Web Sutera's Blog, page 11
May 21, 2013
Rock tetap rock, studi tetap studi, ibadah tetap ibadah
Lu orang ada ini: "Rock tetap rock, studi tetap studi, ibadah tetap ibadah." Masa ini gua pakai seluar jean koyak di lutut. Bila mahu solat di Komtar, ikat kepala lutut dengan key (sapu tangan besar). Heh!
Saya suka menulis dan merakam cerita dalam kaedah tersendiri, walaupun setakat ini baru lima buah buku diterbitkan. Sebelum menulis buku, saya menulis untuk majalah dan surat khabar. Tapi saya menulis bukan untuk suka-suka.
Semasa bersekolah menengah, saya gunakan nama pena Naga Buana. Rakan-rakan se-Asrama Felda Kuala Lumpur masih mengingati nama ini, malah mereka lebih mengenali Naga Buana daripada Hizamnuddin Awang.
Semasa bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh, Besut, Terengganu dan Asrama Felda Kuala Lumpur, saya suka menulis puisi. Di Asrama Felda dan berpanjangan di universiti, saya guna nama pena Naga Buana.
Puisi masih menjadi kegemaran dalam meluah rasa hati. Beberapa buah buku kecil yang memuat catatan puisi saya sudah hilang entah ke mana. Justeru minat menulis puisi dan kata-kata perangsang, banyak saya masukkan di dalam dua buku; yakni Berfikir Gaya Champion dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW).
Insya-Allah, buku seterusnya yang turut ada puisi ialah Hijrah Champion Gaya Rasulullah.
Penulisan KJ Metod bukan kaedah Khairy Jamaluddin! Ramai penulis amalkan, mungkin ramai juga yang tidak amalkan, atau amalkan separuh-separuh. Ini untuk para sahabat yang tertanya-tanya bagaimana saya menulis.
Saya sedang menulis fiksyen futuristik Kombat Armagedon , yang proposalnya sudah dihantar kepada penerbit. Tentu tuan dan cikpuan perasan saya posting beberapa fragmen pendek plot Januari 2587 Masihi. Saya gunakan KJ Metod, dan usai subuh tadi, minda mula sendat. Sudah tidak boleh kembangkan plot ini, jadi saya berhenti.
Kebaikan kaedah ini, seperti templat Tuan Zamri Mohamad, saya beralih ke plot lain, malah boleh menulis buku lain sekali gus. Cuma mungkin kekuatan saya, sebagai pentaksub buku, maka saya perlu banyak merujuk sebelum menulis. Justeru saya terus membaca untuk nukilan plot seterusnya.
Saya suka menulis dan merakam cerita dalam kaedah tersendiri, walaupun setakat ini baru lima buah buku diterbitkan. Sebelum menulis buku, saya menulis untuk majalah dan surat khabar. Tapi saya menulis bukan untuk suka-suka.
Semasa bersekolah menengah, saya gunakan nama pena Naga Buana. Rakan-rakan se-Asrama Felda Kuala Lumpur masih mengingati nama ini, malah mereka lebih mengenali Naga Buana daripada Hizamnuddin Awang.
Semasa bersekolah menengah di Sek. Men. Seri Nering, Jerteh, Besut, Terengganu dan Asrama Felda Kuala Lumpur, saya suka menulis puisi. Di Asrama Felda dan berpanjangan di universiti, saya guna nama pena Naga Buana.
Puisi masih menjadi kegemaran dalam meluah rasa hati. Beberapa buah buku kecil yang memuat catatan puisi saya sudah hilang entah ke mana. Justeru minat menulis puisi dan kata-kata perangsang, banyak saya masukkan di dalam dua buku; yakni Berfikir Gaya Champion dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW).

Penulisan KJ Metod bukan kaedah Khairy Jamaluddin! Ramai penulis amalkan, mungkin ramai juga yang tidak amalkan, atau amalkan separuh-separuh. Ini untuk para sahabat yang tertanya-tanya bagaimana saya menulis.
Saya sedang menulis fiksyen futuristik Kombat Armagedon , yang proposalnya sudah dihantar kepada penerbit. Tentu tuan dan cikpuan perasan saya posting beberapa fragmen pendek plot Januari 2587 Masihi. Saya gunakan KJ Metod, dan usai subuh tadi, minda mula sendat. Sudah tidak boleh kembangkan plot ini, jadi saya berhenti.
