Zainuddin Maidin's Blog, page 138

June 18, 2012

KHAIRY TAK MAHU MINTA MAAF PADA MAHATHIR.

Ketua  Pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin enggan untuk meminta maaf kepada Tun Dr. Mahathir Mohamad yang menganggapnya sebagai menyebabkan kerosakan asas-asas perpaduan negara dan kehancuran kepada perpaduan orang Melayu.
Akhbar Sinar Harian telah menghubungi Khairy untuk meminta respons terhadap blog zamkata yang meminta beliau memohon maaf secara terbuka kepada Tun Dr. Mahathir atas kesilapannya itu, tetapi beliau enggan untuk memberikan sebarang komen.
Menurut zamkata, majoriti masih mahukan Khairy diberikan peluang menaiki tangga politik dalam UMNO tetapi dengan bersyarat, iaitu antara lain; dia mestilah meminta maaf kepada Tun Dr. Mahahtir dan juga mengadakan perdebatan dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pernah menjadi idolanya.
Difahamkan beberapa pihak telahpun meminta Khairy menemui Tun Dr. Mahathir untuk meminta maaf daripadanya, tetapi Khairy telah menolaknya dengan sombong dan keras.
Tun Dr. Mahathir juga tidak mungkin akan memaafkan Khairy.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 18, 2012 05:24

June 16, 2012

HARAPAN YANG TAK KUNJUNG PADAM ....

Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman sedang berbual
dengan seniman P.Ramlee A.M.N di kediaman
Perdana Menteri

 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2012 21:20

SIAPA PUKUL VIP NEGARA ?

Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff marahkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menuduh polis tidak mengambil tindakan terhadap suspek dalam kes pukul melibatkan petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron.
Menurut Utusan Malaysia 16 Jun, jawapan polis adalah mengecewakan Gobind dan beliau akan membawanya ke Parlimen dalam tempoh 48 jam.
Polis telahpun menyampaikan kertas siasatan yang lengkap kepada Timbalan Pendakwa Raya, pada 25 Mei lalu.
Muhamad Farkhan 24, yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea 2009, mengalami kecederaan akibat dibelasah sekumpulan lelaki sehingga patah tulang rusuk kanan selain menerima 18 jahitan.
Akibat daripada itu, dia kehilangan peluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik di London pada bulan depan sekiranya layak dengan menggunakan tiket "Wild Card".
Catatan: Keinginan orang awam untuk mengetahui siapakah kumpulan penyerang petinju negara itu semakin meningkat, apabila pejabat Pendakwa Raya melewatkan pendedahan atau tindakan. Biasanya prasangka awam kelewatan itu, kerana melibatkan VIP atau VVIP.
Prasangka ini lebih hangat lagi, apabila Ketua Polis Negeri mengulangi gesaan, supaya Muhamad Farkhan membuat laporan polis, sekiranya merasa diri dan keluarganya terancam bagi membolehkan tindakan susulan dilakasanakan.
Kita lihat, siapakah yang akan lebih dahulu menimbulkan desakan dalam Parlimen supaya didedahkan identiti kumpulan samseng yang memukul seorang yang tidak kurang penting kedudukannya di negara ini - Petinju Negara. DIA juga VIP.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2012 21:04

SIAPA PUKUL VIP NEGARA INI?

Ketua Polis Negeri Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff marahkan Ahli Parlimen Puchong, Gobind Singh Deo menuduh polis tidak mengambil tindakan terhadap suspek dalam kes pukul melibatkan petinju negara, Muhamad Farkhan Mohd Haron.
Menurut Utusan Malaysia 16 Jun, jawapan polis adalah mengecewakan Gobind dan beliau akan membawanya ke Parlimen dalam tempoh 48 jam.
Polis telahpun menyampaikan kertas siasatan yang lengkap kepada Timbalan Pendawa Raya, pada 25 Mei lalu.
Muhamad Farkhan 24, yang juga pemenang pingat emas Sukan Sea 2009, mengalami kecederaan akibat dibelasah sekumpulan lelaki sehingga patah tulang rusuk kanan selain menerima 18 jahitan.
Akibat daripada itu, dia kehilangan peluang beraksi pada temasya Sukan Olimpik di London pada bulan depan sekiranya layak dengan menggunakan tiket "Wild Card".
Catatan: Keinginan orang awam untuk mengetahui siapakah kumpulan penyerang petinju negara itu semakin meningkat, apabila pejabat Pendakwa Raya melewatkan pendedahan atau tindakan. Biasanya prasangka awam kelewatan itu, kerana melibatkan VIP atau VVIP.
Prasangka ini lebih hangat lagi, apabila Ketua Polis Negeri mengulangi gesaan, supaya Muhamad Farkhan membuat laporan polis, sekiranya merasa diri dan keluarganya terancam bagi membolehkan tindakan susulan dilakasanakan.
Kita lihat, siapakah yang akan lebih dahulu menimbulkan desakan dalam Parlimen supaya didedahkan identiti kumpulan samseng yang memukul seorang yang tidak kurang penting kedudukannya di negara ini - Petinju Negara. DIA juga VIP.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2012 21:04

