Web Sutera's Blog, page 9

November 26, 2013

Menulis meraih redha Allah

Bukan mudah menulis demi meninggikan Islam dalam ruang lingkup damai untuk semua penghuni buana. Sukar lagi dalam meraih redha Allah.

Namun yang sukar dan payah itu terpancar alir manisan, bukan racun berbisa. Insya-Allah.

Ayat dari manuskrip novel  Kombat Armagedon : "Dalam lembut cinta dititip, dalam kasih hikmah dibentur."

Salam sejahtera untuk dunia dan manusia yang menghuninya.

Di kala subuh bakal tiba
sunyi ... sang cengkerik pun tidak bersuaradaku ... masih mengintai jendelamenata aksara, menaip sebut hargajanji-Nya dalam meraih rezeki dalam redha.

Ya Allah, mohon cinta-Mu seadanya.

Alhamdulillah. Setakat ini tiga judul buku saya diterbitkan di bawah payung Galeri Ilmu Sdn Bhd. Saya suka bukan hanya kerana itu, bahkan sudah lama memiliki buku dan majalah terbitannya. Andai saya suka, mengapa tuan dan cikpuan tidak? Ayuh suka (like) laman Facebook di sini .



Andai bicara alam bisa didengar
gugusan bintang bersumpah besar;
semua manusia bersujud gentar
menyembah Yang Esa Maha Benar
tiada hak sekelumit ingkar
atas titah Maha Mendengar.

Indahnya mentadabbur ayat-ayat cinta-Nya.

"Maka Aku bersumpah: Demi tempat-tempat dan masa-masa turunnya bahagian-bahagian Al-Quran. Dan sebenarnya sumpah itu adalah sumpah yang besar, kalaulah kamu mengetahuinya."  (Surah al-Waqi'ah 56: 75 - 76)

Tiada daya upaya melainkan dari Allah belaka. Ya Rabb! Aku bermohon ampun. Amin ya Allah.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 26, 2013 22:59

November 10, 2013

Bini Nak Beranak! Alamak!

Kami bertemu, berukhuwah, bersembang dan berkongsi. Insya-Allah, bukan main-main dalam misi meninggikan Islam dan memandaikan bangsa.
Insya-Allah, saya kongsikan sebuah cetusan rasa dari seorang novelis. Saya sunting di mana perlu (dan patut).

Alhamdulillah. Semalam (9 November 2013) telah berlangsung sebuah bengkel penulisan novel di Wangsa Melawati, Kuala Lumpur yang dihadiri oleh 19 orang peserta. Lima orang daripada mereka sudah pernah menulis.
Bengkel ini dikendalikan oleh saya bersama-sama Tuan Resha Hamzah dan Tuan Web Sutera.
Saya naik bas dari Changlun dan turun di Puduraya pada pukul 6 pagi. Tuan Web Sutera mengambil saya dan kemudian kami bersarapan pagi di sebuah restoran Mamak. Kelihatan Puan Monalita Mansor turut menjamu selera di tempat kejadian. Peserta-peserta lain masih menelefon saya bertanyakan jalan. Sebenarnya, saya sendiri pun kurang arif sebab saya tidak tinggal di Key Ell.
Lebih kurang pukul 9.30 pagi, kami memulakan bengkel. Saya berkongsi teknik-teknik asas dalam penulisan novel (yang patuh syariah), tips-tips novel yang diminati serta teknik-teknik promosi yang berkesan.
Kemudian, Tuan Resha Hamzah memulakan sesinya pada pukul 11.45 pagi untuk membicarakan mengenai proposal dan manuskrip yang disukai oleh editor. Lebih kurang pukul 1.15 petang, kami semua berehat untuk solat dan makan tengahari (lapar juga). Sewaktu makan itulah, tetiba datang idea spontan untuk meminya Tuan Ajwad Zulfiqar dan Tuan Resha berlakon. Saya hanya menggunakan kamera biasa.
Sesi petang, disudahi dengan perkongsian ilmu dan pengalaman daripada Tuan Web Sutera.
Setelah semua peserta pulang, saya berkata kepada Tuan Resha, “Hang pandai edit Movie Maker? Kalau reti, sekarang juga kita edit video tadi.”
Tuan Resha menjawab, “Boleh sahaja! Jom kita buat di kedai Mamak (sebab ada wifi).”
Maka, petang itu, sambil pekena roti Arab, kami bersama-sama menyiapkan video yang diberi judul, “Bini Nak Beranak! Alamak!”
Sampai waktu Maghrib, kami berhenti dan sambung semula mengedit di kedai Mamak yang lain di Keramat (sini ada wifi).
Tuan Web Sutera bertanya, “Hang hendak balik bila?”
Saya menjawab, “Kalau tiket ada malam ini, saya balik malam inilah.”
“Kalau tiada?”
“Kalau tidak ada, saya merempatlah di mana-mana. Haha.”
Hampir pukul 9.00 malam, barulah suntingan video selesai. Terus publish dalam Youtube di sini .

