Zainuddin Maidin's Blog, page 140
June 11, 2012
KHAIRY BOLEH JADI PM DI HARI TUA

Dalam beberapa hal, percaturan ini dilanjutkan sehingga selepas Tsunami 2008, yang menampakkan ada usaha untuk membawa semula Anwar Ibrahim ke dalam UMNO sehingga ke peringkat membawa passport antarabangsa kepadanya untuk berubat patah tengkok di luar negara. Tetapi ternyata Khairy salah membaca sikap orang UMNO.Dalam menghadapi pilihanraya 2008, TV3 dan NST telah menjadi alat kepada memecah belahkan UMNO dan asas ketatanegaraan dengan laporan negatif terhadap orang yang tidak disukai oleh bakal pemimpin muda dan yang paling menyedihkan ialah, Menteri Besar Kedah Datuk Seri Syed Razak Syed Zain dihina dan diperkecilkan dalam keadaan dia sakit, pada hal dia berjasa besar kerana memulihkan kekuatan BN di Kedah.

Banyak kepincangan berlaku dalam menghadapi pilihanraya 2008. Manifesto BN hanya diumumkan, tetapi tiada dalam pengedaran. Kerja cetakan mulanya telah diberikan kepada Utusan Melayu Malaysia Berhad, tetapi disambar oleh NST, namun manifesto tidak kelihatan. Kemana wang cetakan ini lenyap tidak diketahui hingga ke hari ini.
Sorak megah Pilihanraya 2004 berakhir dengan kehilangan maruah pada 2008 kerana kesombongan dan keegoaan beberapa orang muda yang "berkuasa". Apabila saya membuat kenyataan yang disiarkan oleh Utusan Malaysia dan Sinar Harian, bahawa Tsunami 2008 telah menggagalkan cita-cita pemimpin muda dalam UMNO untuk mengambil alih kuasa, maka salah seorang dari tingkat 4 telah menalefon dan memarahi Utusan.
Terlalu banyak kesilapan Khairy dan rakan-rakannya untuk diceritakan semula, tetapi ini bukanlah masanya. Ini adalah masa untuk lebih memfokuskan kepada pemulihan perpaduan dan seperti kata Tun Dr. Mahathir, walaupun dia tidak suka sesaorang calon, tetapi jika itu pilihan parti, maka dia akan mengundinya.
Demikianlah juga dengan Khairy, sekalipun dosanya terlalu besar kepada keruntuhan asas-asas perpaduan negara kerana idealismenya dan kerana nafsu politiknya, tetapi Khairy harus diberikan kesempatan untuk memperbaiki kesilapannya, dan dia sedang melakukan ini sekarang.
Kesempatan ini diberikan oleh Presiden UMNO, Datuk Seri Najib yang memahami erti politik dan tidak ada perasaan membalas dendam, sekalipun usaha untuk mencegah kenaikannya, dilakukan sehingga saat terakhir.
Khairy kembali menyerlah kerana kegigihannya. Bakat dan karisma politiknya terserlah. Keupayaannya sebagai pemidato dan jaguh perdebatan dalam Parlimen dan di depan umum menyerlah. Kepetahan bercakap, pengetahuan mendalam dalam sesuatu isu, keupayaan intelektulannya dan lain-lain kualiti yang diperlukan untuk menjadi seorang pemimpin ada padanya.
Khairy adalah asset kepada kepimpinan masa depan negara.
Published on June 11, 2012 08:26
June 10, 2012
KISAH SEDIH SAM D'LLOYD DI KONSERT TERAKHIRNYA DI MALAYSIA

Sebagai seorang seniman yang punya perasaan halus, tentunya kenangan pahit itu dibawanya sehingga ke akhir hayat. Para penonton dan wartawan juga turut bersedih bersamanya pada malam itu.
Menyedari bahawa Raja Perlis turut berada menyaksikan konsertnya , beliau telah turun dari pentas untuk pergi menemui baginda tetapi telah ditahan oleh pengawal-pengawal baginda dan beliau segera kembali ke pentas dan berkali-kali memohon maaf atas apa yang berlaku, kerana "di Indonesia tidak beraja dan saya tidak tahu tentang peraturan di sini".
Ternyata beliau amat tersinggung bila menyatakan: "Saya merasa malu! harap persembahan saya seterusnya tidak akan terganggu" tetapi kepada penonton ternyata dia terganggu.