SULTAN JOHOR NASIHATKAN ANAK ELAK DARI GADUH

Akhbar The Sunday Star 17 Jun, menyiarkan titah Sultan Johor, Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar menasihatkan anak-anaknya, supaya menjauhkan diri dari sebarang pergaduhan dan kejadian yang boleh mencemarkan nama keluarga di raja.
Bertitah demikian di Istana Pelangi baru baru ini, baginda memberitahu anak-anaknya supaya meminta izinnya lebih dahulu sebelum pergi ke Kuala Lumpur dan Singapura.
"Saya meminta mereka supaya menjauhi dari sebarang provokasi yang boleh membawa kepada pergaduhan dan mereka mestilah berwaspada untuk menjaga nama keluarga diraja".
Baginda berkata, tidak adil untuk menunjukkan jari kepada keluarganya apabila seorang Tengku atau Tunku di negerinya, terlibat dengan sesuatu kejadian yang negatif.
Catatan: Titah yang sangat dihargai rakyat dan tepat pada masanya.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2012 21:03

KOPERAL TUDM TINGGALKAN ISLAM PELUK BUDDHA

Koperal AriSeorang koperal Angkatan Tentera Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu telah meninggalkan agama Islam dan memeluk agama Buddha di dalam satu upacara di sebuah rumah berhala di Kuala Lumpur.

Sekalipun dirayu oleh ibu bapa dan kekasihnya serta pegawai pemerintah tentera, pegawai agama dan  masyarakat Islam supaya dia jangan berbuat demikian, tetapi dia tetap dengan keputusannya dengan menyatakan: "Saya merasa senang saya telah memeluk agama yang telah saya hajat sejak bertahun-tahun lagi".
Utusan Melayu keluaran 29 Oktober 1962, telah menyiarkan beritanya  dan diekori dengan beberapa lagi cerita mengenainya beberapa hari berikut. Bukalah Z FAIL untuk ikuti ceritanya.
Di bawah ini disiarkan berita pertama mengenainya bertajuk:-
Koperal Ali Memeluk Agama Buddha: Upacara Berlangsung dalam Berhala Siam
Kuala  Lumpur 28 Oktober (1962): Seorang koperal dalam Angkatan Tentera Udara Diraja Persekutuan Tanah Melayu, hari ini telah menukarkan agama Islamnya lalu memeluk agama Buddha. Dia ialah Koperal Ali bin Azizi 32 tahun, berasal dari Pulau Pinang.
Koperal Ali telah memeluk agama Buddha dalam satu upacara khas Buddha yang bernama Katiba di sebuah berhala Buddha di Ibu Kota.
Dalam masa menjalani upacara itu, seorang pegawai dari kedutaan Siam di Kuala Lumpur telah menyampaikan kepadanya sepucuk surat tauliah yang mengesahkan, beliau kini menjadi penganut agama Buddha yang sah.
Setelah menerima surat itu, koperal Ali telah duduk bersimpuh menyembah sami-sami Buddha yang menjalankan upacara Katina itu dengan menyusun jari dan mengangkatkan tangannya ke dada. Nama Ali Azizi kemudiannya di tukar kepada nama Ari Azizi.
Dengan upacara itu berakhirlah perbalahan Ari dengan pihak tentera dan rakan rakannya yang beragama Islam serta dengan keluarganya yang menentang keras cita-citanya menganut agama Buddha.
Juga berakhirlah sudah cita-cita Ari sejak 12 tahun yang lalu, untuk mencari satu agama yang sesuai dengan jiwanya.
Ari  pernah masuk Kristian dan sembahyang di gereja, tetapi merasakan masih belum dapat  mententeramkan jiwa dan mensucikan dirinya.
Dalam satu pertemuan dengan Utusan Melayu hari ini. Koperal Ari Azizi  menceritakan "Saya telah mula cenderong kepada ajaran agama Buddha sejak berusia 12 tahun lagi. Malah pernah pergi ke berhala Cina di Pulau Pinang dan mengikuti upacara sembahyangnya, tetapi saya tidak tertarik kerana agamanya terlalu banyak tuhan."
"Setelah itu, saya telah berhenti pergi ke Berhala Cina, lalu pergi mengikuti sembahyang agama Kristian di gerejanya. Tetapi agama ini juga tidak dapat saya terima kerana adanya pepercahan dalam agama tersebut."
"Setelah 10 tahun lamanya mencari, maka barulah sekarang saya dapat memilih agama yang sesuai dengan jiwa saya".
Koperal Ari pernah pergi ke England dalam tahun 1959 untuk melanjutkan pelajaran dalam ketenteraan.
"Dalam tempoh dua tahun saya  di sana, saya rasa seperti tinggal dalam neraka".
Menurut Ari, bapanya seorang yang paling taat kepada ajaran agama Islam telah menentang keras kehendaknya untuk memeluk agama Buddha.
"Pegawai pemerintah tentera juga telah datang untuk menasihati saya, malah pada satu ketika, pernah  mereka membawa saya ke depan seorang kadi dan menyuruh kadi tersebut mengucapkan  bahawa saya bukannya seorang Islam, tetapi kadi itu menyatakan bahawa dirinya tidak dapat berbuat demikian kerana ini adalah melanggar ajaran Islam
"Kawan-kawan saya telah mencerca saya kerana maksud saya itu, tetapi saya telah menerangkan berulangkali, bahawa saya tetap akan memeluk agama Buddha, meskipun apa yang akan terjadi ke atas diri saya".
Koperal Ari dengan wajah sedih menyatakan, "Orang tua saya dan sanak saudara lainnya, tidak mengaku saya sebagai anaknya dan tidak menerima saya lagi dalam keluarga kami itu, tetapi biarpun bagitu, sekarang saya merasa senang, saya telah memeluk agama yang saya hajat sejak bertahun lagi.
Koperal Ari juga mengumumkan, bahawa cita-citanya pada masa depan ialah untuk menjadi  sami Buddha untuk berjuang demi kepentingan agama itu sebaik sahaja sebuah gereja buddha siap dibina tidak berapa lama lagi.
Sebelum menerima surat tauliah, Koperal Ari telah diberithau oleh pegawai kedutaan Buddha di sini, bahawa "Tuan boleh masuk dan keluar agama Buddha pada bila-bila masa tuan suka, agama Buddha tidak melarang umatnya masuk atau keluar dari agama itu".
Dalam sehari dua lagi akan di poskan  reaksi Ayah Koperal Ali melihat gambar anaknya menyembah  sami Buddha