Kemudian, Tuan Web Sutera pun bergegas menghantar saya ke Puduraya sedangkan dalam hati risau juga. “Ada lagikah tiket malam ini?”
Alhamdulillah, mujur ada lagi tiket. Pukul 11.00 malam. Dalam bas, tidur dengan aman dan damai. Letih yang amat.
Insya-ALlah, jika Allah mengizinkan, kami akan buat bengkel lagi di seluruh negara mulai awal tahun 2014. Sekiranya tuan dan cikpuan berminat untuk menyertainya nanti, bolehlah tuliskan nama, alamat dan emel di ruangan komen di bawah.
** Rencana asal di sini.
@@@@@@@
Catatan sang penglipur lara (baca: Web Sutera) sebelah malam Sabtu selepas bengkel.

Antara isi penglipur lara ini pada sesi Bengkel Penulisan Novel Islami, Sabtu 9 Nov. 2013:
(1) Dalam menulis novel sejarah Islam, saya merujuk epik sesuatu bangsa, Perjanjian Lama (Taurat), Perjanjian Baru (Bible), dan Al-Quran serta hadis Rasulullah yang turut merangkumi tafsir para ulama silam dan kontemporari. Seterusnya penemuan dunia Barat dan Islam di era moden. Akhirnya lakukan rujuk silang dengan tafsir Al-Quran, hadis dan pandangan ulama. Buang mana-mana yang tidak selari dengan sumber Islam itu.
(2) Hasilkan watak tambahan sesuai dengan persekitaran atau catatan sejarah. Bagi bahagian ini, elok banyakkan dialog sebagai penerangan.
Terima kasih khas untuk teman-teman penulis dan bakal penulis di Bengkel Penulisan Novel Islami siang tadi. Saya menerima beberapa mesej yang ucapkan terima kasih atas ceritera saya dalam lestarikan dunia penulisan, dan seterusnya menulis dua novel sejarah Islam.
Moga tuan dan cikpuan beroleh manfaat dari celoteh yang tidak seberapa tadi. Sungguh, saya bercerita dari pengalaman. Penghargaan juga justeru sudi membeli dua novel saya itu. Semua dari Allah belaka.
Daku bukan pengkarya agung. Karya Teragung tetap selamanya Al-Quran. Segala puji dan puja dikembalikan ke hadrat Allah Azza wa Jalla dengan ilham yang dimasukkan ke dalam ruang minda daku.
"Daku bermohon pada-Mu ya Allah, andai bengkok mohon luruskan daku. Andai tersalah, mohon sebatan cinta-Mu. Pastinya daku tetap hamba-Mu yang daif, justeru ampunkan daku."
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on November 10, 2013 21:42

October 22, 2013

Ekspo Buku Islam 9, Selangor, Taman Seri Keramat


Insya-Allah, bermula esok, Khamis 24 Oktober sehingga Sabtu 2 November 2013 di Dewan Serbaguna AU2, Taman Seri Keramat, Ulu Klang, Selangor. Anjuran Sinergi Ilmu . Saya cuba hadir di hari dan masa tertentu untuk raikan rakan-rakan penulis, juga bertemu para pentaksub buku.

Banyak sesi majlis ilmu seperti bedah buku, pelancaran buku dan sembang buku.

