Web Sutera's Blog, page 13
January 17, 2013
Champion: Allah bos kita, bukan manusia

Saya dan isteri mulakan bisnes Lusiana Catering secara kecil-kecilan lebih kurang 7 tahun lalu. Permulaannya, dapur diletakkan atas lantai atau pangkin simen digunakan. Kini berkat usaha, doa dan tawakal, bisnes kami pernah sediakan sajian untuk 3,000 pax. Setahun lalu, dapur juga sudah kami naik taraf dan bilangannya bertambah kepada 10 unit.
Saya berjaya bermula dengan angan-angan menjadi Champion. Insya-Allah, saya bersangka baik dengan-Nya. Saya tidak mahu berangan-angan sahaja. Saya bukan pencipta bayangan angan-angan persis fatamorgana. Sang Champion terus transformasikan ilham minda menjadi matlamat.
Saya ceburi bisnes katering selepas 14 tahun bekerja makan gaji. Kemudian selepas dibeduk oleh guru, saya menulis buku Buat Duit dengan Katering . Setahun kemudian novel sejarah Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain. Ya, bongkah ais sudah dipecahkan. Belajar dan terus belajar, cabar diri menjadi Champion dari sudut tersendiri.
Seumpama Harimau Malaya dengan kritikan keras dari penyokong termasuk geng Ultras, tim ini terus mengejar Champion. Begitu juga kita, angan-angan Mat Jenin bukan sikap Melayu yang hebat. Justeru Champion tetap bangun ketika berada di tahap emosi lemah. Lestarikan angan-angan menjadi matlamat.
Nasihat saya untuk diri sendiri terutamanya, andai suatu kerja itu tidak atau jarang memberikan peluang untuk beramal ibadah, terutamanya solat lima waktu, lebihbaik berhenti. Jangan buat alasan tidak sempat untuk bersolat justeru sentiasa berada atas jalanraya atau sibuk sehingga masa luput. Siapa kita yang hanya bekerja demi mengambil hati bos atau taukeh, sedangkan bos teragung Allah kita abaikan? Insya-Allah, rezeki bukan dari orang, tetapi dari Allah, bos yang sebenar-benar bos yang Maha Esa.
Buku Berfikir Gaya Champion terbitan Galeri Ilmu dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW) terbitan Must Read adalah dua sekuel kepada Buat Duit dengan Katering terbitan PTS Professional Publishing.

E-ISBN: 978-967-369-178-4
Tarikh Terbit: 26 Dec 2012
Kategori: Bisnes & Pengurusan
Penerbit: PTS Professional Publishing Sdn Bhd
Harga: RM9.80
Kedua-dua buku siri Champion ini terisi jujukan resipi dari peristiwa seharian dunia kehidupan dan bisnes katering yang saya geluti. Bukan sebuah angan dan cerita dongeng, melainkan kisah yang kita ada Tuhan Yang Esa, dan Rasulullah dihadiahkan untuk umat manusia sejagat.
Dalam setiap buku ada beberapa bab / nukilan yang saya kongsikan tip-tip bisnes dan khususnya bidang katering. Insya-Allah, kita bisa lestarikan apa sahaja dunia bisnes andai bijak dalam mengurus konflik dan kebetulan.
Walaupun demikian, untuk setiap buku Champion ini, saya kongsikan isi kandungannya seperti di bawah.
Berfikir Gaya Champion
Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam. Menjadikan Rasulullah teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki. Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.
Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.
50 Sup Champion Resipi Rasulullah
50 Sup Champion Resipi Rasulullah bermatlamat untuk mengaspirasikan pembaca dengan hidangan contoh nyata dan tersirat. Kisah-kisah silam dan terkini, madah hikmah, cerita perangsang dan motivasi, sumber inspirasi dan tamsil ibarat dirumus dan disajikan bagi memantap lagi ramuan buku ini. Ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap.
Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan.