Bab-bab akan datang di Z Fail ....

Salam Othman Wok pada Kawan-kawan.Utusan Tak Sanggup Simpan Besi Buruk.Gila Rambong.Khalwat.Satu Pembohongan di Labuan
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 16, 2012 21:00

KOPERAL TUDM TINGGALKAN ISLAM DAN PELUK BUDDHA

June 15, 2012

TERIMA KASIH NIZAR YANG TAK TERUCAP

Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah mengambil kesempatan ketika merasmikan pembukaan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Johor ke 12 untuk meluahkan kemurkaan terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana mengkritik baginda membuat bidaan RM 520,000 untuk mendapatkan nombor plat WWW 1.
Baginda bertitah bahawa Nizar telah lupa adab Melayu, jahil dan cetek akal kerana baginda membuat bidaan itu ikut prosedur.
Baginda mahu Nizar meminta maaf kepada semua rakyat Johor dan menasihatkan Nizar "Janganlah sebok mencari kudis di kaki orang sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati".
Catatan: Tentunya rating politik Nizar telah meningkat naik di seluruh negara kerana beliau telah mendapat perhatian dan kritikan secara langsung dari Sultan.
Di Perak, walaupun siri  penderhakaannya lebih dahsyat lagi, tetapi hanya di layan oleh orang politik.
Nizar salahkan TV3 dan Utusan Malaysia. Tentu ada juga terima kasih yang tak terucap dari segi   keuntungan politik terutama di kalangan orang Cina.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2012 00:16

TERIMA KASIH NIZAR YANG TAK TERUCAP.

Sultan Johor, Sultan Ibrahim telah mengambil kesempatan ketika merasmikan pembukan Penggal Kelima Dewan Undangan Negeri Johor ke 12 untuk meluahkan kemurkaan  terhadap bekas Menteri Besar Perak, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin kerana mengkritik  baginda membuat bidaan RM 520,000 untuk mendapatkan nombor plat WWW1.

Baginda bertitah bahawa Nizar telah lupa adab Melayu,jahil dan cetek akal kerana baginda membuat bidaan itu ikut prosedur.

