Zainuddin Maidin's Blog, page 132

July 25, 2012

KALAU KALAH KITA" MAMPUIH"

YM Tunku Abdul Rahman Putra Al HajMantan Perdana Menteri Pertama, Tunku Abdul Rahman ketika berkempen menyokong calun Parti Semangat 46, Datuk Harun Idris dalam Pilihan Raya Kecil Kawasan Parlimen Ampang Jaya pada 28 Januari 1989, telah menyatakan: "Kalau kita menang, kita perbetulkan pentadbiran Mahathir dan "kalau kita kalah, mampuih kita."
Datuk Harun telah dikalahkan oleh calun Barisan Nasional (BN), Ong Tee Kiat dengan majoriti 4,250 undi. Ong mendapat 23,719 berbanding dengan Datuk Harun...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 25, 2012 03:29

July 24, 2012

KONSPIRASI JENAYAH PEGAWAI KERAJAAN, PELAJAR PALSU DAN KEDAI PENDIDIKAN


Pada mulanya sebagai pelajar kemudian jadi
pelacur yang boleh dilihat disekitar Jalan
Bukit Bintang, Kuala LumpurTulisan Timbalan Ketua Pengarang akhbar Cina, Sin Chew Daily News di bawah ini adalah merupakan "rahsia umum." Kemasukan warga asing juga berlaku  secara 'rampant'  ke Britain  dalam tahun 70an  yang akhirnya melahirkan  beberapa  "little India" di negara itu.
Kebanyakan mereka dihalau oleh Idi Amin dari Uganda. UK terpaksa menerima ke...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2012 23:56

FARID ISMET NAFI ADA HUBUNGAN DENGAN DATIN SERI ROSMAH MANSOR

Seorang Pengacara RTM yang kacak, Farid Ismet Emir telah menafikan bahawa beliau  pernah mempunyai sebarang hubungan dengan Datin Seri Rosmah Mansor isteri Perdana Menteri Datuk Seri Najib.
Farid yang merupakan veteran RTM Dunia Jam 10, menafikan dengan sekeras-kerasnya beliau pernah berkahwin atau mempunyai anak hasil perkahwinannya dengan Rosmah tetapi katanya, cerita fitnah ini  telah  dengar dihebohkan sejak lebih 11 tahun lalu.
Katanya: "Saya  langsung tidak pernah mene...
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 24, 2012 01:50

July 23, 2012

RAKYAT KATA 'YA' KERAJAAN KATA ''TIDAK"

Penulis: Tan Pao Ching
(Terjemahan dari Sin Chew Daily News 18 Julai 2012)


Kejadian pecah rumah di taman-tamanperumahan kerap berlakuMenteri dan pegawai tertinggi kerajaan di negara kita apabila hadapi persoalan isu-isu sama ada ya ataupun tidak, berat ataupun ringan apa yang mereka pertimbangkan sebaliknya bercanggah dengan orang awam yang amat ketara sekali.
Apabila orang ramai berkata “ya”, “ada berlaku” dan “penting”, sebaliknya menteri dan pegawai tinggi kerajaan berkata “bukan”,...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2012 20:31

WARTAWAN-WARTAWAN KHALWAT


Apabila saya mengambil jawatan Ketua Pengarang Kumpulan Utusan Melayu dalam tahun 80an,  saya telah membuat keputusan untuk tidak lagi menyiarkan berita khalwat, walaupun ia disiarkan oleh akhbar Melayu lain. 
Ini adalah oleh  kerana saya tidak yakin akan dapat berlaku adil. Jika yang terlibat orang-orang penting seperti pegawai tentera, polis atau artis ada pihak yang akan meminta supaya tidak disiarkan atau mereka  sendiri datang ke pejabat Utusan untuk meminta belas kasi...
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 23, 2012 18:27