Saya bertanya, "Jadi?"
"Tahniah, abang! Si doakan moga abang terus kuat bagi memandaikan bangsa. Si bangga.”
Berkaitan: Ayuh berhijrah demi misi jihad
Berfikir Gaya Champion: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal
Bicara Buku: Politik adalah kehidupan
Published on January 17, 2013 16:51
January 14, 2013
Berfikir Gaya Champion: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal

“Bab 10: Berani Tanggung Risiko dan Berani Gagal antara yang mengesankan saya. Tak ramai yang mampu 'mengalahkan' cabaran kecuali orang yang memiliki HATI CHAMPION.”
Penulis: Hizamnuddin Awang @ Web Sutera
Penerbit: Galeri Ilmu Sdn. Bhd.
Tebal: 200 muka surat
ISBN: 978-983-097-342-5
Harga: Sem. Malaysia (RM17.00) atau Sabah & Sarawak (RM19.00)
Sinopsis penerbit
Sebuah buku yang sarat dengan kisah inspirasi untuk membina semangat juang dalam diri setiap orang khasnya umat Islam. Menjadikan Rasulullah SAW teladan champion sepanjang zaman. Mengajak pembaca bangkit untuk memperbaiki diri, kerjaya, dan seterusnya rezeki. Mengajak pembaca berani mencuba dan mengajak pembaca mengubah persepsi masyarakat sekeliling.
Berfikir Gaya Champion ditulis dengan bahasa santai namun penuh tarbiah.
Insya-Allah, boleh dibeli online di sini .
Published on January 14, 2013 02:34
January 13, 2013
Bicara Buku: Politik adalah kehidupan

Seorang sahabat ingatkan saya akan Maulidur Rasul pada 24 Jan. 2013. Itu politik. Membaca sirah dan biografi baginda juga politik. Amalkan sunnah Baginda juga politik.
Kaki melangkah menaiki tangga ke kedai buku di Puduraya pada 12 Januari 2013. Usai sesi bercakap fasal buku, saya dan isteri berborak dengan dua orang rakan di medan makan. Itu politik. Jalan beriringan dan sederap bersama isteri. Itu politik. Politik berpasangan.
Sebelum itu sempat saksikan perkumpulan rakyat yang berjalan ke Stadium Merdeka. Saya berjalan dengan isteri berdua-duaan ke kedai buku 1Malaysia itu. Kemudian melihat pergerakan peserta HKR112 sambil berkata, "Huh, hebat!"

Ya, foto ini (kiri) juga politik. Allah sudah kata, "Tiada paksaan dalam beragama." Itu ayat politik dari Allah. Islam bersahabat dengan semua bangsa manusia.
Untuk sebuah makin hamun dalam Facebook terhadap Himpunan Kebangkitan Rakyat HKR112, ini khas untuk kamu.
Aku bukan sepertimu, kawan
Maki hamunmu ibarat petir
... Namun yang sakit adalah kamu
Justeru aku tahu
... Aku inginkan sebuah Malaysia yang lebih baik.

Usai sesi bicara buku di kedai buku 1Malaysia UTC Puduraya (foto kanan - kredit: Cikpuan Hazliana Zahar), saya bertanya kepada staf pemasaran Must Read, Tuan Suhaimi, "Tuan fokus seksyen mana?"
Beliau menjawab, "Pantai Timur."
"Okeykah? Dengar orang kata, orang Kelantan suka majlis ilmu, tapi kurang suka beli dan baca buku."
"Mengikut edaran buku kami, di Kelantan yang paling banyak jualan, berbanding Terengganu dan Pahang."
Saya senyum.
Hijrah Champion | Kalau tidak sokong sesuatu yang sukar dimengertikan, okey dikira boleh. Namun kalau sudah sedia faham dan tahu ada kebatilan, andai tidak benci juga (walaupun dalam hati), itu dikira degil.
Published on January 13, 2013 04:30
January 5, 2013
Bicara Buku di Kedai Buku 1Malaysia dan MPH One Utama