Sam menyatakan, bahawa Raja Perlis adalah juga rajanya.
Apa yang berlaku itu, bukanlah kesilapan Raja Perlis, tetapi mungkin kerana kurang pertimbangan daripada pihak pengawal.
Jika petemuan Sam dengan Raja Perlis berlaku pada malam itu, maka tentulah ia menjadi gambar muka hadapan disemua akhbar yang mencatatkan suatu sejarah yang sangat bererti dalam kemesraan budaya antara kedua negara.
Atau mungkin, Sam telah diberi peluang mengadap Raja Perlis selepas konsertnya itu tidaklah diketahui, tetapi disebalik konsert "Semalan di Malaysia", tersimpan kisah sedih seorang seniman besar Indonesia di Malaysia.
Published on June 10, 2012 21:53
PTPTN KERAJAAN PERSEKUTUAN SALAH BESAR.
Akhbar terkemuka Cina Sinchew Daily News dalam keluaran 8 Jun telah menyalahkan Kerajaan Persekutuan kerana mengambil langkah membekukan pinjaman PTPTN yang berhasrat untuk mencari keuntungan politik tetapi akhirnya memakan diri. Baca apa katanya.
taken from the malaysian timeSeramai 1000 pelajar baru mula kemasukan belajar pada bulan April tidak dapat pinjaman, mereka bukan sahaja tidak dapat bayar yuran sekolah mereka, wang sara hidup mereka juga hadapi masalah, adakah ini yang disebut di bibir ahli-ahli politik rakyat diutamakan?
Sebelum ini, pemimpin pembangkang di parlimen Anwar Ibrahim secara terbuka meyeru kepada pemimjam PTPTN tidak perlu bayar kembali wang pinjaman mereka. Sedangkan Pakatan Rakyat masih belum memerintah dan Anwar Ibrahim masih belum lagi menjadi perdana menteri, pelajar ada hak apa untuk tidak perlu bayar balik pinjaman PTPTN? Ini bermakna Anwar Ibrahim mahu peminjam pecah kontrak mereka, ini juga telah melibatkan pihak perdagangan dan pihak bank tidak yakin terhadap Pakatan Rakyat.
Namun begitu pihak kementerian pengajian tinggi bagi mahu membuktikan bahwa Pakatan Rakyat tidak mampu memberi pendidikan percuma kepada rakyat di bawah negeri pemerintahan mereka, kementerian pengajian tinggi bekukan pinjaman PTPTN untuk pelajar-pelajar baru UNISEL, yang menyebabkan berlakunya emosi.
Anwar Ibrahim selalu celupar mulut dan berbohong, kesilapan yang dilakukan oleh Anwar Ibrahim, tidak sepatutnya dilepaskan kepada seribu orang pelajar-pelajar ini. Dimana kementerian pengajian tinggit tidak dapat kenal pasti adakah pelajar-pelajar ini penyokong Anwar Ibrahim dalam isu percuma pendidikan pengajian tinggi, walaupun mereka ini penyokong Anwar Ibrahim sekalipun, pihak kementerian pengajian tinggi tidak boleh menghukum pelajar-pelajar itu sedemikian, ini adalah menyalahi semangat demokrasi.
Langkah yang dilakukan oleh Kementerian Pengajian Tinggi akan berlaku kesan-kesan negatif, kerana ibu bapa pelajar-pelajar ini tidak akan anggap Anwar Ibrahim yang menyebabkan mereka tidak dapat pinjaman, sebaliknya mereka akan menuduh pihak kerajaan, dengan itu parti pembangkang akan dapat kesempatan ambil peluang itu untuk menghentam BN.
Sekarang ini universiti kerajaan negeri Selangor (UNISEL) telah dibekukan pinjamannya, adakah ia akan melarat ke negeri-negeri di bawah pemerintahan Pakatan Rakyat? Contohnya kolej universiti Islam Selangor dan Universiti Insaniah Kedah.
Mereka pergunakan pelajar sebagai modal politik, ini adalah salah besar, ini seperti rakyat negeri Selangor menjadi mangsa kepada perbalahan politik antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri.
Catitan: Mungkin kerana itulah Kerajaan Persekutuan telah mencairkan pembekuan atas suatu langkah yang terburu. Mula-mula nampak untung tapi kemudian terasa rugi. Pemuda UMNO benar dalam meminta dibatalkan pembekuan.