Sesi saya di pentas utama seperti tertera. Insya-Allah, sudikan untuk mendengar cerita buku motivasi berjudul 50 Sup Champion Resipi Rasulullah (SAW).
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 22, 2013 20:07

October 12, 2013

BENGKEL PENULISAN NOVEL ISLAMI (KUALA LUMPUR)


Objektif: Mendedahkan kepada para peserta mengenai teknik-teknik menulis novel dakwah dan bagaimana menghasilkan novel dakwah yang berkesan.

Tarikh : 9 November 2013.
Masa: 9am - 4pm.
Tempat: No 41-1 Jalan Wangsa Setia 1, Wangsa Melawati, 53300 Kuala Lumpur (Atas Kedai Runcit Az- Zain Shoppe).
Yuran: RM150 seorang.

PENGUMUMAN!

10 peserta yang mendaftar awal mendapat diskaun RM50, jadi yuran menjadi RM100. Jika hendak mendapatkan diskaun ini, daftarlah segera. Cara daftar:

1. Bank in ke Maybank: 1520-6895-6752 (Mohd Khairi Tajudin)
2. Berikan nama dan nombor telefon ke 019-4702839

TEMPAT ADALAH TERHAD.

Penceramah: 
1. Khairy Tajudin (Penulis / Editor / Trainer Penulisan) 
2. Amir Abdul Hamid (Editor)
3. Web Sutera (Penulis Novel Sejarah Islam dan Buku Motivasi)

ANTARA PENGISIAN BENGKEL:

BAB 1: ADAKAH ANDA LAYAK MENJADI PENULIS?
Apakah keistimewaan menjadi penulis?Apakah sifat yang perlu ada pada seorang penulis?
BAB 2: MENGENALI DUNIA BUKU
Mengenali dunia buku: Fiksyen dan Non-FiksyenBagaimanakah cara untuk memulakan penulisan?Proses sebelum menulisTips mendapatkan idea
BAB 3: MENYEDIAKAN PROPOSAL
Kenapa perlu proposal?Apakah yang perlu ada dalam sesebuah proposal?Kepentingan Bab 1 dan 2Contoh proposal
BAB 4: MEMBINA WATAK DAN PERWATAKAN

BAB 5: PERANCANGAN PENULISAN
Plot dan sub-plotTeknik berceritaKonflikKlimaksGaya bahasaMembina ayatLatar belakangNilai murni dan agama
BAB 6: TIPS KETIKA MENULIS

BAB 7: TIPS MENGUATKAN OLAHAN CERITA

BAB 8: TIPS MENYEMAK MANUSKRIP SELEPAS MENULIS

BAB 9: CHECKLIST / SENARAI SEMAK

Ciri-ciri Manuskrip yang Disukai Editor
BAB 10: FORMULA BEST SELLER
Ciri-ciri Novel yang Diminati oleh PembacaMengenali Kelemahan dalam Novel
BAB BONUS 1: TIPS PEMASARAN BERKESAN UNTUK PENULIS

BAB BONUS 2: TEKNIK PENULISAN NOVEL SEJARAH ISLAM BEST SELLER
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on October 12, 2013 22:45

September 21, 2013

Berfikir Gaya AL-FATEH


Allah yang Maha Agung bercerita dalam Kitab Agung Al-Quran: “Sesungguhnya orang-orang yang beriman itu (yang sempurna imannya) ialah mereka yang apabila disebut nama Allah (dan sifat-sifat-Nya) gementarlah hati mereka; dan apabila dibacakan kepada mereka ayat-ayat-Nya, menjadikan mereka bertambah iman, dan kepada Tuhan mereka jualah mereka berserah. (Al-Anfal 8:2)