Judul: 50 Sup Champion Resipi RasulullahTarikh: Sabtu, 12 Januari 2013.
Masa: 2 - 4 petang.
Saya kira ramai yang akan ke Himpunan Kebangkitan Rakyat di Stadium Merdeka pada tarikh ini. Namun singgahlah sebentar di kedai buku.
Program Bicara Buku di MPH One Utama, Damansara Utama. Untuk judul buku yang sama, insya-Allah.
Tarikh: Ahad, 13 Januari 2013.
Masa: 2 - 4 petang.
@@@@@@@@
Geng Pentaksub Buku Serang PTS Bookcafe, 5 Januari 2013Usai berjumpa, berjimba, bergebang dan makan dengan Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM), saya dan Zonan Villa menemui geng grup BUKU TIGA LIMA yang gila-gila. Dia orang baru balik dari menyerbu PTS BookCafe. Lepak di Tesco Ampang. Lepas itu beli buku lagi di Popular. Gila! Namun kalianlah yang meriahkan industri buku negara. Tahniah. Moga trip berbaloi.

Saya suka melihat minat mereka yang mengebu-gebu. Sungguh suka.
Andai seorang cikgu seperti Cikgu Shahrol Nizam Zulkiflisuka baca buku, itu petanda baik. Justeru minat ini bakal diturunkan untuk murid-murid, insya-Allah.

Beliau menulis lagi, “Nota: Novel RAM dan Bahruddin Bekriadalah novel yang wajar sangat-sangat disyorkan kepada anak murid di sekolah rendah dan menengah. kalau kedua penulis ini mereka sudah suka, maka novel saga tulisan Web Suterasekali lalu mereka boleh telan.”
Cikgu Shahrol Nizam Zulkiflimenyampuk, “Insya-Allah, saya pasti ‘meracun’ anak-anak murid saya nanti (untuk membaca).”
Kisah 5 Januari 2013 juga, tatkala bersembang bersama Tuan Zonan Villa dan Abang Long di Bangi. Di waktu novelis Tuan Ramlee Awang Murshid (RAM) sedang autograf beratus-ratus buah novelnya, mampir tiga orang budiman. Salah seorang ialah Cikgu Puan Hasmah. Beliau membeli dua buah buku saya - Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain dan 50 Sup Champion Resipi Rasulullah, siap diautograf. Kisah kecil mungkin, namun terkesan buat saya.
Dalam status beliau, Cikgu Shahrol Nizam Zulkiflimencatat, “Kisah semalam bersama kakak Hazliana Zahar dan Shimah Basri. Terima kasih untuk Zonan Villa sebab tolong dapatkan tandatangan, dan Alhamdulillah, semalam dapat bercakap secara peribadi melalui telefon dengan Tuan RAM. Juga sempat bertemu penulis sempoi Tuan Web Sutera, Tuan memang sempoi.”


Published on January 05, 2013 20:58
December 31, 2012
Prelude Konstantinopel di PBAKL 2013