Published on June 10, 2012 21:30
RAKYAT JOHOR PERTAHANKAN WWW 1

Sultan Ibrahim yang terharu dengan kesetiaan yang ditunjukan oleh rakyatnya itu, telah sebak dan menyatakan "Saya tidak akan melupakan hari ini yang amat bersejarah.
Tidak ada rakyat, tiadalah raja. Raja dan rakyat berpisah tiada".
Suatu pengakuan yang jujur terhadap kuasa rakyat dan rakyat Johor telah membuktikan, bahawa nombor pendaftaran kereta Sultanpun sanggup mereka pertahankan.
Catitan: Rakyat Johor menyedari bahawa kuasa rakyat berada dalam tangan Menteri Dalam Negeri anak keturunan orang-orang besar Johor Datuk Seri Hishamuddin Hussein Onn.
Published on June 10, 2012 20:19
ANWAR TIDAK LEMBAB

Akhbar Sinar Harian - Ahad 10 Jun menyiarkan berita utama muka satunya penafian Datuk Seri Anwar Ibrahim tentang anggapan sesetengah pihak mengatakan beliau lembab dan akan menyerahkan jawatan Perdana Menteri kepada DAP, jika Pakatan Rakyat memenangi pada Pilihanraya Ke 13 nanti.
Ketua Umum Pakatan Rakyat (PR) itu berkata, DAP yang bergabung di bawah Pakatan faham bahawa majoriti rakyat negara ini yang terdiri daripada Melayu tidak mempertikaikkan kelebihan itu.
"Ada orang kata, saya akan pegang jawatan Perdana Menteri selama tiga bulan sahaja, sebelum serah kepada Pengerusi DAP, Karpal Singh. Saya bukan seorang yang lembab".
Catatan: Anwar telah memilih tempat yang sangat sesuai untuk membuat penafian iaitu di Kota Bharu Kelantan, kerana di negeri inilah yang paling ramai orang yang tidak mengetahui bahawa sebenarnya Anwar tidak lembab, tetapi selalu KERAS !.
Kepala berita itu sepatutnya bukan "Jangan ingat saya lembab" tetapi "Jangan ingat saya tak keras", ataupun tajuk berita yang lebih seksi, (bukan sensasi) Anwar: Saya selalu keras.
Published on June 10, 2012 02:23
June 9, 2012
SALAM SETIAKAWAN
Wadah “Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan” adalah untuk penghayatan mempertahankan Warisan, Kemanusiaan dalam pengertian kebebasan bersempadan dan Kerukunan dengan penghormatan berteraskan kepada Rukun Negara.
PINTAS Blog ini tidak sahaja akan diceriakan dengan komen isu-isu semasa, tetapi juga akan memintas kepada berita, rencana serta maklumat yang dinilai penting untuk pembangunan dan pengukuhan minda Setiakawan.
Z FAIL menyajikan bahan-bahan terpilih daripada catatan sejarah negara yang berupa berita, petikan buku, surat terpendam dan maklumat-maklumat yang perlu diketahui oleh generasi baru.
CERITA ZAM adalah merupakan kompilasi daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk “Pertama Dan Terakhir”.
SOLIDARITY GREETING
Tagline: "Solidarity in the Pursuit of Inheritance, Humanity and Harmony" demonstrates resolve in defence of Inheritance, and Humanity in the true meaning and essence of adjoining and concurring independence by upholding the Rukun Negara”.
PINTAS: This blog will not only be illuminated with comments on current issues, but will also evaluate news, features and information deemed essential to the development and strengthening the understanding of solidarity.
Z FILES will present selected materials from the country's history in the form of news, quotes, books, and dormant letters, and so on to enlighten the new generation.
ZAM’s CRONICLE is a compilation of the writer’s reporting experience that had been documented in a book entitled “Pertama dan Terakhir" which was published in 1980.
HASRAT UNTUK TERBUKA DAN TERTUTUP
Apakah arus globalisasi di bawah imperialisme media dan kolonialisme baru akan menghancurkan seluruh warisan, kemanusiaan dan kerukunan hidup?
Tidakkah suara terbaru Tun Dr. Mahathir Mohamad yang meminta dikaji semula kebebasan mutlak internet tidak lagi sezaman dan mempertahankan Sultan Johor membuat bidaan nombor pendaftaran WWW 1 yang bernilai RM 520,000, dianggap tidak perlu?.