Kebaikan kaedah ini, seperti templat Tuan Zamri Mohamad, saya beralih ke plot lain, malah boleh menulis buku lain sekali gus. Cuma mungkin kekuatan saya, sebagai pentaksub buku, maka saya perlu banyak merujuk sebelum menulis. Justeru saya terus membaca untuk nukilan plot seterusnya.
Published on May 21, 2013 04:06
May 14, 2013
KOMBAT ARMAGEDON - Baitulmaqdis

“Ia ditakdirkan bahawa Baitulmaqdis atau Jerusalem dan secara besarnya tanah Palestin akan dibebaskan oleh tentera Muslimin. Ia turut akan memusnahkan negara haram Israel dari muka bumi dan al-Masih Nabi Isa binti Mariam kemudiannya akan menjadi Khalifah yang memerintah dari Baitulmaqdis. Nabi Isa Alaihisalam akan mentadbir sebuah khilafah berupa Negara Islam yang akan dibentuk di Tanah Suci Palestin menggantikan negara pembohong Israel.”
Semoga Allah mencucuri rahmat dan kasih sayang-Nya untuk semua arwah para alim ulama Islam, dan memberkati usia serta ilmu ulama kontemporari dari seluruh bangsa dan negara. Amin ya Rabb.
Ia juga ditakdirkan sebelum Baitulmaqdis muncul sebagai pusat pemerintahan Negara Islam, negara haram Zionis Yahudi Israel akan memenuhi ramalan sebagai ‘negara’ yang menjarah dunia. Negara tuntunan sang Dajjal dari dunia gelap itu bakal memerintah dan menjarah bumi dalam satu masa yang dikenali sebagai ‘sehari bagaikan seminggu’.
Pada akhir tempoh itu, al-Masih sang pembohong besar Dajjal akan muncul sebagai manusia sebenar, bertubuh dan beranggota sebagai manusia. Tatkala itu ia muncul sebagai ‘pada harinya seperti hari kita’, sebagai seorang manusia yang menjelma dari dunia ghaib.
Pada saat itu air Laut Galillee akan mengering. Dajjal akan 'memerintah' dunia dari Baitulmaqdis dan memenuhi misinya sebagai pembohong al-Masih sebenar, yakni menipu sebagai al-Masih Nabi Isa alaihisalam. Setelah Dajjal muncul secara langsung, saat itulah Imam al-Mahdi akan muncul.
Banyak kali kaum Bani Israel melanggar janji mereka dengan Allah, justeru Allah mengharamkan Baitulmaqdis atau Jerusalem untuk mereka selamanya. Pendudukan Zionis Yahudi di tengah-tengah negara Arab itu tidak akan berjaya. Itu janji Allah yang Maha Benar.
Nabi Muhammad (SAW) menunjukkan kepada kita yang tentera Muslimin akan muncul dari Khorasan bagi musnahkan negara haram Israel. Bala tentera jihad itu akan muncul sebaik sahaja Imam Mahdi muncul, kemudian kekhilafahan Islam akan wujud buat kali terakhir.
Musnahnya negara Yahudi Israel itu buat kali terakhir juga. Sejarah menintakan bahawa tentera Babylon buat kali pertama menghalau kaum Yahudi keluar dari situ. Kemudian buat kali kedua oleh tentera Rom. Akhirnya tentera jihad Muslimin akan menghalau mereka.
Fiksyen ini memangnya sebuah fiksyen. Ia bukan kitab atau kajian ilmiah, namun ditata dan diadaptasi dari kajian ilmiah. Fasa utama fiksyen ini ialah sebelum “Pada akhir tempoh itu, al-Masih sang pembohong besar Dajjal akan muncul secara sebagai manusia sebenar, bertubuh dan beranggota sebagai manusia.”
Walaupun demikian, pada pemahaman saya, fasa atau tempoh masa sebelum munculnya Dajjal secara nyata, tidak kita ketahui secara tuntas. Ilmu itu hanya milik Allah yang Maha Mengetahui.