Saya mengambil masa dua hari suntuk (dengan jeda) untuk menghabiskan pembacaan buat kali pertama. Penat! Walaupun begitu, sebagaimana karya Alexander Agung , saya mencuba sebaik dan seteliti mungkin untuk mengurangkan ‘keberatan’ karya ini agar mampu dinikmati oleh semua (kebanyakan) lapisan pembaca tempatan.
Bagi sebuah karya yang baik, ia bertumpu kepada satu atau maksimanya tiga (biasanya saling berkaitan) titik utama cerita. Kisah atau urutan plot lain hanyalah sebagai tempelan atau penyedap karya. Dan karya ini mempunyai ciri-ciri tersebut. Perkembangan cerita utamanya mantap diselangselikan oleh dua senario sampingan utama iaitu:
a) Kisah Muhammad Nabil yang berkisar tentang ceramah Konstantinopel dan ruang litup ahli keluarganya pada masa kini, dan
b) Kisah Grisham Gale dengan Sarah / Mavi Mirza dan ruang politik Konstantinopel pada tahun 1908.
Kedua-dua kisah ini amat relevan dan sangat berfungsi dalam penceritaan Konstantinopel. Secara tidak langsung, saudara Web Sutera membawa kita kepada tiga fokus / situasi utama iaitu waktu kini, perjalanan ceritanya dan keadaan selepas klimaks cerita. Jadi, sebagai pembaca, kita dapat menghayati perjalanan cerita ini dengan lebih dekat dan mendalam.
Rentetan peristiwa sebelum tiba ke jantung cerita sahaja sudah cukup panjang. Perjalanan tentera Islam untuk menawan Konstantinopel diperincikan dengan kreatif. Rantaian kemelut dalaman, konflik politik, peperangan, bukan sahaja daripada kedua-dua pihak utama, Islam dan Rom Byzantine, malah pelbagai pihak sampingan yang tidak kurang pentingnya seperti orang-orang Bulgar, Frank dan beberapa puak minor lain, dipaparkan dengan baik dengan teknik penceritaan yang pelbagai.
Gaya penceritaan sdr. Web Sutera ini saya kira satu pembaharuan dalam dunia penulisan tempatan. Ia turun naik, sekejap mengembur debar, sekejab beralun tenang. Lingkaran cerita dan peristiwa berselirat dalam jaringan latar masa, tempat dan peristiwa yang berbeza-beza.
Namun, ada baik buruk. Pembaca yang gemar akan teknik sebegini mungkin akan ‘tabah’ meneruskan pembacaan untuk mengetahui kesudahan kesemua rantaian cerita tersebut. Pembaca yang ‘kurang sabar’ atau yang gemar mengikut satu-satu cerita (gaya klasik: mula-klimaks-akhir) mungkin tidak akan menyukai karya ini.
Banyak babak yang ditulis secara ringkas pada mulanya dan kemudiannya dijelaskan dengan ‘cerita’nya sekali lalu ataupun beberapa kali. Ada dua pandangan mengenai hal ini. Yang positifnya, ia bagus untuk menjelaskan lagi apa yang telah berlaku dan menampahkan impak ‘dramatik’nya. Dan saya kira, ini adalah salah satu identiti penulisan sdr. Web Sutera.
Ia juga menunjukkan sdr. Web Sutera telah banyak melakukan penyelidikan sebelum menulis (novel) Konstantinopel ini. Bukan sedikit fakta dan informasi sejarah yang terkandung di dalamnya.
Syabas diucapkan atas keprihatinan dan kerajinan beliau dalam memandaikan anak bangsa yang kini kian hanyut dengan arus modenisasi sehingga terlalai akan kehebatan kita sebagai orang Islam.
** Komentar Cikpuan Editor yang sedang menambah baik dan memurnikan manuskrip ini, insya-Allah.
P/s: Aku tahu, aku hanya serangga. Namun aku tidak terpesona dengan kilau neon yang bisa patahkan sayap.
Published on December 31, 2012 01:14
December 29, 2012
Terpukau dengan novel Alexander Agung - pembaca

Macedonia: Alexander Agung - Hijab Raja Zulqarnain | Empat testimoni terbaharu. (1) "Novel sejarah Macedonia hebat." - Tuan Paieeszz Ahmad.(2) "Terpukau dengan novel Alexander Agung. Memetik kata-kata Ramlee Awang Murshid, ''Karya ini seperti sebuah filem yang kaya dengan seni.'' Teruskan berkarya." - Cikpuan Leyna Kadi Kannoe.(3) "Tuan Web Sutera, baru sempat beli novel Alexander Agung dan baru baca sampai bab 4. Terbaik!" - Tuan AAdam Jaafar ARahman.
(4) "Novel tuan yang dulu pun (Alexander Agung) mendatangkan keterujaan jua kepuasan dalam pembacaan. Sudah tentu sentuhan novel kedua ini ( Konstantinopel ) lebih mantap lagi...sudah tentu membuatkan saya lebih teruja untuk membacanya... sabar menanti kemunculannya." - Cikpuan Shimah Basri.
Published on December 29, 2012 20:08
Testimoni 50 Sup Champion Resipi Rasulullah: Memberi inspirasi kepada pembaca – Zonan Villa