July 21, 2012

TAN SRI KADIR: BENDERA PAS MULIA

Identiti Tan Sri Kadir selama iniialah Bow TieVeteran Umno dan juga mantan Menteri Penerangan, Tan Sri Kadir Sheikh Fadzil telah mensifatkan bendera Pas sebagai bendera yang mulia.
Berucap dalam suatu perhimpuan Hijau Menuju Putajaya yang dianjurkan oleh Pas Selangor di Stadium Kuala Selangor baru baru ini, Tan Sri Kadir yang berada di atas pentas bersama-sama dengan pemimpin Pas, PKR dan DAP berkata: "saya bangga dapat kibarkan bendera yang mulia ini," sambil mengebarkan bendera Pas.
Demikian dilaporkan oleh Harakahdaily yang mendakwa beratus ribu orang telah menghadiri perhimpunan itu berbanding dengan perhimpunan Pas di lain-lain negeri, kerana turut dihadiri oleh wakil-wakil dari Parti Keadilan, DAP dan juga Tan Sri Kadir.
CATATAN: Semoga dengan sokongan Tan Sri Kadir kepada Pas, akan menambahkan kemuliaan Pas sebagai sebuah parti Islam dan akan dapat membawa lebih ramai artis menyertai Pas dan semoga Kadir juga akan menjadi seorang yang lebih mulia akhlak dan keperibadiannya sama seperti tok tok guru Pas.
Sama-samalah kita menunggu Tan Sri Kadir berjubah dan berserban untuk terlihat lebih bersih dan lebih mulia. Kadir harus berpakaian baru kerana manusia Malaysia, terutama pengikut pengikut Pas mudah terpengaruh dengan "kulit" tanpa mengira dalamnya hitam atau putih.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 21, 2012 22:41

July 20, 2012

JANGAN TANYA APA ORANG CINA MAHU


Penulis: Koh Kok Wai
(Terjemahan dari akhbar Nanyang Siang Pau 17 Julai)

Orang-orang Cina mahu apa? Ataupun kaum Cina mahukan apa?
Gambar hiasan:   Ada pihak berpendapat kaum Cina
kini berada di persimpangan jalan  
Persoalan ini telah berlaku pada PRU lepas, dimana pemimpin BN sering secara berterusan bertanya.
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri berkata, beliau bertanya kepada MCA kenapa MCA tidak tahu membaca jiwa kaum Cina? Adakah memang benar jiwa dan sikap orang Cina agak susah untuk difahami?
Sebenarnya soalan ini bukan tiada jawapannya, sebenarnya ia punyai banyak jawapannya, jika bertanyakan kepada 100 orang Cina pasti dapat 101jenis jawapannya.
Ini bermakna pemimpin BN dan pemimpin MCA sudah pun tahu jawapannya, apa sebenarnya jawapan yang diminta oleh orang Cina, hanya mereka tidak mampu untuk kotakan permintaan itu sahaja.
Kenapa mereka asyik sering tertanya-tanya lagi?
Mungkin persoalannya masih berkisar di minda ahli-ahli politik untuk mempertimbangkannya, sebaik-baiknya bagaimana mereka dapat menawan hati pengundi itu lebih diutamakan, dan masalah itu sedang berkisar kepada bahawa jiwa pengundi sudah tidak boleh ditawan lagi.
Kerana kehidupan rakyat jelata hari ini menghadapi pelbagai masalah, masalah-masalah ini mereka mengharapkan ahli-ahli politik dapat membantu dan meyelesaikannya, jika persoalan ini terus menerus dipertikaikan dan persoalkan, apa sebenarnya yang pengundi mahukan, selepas itu apa harapan yang akan mereka berikan kepada pengundi untuk meraih kemenangan itu, inilah satu dilema yang dihadapi oleh BN terhadap pengundi kaum Cina.