Sesuatu yang pada mulanya difikirkan untuk menjadi berita menarik telah menjadi kontroversi dan tidak mustahil telah ada yang memikirkan di masa depan bidaan dari VVIP perlu dimasukan dalam fail “Sulit”.
Berita itu mungkin telah memberikan impak negatif kepada pihak Istana tetapi ia tidak kepada ahli politik yang senantiasa mencari populariti bagi membangkitkan isu-isu sensitif bagi mendapat perhatian rakyat.
Pengertian globalisasi tanpa sempadan memberikan pengertian yang cukup luas dalam perjuangan poilitik.
Keculuparan Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin adalah setitis daripada kemungkinan lebih besar yang akan berlaku.
Tidak lama dulu, Dr. Mahathir pernah menyesali dunia tanpa komunis dan sosialis untuk mengimbangi imperialisme baru dan kuasa unipolar.
Sekurang-kurangnya jika masih wujud Parti Sosialis Rakyat Malaya tentulah tidak akan ada orang sosialis di Malaysia yang “murtad” dan berketuakan homosexual dan nouveaux riches.(Orang kaya baru)
Hal ini tidak lagi perlu dikesali, kerana sebenarnya dari awal lagi Malaya telah menempah untuk berada dalam gagasan globalisasi barat yang di pelupori oleh Datuk Onn Jaafar dan kemundiannya diwarisi oleh Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj, Tun Abdul Razak Hussein, Tun Hussein Onn, Tun Abdullah Badawi dan seterusnya Datuk Seri Najib Tun Abdul Razak.
Dr. Mahathir cuba untuk melakukan kelainan dengan membina keperibadian dan maruah bangsa dalam konsep yang sama, tetapi sikap bebasnya tidak memberikan keselesaan kepada barat.
Dasar warisannya menyebabkan agen-agen barat terus menggugat pemerintahan Najib menyebabkan beliau terpaksa memulihkan hubungan dengan British yang sejuk lebih 22 tahun dan tegang dengan Amerika Syarikat.
Senator dari Parti Republican John McCain yang amat berpengaruh di Amerika Syarikat yang melawat Malaysia baru-baru ini, menganggap Najib sebagai reformis yang telah memulihkan hubungan Malaysia dengan Amerika Syarikat.
Najib terpaksa melakukan ini kerana menghadapi cabaran hebat dari running dog, capitalist pig dan noveaux riches yang banyak di negara ini sekarang.
Antaranya ialah, anak-anak golongan elit yang telah menjelma sebagai penulis wira demokrasi di akhbar Inggeris mempunyai tanggungjawab yang sama.
Peralihan sikap Najib ini telah memberi kesan kepada perubahan sikap media barat seperti CNN, BBC dan Wall Street Journal terhadap stail pemerintahannya.
Sikap berlembut mereka menyebabkan salah satu dari blog running dog telah marahkan Wall Street Journal.
Selain itu, berbanding Dr. Mahathir, Najib tidak diketahui mempunyai tokoh-tokoh besar perniagaan Cina dan India sebagai kroninya.
Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.
Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporak perandakan perpaduan bangsa.
Disebalik kesilapan mereka ini, Tunku dan Dr. Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka.
Tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr. Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berpelembagaan demi untuk mengikis feudalisme.
Perdana Menteri Pertama Tunku Abdul Rahman walaupun berketurunan di Raja, tetapi tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya dalam buku Ulangtahun Ke 10 Utusan Melayu dan juga dalam interbiu dengan saya pada 26 Mei 1963. Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah (Tulisan penuh Tunku akan disiarkan di Z FAIL).
Tunku memetik kata-kata Raja Faruk, iaitu raja Mesir yang terakhir bahawa pada masa hadapan, hanya terdapat lima raja sahaja dalam dunia ini, iaitu selain Raja Great Britain ialah Raja Lekok, Raja Deman, Raja Sepit dan Raja Kelawar.
Peranan media, terutama media cetak dalam menyiarkan kenyataan bekas Menteri Besar Perak Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin membidas Sultan Johor membida pendaftaran kereta WWW 1 memberi kesan yang berbeza.
Bantahan yang dibuat terhadap Mohamad Nizar telah memperkukuhkan lagi sokongan masyarakat Cina dan golongan radikal terhadap beliau dan juga Pas. Lantaran itu menyebabkan beliau menjadi semakin berani.