Gelaran Al-Fateh di penghujung nama Sultan Muhammad II, anakanda kepada Sultan Murad II dari Daulah Uthmaniah diberi oleh ulama dan sejarawan Islam, ia bukan nama asal baginda. Makna asas Al-Fateh ialah pembuka, perintis, pemenang dan penakluk yang adil. Begitu juga surah pertama dalam Al-Quran ialah Surah Al-Fatihah, surah pembuka, ibu dari isi keseluruhan Al-Quran.
Dalam Surah al-Fath (kemenangan), surah ke-48, antara lain Allah bercerita mengenai pembebasan kota Makkah yang kelak akan berjaya setelah beberapa tahun ditinggalkan oleh hijrah Nabi Muhammad bin Abdullah (SAW) dan para Sahabatnya ke Madinah. Tiba masanya setelah berjaya menawan / membebas kota Makkah, Rasulullah (SAW) bersama orang Muhajirin dan Ansar menuju ke Hajarul-aswad dan menyentuhnya.
Kemudian Baginda melakukan tawaf sambil tangannya memegang busur panah. Ketika itu Baginda melihat 360 buah berhala yang berada di sekelilingnya lalu membaca firman Allah dalam Al-Quran yang bermaksud: “Telah datang kebenaran dan hancur leburlah kebatilan, sesungguhnya kebatilan itu pasti hancur lebur.” (Al-Isra' 17:81)
Secara umumnya untuk perbincangan kita, Al-Fateh ialah membebaskan sesuatu penguasaan yang jahat atau zalim kepada cahaya Islam yang indah dan damai. Ia juga berkenaan tatacara membentuk daya juang pemuda dan pemudi agar terus istiqamah dalam nilai-nilai Islam. Itulah yang dirintis oleh Sultan Murad II, dan ulama besar wali Allah sebagai penasihat dan peniup obor jihad, dan kemudiannya dijayakan oleh Sultan Muhammad II terhadap kota Konstantinopel dari sang penguasa Bizantin.
Di sini wajah Al-Fateh juga adalah wajah-wajah pemuda jihad yang berani mati demi redha Allah semata-mata. Kosa kata utama ialah ‘pemuda’, justeru kumpulan pemuda pimpinan Imam Mahdi (juga seorang pemuda) dan pasukan tentera berpanji hitam dari Khurasan juga yang akan bebaskan Konstantinopel buat kali terakhir di akhir zaman. Seterusnya tentera yang bermukim dari Baitulmaqdis itu bakal bebaskan dunia dari segala kekejaman anasir sang pembohong besar Dajjal.
Saya terapkan banyak kisah dan ceritera dari sejarah dan masa kini sebagai penguat gaya tazkirah. Juga dipadankan dengan ayat-ayat Al-Quran dan hadis Rasulullah (SAW) yang berkaitan dengan setiap bab. Turut serta ialah ucapan / tulisan ulama dan cendekiawan Islam dari seluruh dunia, insya-Allah, yang sesuai dengan isu yang dibincangkan.
Buku ini ialah sebagai kesinambungan buku Berfikir Gaya Champion , namun ianya lebih ditekankan kepada gaya Al-Fateh. Banyak yang boleh kita ulas, tafsir dan mengambil ibrah dari kehidupan Sultan Muhammad Al-Fateh serta kepimpinannya. Sejarah tetap sejarah, insya-Allah ia bakal berulang. Justeru suruhan Allah agar ‘berjalan di atas muka bumi’ ini.
Pendekatan saya mungkin berlainan untuk siri buku motivasi ini. Seperti buku yang terdahulu, masih santai, namun saya cuba padatkan agar pembaca lebih seronok menelaahnya. Saya selang-selikan dengan kisah, ayat-ayat Al-Quran, hadis Nabi, kisah para Sahabat dan kisah umat terdahulu, serta pantun, tamsil, peribahasa dan puisi. Moga pembaca dapat menyerap rencam penulisan - debar dan tenang, sayu dan gembira, gertak dan kasih sayang.
Dalam usaha membawa satu elemen motivasi kukuh, penulisan buku ini tidak lengkap sekiranya tidak diimbas kembali siapakah di belakang kejayaan Al-Fateh dan bagaimana misi baginda dibentuk dalam meralisasikan sabda junjungan Nabi akhir zaman. Justeru visi Sultan Uthman Al-Ghazi – pengasas sebenar Daulah Uthmaniah - menjadi titik tolak atau asas pembentukan sahsiah Sultan Muhammad Al-Fateh.
Ibrah Sultan Uthman bin Urtughul yang diraih daripada mimpi itu yang menggariskan visi kesultanan yang dinamakan Impian Uthman, yakni pembebasan Konstantinopel. Leluhur sebuah daulah itu berhasrat menyebarkan agama Islam mencapai empat gunung dan empat sungai. Justeru kota Konstantinopel dijadikan matlamat dalam merintis jalan-jalan sutera suci Islam sebagai hadiah kepada umat Islam dan tamadun dunia.
Peranan para alim ulama tidak ketinggalan, tanpa panduan mereka, terasa sesebuah misi untuk bebaskan kekuasaan tirani agak sukar.
Insya-Allah, saya cuba menulis dalam bentuk nasihat yang dibahagikan oleh para ulama kepada dua kaedah – (1) secara lemah lembut dan (2) secara hikmah. Kadangkala kena beduk, kadangkala kena mengelus lembut kepala.
** Insya-Allah, ikhlas dari Web Sutera.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 21, 2013 17:51