Peristiwa atau plot ceritera di tahun-tahun Masihi selepas 2013 adalah gambaran dari saya semata-mata. Ia imaginasi saya sebagai penulis novel ini, tidak langsung dinyatakan dalam sebarang ayat-ayat al-Quran dan hadis-hadis Nabi Muhammad (SAW) dan tafsiran para ulama. Justeru ia sebuah fiksyen.
Dalam sebuah risalah kecil bernilai besar, ilmuan Islam Imran N. Hosein menulis, “Dalam masa 10 tahun dari sekarang, iaitu dalam bulan Rabi al-Thani 1443 Hijrah, dunia Islam akan memperingati genap 100 tahun peralihan kuasa di Makkah dari naungan Turki Uthmaniah kepada Sultan Arab, Abdul Aziz bin Saud.”
Imam Ahmad dan Thabrani meriwayatkan sebuah hadis. Abu Umamah melaporkan yang Rasulullah (SAW) berkata, “Segolongan umatku tetap memegang dan menolong agama, mereka keras kepada musuh. Tidak takut terhadap orang yang menentangnya dan terhadap apa yang menimpa mereka dari cubaan, sehingga datang perintah Allah mereka masih tetap berkeadaan begitu.”
“Sahabat bertanya, ‘Wahai Rasulullah, di manakah mereka?’
“Baginda menjawab, ‘Di Baitulmaqdis dan di sekitar Baitulmaqdis.’”
Semoga bermanfaat. Hanya Allah yang Maha Mengetahui.
--- Sebuah misi bermisil.
** Hakcipta Terpelihara 2013 WEB SUTERA @ Hizamnuddin bin Awang.
Published on May 14, 2013 21:23
May 11, 2013
Mulakan Langkah Champion (2): Hakikat Kerjaya

Dari zaman belajar menuju ke alam kerjaya
Setiap orang mempunyai cerita tersendiri dalam perjalanan dari zaman kanak-kanak, menuju dunia persekolahan dan seterusnya melangkah ke alam kerjaya. Malah dari alam kerjaya menuju persaraan pun jalan yang kita lalui berbeza dari orang lain.
Ada rakan kami yang cemerlang sejak awal persekolahan, seterusnya mendaki tangga universiti dan akhirnya melangkah alam kerjaya dengan gemilang dan bersara dengan wang pencen yang lumayan. Dia hidup selesa walaupun sudah bersara.
Manakala seorang lagi rakan kami berjaya di alam persekolahan lalu menjejak langkah ke universiti. Namun beliau tidak sempat menghabiskan pengajian di universiti dengan mendapat ijazah yang diidamkan. Sebaliknya beliau menceburi bidang perniagaan secara kecil-kecilan sehingga akhirnya kini beliau menjadi seorang usahawan yang berjaya.
Malah ada juga rakan-rakan kuliah semasa di universiti yang berjaya menamatkan pelajaran dan beroleh ijazah, bekerja dalam syarikat tertentu sementara menunggu melanjutkan pelajaran ke peringat lebih tinggi atau mendapatkan pekerjaan di sektor awam atau swasta.
Ada seorang lagi rakan pula mencapai kelulusan biasa-biasa semasa bersekolah dan mendapat pekerjaan dalam sektor awam memegang jawatan pegawai rendah. Namun demi mengejar cita-cita untuk meningkat dalam kerjaya, beliau telah mengikuti kelas malam dalam skim pensyarah muda sebuah IPTA.
Beliau bercerita, “Setiap hari selepas kerja saya bersiap-siap untuk pergi ke kelas malam, sedangkan rakan-rakan sejawat saya turun ke padang yang terletak berhampiran quarters bujang tempat tinggal kami untuk bermain bola. Sering sahaja apabila melihat saya lalu di tepi padang itu mereka akan berkata, ‘Tuan Profesor...!’ dengan tujuan menyindir saya. Mungkin berkat doa rakan-rakan saya itu, kini saya berjaya menjadi pensyarah berjawatan Profesor Madya!”
Begitu kisah tiga orang rakan kami yang melalui perjalanan yang berbeza. Kamu bagaimana pula? Apakah cita-cita dan impian kamu?
