MOHON MAAF PADA MAHATHIR DAN CABAR ANWAR
Berasaskan dari komen-komen dalam Bahasa Melayu dan Inggeris yang diterima setakat ini atas rencana Khairy Boleh Jadi Perdana Menteri di Hari Tua, majoriti masih mahukan Khairy diberi peluang untuk menaiki tangga politik dalam UMNO.
Mereka sedar akan ketelanjuran politik Khairy tetapi masih menerimanya dengan bersyarat: Khairy mesti belajar dari kesilapan lalu, jangan terburu buru, ,jangan berbini lebih, jangan terlibat dengan skandal, jangan sombong dan ego, jangan tamak, mesti banyak menoleh kebelakang malah memintanya juga melihat dari kejatuhan bapa mertuanya Abdullah Badwi.
Anwar tersungkur ketika di pintu kuasa dan Abdullah Badawi jatuh di puncak kuasa.
Terdapat komen yang agak keras dari mereka yang tetap menolaknya tetapi tidak ramai bilangannya( Sila hitungkan). Mereka berkata bahawa kerosakan dan malapetaka yang dilakukan oleh Khairy terhadap kestabilan negara dan bangsa Melayu dan UMNO adalah memerlukan suatu revolusi untuk kembali kepada keadaan sebelumnya. UMNO sukar untuk memaafkannya.
Pada keseluruhannya pelawat blog ini yang berada dalam keadaan amat marah kepada Khairy tetap berbahasa sopan , rasional dan terpelajar.
Mereka yang menyokong untuk diberikan peluang kepada Khairy adalah juga orang yang menyedari kesilapan yang dilakukannya tetapi mereka merasionalisasikannya dengan mengemukakan bahawa ramai pemimpin terdahulu pun melakukan berbagai kesilapan. Hanya mereka yang berani mengambil risiko yang akan menempa sejarah besar.
Sebagai Ketua Pemuda UMNO Khairy dilihat pasif dan hati-hati dalam menghadapi cabaran politik yang bersifat keugamaan dan kebangsaan Melayu dari parti pembangkang. Umpamanya dalam tindakan terhadap gereja yang cuba mengkristiankan orang Islam, beliau dengan pantas menyalahkan pihak yang melakukan tindakan itu.
Banyak peranan yang sepatutnya dijuarai oleh Pemuda UMNO telah diambilalih oleh NGO tetapi Khairy pantas menyerlah apabila dapat memukaukan ramai orang terutama generasi baru dengan keterampilan hebatnya dengan Ambiga dan Rafizi Ramli Pengarah Strategik PKR. Nyata beliau dihadapan.
Perdebatan di London dengan Rafizi juga telah memperbaiki imej UMNO dikalangan para pelajar dan generasi muda malah sampai meluas pengaruhnya di kalangan pelajar pelajar di Amerika Syarikat. Khairy yang dilihat berdosa besar kepada UMNO tiba-tiba berada dalam barisan depan untuk mengisi harapan generasi baru kepada UMNO.
Bagaimanapun Khairy mesti lebih berani untuk melangkah lagi kehadapan bagi membersihkan namanya dalam parti. Beliau mesti meminta maaf secara terbuka kepada Tun Dr Mahathir dan mencabar Anwar Ibrahim untuk berdebat dengannya dalam isu isu semasa
Saya percaya Khairy mempunyai banyak kelebihan dari Anwar terutama dari segi ekonomi kerana seperti kata Tun Daim dalam hal ekonomi Anwar hanya boleh menghafal.
Kemenangan Khairy dalam perdebatan ini kelak akan pastinya mengembalikan kepercayaan orang UMNO kepadanya kerana dalam politik seperti yang selalu ditegaskan oleh Tun Dr Mahathir " Tidak ada kawan yang kekal dan tidak ada musuh yang abadi".
Barangkali Sinar Harian yang telah menyinarkan Khairy boleh menganjurkan perdebatan maha perdana ini demi untuk membuktikan komen seorang pelawat blog ini "Jika dia dikesampingkan akan menjadi suatu kehilangan kepada parti".

Published on June 14, 2012 19:46
No comments have been added yet.
Zainuddin Maidin's Blog
- Zainuddin Maidin's profile
- 9 followers
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author
(yet),
but they
do have a blog,
so here are some recent posts imported from
their feed.