Hanya dengan semakin terkawal cerita-cerita negatif yang melibatkan pihak Istana akan dapat menjamin tidak hanya tinggal lima raja sahaja di dunia ini. Tunku, Dr. Mahathir dan Ghafar Baba pernah mengawalnya.
ASPIRING TO BE OPENED AND CLOSED
Will the waves of globalisation under the media imperialism and neo-colonialism destroy the entire heritage of humanity and the principle of life? Aren’t Tun Mahathir’s recent call for absolute freedom of the internet should be reviewed was off tangent while coming to the defence of the Sultan of Johor’s successful RM520,000 bid for the WW1 car registration number is unnecessary?
The successful bidding was supposed to be interesting news, but it became controversial and it is not impossible that certain quarters might be toying with an idea that future bids from VVIPs would go into the "Confidential" file.
Perhaps the news had given a negative impact to the palace, but not to a politician who is after popularity by raising sensitive issues. Globalisation has a far-reaching meaning in a political struggle. Nizar’s outlandish remarks were merely a drop in the ocean towards greater possibilities.
Tun Mahathir had once regretted a world without communist and socialist to offset new imperialism and unipolar power. At least if Parti Sosialis Rakyat Malaya (Malayan People's Socialist Party) still existed there would be no apostate socialists in Malaysia led by homosexual and nouveaux (new) riches.
This is not regrettable as from the outset as Malaya then had aspired to ride the waves of Western globalisation pioneered by Onn Jaafar and inherited by Tunku Abdul Rahman, Abdul Razak Hussein, Abdullah Badawi and Najib Tun Abdul Razak.
Tun Mahathir tried to be different by building national character and dignity along similar concept, but the West was not comfortable with his independent attitude. His polices had caused agents from the West to continue to threaten Najib’s reign.
Najib had to revitalise ties with the British administration which remained cold for over 22 years and tense relations with the United States. Republican Senator John MaCain, who is one of the most influential senators in the United States, during his visit to Malaysia recently, regarded Najib as a reformer in the Malaysia-U.S. relations.
Najib had to do this due to mounting challenges from growing number of running dogs, capitalist pigs and noveaux riches in the country off late. They included children of elites who advocate democracy in their columns in English dailies which also take the same course.
Najib’s amenable attitude has changed the attitude of Western media like CNN, BBC and Wall Street Journal on his administration. This softening of attitude by Najib has angered one of the running dog bloggers who vented his anger at Wall Street Journal.
In addition, unlike Mahathir, Najib is not known to cultivate Chinese and Indian tycoons as business cronies.
Two great leaders from Kedah, Tunku Abdul Rahman and Tun Dr. Mahathir had made two big mistakes to the detriment of the country until now. Tunku had brought Singapore into Malaysia that brought along the Malaysian Malaysia concept while Mahathir had brought in Anwar Ibrahim who wreaked untold damage to unity.
Despite their grave errors, Tunku Abdul Rahman and Mahathir’s countless good deeds overwhelmed their weaknesses.
As mentioned in the annals of history, Mahathir unleashed the power of the people when it was trampled with the strong support from a nationalist, the late Ghafar Baba. Mahathir reminded the Malay rulers then on constitutional monarchy in his quest to erode feudalism.
First Prime Minister Tunku Abdul Rahman, despite being a member of the royal house was aware of the power of the people as narrated in a book entitled “Utusan Melayu 10 tahun” and also in an interview with me on May 26, 1963. At that time he was facing a crisis with the Sultan of Selangor and his brother, the Sultan of Kedah (Tunku’s article on this event will be published in Z FILES).
Tunku once quoted King Farouk, the last ruler of Egypt, as making this pronouncement: "Soon there will be only five Kings left – the King of England, the King of Spades, the King of Clubs, the King of Hearts, and the King of Diamonds”.
The role of the media, particularly print media in publishing a statement by former Perak menteri besar Datuk Seri Mohammad Nizar, who criticised the Sultan of Johor over his successful bid for WWW1 vehicle registration number, resulted in different outcomes. Nizar’s objection had strengthened the support of the Chinese community and radical groups towards him and PAS.
It does not necessary mean that Nizar’s statement was in vain. Hence, he becomes bolder.
Only by applying some control over negative stories involving the palace could ensure that there will not be only five kings left in the world in future. Tunku, Mahathir and Ghafar Baba had been able to bring the rulers under their control.

Published on June 09, 2012 21:13
Riaksi daripada Blog Gelombang Rakyat
Riaksi yang diterima daripada Blog Gelombang Rakyat ....