Masa yang terhad tetapi amat aerharga
Dalam sistem pendidikan negara kita pada masa kini setiap orang dimestikan mengikuti persekolahan mulai umur tujuh tahun, bermula dari darjah satu sekolah rendah hingga ke tingkatan enam sekolah menengah atau matrikulasi. Sesudah itu pelajar boleh memohon untuk memasuki IPTA atau IPTS dan mereka yang layak akan ditawarkan mengikuti kursus di IPTA atau IPTS.
Pelajar akan menamatkan pengajian di IPTA atau IPTS sesudah berjaya memperoleh diploma, ijazah sarjana muda, ijazah sarjana (masters) dan seterusnya ijazah kedoktoran (philosophy degree atau Ph. D.). Namun tidak ramai yang akan melanjutkan pelajaran sehingga peringkat ijazah sarjana dan ijazah kedoktoran. Sebahagian besar pelajar menamatkan pelajaran pada tahap diploma atau ijazah sarjana muda, lalu memasuki alam kerjaya.
Pada ketika ini umur pelajar berumur antara 23 hingga 25 tahun dan dia telah menuntut ilmu sebagai pelajar selama 16 tahun semenjak umurnya 7 tahun lagi. Dia akan mengharungi alam kerjaya sehingga dia bersara pada umur 55 tahun sekiranya berkhidmat di sektor swasta atau 58 tahun di sektor awam.
Ini bererti jangka masa kerjaya seseorang adalah antara 30 hingga 35 tahun. Dalam masa 30 hingga 35 tahun inilah seseorang itu harus bergiat membina kerjaya sehingga hari persaraan.
Dalam jangka masa ini dia mendirikan rumahtangga dan membina keluarga, mendidik dan membesarkan anak-anaknya. Pada ruang masa yang terbatas itu juga dia membina kekayaan, melabur dalam pasaran saham, unit amanah, menyimpan dalam Tabung Haji, dana pendidikan dan lain-lain.
Dalam ruang waktu itu juga dia membeli kenderaan dan rumah, dan menyelesaikan bayaran pinjaman untuk kedua-duanya.
Dalam sempadan masa itu juga dia mengumpul harta, melanjutkan pelajaran ke peringkat yang lebih tinggi, membina kerjaya sehingga peringkat tertinggi yang dia impikan dan dalam ruang waktu itu juga dia membelanjakan hartanya di jalan kebajikan dan memberikan sedekah.
Apakah cita-cita kita? Apa matlamat hidup kita? Membina kerjaya makan gaji sehingga hari persaraan atau bersara awal bagi menceburi bidang bisnes? Ingin membina kekayaan dan mengumpul harta yang banyak supaya dapat kita belanjakan pada jalan kebajikan, yakni membantu orang yang memerlukan dan kurang bernasib baik? Pilihan di tangan kita.
** Insya-Allah, ini siri ujana kerjaya sebagai langkah champion. Penulis kongsikan untuk kebaikan bersama. Andai ada penerbit yang sudi, penulis sedia ketengahkan tulisan ini ke dalam buku.
Published on May 11, 2013 17:21
April 30, 2013
Maafkan daku, duhai pembaca budiman

Novel setebal 896 muka surat ini melalui proses suntingan yang panjang, melelahkan dan penuh teliti. Saya mencari kelainan, justeru terbiasa dengan bacaan novel barat. Oleh kerana itu, pelbagai teknik saya terapkan dalam proses menggarap idea kurniaan Allah ini.
Di awal suntingan, editor Cikpuan Liana Omar berkomentar. "Rentetan peristiwa sebelum tiba ke jantung cerita sahaja sudah cukup panjang. Perjalanan tentera Islam untuk menawan Konstantinopel diperincikan dengan kreatif. Rantaian kemelut dalaman, konflik politik, peperangan, bukan sahaja daripada kedua-dua pihak utama, Islam dan Rom Bizantin, malah pelbagai pihak sampingan yang tidak kurang pentingnya seperti orang-orang Bulgar, Frank dan beberapa puak minor lain, dipaparkan dengan baik dengan teknik penceritaan yang pelbagai.
"Gaya penceritaan sdr. Web Sutera ini saya kira satu pembaharuan dalam dunia penulisan tempatan. Ia turun naik, sekejap mengembur debar, sekejab beralun tenang. Lingkaran cerita dan peristiwa berselirat dalam jaringan latar masa, tempat dan peristiwa yang berbeza-beza.
