Naib Canselornya.
Apabila beliau menyertai Utusan Melayu dalam tahuh 70-an  setelah meninggalkan Berita Harian dan ketika  itu Tan Sri  Mazlan Nordin menjadi Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu, Kak Azah banyak  membantu pengisian bahan-bahan untuk majalah-majalah terbitan Utusan dan secara khusus menjadi penasihat kepada majalah Wanita, sebuah majalah berprestij terbitan Utusan Melayu. Beliau juga mempunyai ruangan khusus di Mingguan Malaysia.
Beliau juga menjadi tempat Tan Sri Mazlan meminta pandangan dan kelihatan rapat dan sering bersembang dengan Pak Sako (Dr. Ishak Haji Muhammad) yang ketika itu juga berkerja sambilan di Utusan, tetapi setiap hari berada di Utusan Melayu dan mempunyai mejanya sendiri.
Saya mengingati Kak Azah sebagai orang yang menamakan sisipan kepada Mingguan Malaysia iaitu Pancaindera. Sisipan ini diterbikan kerana cabaran Berita Minggu untuk menyaingi Minguan Malaysia dengan menerbitkan sebuah majalah dalam Berita Minggu.
Utusan Melayu tidak mampu untuk menyaingi tetapi sebaliknya, menjadikan size besar Mingguan Malaysia sebanyak lapan muka daripada 16 muka itu kepada size tabloid (size kecil) yang diisi dengan bahan hiburan dan seni budaya.
Terbitan ini segera mendapat sambutan hangat daripada pembaca. Hanya dalam masa dua minggu telah melonjakkan edaran Minguan Malaysia kepada lebih 70,000 naskhah setiap minggu. Berita Minggu pula menghentikan penerbitan majalahnya yang memakan belanja yang tinggi dan mengikut jejak langkah  Utusan menerbitkan sisipan berbentuk tabloid. Utusan telah menjadi printis kepada penerbitan sisipan semua akhbar di Malaysia.
Jasanya besar kepada diri saya ialah mendorongkan saya untuk menulis Biografi Bergambar Tun Abdul Razak Bin Datuk Hussein iaitu; Tun Razak: Jejak Bertapak seorang Patriot yang telah diterjemahkan ke dalam bahasa Inggeris dengan tajuk Tun Razak Profile of a Patriot.
Saya telah menolak tawaran untuk penulisan buku ini yang dibuat oleh Yayasan Tun Abdul Razak menerusi Kak Azah yang juga menjadi salah seorang anggota lembaga pengarahnya. Ini adalah disebabkan isteri saya telah diserang angin ahmar, walaupun pada mulanya saya bersetuju.
Saya telah mengesyorkan wartawan Berita Harian, Rijal Arbe atau  seorang ahli akademik, Profesor Datuk Dr. Firdaus Abdullah untuk menggantikan saya, tetapi  mereka juga menolaknya. Akhirnya Kak Azah menyatakan kepada saya dalam satu pertemuan makan tengah hari di Hilton Hotel Kuala Lumpur "Zam jugalah yang Kak Azah harapkan".
Saya menerima tanggungjwab ini kerana atas kepercayaan Kak Azah kepada saya dan saya bimbang takut projek ini gagal dan juga kerana saya tahu, bahawa saya banyak mempunyai bahan untuk menulis mengenai Tun Razak kerana telah sekian lama mengikuti jejaknya ke merata pelusuk tanah air.
Saya amat menghayati kesungguhan dan dedikasi kepada tugasnya untuk mengubah kehidupan rakyat kampung dan juga peranannya dalam menghargai hubungan dengan Indonesia.
Kadang kala saya memikirkan, mungkin tanpa dorongan yang kuat dari Kak Azah, saya tidak melahirkan buku ini yang memberikan kepuasan kepada saya sebagai sumbangan yang terbesar kepada bangsa dibandingkan dengan hasil karya saya yang lain.
Al fatihah untuk Kak Azah dan semoga ada di antara wanita Malaysia yang akan menghayati inspirasinya untuk pembangunan suatu bangsa yang berkeperibadian tinggi dan murni. Sekurang-kurangnya mencontohi kesopanan pakaiannya.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 06:19

LELAKI MATI SETELAH DITEMBAK DI DEPAN JABATAN PERDANA MENTERI


SEORANG LELAKI YANG MENGACUKAN PEDANG SAMURAI DI DEPAN JABATAN PERDANA MENTERI DI PUTRA JAYA YANG DITEMBAK OLEH POLIS, TELAH MATI PETANG INI DI HOSPITAL PUTRAJAYA.
DEMIKIAN MENURUT THE STAR ONLINE YANG TERDAHULU MELAPORKAN SEPASANG LELAKI PEREMPUAN TELAH BERADA DI LUAR BLOK C, JABATAN PERDANA MENTERI PADA JAM 2.30 PETANG DAN KELIHATAN MENGACAH-ACAH  PEDANG SECARA MERBAHAYA.
TEMBAKAN POLIS TELAH MENGENAI LENGAN LELAKI DAN DI PAHA TEMAN  WANITANYA, TETAPI LELAKI BERKENAAN  DILAPORKAN MATI DIHOSPITAL PUTRA JAYA PETANG INI.
SEMENTEARA ITU, MENURUT UTUSAN MALAYSIA ON LINE, KEDUA PASANGAN ITU BERTERIAK ALLAHUAKBAR DAN TELAH MEMECAHKAN BEBERAPA BUAH KERETA DI TEMPAT LETAK KERETA APABILA DIMINTA MASUK  KE PEKARANGAN BANGUNAN DAN POLIS TERPAKSA MELEPASKAN TEMBAKAN SETELAH MEREKA ENGGAN SEBALIKNYA BERTINDAK GANAS.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 09, 2012 05:06

July 7, 2012

PRASANGKA TERHADAP GUAN ENG SEMAKIN BURUK

Dari kiri Ng Phaik Kheng, wanita yang dikatakan mempunyai
hubungan dengan Lim Guan Eng (tengah) dan  isterinya, Betty
Chew (kanan)  yang  didakwa menyebabkan dahinya 'berplaster" TERKINI: Ketidak hadhiran Ng Phaik Kheng yang dikatakan mempunyai  hubungan sulit dengan Ketua Menteri Pulau Pinang dalam suatu majlis jamuan makan malam di  Chung Ling High School Ahad lalu telah menimbulkan prasangka  yang lebih mendalam  di kalangan hadhirin.