September 15, 2013

Sastera bejat dan bobrok anasir Zionis

Penulis adalah perakam sejarah, walau dalam genre apapun. Penulis melakar pengalaman, taakulan, pemerhatian dan pemahaman tentang alam. Bila alam berbicara, ia datang dari Allah, justeru alam tidak pernah berbohong.

Berbohong itu sifat manusia dan jin. Sang Iblis paling besar bohongnya dengan membawa sastera bejat dan bobrok, yang menjadi anutan Zionis Yahudi. Insya-Allah, saya menulis demi redha Allah.
Kita pijak bumi, kita berjalan di atasnya. Sedarkah kita yang sudah ramai manusia ditimbus oleh bumi? Baca Al-Quran dan hadis Rasulullah (SAW), berapa ramai manusia yang dikambus bumi justeru ingkar.
Teringat bualan dengan Tuan Eyman Hykal atau Tuan Norden Mohamed (bos akhbar Sinar Harian) di suatu sesi berkaitan buku. Beliau berkata, "Ramlee tak mendalam pengetahuan agama, seperti engkau juga. Namun yang sikit faham itu, dia dan engkau sungguh-sungguh cuba untuk menulis. Itu yang aku kagum.”
Ya, saya dan novelis hebat RAM, bukan ustaz. Kami istiqamah dalam perjuangan bidang yang digeluti, walaupun mungkin sumbangan saya amat sedikit. Sedikit itulah yang saya lestarikan, demi Dia yang Maha Agung.
Di kiri ialah komen ringkas oleh seorang pembaca novel Konstantinopel: KibaranPanji-panji AL-FATEH dari Sarawak. Komen sebegini buat jiwa saya gementar dari insan yang cukup tegar dengan genre sains fiksyen dan fantasinya. Subhanallah walhamdulillah Allahu akhbar! Terima kasih, Tuan Azrul Jaini.
Mengajak diri ini dan teman-teman tersayang untuk sama-sama berhijrah, insya-Allah.
Daku hanya hamba DiaDalam mencari sebuah redhaDetik berlalu, kaki melangkahDiam andai perlu, berhemah saat wajibBerlembut pada yang sesuaiMarah dan keras pada yang patut.

Insya-Allah, dengan niat tinggikan Islam dan memandaikan bangsa Malaysia, maka saya menulis. Hati berbicara, minda bergelora, jemari bergetar, kemudian aksara dipintal menjadi ayat-ayat dalam siratan rasa.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 15, 2013 18:41

September 7, 2013

Baitulmaqdis dan Al-Quds: Satu Peringatan

Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam sehingga ke Muhammad bin Abdullah (SAW) adalah Islam atau muslim. Itu fakta dalam Al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar beriman dengan kenabian dan kerasukan serta wahyu dari Allah.

Agama mereka adalah satu walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.

Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj Nabi Muhammad, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid Al-Aqsa kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan bangsa Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.

Justeru umat Islam wajib membaca ayat ini setiap kali bersolat, sebagai salah satu tazkirah:

"Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat." (Al-Fatihah 1:7)

Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds. Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak bangsa Yahudi dengan tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah mainan kotor mereka. Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah itu. Sebelumnya kaum Arab purba sudah ada di sana zaman berzaman.

Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah, "Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini." (At-Tiin 95:1 -3)

Salah satu tafsir ulama wilayah buah tin dan zaitun ialah Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam.

