Zainuddin Maidin's Blog, page 141
June 8, 2012
PARTI BARU SEMANGAT LAMA

Mereka terdiri dari bekas Presiden Bar Council K Ragunath, Ong Hock Siew dan bekas pemimpin PBB, Datuk Seri Bujang Ulis yang disenaraikan sebagai Timbalan Presiden dan Presiden Uruskop, Datuk Seri Mustapa Kamal sebagai Setiausaha Agung.
Seperti Tengku Razaleigh Hamzah yang menubuhkan Semangat 46 dalam semangat UMNO, Kadir juga akan membawa semangat UMNO ke dalam partinya dengan perisitiharan IKATAN akan meneruskan pemikiran Presiden UMNO, Tunku Abdul Rahman untuk membentuk masyarakat Malaysia yang adil, progresif dan bersatu.
UMNO sudah mendarah daging dalam jiwa Kadir. Ini adalah satu lagi parti serpihan UMNO dan kata seorang rakan wartawan, “parti ini hanya akan jadi bahan ketawa”.
Tetapi kata Kadir, partinya yang tidak akan bertanding dalam pilihanraya ke 13 nanti akan menjadi salah satu parti terbesar selepas pilihanraya itu (The Star 8 Jun)
PEMUDA UMNO BANTAH TINDAKAN MUHYIDDIN
Ketua Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin membantah tindakan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi (PTPTN) membekukan pinjaman kerana katanya, “yang menjadi mangsa adalah pelajar-pelajar”.
Menurut laporan Sinar Harian, Khairy berkata, walaupun Kerajaan Selangor gagal memberikan pendidikan percuma, perkara ini tidak seharusnya berlaku, kerana keutamaan harus diberikan kepada pelajar.
Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan, penangguhan itu dibuat oleh kerana Pakatan Rakyat mahukan pinjaman itu dihapuskan.
Solidariti Mahasiswa Malaysia akan mengadakan protes terhadap PTPTN, jika ia gagal menguruskan isu pinjaman itu dalam tempoh seminggu kerana ia merupakan hukuman terhadap 1,000 pelajar baru yang mahu memulakan pengajian mereka, kata setiausahanya, Haziq Abdullah Abdul Aziz
Tetapi Presiden Persatuan Alumni Pemimpin Mahasiswa Aspirasi, Mohd Shahar Abdullah berkata, Kerajaan Selangor perlu bertanggungjawab kerana tindakan itu, adalah berlandaskan kehendak Pakatan Rakyat.
Pengerusi PTPTN, Datuk Ismail Mohamed Said menjelaskan, pembekuan itu dibuat untuk memberi laluan kepada Kerajaan Selangor melaksanakan manifesto mereka untuk menghapuskan PTPTN dan pemansuhan yuran pengajian terhadap insitusi pengajian tinggi awam (IPTA).
Pengarah Strateji PKR, Rafizi Ramli mencabar Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Khaled Nordin supaya mengakui bahawa arahan pembekuan itu adalah datang dari beliau sendiri.
Sementara itu Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim memberikan jaminan, bahawa Universiti Selangor (UNISEL) akan menggunakan asetnya sendiri untuk membantu pelajar-pelajar baru yang menghadapi masalah berikutan dengan tindakan pembekuan pinjaman oleh PTPTN itu.
Terkini ...PTPTN telah membatalkan pembekuan pinjaman terhadap pelajar-pelajar baru di UNISEL pada petang Jumaat, 8 Jun 2012.
Published on June 08, 2012 01:34
HOBI WAKIL RAKYAT PAS BERJOGET
Pada awal 70han, seorang wakil rakyat Pas Kawasan Parlimen Parit yang terkenal pandai berpantun, telah menyambut cabaran Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman untuk turut berjoget di dalam suatu majlis keraian di bangunan Parlimen.

Berikutan dengan itu Hashim Gera berpantun yang disiarkan oleh Utusan Melayu 24 Febuari 1971:-
Naik Rakit di dalam paya Patah galah di air dalam Menari joget hobi saya, Tidak haram di sisi Islam
Pemangku Yang Dipertua Agung Pas, Datuk Haji Mohd Asri memberitahu, bahawa penggantungan Hashim Gera dari Pas adalah untuk “beberapa waktu”, kerana beliau melanggar displin parti dan untuk memberi peluang kepadanya bagi membetulkan kesilapan.
Hashim Gera telah berjoget di Parlimen pada 23 Febuari 1971 dan gambarnya menari di siarkan oleh akhbar Utusan Melayu dan Utusan Malaysia pada 24 Februari yang tidak sahaja mengejutkan penyokong-penyokong Pas, tetapi juga orang ramai
Berikutan dengan tindakan itu, Hashim berikrar tidak lagi akan menari di tengah terang, tetapi pada 16 Mei 1972, beliau dipecat terus dari parti walaupun pengantungannya telah ditarik balik pada 16 Mac tahun 1971.
Hashim memberitahu akhbar, bahawa pemecatannya itu adalah oleh kerana beliau mengingkari perintah parti supaya jangan menari lagi di khalayak ramai.Maka berpantunlah lagi Hashim Gera:-
Pagi-pagi turun ke telaga, Ramai bercampur teruna dara Hashim Gera empunya cerita Sebab berjoget Pas mendera
Berebut-rebut pula tali timba Dalam pandangan seperti berlaga Kalau betul demikian ada Perjuangan kebangsaan Pas berpura-pura
Sayang Che Man pergi memukat Cincin intan pakai di jari Ahli Parlimen bukan Malaikat Apa salah dia menari
Published on June 08, 2012 01:17
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.