Janji-Janji Politik Disesuaikan Untuk Pengundi
Jika pimimpin BN tukar tajuk bertanya orang-orang Cina mahukan apa? Atau bertanya apa yang pengundi Cina mahukan? Apakah jawapannya?
Mungkin jawapan itu amat mencederakan dan akan menyusahkan, tetapi orang-orang Cina tidak mahukan apa-apa, kerana mahukan sesuatu itu mungkin dianggap begitu terus terang, dan lebih jelas dimana jawapan samar-samar itu agak sedikit sahaja.
Jika bertanya mahu apa kepada 100 orang itu mungkin ada 101 jawapan, tetapi jika bertanya tak mahu apa kepada 100 orang itu mungkin jawapan itu lebih terus terang, mungkin jawapannya hanya tinggal 50 jawapan sahaja.
Sejak PRU lepas sehingga ke hari ini, keadaan antara parti pembangkang dengan parti pemerintah semakin bertentangan, dimana politik mereka semakin ganas dan kurang kesefahaman baik di antara mereka, suasana itu membawa ketegangan, kerisauan dan menggerunkan.
Bagi merebut tiket-tiket undi pihak pembangkang dan pihak pemerintah asyik bertanya kepada pengundi apakah yang pengundi mahukan, selepas itu mereka cuba sesuaikan agenda politik mereka untuk disesuaikan kepada pengundi, perkara itu bukan tidak bagus, jika kita fikirkan kepada realitinya, adakah soalan itu relevan?
Sebagai seorang pengundi, jika bosan dengan soalan-soalan oleh ahli-ahli politik itu kerana bertanya apa yang kita mahukan, mungkin kita akan beritahu mereka, sebenarnya kita tidak berfikir apa yang kita mahukan.
Jawapannya sebegitu mudah sahaja.
Terjemahan:Doreen Ng Abdullah
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 20, 2012 23:08

July 19, 2012

KRIS ADORNS STREETS IN SINGAPORE TO WELCOME RAMADAN AND RAYA

The ‘kiss’ which stirred objection among some
Chinese leaders in MalaysiaThe Kris, which became a political controversy in Malaysia some time ago, now lined a street in Singapore as a symbol to welcome Ramadan and Aidil Fitri. The replicas are placed on both sides of the Geylang Serai main road to greet Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Although Singapore is not a Muslim country, it leads Malaysia in creating the mood and environment for Muslims to welcome Ramadan and Aidill Fitri.
It is more obvious if we are to drive to Singapore through Johore, the gateway to Malaysia, where no preparation is seen to celebrate the two major celebrations for Muslims.
The use of the kris as a decoration in the cosmopolitan country reminds Malaysians on how chauvinistic are some of the Malaysian Chinese who created fear for the kris and objected to the action by the UMNO Youth leader Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein in pulling out the kris at the UMNO Youth assembly.
More disgracing to the Malays is when, after being pressured by his advisers, Hishamuddin apologises.
Now the kris, which is feared by the Malaysian Chinese, is being highly honoured by a government which is regarded as a Chinese government in Singapore.
Normally, the decorations for the Aidil Fitri celebration in Malaysia’s federal capital, Kuala Lumpur, and other state capital, can only be seen just a few days before Aidil Fitri.
Jalan Tunku Abdul Rahman, the main road in the city of Kuala Lumpur , is neglected, except only when Hari Raya is near.
This year, the decorations at Jalan Chow Kit are minimal with only the ketupat lights hang on the left side heading towards the city centre.
Although the fasting month is not a month of celebration, but the feelings of the Muslims in welcoming the fasting month could not be felt by the officers concerned.
This is the month much awaited by Muslims, with feelings of greatness and joy to usher in the Aidil Fitri celebration. This month should be glorified prior to its arrival with various programmes, including beautification of the towns and streets.
This clearly shows how shallow is the thinking of our people, not being able to think out of the box, not creative, not innovative, inactive and slow in how they think and act, no abiliuty to sense the people’s feelings at certain times and occassions.
The air filled with colourful lights at Geylang Serai gives a joyous celebration to Ramadan compared with the situation at Jalan Tunku Abdul Rahman, which is dull with scattered stalls at Jalan Masjid India food for the breaking of fast.
Despite various ideas given to improve the situation at Jalan Masjid India during the fasting month, it is like pouring water onto taro leaves or speaking to a deaf mute. The situation here is the same like in previous years, congested, with no planning and discipline.
At Geylang Serai although additionals stalls are built by the roadsides to enable more people to operate business, the situation is more proper and well controlled and disciplined, as required by regulations.
At Jalan Masjid India, textile shop owners continue to place their goods on roads which further narrow the roads for motorists, and also pedestrians, and the action taken by the Kuala Lumpur City Council is not serious, but only seasonal.
It is learnt that this year too, corruption is said to the reason for the injustice in the distribution of stalls at Jalan Masjid India and sale of business sites to other persons still continues, which only reflect the weakness of the Kuala Lumpur City Hall and political pressures it is facing.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2012 17:00