ZAINUDDIN MAIDIN SALAHKAN TUNKU & MAHATHIR PUNCA MAUT BAWA UMNO..!!?
Tan Sri Zainuddin Maidin mendakwa banyak pihak tidak menyedari bahawa Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj dan Tun Dr Mahathir Mohamad telah melakukan "kesilapan besar" semasa menyandang jawatan perdana menteri iaitu masing-masing dalam kes Singapura menyertai Malaysia dan membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim ke dalam kerajaan dan Umno.
Wartawan veteran dan bekas Menteri Penerangan itu berkata, tindakan Tunku Abdul Rahman membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia pada 1963, yang mana turut sama membawa bersamanya dasar 'Malaysian Malaysia' telah memberikan kesan kepada negara.
Singapura keluar dari Malaysia dua tahun kemudian.
Dalam pada itu, Zainuddin juga mendakwa Dr Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim juga satu kesilapan kerana tindakannya yang dikatakan memporak-perandakan perpaduan bangsa.
"Ramai antara kita tidak menyedari, dua pemimpin Agung dari Kedah, Tunku Abdul Rahman dan Dr. Mahathir telah membuat dua kesilapan besar yang menjadi masalah kepada negara ini hingga sekarang.
"Tunku membawa masuk Singapura ke dalam Malaysia yang mana turut sama membawa bersamanya Malaysian Malaysia sementara Dr. Mahathir membawa masuk Datuk Seri Anwar Ibrahim yang kemudianya telah memporakperandakan perpaduan bangsa," katanya lagi.
Dr Mahathir memecat Anwar pada September 1998. Ketika dipecat, Anwar merupakan Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan.
"Di sebalik kesilapan Tunku dan Dr Mahathir mempunyai terlalu banyak tugu-tugu jasa yang mereka bina bagi melindungi kelemahan mereka," kata beliau yang dipetik dari entri blognya.
Zainuddin yang lebih dikenali sebagai Zam juga berkata, "tercatit sebagai sejarah mulia, dengan sokongan kuat seorang nasionalis rakyat, Allahyarham Tun Ghafar Baba, Dr Mahathir dengan berani menunjukkan kuasa rakyat bila maruah mereka mula terjejas dengan mengingatkan raja-raja tentang Raja Berperlembagaan demi untuk mengikis feudalisme."
Beliau yang turut memuatkan kenyataan Tunku Abdul Rahman, Perdana Menteri yang pertama berkata, walaupun berketurunan diraja, beliau tetap menyedari kuasa rakyat yang disebutkan dalam tulisannya.
"Ketika itu beliau berada dalam krisis dengan Sultan Selangor dan juga dengan abangnya Sultan Kedah. Saya akan mendedahkannya dalam ruangan Z fail di blog ini," katanya.
Zainuddin yang mula aktif sebagai blogger menggunakan moto 'Setiakawan Demi Warisan, Kemanusiaan dan Kerukunan' memaparkan tiga ruang utama pendedahan maklumat untuk dikongsi dengan rakyat sepanjang penglibatan beliau sebagai wartawan sehinggalah menjadi seorang menteri Kabinet.
Antara ruangnya Z fail, Pintas dan cerita Zam merupakan rangkuman daripada pengalaman kewartawanan yang dilalui yang telah diterbitkan dalam bentuk buku pada tahun 1980 bertajuk 'Pertama dan Terakhir'.
Cukuplah...cari tempat dgn cara ini..
Isu kemasukan Singapura nak dikelirukan..British melihat Singapura berpotensi jatuh pada Kominis jikalau tidak bersama Tanah Melayu...sebab Asia Tenggara dikuatiri Ancaman Ideologi Komunis apatah lagi populasi Singapore majority Cina yg masih tebal semangat China ketika itu...
PM Tunku diminta dalam paksa atas Pertahanan Demokrasi di Asia Tenggara dari ditelan Kumintang.... Olih kerana gabungan dgn Singapura menjadikan majority melayu menurun maka Tunku bagi term yg Sabah..serawak dan Berunai disertakan agar majority Bumiputera meningkat... malang Berunai tak jadi sebab tertentu.... Begitu pun Singapore disingkir sebab sebab yg bolih meranapkan structure politik perikatan diSemenanjung dan diSarawak ketika itu,
Tindakan Tunku adalah terbaik dalam senerio ketika itu.....