"Namun, ada baik buruk. Pembaca yang gemar akan teknik sebegini mungkin akan ‘tabah’ meneruskan pembacaan untuk mengetahui kesudahan kesemua rantaian cerita tersebut. Pembaca yang ‘kurang sabar’ atau yang gemar mengikut satu-satu cerita (gaya klasik: mula-klimaks-akhir) mungkin tidak akan menyukai karya ini."
Justeru, saya memberi kebebasan kapada editor agar memurnikan manuskrip mentah. Dengan usaha tanpa jeda sang editor mahir itu, proses suntingan berjalan dalam empat fasa, tidak termasuk dua fasa saya membaca semula keseluruhan manuskrip.
Hasilnya, manuskrip awal yang menjangkau lebih 1,000 muka surat itu, diisih dan dibersihkan menjadi buku setebal 896 muka surat untuk tatapan pembaca.
Akhirnya, Cikpuan Liana Omar menulis, "Namun menyeronokkan dan berisi. Membacanya membuatkan saya merasa seakan-akan sedang membaca karya-karya David Eddings dan David Gemmell (fantasi, epik) yang sarat plot, watak dan naratif. Juga terasa sedikit seperti karya Phillipa Gregory (penulis mapan dalam kisah sejarah bangsawan Inggeris).
"Saya memahami kesukaran untuk menghasilkan sebuah novel bernuasakan sejarah. Bukan senang dan memerlukan pembacaan yang bukan sedikit. Lebih-lebih lagi melibatkan Empayar Rom yang cukup panjang sejarahnya. Fakta-fakta dan kronologi peristiwanya bersimpang siur. Nama, tempoh hidup / pemerintahan, hieraki jawatan / gelaran, riwayat seseorang tokoh itu pun seakan-akan sama dengan tokoh yang lain. Ia mengelirukan, lebih-lebih lagi kepada mereka yang tidak mempunyai latar belakang sejarah yang kukuh. Apatah lagi dengan kurangnya rujukan yang benar-benar sahih dan boleh dipercayai.
"Sebab itulah tidak ramai yang berani melakukannya. Dalam konteks ini, saya ‘angkat topi’ kepada sdr. Web Sutera. Cubaan beliau dalam memaparkan kisah berkronologi panjang ini (625 - 1453) wajar diberikan pujian."
Alhamdulillah. Gabungan mantap antara penulis, penyunting, editor pruf dan editor perolehan Tuan Amir bin Abdul Hamid, novel sejarah ini berjaya berada di PBAKL 2013.
Maafkan sang penulis kerdil ini andai masih ada kekurangan dalam persembahannya. Justeru saya hanya sang hamba Allah yang tidak sempurna.
Published on April 30, 2013 17:49
April 25, 2013
Jadual Penulis Web Sutera di PBAKL 2013, PWTC

Bilakah Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur (PBAKL) 2013? Ia bermula dari 26 April sehingga hari mengundi PRU ke-13, 5 Mei.

Published on April 25, 2013 00:40
April 21, 2013
50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW) di PBAKL 2013

Rasulullah (SAW) yang diumpamakan sebagai al-Quran berjalan itu terlalu banyak tinggalkan panduan agar diamalkan oleh setiap umat Islam, bahkan setiap manusia. Mengapa mencari acuan lain dalam melestarikan ruang lingkup kehidupan, hatta sehingga memerintah sebuah tamadun dan negara? Bukankah Baginda sudah ajarkan kita sejak al-Quran diturunkan Allah dari Lauh Mahfuz? Baca, teliti dan tadabbur setiap kata dan pelakuan Rasulullah (SAW), nescaya kita temui serantaian resipi berkhasiat sebagai minuman dan makanan seharian.
Dalam ruang lingkup setiap inci sudut kehidupan, resipi tinggalan Baginda diambil oleh para ulama sepanjang zaman, malah orang-orang bukan Islam juga. Justeru mengapa kita biarkan ia berterabur tanpa dicicip? Ayuh kita cicip bersama. Ayuh kita bermotivasi gaya Rasulullah (SAW)! Ayuh kita lestarikan hidup dengan mengambil amanat Nabi Muhammad (SAW)!