PEMIMPIN DAN SKANDAL



Penulis:  Hong Choo Chew
(Terjemahan dari Akhbar Nanyang Siang Pau 14 Julai 2012)


Lim Guan EngMaksud pemimpin itu mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat, mereka memimpin masyarakat mempunyai tuju arah yang tertentu, berkhidmat untuk masyarakat ke jalan yang ditetapkan, mereka juga mempunyai pengaruh yang tertentu yang meluas dalam masyarakat, pengikutnya akan menjadi taksub, ikut gayanya dan serah diri padanya.


Kata-kata pemimpin seperti ini mempunyai kekuatan yang tertentu, tetapi kata-kata yang diluahkan oleh pemimpin seperti itu perlu menyakinkan semua orang, barulah mendapat kepercayaan; tidak semestinya perwatakan pemimpin itu lemah lembut, sebaliknya mempunyai prinsip-prinsip tertentu dan mempunyai tingkah laku yang tertentu, baru boleh tundukkan pengikutnya.


Ahli Falsafah Greece Aristotle menegaskan tingkah laku pemimpin bermakna: akhlak seseorang pemerintah perlu sebaik-baiknya dan lengkap, tugas-tugas yang dipikul itu ialah harapan kepada kuasa yang tertinggi yang diperolehi itu, kebolehan pemimpin itu seperti umpama Tukang yang bijak dan juga seorang Tukang yang hebat. Maksud Tukang itu sepatutnya mampu menjadi teladan, pelajaran dan taksub kepada pengikutnya, ini adalah syarat-syarat ilmu pengetahuan yang utama bagi seorang tukang, dan juga ia bermakna perlu ada disipilin yang tertentu.


Pemimpin Dikaitkan Dengan Berkhidmat Bakti Kepada Rakyat


Ramai orang percaya seseorang pemimpin itu perlu ada sikap khidmat bakti, punya perwatakan yang unggul, mempunyai keyakinan diri, jati diri, berdikari, mempunyai keputusan sendiri dan bersikap toleransi, punyai semangat berkhidmat, kebijaksanaan yang luar biasa, mempunyai keberanian yang unggul, membuat keputusan yang hebat, bertekad dan tidak mudah mengalah, sanggup berjuang, mudah mendekati orang ramai, dan sepatutnya ada banyak sikap insaf diri, paparkan sikap-sikap mulia. Pemimpin seperti ini mempunyai pengaruh, ini juga salah satu punca kenapa seseorang pemimpin itu perlu punyai kekuatan yang boleh menundukkan orang ramai dan ramai yang menjadi taksub kepadanya.


Sudah tentu orang ramai juga mahu dan mengharapkan pemimpin-pemimpin itu adalah pemimpin yang membawa ke jalan yang benar, pada masa yang sama secara adil menjalankan tugas, dan benar-benar jujur tidak memihak kepada mana-mana pihak, secara ikhlas dan terus menjalankan tugas, tidak ada kesempatan dan kepentingan diri ataupun menyimpan dendam mana-mana pihak dan ambil kesempatan menghentam ataupun membalas dendam terhadap orang lain, dan mampu mendengar kritikan-kritikan dan pandangan dari orang lain, mampu menerima suara-suara yang berlainan. Sebab itu berdasarkan pemimpin itu sepatutnya lengkap dan bernilai dalam masyarakat, dan mempunyai kualiti dan keperibadian yang mulia tinggi.