Ini adalah oleh kerana majlis itu dihadhiri oleh Guan Eng dan isterinya Betty Chew. Ng dijangkakan akan menjadi sebagai juruacara pada malam itu tetapi digantikan oleh dua orang pelajar.
Sementara itu Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyeru Ng supaya tampil kehadapan untuk mendedahkan hal sebenar berhubung dengan tuduhan terhadap dirinya untuk menghilangkan keraguan ramai, demikian di laporkan oleh NST 10 Julai.


Sebelum ini di laporkan Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek  kebingungan kenapa beliau dan isterinya pula dikaitkan oleh Betty, isteri Guang Eng dengan kes skandal suaminya dengan Ng Phaik Kheng.
Beliau memberithau media pada 8 Julai selepas debatnya dengan Guan Eng ,"Cukup mudah bagi Guan Eng untuk membersihkan dirinya dengan hanya membuat penafian. Kenapa beliau tidak berbuat demikian."
Dr. Chua berkata" It has nothing  to do with me and my wife.My advice is you solve your own problem with your wife and whoever concerned".Betty Chew Gek Cheng dalam menafikan hubungan sulit suaminya Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan seorang wanita bernama Ng Phaik Kheng, telah mengungkit skandal seks Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan meminta isterinya, Datin Seri Wong Sek Hin menasihatkan Soi Lek  supaya memberhentikan kekejaman terhadap dirinya.
Sesiapapun yang membaca kenyataan ini dan melihat gambar Guan Eng di sebelah isterinya dalam suatu sidang akhbar, tidak dapat tidak, merasakan seolah-olah Betty memukul anak, sindir menantu.
Ia juga memberikan gambaran seolah-olah Betty memujuk dirinya sendiri, bahawa beliau bukan keseorangan dalam menerima nasib sedemikian, tetapi ada isteri orang lain juga yang senasib dengannya.
Kata Betty, isteri Soi Lek, Datin Seri Wong Sek Hin mungkin telah memaafkan suaminya, tetapi dia perlu nasihatkan suaminya bahawa, semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Soi Lek. Tidakkah ini merupakan campur tangan Betty dalam urusan rumah tangga orang lain?
Semua wanita Malaysia mesti ikut langkah Betty yang tidak mudah percaya cakap orang, sebaliknya memaafkan suaminya yang tidak bersalah. Dahi suaminya bertampal plaster bukan kerana dipukul olehnya seperti anggapan sesetengah orang, tetapi kesan digaru oleh suaminya sendiri. Barangkali Betty tak beritahu lebih dahulu suaminya,dia garu salah tempat.
Ini adalah suatu bukti yang cukup jelas, bahawa DAP bukan PAP dan Guan Eng pun tidak boleh mimpi mahu jadi macam Lee Kuan Yew.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2012 19:49

GUAN ENG GARU SALAH TEMPAT

Dari kiri Ng Phaik Kheng, wanita yang dikatakan mempunyaihubungan dengan Lim Guan Eng (tengah) dan  isterinya, Betty
Chew (kanan)  yang  didakwa menyebabkan dahinya 'berplaster" Betty Chew Gek Cheng dalam menafikan hubungan sulit suaminya Lim Guang Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang dengan seorang wanita bernama Ng Phaik Kheng, telah mengungkit skandal seks Presiden MCA, Datuk Seri Dr. Chua Soi Lek dan meminta isterinya, Datin Seri Wong Sek Hin menasihatkan Soi Lek  supaya memberhentikan kekejaman terhadap dirinya.
Sesiapapun yang membaca kenyataan ini dan melihat gambar Guan Eng di sebelah isterinya dalam suatu sidang akhbar, tidak dapat tidak, merasakan seolah-olah Betty memukul anak, sindir menantu.
Kata Betty, isteri Soi Lek, Datin Seri Wong Sek Hin mungkin telah memaafkan suaminya, tetapi dia perlu nasihatkan suaminya bahawa, semua wanita Malaysia tidak akan memaafkan Soi Lek. Tidakkah ini merupakan campur tangan Betty dalam urusan rumah tangga orang lain?
Semua wanita Malaysia mesti ikut langkah Betty yang tidak mudah percaya cakap orang, sebaliknya memaafkan suaminya yang tidak bersalah. Dahi suaminya bertampal plaster bukan kerana dipukul olehnya seperti anggapan sesetengah orang, tetapi kesan digaru oleh suaminya sendiri. Barangkali Betty tak beritahu lebih dahulu suaminya,dia garu salah tempat.
Ini adalah suatu bukti yang cukup jelas, bahawa DAP bukan PAP dan Guan Eng pun tidak boleh mimpi mahu jadi macam Lee Kuan Yew.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 07, 2012 19:49

Zainuddin Maidin's Blog

Zainuddin Maidin
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zainuddin Maidin's blog with rss.