Dalam buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW), saya turut kongsikan beberapa bab atau catatan mengenai kematian. Sungguh, mati itu pasti untuk setiap makhluk bernyawa. Dengan kesedaran untuk berdakwah dan saling mengingat, saya bercerita sesantai mungkin dalam persoalan amat penting ini.
Temui saya di booth Must Read, insya-Allah, di sepanjang PBAKL 2013 ini. Mari bersama raikan majlis ilmu walau di mana sahaja.
Published on April 21, 2013 21:20
April 17, 2013
Untuk menjadi penulis yang baik, wajib rajin membaca, menelaah dan memerhati – Web Sutera

Pada hari ini beliau akan berkongsi tip-tip penulisan dan pengalaman beliau sebagai penulis. Terima kasih kepada tuan / puan / cik kerana meluangkan masa pada hari ini. Kita mulakan dengan sesi perkenalan dahulu.
Jawapan: Saya menggunakan nama pena Web Sutera . Nama sebenar ialah Hizamnuddin bin Awang. Sebelum menceburi dalam bisnes katering sepenuh masa, saya pernah menjawat jawatan Editor bagi subjek matematik dan komputer di salah sebuah syarikat penerbitan. Selepas itu selama 11 tahun bekerja di MIMOS Berhad dan Jaring Communications Sdn. Bhd. sebagai Penyelidik dan Pegawai Pemasaran yang fokus tugasnya kepada penulisan bahan-bahan pemasaran, pendidikan ICT / Internet dan branding.
Semasa bekerja di Jaring Communications Sdn. Bhd., saya melaksanakan tugas-tugas sebagai penulis, editor bersekutu (associate editor) dan editor online bagi majalah Jaring Internet Magazine. Dalam waktu yang sama saya banyak menyumbangkan hasil penulisan kepada beberapa majalah berbahasa Melayu tempatan dan juga bagi tugas rasmi untuk sisipan Komputer, Berita Harian. Kesemua subjek penulisan saya ialah dalam bidang sains dan teknologi, ICT, internet dan peradaban manusia. Jawatan terakhir saya ialah Ketua Unit bagi salah satu unit dalam jabatan Komunikasi Korporat dan Branding syarikat Jaring Communications Sdn. Bhd.
Kini saya mengusahakan bisnes katering sepenuh masa bersama isteri. Dalam pada itu, saya meneruskan habit membaca dan menjadi pengulas dan pengkritik buku-buku fiksyen dan non-fiksyen.

Jawapan: Untuk menjadi penulis yang baik, wajib rajin membaca, menelaah dan memerhati. Kemudian mentaakul setiap ilmu yang diperoleh itu. Taakul dengan semangat untuk mengambil pengajaran, untuk berkongsi. Konsep ini lebih kepada amalan belajar sepanjang hayat, selari dengan anjuran Nabi Muhammad (SAW).
Jangan sombong dengan ilmu, justeru itu milik Allah. Oleh kerana milik Allah, buat apa kita sombong, kelak Allah boleh sahaja menarik balik ilham dan pemahaman ilmu itu. Baca, taakul dan tulis. Buat adaptasi di mana perlu, kemudian persembahkan kepada khalayak. Ikhlaskan niat, insya-Allah, ilmu itu bakal beroleh manfaat untuk diri sendiri dan orang lain yang membacanya.
Penulis wajib ikhlas menulis.
Soalan kedua, apakah dorongan utama tuan semasa menulis sehingga karya pertama berjaya diterbitkan sehinggalah karya yang ada sekarang?
Jawapan: Saya ulangi, penulis wajib ikhlas menulis. Jujurnya, siapa tidak mahu duit dengan menulis. Namun jangan pula niat menulis buku atau novel semata-mata demi duit. Apa yang sangat utama ialah mencari redha Allah, dan agar semua pihak mendapat manfaat daripada buku-buku yang diterbitkan.
Bercerita mengenai kejayaan, banyak pembaca mahu tahu apakah teknik dan strategi supaya menghasilkan karya mereka sendiri. Apakah caranya supaya seseorang penulis boleh terus menghasilkan karyanya?