Pemimpin Boleh Romantis Tetapi Jangan Cetek Akhlak


Sudah tentu pemimpin juga manusia, ada nafsu dan keinginan, mempunyai hal-hal kemahuan secara peribadi. Tetapi apa sahaja gerak geri mereka dan tingkah laku mereka itu ada kaitanya dengan organisasi dan kumpulan mereka dan ada juga berkait dengan jawatan-jawatannya, dan ia malambangkan keperibadian yang tertentu, sebab itu apabila pemimpin dikaitkan dengan skandal secara cepat terus menjadi perhatian umum, dan diambil berat oleh organisasi dan kumpulan itu,ahli-ahli dari pihak lawan akan sepenuhnya mengorek isu itu, ambil kesempatan untuk mempersendakannya, mengejek, ketawakan, menyindir dan mempermain-mainkan, sehingga pihak yang terkena itu segera letak jawatan.


Berlaku keadaan seperti ini memang amat menyedihkan, yang menyedihkan kerana ini semuanya tingkah laku peribadi individu, tiada kaitannya dengan sesuatu kaum dan negara, mereka cuba andaikan keburukan pemimpin pihak lawan, ini hanya akan timbulkan lebih banyak permusuhan, menyebabkan timbul sifat berdendam, dan telah abaikan kepentingan dan jasa-jasa untuk masyarakat. Sebab itu pemimpin-pemimpin perlu bersikap berhati-hati dan sayangkan diri sendiri, jangan membuat sesuatu ikut sesuka hati mereka, jika tidak lakukan sesuatu untuk kepentingan peribadi, sekurang-kurangnya jangan buat perkara yang bukan-bukan yang boleh mendatangkan kekecohan.


Sebab itu sesorang pemimpin itu perlu berhati-hati apabila bercakap, jika langkah-langkah mereka bersikap romantis, dan menjadi kroni kepada romantis, seseorang pemimpin yang bijak dan hebat tetapi tidak mempunyai akhlak yang tinggi, sudah tentu mereka akan memilih kehidupan romantis, tetapi jangan sampai menjadi cetek akhlak. Sila pandang dan perhatikan di sekelilng anda, adakah kita punyai pemimpin seperti itu?
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2012 16:48

KERIS DIPACAK DI SINGAPURA SAMBUT PUASA DAN RAYA

Pacakan Keris yang diiringi dengan lampu neon pelbagai warna telah menimbulkansuasana yang syahdu bagi  menyambut bulan Ramadan Al Mubarak dan Hari RayaAidil Fitri di sepanjang Jalan Geylang Serai, Singapura.Keris yang menjadi kontroversi politik di Malaysia tidak lama dahulu telah dipacak di Singapura sebagai  lambang menyambut Ramadan dan Aidil Fitri yang menghiasi kiri  kanan jalan utama Geylang Serai dengan lampu neon berwarna warni mengucapkan Selamat Hari Raya Aidil Fitri.
Walaupun Singapura bukan negara Islam, tetapi ia telah mendahului Malaysia dalam mewujudkan semangat dan perasaan penduduk Islam menyambut Ramadan dan Aidill Fitri. Ciuman  yang menimbulkan bantahansebilangan pemimpin Cina di MalaysiaLebih terserlah perbandingan ini, apabila kita berkereta dari Singapura memasuki  negeri Johor  yang merupakan pintu masuk ke Malaysia tanpa kelihatan sebarang persiapan untuk meraikan kedua hari terbesar umat Islam itu.
Penggunaan keris sebagai dekorasi secara besar=besaran di negara kosmopolitan ini, tentunya mengingatkan kembali rakyat Malaysia terhadap betapa chauvinisnya segolongan kaum Cina Malaysia yang membangkitkan ketakutan kepada keris sehingga mereka membantah Ketua Pemuda UMNO Malaysia, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein  menghunus dan menjulang keris dalam perhimpunan Pemuda UMNO.
Lebih menjatuhkan maruah Melayu, apabila atas desakan beberapa orang penasihatnya,  Hishamuddin telah meminta maaf.
Betapa keris yang ditakuti oleh Cina Malaysia sekarang dijulang dengan berani oleh sebuah kerajaan yang dianggap sebagai kerajaan Cina di Singapura.