Belajarlah sejarah, telaahnya sirah Rasulullah (SAW) dan para Sahabat. Tekunilah suruhan Allah agar kita berjalan melihat kesan-kesan umat yang musnah. Suruhan Allah itu bukan main-main. Insya-Allah, sejarah bakal berulang sehingga hari kiamat.

Seluruh kaum masa silam yang disebutkan dalam Al-Quran dan Bible (original atau terkini) sewajibnya memperoleh hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah yang Maha Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.

Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.

Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.

Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu.
Catatan suhuf lama

Angin menyebarkan sebaik-baik manusia. Telah hampir dengannya panji-panji kemenangan pada zaman semua kejahatan, yang akan timpakan dukacita besar kepada sang Pembohong Besar. Seorang pemuda dari bumi Ka’bah Tuhan, dia menguasai al-Arz (Lubnan) dan Megiddo pada perang besar dunia yang dahsyat, dan dia menawan mulut musuhnya.

Telah hampir munculnya berserta bintang yang baginya api dan nyalaan api dikuasainya. Tanda-tanda musnahnya Iraq dan Syam dalam medan perang dunia yang hebat, dan sudah hampir muncul seorang pemuda hamba Tuhan. Dukacita di seluruh bumi Arab, dia hampir keluar dari bumi al-Arz, dan Yahudi di bumi al-Arz binasa.

Tuhan murka ke atas semua pasukan ahzab orang-orang jahat bumi, dan kaum Yahudi dengan tanah yang dicuri akan menerima murka besar Tuhan. Seluruh al-Marj (lokasi di Libya berdekatan pantai Mediterranean) dan al-Arz akan dalam keperitan, dan pemuda yang baik semakin dekat. Lembah dan gunung-ganang akan bergembira mengenal pemuda itu dan tunduklah tali kekang, dan Tuhan hampir ke Megiddo!

Perang alam semesta, perang simbol Mesir, perang hulu sungai, logam dan perang belalang, dan perang datuknya di Mad. Mad adalah peperangan akan datang daripada tipu muslihat Tuhan, dan perang Tuhan ialah api. Ini berita al-Masih Isa dan ia menguatkan rahsia-rahsia untuknya. Ia harapan yang menggembirakan, kesungguhan yang terpuji.

Berkaitan: Kutukan Allah untuk Zionis Yahudi

** Ikhlas dari Web Sutera.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on September 07, 2013 20:43

August 22, 2013

Champion Gaya Al-Fateh: Persediaan Menuju Matlamat Baik

Allah menegaskan, “Orang-orang yang mereka seru itu, masing-masing mencari jalan mendampingkan diri kepada Tuhannya (dengan berbuat ibadat), sekalipun orang yang lebih dekat kepada Tuhannya, serta mereka pula mengharapkan rahmat-Nya dan gerun takut akan azab-Nya; sesungguhnya azab Tuhanmu itu, adalah (perkara yang semestinya) ditakuti." (Al-Israa' 17:57)

Sebagai hamba Allah, seperti mana yang dilaksanakan oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dan ayahandanya Sultan Murad, kita disuruh mengharap hanya kepada Allah yang Maha Berkuasa.

Dalam sebuah buku, ulama terkenal Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menulis, “Ada tiga sendi iman, yakni cinta, rasa takut dan berharap.”