Jawapan: Jangan tulis kerana duit semata-mata, betulkan niat. Tulis untuk dakwah dan saling mengingati. Itu hasrat saya, dan syukur Allah berikan kemudahan. Wang perlu, tapi redha Allah paling utama. Saya jahil, sahabat, saya pernah silap langkah. Saya sedar. Doa, taubat dan tawakal. Kasih dan cinta Allah untuk kita, insya-Allah. Niat bersih, duit ikut kita dari belakang, jadi hamba kita, bukan sebaliknya.
Mungkin, hikmah saya boleh istiqamah dan kuatkan semangat di sela-sela blok minda menulis dan kemalasan ialah justeru menulis dari hati. Menulis dari kesedaran yang saya perlu buat sesuatu.
Saya tidak mendalam ilmu agama. Cuma ingin belajar betulkan diri, mahu berubah, niat luruskan langkah sendiri yang terasa pincang. Mengaku di hadapan Allah. Mahu berubah dan berhijrah, menjadi lebih baik. Menjadi Champion dari sudut tersendiri.
Membaca buku-buku yang baik, kitab, al-Quran. Kemudian fahami, taakul dan serap. Amalkan, insya-Allah. Dirikan yang wajib, buatkan yang sunat. Usaha, doa dan tawakal.
Pada pandangan tuan,adakah bahan bacaan dan rujukan itu penting untuk menghasilkan buku. Bagaimana pula memanfaatkan bahan bacaan dan rujukan ini supaya dapat dibuat buku?
Jawapan: Sudah semestinya bahan dan rujukan penting dalam menulis perkara yang baik. Lagi banyak membaca, lagi baik. Ingin saya berikan satu tip penting dalam bidang menulis ini, iaitu berkaitan dengan kenyataan bahawa hanya al-Quran yang benar-benar original, itu jaminan dari Allah.
Bahan-bahan lain ialah berupa hikmah atau ilmu milik manusia atau lebih tepat milik Mukmin yang tercicir. Saya ulang kembali, asal ilmu itu milik mutlak Allah. Ambillah dari sumber manapun, namun pastikan ia selari dari sudut al-Quran dan ingatan Rasulullah (SAW).
Manfaatkan bahan bacaan dengan membuat proses adaptasi, sesuaikan dengan apa yang mahu disampaikan. Harus jangan dilupa, penulis juga wajib melihat elemen pahala dan dosa, halal dan haram. Ikhlaskan niat. Usaha dan doa.
Soalan terakhir, boleh kongsikan empat prinsip tuan semasa berkarya?
Jawapan:
(a) Ikhlaskan niat untuk menggapai redha Allah.
(b) Betulkan apa yang salah ambil / difahami oleh masyarakat atau khalayak pembaca. Kongsikan ilmu yang diilhamkan. Lestarikan menjadi buku atau novel yang bermanfaat.
(c) Buntu? Minta pandangan dari orang-orang atau sahabat yang boleh dipercayai. Kongsi, debat dan lestarikan. Saya ulang, ikhlaskan niat kerana Allah.
(d) Buntu lagi? Amalkan doa-doa mustajab, atau minta dengan Allah secara terus dalam bahasa dan gaya sendiri. Solat sunat agar Allah mudahkan segala usaha.

(a) Novel sejarah – Macedonia: Alexander Agungdengan tagline Hijab Raja Zulqarnain. Alhamdulillah, setakat ini penerimaan daripada pembaca sangat baik.
(b) Buku motivasi berjudul Berfikir Gaya Champion. Kita mungkin tidak boleh menulis buku motivasi yang baik jika kita sendiri tidak mengalaminya, yakni mungkin kegagalan atau kesukaran. Inilah yang ingin saya kongsikan dalam buku ini, insya-Allah. Moto utama ialah doa, usaha dan tawakal. Ia kisah saya dan tafsiran serta taakulan saya daripada peristiwa seharian. Cerita biasa-biasa yang saya harap menjadi luar biasa dengan penyampaian santai.
(c) Novel sejarah kedua berjudul Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH. Insya-Allah, kita boleh bersemuka, bertemu dan berbual. Datanglah juga untuk mendapat autograf bagi setiap buku saya.