Pemerintah Singapura yang dikuasai majoriti kaumCina dilihat lebih bersikap terbuka membina lampuhiasan berbentuk Keris dianggarkan setinggi lebih30 kaki di sepanjang Jalan Geylang Serai dan
Joo Chiat RoadBiasanya hiasan menyambut Aidil Fitri  Ibu Negara Malaysia, Kuala Lumpur dan juga di ibu-ibu negeri lain, hanya kelihatan ketika hampir Aidil Fitri.

Jalan Tunku Abdul Rahman yang merupakan jalan utama di Bandaraya Kuala Lumpur  tidak pernah diindahkan dengan sewajarnya sebelum bulan puasa, kecuali ketika hampir menjelang  Hari Raya.
Pada tahun ini nampak hiasan di kawasan Jalan Chow Kit sekadarkan melepaskan batuk di tangga dengan lampu ketupat bergantungan di sebelah kiri menuju ke Pusat bandar.
Walaupun bulan puasa bukan bulan perayaan, tetapi perasaan syahdu umat Islam dalam menyambut bulan puasa tidak dapat dihayati oleh pegawai-pegawai yang bertanggungjawab.
Bulan inilah yang menghayati umat Islam dengan  perasaan kebesaran, kemeriahan  dan keagungan  untuk menyambut Aidil Fitri. Patutnya bulan ini dipupuk dan disuburkan menjelang kedatangannya dengan berbagai cara termasuk penghiasan bandar.
Ini adalah jelas menunjukkan betapa miskinnya pemikiran orang kita, tidak dapat berfikir di luar kotak,  tidak kreatif, tidak inovatif, tidak aktif dan.lembab dalam cara berfikir dan bertindak, tidak ada keupayaan untuk menciumi perasaan rakyat pada ketika-ketika tertentu.
Suasana bermandi cahaya di Geylang Serai yang meriah menjelang puasa berbanding jauh dengan keadaan di Jalan Tunku Abdul Rahman yang suram dengan keadaan gerai-gerai yang berkecamuk di Jalan Masjid India yang menjadi tumpuan orang Islam untuk membeli belah persiapan raya dan membeli juadah  atau berbuka puasa di gerai-gerai.
Walaupun berbagai idea telah diberikan untuk memperkemaskan suasana membeli belah dan berjamu selera di Jalan Masjid India di bulan puasa, tetapi ia adalah ibarat menjirus air di daun keladi atau bercakap kepada orang pekak. Suasana di sini sama sahaja seperti tahun-tahun lalu, sesak, tidak teratur dan tidak berdisplin.
Di Geylang Serai walaupun gerai-gerai tambahan didirikan ditepi-tepi jalan untuk membolehkan lebih ramai orang berniaga, tetapi keadaannya jauh lebih teratur dan terkawal dengan disiplin yang ketat mengikut   peraturan yang ditetapkan.
Di Jalan Masjid India, pekedai-pekedai kain terus meletakkan barangan perniagaan mereka di atas jalan yang menyempitkan laluan kereta dan orang ramai berjalan kaki dan tindakan yang diambil oleh Penguatkuasa Dewan Bandar Raya Kuala Lumpur dilihat tidak serius di sepanjang masa dan lebih bersifat  hangat-hangat tahi ayam.
Difahamkan pada tahun ini juga masalah rasuah yang menyebabkan ketidakadilan dalam pembahagian gerai di Jalan Masjid India dan penjualan tapak berniaga dan 'jual atas jual' terus berlaku dengan sewenang-wenang yang melambangkan betapa lemah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan tekanan yang dihadapinya  dari kalangan politik.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 19, 2012 16:11

Zainuddin Maidin's Blog

Zainuddin Maidin
Zainuddin Maidin isn't a Goodreads Author (yet), but they do have a blog, so here are some recent posts imported from their feed.
Follow Zainuddin Maidin's blog with rss.