Baginda mahu Nizar meminta maaf kepada semua rakyat Johor dan menasihatkan Nizar"Janganlah sebok mencari kudis di kaki orang  sedangkan tokak di kaki sendiri tidak mampu diubati"

Catitan: Tentunya  rating politik Nizar telah meningkat naik di seluruh negara  kerana beliau telah mendapat perhatian dan kritikan secara langsung dari Sultan.

Di Perak walaupun siri  penderhakaannya lebih dahsyat lagi tetapi hanya di layan oleh orang politik.

Nizar salahkan TV3 dan Utusan Malaysia. Tentu ada juga terima kasih yang tak terucap dari segi   keuntungan politik terutama di kalangan orang Cina.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 15, 2012 00:16

June 14, 2012

MOHON MAAF PADA MAHATHIR DAN CABAR ANWAR

Berasaskan dari komen-komen dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang diterima setakat ini atas  rencana  Khairy Boleh Jadi Perdana Menteri di Hari Tua, majoriti masih  mahukan Khairy diberi peluang untuk menaiki tangga politik dalam UMNO.
Mereka sedar akan ketelanjuran politik Khairy tetapi masih menerimanya dengan bersyarat: Khairy mesti belajar dari kesilapan lalu, jangan terburu buru, ,jangan berbini lebih, jangan terlibat dengan skandal, jangan sombong dan ego, jangan  tamak, mesti banyak menoleh kebelakang malah memintanya juga melihat dari kejatuhan bapa mertuanya Abdullah Badwi.
Anwar tersungkur  ketika di pintu kuasa  dan Abdullah Badawi jatuh di puncak kuasa.
Terdapat komen yang agak keras dari mereka yang tetap  menolaknya tetapi tidak ramai bilangannya( Sila hitungkan). Mereka berkata bahawa kerosakan dan malapetaka yang dilakukan oleh Khairy terhadap kestabilan negara dan bangsa Melayu dan UMNO adalah memerlukan suatu revolusi untuk kembali kepada keadaan sebelumnya. UMNO sukar untuk memaafkannya.
Pada keseluruhannya pelawat blog ini  yang berada dalam keadaan amat marah kepada Khairy tetap  berbahasa sopan , rasional dan terpelajar.
Mereka yang menyokong untuk diberikan peluang kepada Khairy adalah juga orang yang menyedari kesilapan yang dilakukannya tetapi mereka merasionalisasikannya  dengan mengemukakan bahawa ramai  pemimpin terdahulu pun melakukan berbagai kesilapan. Hanya mereka yang berani mengambil risiko yang akan menempa sejarah besar.
Sebagai Ketua Pemuda UMNO Khairy dilihat pasif dan hati-hati  dalam menghadapi cabaran politik yang bersifat keugamaan dan kebangsaan Melayu  dari parti pembangkang. Umpamanya dalam tindakan terhadap gereja yang cuba mengkristiankan orang Islam, beliau dengan pantas menyalahkan pihak yang melakukan tindakan itu.
Banyak peranan yang sepatutnya dijuarai oleh Pemuda UMNO  telah diambilalih oleh  NGO tetapi Khairy  pantas menyerlah apabila dapat memukaukan ramai orang terutama generasi baru dengan keterampilan hebatnya  dengan Ambiga dan Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR. Nyata beliau dihadapan.
Perdebatan di London dengan Rafizi juga telah memperbaiki imej UMNO dikalangan para pelajar dan generasi muda malah sampai meluas pengaruhnya di kalangan pelajar pelajar di Amerika Syarikat. Khairy yang dilihat berdosa besar kepada UMNO tiba-tiba  berada dalam barisan depan untuk mengisi harapan  generasi baru kepada  UMNO.
Bagaimanapun Khairy mesti lebih berani untuk melangkah lagi kehadapan bagi  membersihkan namanya dalam parti. Beliau mesti meminta maaf secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir  dan mencabar Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya dalam isu isu semasa
Saya percaya Khairy mempunyai banyak kelebihan dari Anwar  terutama dari segi ekonomi kerana seperti kata Tun Daim dalam hal ekonomi Anwar hanya boleh  menghafal.
Kemenangan Khairy dalam perdebatan ini kelak  akan pastinya   mengembalikan  kepercayaan orang UMNO kepadanya kerana dalam politik seperti yang selalu ditegaskan oleh Tun Dr Mahathir " Tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang abadi".
Barangkali  Sinar Harian  yang telah menyinarkan Khairy boleh menganjurkan perdebatan maha perdana ini demi untuk membuktikan  komen seorang pelawat blog ini "Jika dia dikesampingkan akan menjadi suatu kehilangan kepada parti".
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on June 14, 2012 19:46

Zainuddin Maidin's Blog

Zainuddin Maidin
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zainuddin Maidin's blog with rss.