Saya membaca sebuah buku karya sahabat saya dan terbaca karya picisan itu berada di dalamnya. Selain itu terdapat beberapa lagi kisah yang mungkin akan memberi inspirasi kepada pembaca.
Sahabat saya itu adalah Tuan Web Sutera. Mengenali beliau dan cara penulisan beliau dapatlah saya simpulkan gaya penulisan beliau adalah 'MEMBACA UNTUK MENULIS' kerana beliau suka membaca dan pekara yang dibaca akan beliau masukkan ke dalam hasil karya beliau.
Melalui karya terkini beliau, 50 Sup Champion Resipi Rasullullah, beliau meneroka bukan sahaja buku ilmiah, malah menjelajah daripada satu blog ke satu blog untuk meneliti sumber yang bersesuaian untuk dijadikan hasil karya. Beliau buat adaptasi di sana-sini.
Resipi yang berharga sekali sudah tentulah pesanan tinggalan jujungan kita Rasulullah. Namun tidak kurang bernilai adalah pengalaman beliau dalam menjalankan perniagaan katering.
Ada bahagian yang saya kurang gemar dalam buku ini (beliau tahu apa bahagian itu) namun ia tidak mencacat resepi buku ini.
Kepada rakan-rakan yang lain, buku ini berbaloi jika anda mencari satu sumber inspirasi. (** Tuan Zonan Villa)
@@@@@@@
Alhamdulillah. Dari Cherating, Pahang, saya membaca catatan ini.
Testimoni dan komentar yang baik, dan saya faham bahagian mana yang Tuan Zonan Villa kurang gemar itu. Tidak mengapa, justeru bahagian itu adalah pelengkap semua catatan dan ceritera yangsaya luahkan dari isi hati. Terasa tidak lengkap seandainya ‘bahagian itu’ tidak saya masukkan justeru ia penguat hujah.
Dalam novel Macedonia: Alexander Agung - Hijab RajaZulqarnain , 'bahagian itu' juga yang beliau kurang gemar, tapi tetap dibaca. Terima kasih, teman, itu jua yang ingin saya sampaikan.
Buku ini terisi jujukan resipi dari peristiwa seharian dunia kehidupan dan bisnes katering yang saya geluti. Bukan sebuah angan dan cerita dongeng, melainkan kisah yang kita ada Tuhan Yang Esa, dan Rasulullah dihadiahkan untuk umat manusia sejagat.
Resipi 50 bab juga merangkumi kisah kita, kisah tuan dan cikpuan, cuma dilihat dari sisi berlainan oleh saya. Untuk kalian juga, insya-Allah.
@@@@@@@
Pada mulanya setiba di Cherating, tidak mahu menulis, hanya membaca. Namun tidak boleh. Ada sahaja yang perlu dicatat, justeru saya ingin lestarikan anugerah Allah ini. Mungkin berasa menyesal mengapa saya tidak mulakan pada usia 20-an, namun Allah ada janji-Nya tersendiri .
Berkaitan: Ciciplah bersama 50 Sup Champion Resipi Rasulullah
Published on December 29, 2012 04:11
December 23, 2012
Alexander Agung: Benarkah ada Kitab Cahaya Bersinar?