** Entri asal dari Buku Kita Harta Kita.
Published on April 17, 2013 18:04
April 11, 2013
KONSTANTINOPEL: KIBARAN PANJI-PANJI AL-FATEH

Pengarang: Web Sutera
Tebal: 896 m/s
ISBN: 978-983-097-417-0
Harga: RM29.00 W/M, RM 31.00 E/M
Novel sejarah bertemakan tempat ini sarat dengan fakta tetapi diadun dengan beberapa watak fiksyen. Jika novel sejarah pertama beliau Macedonia menceritakan tokoh Raja Zulqarnain, melalui novel ini, Web Sutera memasukkan tokoh-tokoh Islam yang cuba membebaskan Konstantinopel termasuklah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke -7 sebelum masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Dimasyurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantin untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.
Kemegahan kota mecemburui pelbagai pihak, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi.
Published on April 11, 2013 19:30
April 8, 2013
Santai Bersama Tuan Web Sutera Sempena PBAKL 2013 (video)
Published on April 08, 2013 16:36
April 1, 2013
Gegar AL-FATEH di PBAKL 2013

Konstantinopel sebuah kota yang menjadi rebutan. Sebuah kota bersejarah yang dibina kembali dari puing-puing tinggalan kaloni Greek yang membinanya dalam abad ke-7 Sebelum Masihi. Nama asalnya ialah Bizantium. Pelbagai pihak inginkannya.
Ia dimasyhurkan sebagai pusat kerajaan baharu Rom pada tahun 330 Masihi oleh maharaja Rom bernama Constantine Agung. Kota ini berfungsi sebagai pusat Empayar Bizantine untuk berabad-abad lamanya. Ia juga dikenali sebagai Rom Baharu atau Rom Timur.
Sejak dari itu, pelbagai pihak mencemburui kemajuan kota kemegahan ini, termasuk dari pihak di Rom, Itali dan suku kaum yang memerintah kerajaan-kerajaan Eropah. Lokasinya amat strategik. Semenjak Rasulullah (SAW) berkata dalam hadis di atas semasa Perang Khandak, pemimpin dan pejuang jihad Islam selepasnya berhasrat memenuhi ramalan kenabian itu.
Misi menawan kota Konstantinopel mempunyai rentetan kisah perjuangan yang tidak kurang menariknya untuk direnungi. Seorang sahabat Nabi yang bernama Abu Ayub al-Ansari turut melakar namanya pada lembaran sejarah Islam. Beliau masyhur sebagai seorang pejuang Islam sejati. Apabila mengetahui ajalnya bakal tiba, beliau meminta agar dikebumikan berhampiran dengan kota Konstantinopel yang cuba ditaklukinya. Wasiat beliau ditunaikan.
Ini sebuah novel sejarah, perkisahan berkaitan kota Konstantinopel atau kemudiannya dikenali sebagai Istanbul sehingga sekarang. Saya persembahkan dengan cara yang berlainan dari pendekatan novel-novel sejarah lain yang sudah diterbitkan dalam bahasa Melayu, insya-Allah.
Saya bahagikan plot novel ini dalam beberapa era; Khulafa al-Rasyidin, Khalifah Bani Umayyah, Bani Abbasiyyah, Kesultanan Seljuk dan Khalifah Uthmaniah.
Sengaja saya perincikan sedemikian rupa justeru ianya selari dengan pendekatan pengkajian sejarah oleh penakluk dan pembebas Konstantinopel, Sultan Muhammad Al-Fateh. Beliau dalam merancang strategi perang mengepung kota Konstantinopel - selain kekuatan jiwa, munajat malam, nasihat penakluk rohani Syeikh Aaq Syamsuddin dan mengikuti tatacara Rasulullah (SAW) – dengan mengkaji geografi dan usaha kepungan di semua zaman termasuk semasa hayat Nabi Allah yang mulia itu.
Semua usaha yang menjurus kepada banyak peperangan itu adalah jejak-jejak perintis jihad dalam misi menakluk Konstantinopel bagi memenuhi ramalan kenabian Rasulullah (SAW). Faktor kejayaan, kegagalan dan mehnah yang dihadapkan ke muka setiap Khalifah dan pemerintah kerajaan Islam dalam memimpin angkatan kepungan menjadi iktibar yang ditelaah dan ditaakul hebat oleh Sultan Muhammad II, Al-Fateh bagi semua dunia dan umat Islam.Berkaitan: Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH
Published on April 01, 2013 06:49