Bab ambil Anwar masuk UMNO bukan kesilapan Tun M. walaupun punyai banyak option lain untuk kukuhkan Umno ketika itu. Kelebihan yg Tun nikmati... Pas dikembirikan anwar dgn senang sebab Presiden Pas Fadil Noor liase dgn Anwar. Objectivenya nak sinarkan Imej Anwar dikalangan Umno...Sila imbas kembali.. banyak isu yg PAS mainkan jadi makanan Anwar dgn hebatnya..macam main sepak takraw Pas bagi boah tanggung untuk Anwar smash...Orang tertinggi Abim tau ini stratergy.. Namun dalam masa mereka main wayang..Rakyat memandang PAS Jumud dan Umno hebat..Jadi ketika itu Tun gunakan kekuatan Politik untuk membangunkan negara dengan pantas dan bolih menukar mind set rakyat...
Hanya apabila...akhir waktu pemerintah Tun... maka Tun menjalankan tanggung jawab meletakkan Penganti yg benar dan cerdik tidak game player untuk teraju Malaysia... Tun Dollah hanya sementara saja.
Jadi Anwar sabenarnya sengaja diberi tempat atas sifatnya yg suka buat kacau dari dulu lagi...
macam budak kuat nanggis diberi permainan..supaya jagan ganggu mak nak masak...lepas masak mak ambil semula sebab budak ni tak tau hargai permainan tu.....
Kalau Zainuddin nak menulis biarlah tulisan tu punyai cerita tersediri...bukan pakai cerita orang dan bagi tafsiran sendiri untuk maksud sendiri yg arif,,
Hperancis

Published on June 09, 2012 19:53
Komentar MummyRokiah
Berikut adalah komentar dari blog MummyRokiah mengenai Zamkata:
Akhirnya Zainudin Maidin menjadi 'penganut' Blog selepas 4 tahun kalah pilihanrayaTerklik Facebook Zaini Hasan, MR terbaca bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zam Maidin telah melancarkan blog beliau www.zamkata.blogspot.com pada 9 Jun 2012 iaitu 20 hari sebelum hari jadi beliau pada 28 June. Zam semasa menjadi Menteri Penerangan pernah melabelkan bloggers sebagai goblog.Hari ini, Zam yang berdarah wartawan pekat ‘penganut’ awal typwritter Olympia terpaksa menerima realiti betapa kuatnya gelombang media baru untuk beliau menceritakan zaman keagungan kewartawanan beliau kepada anak, cucu dan cicit beliau sendiri yang sudah tidak membaca akhbar Utusan Malaysia.
Melihat ‘look and feel’ blog beliau ternyata buku beliau Hari itu Sudah Berlalu sudah tidak relevan lagi tajuknya dan mungkin beliau perlu memikirkan kembali untuk menukar tajuk kepada Hari Ini Belum Berlalu.Cuma MR tercari-cari di mana letaknya 'sitemeter' dalam blog beliau supaya dapat dipantau sejauhmana penerimaan anak, cucu dan cicit terhadap posting beliau.
Akhirnya Zainudin Maidin menjadi 'penganut' Blog selepas 4 tahun kalah pilihanrayaTerklik Facebook Zaini Hasan, MR terbaca bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zam Maidin telah melancarkan blog beliau www.zamkata.blogspot.com pada 9 Jun 2012 iaitu 20 hari sebelum hari jadi beliau pada 28 June. Zam semasa menjadi Menteri Penerangan pernah melabelkan bloggers sebagai goblog.Hari ini, Zam yang berdarah wartawan pekat ‘penganut’ awal typwritter Olympia terpaksa menerima realiti betapa kuatnya gelombang media baru untuk beliau menceritakan zaman keagungan kewartawanan beliau kepada anak, cucu dan cicit beliau sendiri yang sudah tidak membaca akhbar Utusan Malaysia.

Published on June 09, 2012 18:26
Kata Aluan OutSyed The Box
Published on June 09, 2012 10:19
June 8, 2012
OOI AH KOW

Saya masih menyimpan surat itu yang bertarikh 17 Mac 1978 yang juga meminta saya menghantar empat salinan rencana tersebut untuk diberikan kepada anak-anaknya.

dan jurugambar-jurugambar akhbar di Alor Setar ketika berkunjung di Padang Besar
Perlis di awal tahun 1960.... Penulis berdiri nombor dua dari kanan.
Published on June 08, 2012 02:00
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.