Banyak sesi dapat dilihat di mana lebih menjuruskan bahawa mana-mana makhluk mempercayai konsep Tuhan Yang Esa adalah makhluk Allah seperti kita orang-orang Islam dimuka bumi.
Secara keseluruhan saya menyukai konsep buku ini yang menceritakan sejarah melalui cerita. Oleh itu, lebih banyak ilmu diresap berbanding buku sejarah yang banyak memaksa kita menghadam fakta saja. Ia lebih memahamkan kita tentang konsep sejarah itu sendiri, sebuah cerita yang telah berlaku dan perlu menjadi pedoman dan panduan masa hadapan.
Syabas! Menantikan buah tangan kedua dari penulis ini .
** Dari Elle Syeila.
Manuskrip novel sejarah Konstantinopel: Menjulang Panji al-Fateh (Working title) sedang disunting. Mesej dari editor, "Membacanya membuatkan saya merasa seakan-akan sedang membaca karya-karya David Eddings dan David Gemmell (fantasi, epik) yang sarat plot, watak dan naratif. Juga terasa sedikit seperti karya Phillipa Gregory (penulis mapan dalam kisah sejarah bangsawan Inggeris). Jika tidak berhati-hati, mungkin boleh ‘lemas’ dalam jalinan cerita yang bersimpang siur."
Hijrah Champion
Hasil borak bersama seorang insan istimewa dalam Facebook. Saya catat kembali untuk diri sendiri terutamanya. Saya bukan yang terbaik, namun saya ingin berubah. Insya-Allah, sedikit tip untuk berubah.
Jangan tulis kerana duit semata-mata, betulkan niat. Tulis untuk dakwah dan saling mengingati. Itu hasrat saya, dan syukur Allah berikan kemudahan. Pitih perlu, tapi redha Allah paling utama. Saya jahil, sahabat, saya pernah silap langkah. Saya sedar. Doa, taubat dan tawakal. Kasih dan cinta Allah untuk kita, insya-Allah. Niat bersih, pitih ikut kita dari belakang, jadi hamba kita, bukan sebaliknya.
Mungkin, hikmah saya boleh istiqamah dan kuatkan semangat di sela-sela blok minda menulis dan kemalasan ialah justeru menulis dari hati. Menulis dari kesedaran yang saya perlu buat sesuatu.
Sahabat, saya yakin kamu jauh lebih baik dari saya, jauh lebih berilmu berbanding saya. Saya tidak mendalam ilmu agama. Cuma ingin belajar betulkan diri, mahu berubah, niat luruskan langkah sendiri yang terasa pincang. Mengaku di hadapan Allah. Mahu berubah dan berhijrah, menjadi lebih baik. Menjadi Champion dari sudut tersendiri.
Membaca buku-buku yang baik, kitab, al-Quran. Kemudian fahami, taakul dan serap. Amalkan, insya-Allah. Dirikan yang wajib, buatkan yang sunat. Usaha, doa dan tawakal.
Published on December 23, 2012 19:04
December 20, 2012
Ciciplah bersama 50 Sup Champion Resipi Rasulullah

Ayat-ayat al-Quran dan hadis Rasulullah diterap agar resipi bertambah sedap.Wawasan adalah sebuah perancangan untuk kebaikan masa hadapan. Renungilah sejarah lalu, jejak yang ditinggalkan oleh para Champion yang telah melakar sejarah emas dunia sebagai pembuka minda. Apabila sup Champion terhidang, tandanya bermulalah satu perjuangan.
50 Sup Champion Resipi Rasulullah ini saya harapkan dapat dimanfaatkan oleh kita, manusia yang cuba ingin berubah. Saya pernah jatuh, pernah miskin, juga pernah hampir mengalah. Alhamdulillah, saya hambat hasutan durjana Syaitan itu menjauh dari sanubari. Saya berdoa dan berusaha. Saya bangkit dan bertawakal. Akhirnya saya berjaya. Kalian juga boleh, justeru semua kita adalah Champion yang hebat!
Untuk anak-anak bangsa yang saya sayangi, jom kita berubah. Jangan berada di takuk lama yang usang. Usaha, doa dan tawakal. Insya-Allah, ada sinar di hujung yang kelam, andai tahu mencicip sup herbal berkhasiat.
Salam mesra dan kasih sayang dari seorang hamba Allah yang tiada apa selain cinta sebesar dunia yang saya ingin bentangkan. Rukuk dan sujudlah, wahai Champion! Demi Dia yang Maha Agung, saya nukilkan perkisahan.
Demi seorang manusia, daku sayang padamu. Ciciplah bersama, insya-Allah, justeru kamu adalah kaum kerabat daku.
Allah berkata, “ Harga : 24.90 (Sem. Malaysia), RM27.90 (Sabah & Sarawak) Tebal : 302 muka surat Penulis : Web Sutera (Hizamnuddin Awang) ISBN : 978-967-0392-45-5 Penerbit : Must Read Sdn. Bhd. (2013)
@@@@@@@@
Tugas dan tanggungjawab editor dan desainer amat penting dalam mentransformasikan sesebuah manuskrip menjadi buku yang baik. Mereka adalah penggerak profesional yang menjadi ejen perubahan. Saya pernah bekerja dengan Dato' Baha Zain sebagai editor, dan faham ajaran beliau bahawa, "Editor adalah jawatan profesional. Bukan setakat betulkan salah ejaan sahaja."
Pada 19 Disember 2012, saya ada aktiviti dan berita seperti di bawah:
(1) Sambung tulis manuskrip Hijrah Champion.
(2) Cetak manuskrip novel Konstantinopel: Menjulang Panji al-Fateh setebal 773 muka surat @RM77.30. Hampir 1 jam di kedai Cina, pencetak sangkut!
(3) Pergi ke ofis Must Read jumpa dan berbincang dengan sebarisan editor hebat. Ambil naskhah penulis dan tandatangan surat janji penerbitan buku 50 Sup Champion Resipi Rasulullah. Berita gembira lain; proposal diterima untuk projek penulisan seterusnya.
(4) Jumpa Tuan Ann Wan Seng. Saya menyuakan buku sambil berkata, "Ustaz, ini buku saya." Beliau menjawab, "Wah, bagus! Sudah tulis berapa buah buku?" Sembang jadi panjang. Buku saya Buat Duit dengan Katering beliau turut membelinya pada awal diterbitkan.
(5) Pergi ke ofis Galeri Ilmu Sdn Bhd. Berjumpa dan berbincang dengan para editor yang hebat. Serahkan hard copy manuskrip. "Mak oii! Tebalnya!" Kata seorang editor. Dua orang besar bertanya, "Konstantinopel sudah siap?" Saya jawab, "Sudah, Tuan Haji."
(6) Keputusan PMR anak sulung cemerlang. Alhamdulillah.
Published on December 20, 2012 16:04
December 16, 2012
Champion tidak jual angan-angan
Ada ketika saya berangan-angan, namun saya tidak menjual angan-angan, apa lagi terperangkap di dalamnya. Saya transformasikan angan-angan menjadi cita-cita. Itulah Champion namanya!
Buku
Buat Duit dengan Katering
| Seorang pembaca kutip catatan dalam buku ini. "Dalam apa jua usaha pencarian rezeki, sebagai orang Islam kita tidak boleh menafikan takdir Tuhan. Setelah berusaha dengan gigih, fasa seterusnya adalah berdoa dan bertawakal.
“Dari sudut lain, saya cukup yakin apabila memang sudah ditetapkan rezeki oleh Tuhan, halangan dalam bentuk apa pun akan dapat diatasi. Malah dalam kes seseorang yang cuba menidakkan suatu punca rezeki pihak lain, apabila memang itu rezeki kita, jangan risau kerana ia tetap menjadi milik kita.
"Alhamdllilah. Tuan Web Sutera, memang bagus. Tidak rugi berkongsi baca."
@@@@@@
Seorang pembaca novel Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain terbitkan beberapa kata-kata Aristotle dalam FBnya. Mesej untuk saya, "Ambil petikan novel abang, sedangkan hamba ini hanya berakal cetek. Terima kasih terima hamba (sebagai kawan). Bestnovel abang Web Sutera. Dua kali hamba baca novel Hijab Raja Zulqarnain, harga pun tak semahal karya-karya di dalamnya."

“Dari sudut lain, saya cukup yakin apabila memang sudah ditetapkan rezeki oleh Tuhan, halangan dalam bentuk apa pun akan dapat diatasi. Malah dalam kes seseorang yang cuba menidakkan suatu punca rezeki pihak lain, apabila memang itu rezeki kita, jangan risau kerana ia tetap menjadi milik kita.
"Alhamdllilah. Tuan Web Sutera, memang bagus. Tidak rugi berkongsi baca."
@@@@@@
Seorang pembaca novel Alexander Agung: Hijab Raja Zulqarnain terbitkan beberapa kata-kata Aristotle dalam FBnya. Mesej untuk saya, "Ambil petikan novel abang, sedangkan hamba ini hanya berakal cetek. Terima kasih terima hamba (sebagai kawan). Bestnovel abang Web Sutera. Dua kali hamba baca novel Hijab Raja Zulqarnain, harga pun tak semahal karya-karya di dalamnya."
Published on December 16, 2012 16:16