Dalam Surah al-Kahfi, Allah memberitahu, "Katakanlah (wahai Muhammad), 'Sesungguhnya aku hanyalah seorang manusia seperti kamu, diwahyukan kepadaku bahawa Tuhan kamu hanyalah Tuhan Yang Satu; Oleh itu, sesiapa yang percaya dan berharapakan pertemuan dengan Tuhannya, hendaklah ia mengerjakan amal yang soleh dan janganlah ia mempersekutukan sesiapapun dalam ibadatnya kepada Tuhannya'."(Al-Kahfi 18:100)
Dalam sebuah hadis Qudsi, Jabir melaporkan Rasulullah (SAW) berkata, “Allah SWT berfirman, ‘Aku berada pada persangkaan hamba-Ku kepada-Ku. Maka hendaklah dia membuat persangkaan kepada-Ku menurut kehendaknya’.” (Hadis riwayat Muslim)
Ibnu Qayyim al-Jauziyyah menulis, “Mengharap adalah langkah yang membawa hati kepada yang Maha Pengasih, yakni Allah. Ada yang berpendapat ‘mengharap’ bermaksud percaya terhadap kemurahan Allah. Perbezaan mengharap dengan berangan-angan ialah angan-angan disertai dengan kemalasan, pelakunya tidak bersungguh-sungguh dan tidak berusaha. Sebaliknya mengharap itu disertai dengan usaha dan tawakal.”
Ia adalah ciri-ciri dalam persediaan menuju matlamat baik, insya-Allah, bukan sekadar mengharap dan berdoa, bahkan digerakkan segala usaha badan serta material. Itu ciri berusaha dan bertawakal dalam meraih redha Allah semata-mata.
@@@@@@@
Dalam novel Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH , penulis catatkan kata-kata seorang Khalifah yang berjiwa perwira:
“Kejatuhan Konstantinopel mampu melemahkan musuh. Kita sudah berjaya menawan Pulau Cyprus, Pulau Rhodes dan Pulau Arados. Justeru, laluan sudah terbuka untuk armada kita menuju ke kota Konstantinopel.” – Khalifah Muawiyah bin Abu Sufyan

Luahan kata dan cita beliau itu bukan setakat angan-angan kosong, malah dilestarikan dengan usaha perancangan dan gempuran, yang terakhir ialah bertawakal ke hadrat Allah. Walaupun usaha Khalifah pertama Daulah Umayyah itu gagal, namun ia gagal justeru belum dizinkan Allah yang Maha Merancang. Ia diambil iktibar oleh Sultan Muhammad Al-Fateh.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 22, 2013 06:19

August 1, 2013

Mencari Husnul Khatimah: Jiwaku Bergetar

Diberikan amanah yang besar oleh penulis. Sangat bermanfaat untuk diri saya sendiri.
Banyak tamsil ibarat daripada kisah dan penceritaan. Soal besar dan pasti tentang kematian dimudahkan fahamnya dengan ayat-ayat mudah bersama tamsil kisah dan cerita.
Tidak dinafikan jiwa saya bergetar di banyak catatan dan tazkirah. Demi Allah yang nyawa saya berada dalam genggaman-Nya, diri ini gementar dan insaf. Moga insaf itu selamanya menjadi teman dan ditransformasikan menjadi amal baik buat menemani di alam barzakh.
Soal mati yang baik, mati yang buruk dan balasan setiap jenis mati itu diberitakan Allah dan Rasulullah (SAW). Itulah yang ditata oleh penulis dengan baik dan menyentuh roh saya. Alam kubur adalah misteri, namun misteri itu dikhabarkan oleh Rasulullah (SAW). Justeru itu panduan untuk kita agar jangan menjadi hamba Allah yang menerima siksa kubur yang dahsyat. Belum lagi seksa akhirat yang maha dahsyat juga.
Satu bab yang menarik (antara bab-bab lainnya) ialah berkenaan sahabat kita berupa Al-Quran. Dalam sebuah buku, saya ada nukilkan hadis Rasulullah (SAW) berkenaan seorang pemuda yang menemani kita di dalam kubur. Itulah sahabat yang dimaksudkan, sahabat yang bersama kita sehingga ke alam kubur, dan menjadi pembela kita. Penulis buku ini bercerita lebih terperinci lagi. Insya-Allah, kematian husnul khatimah andai kita sentiasa membaca, mentadabbur dan seterusnya mengamalkan setiap yang kita kutip daripada Al-Quran.
Sebaik usai membaca bahagian ini, terus saya mengambil mushaf tafsir Al-Quran dan membacanya. Lantas bertemu ayat 48, Surah al-A’raf dengan maknanya, “Dan orang-orang yang berada di atas tembok Al-A’raaf menyeru beberapa orang (ketua kaum kafir) yang mereka kenal dengan tandanya, dengan berkata: ‘Nampaknya kumpulan kamu yang ramai (atau kekayaan kamu yang besar) dan juga segala apa yang kamu sombongkan dahulu – tidak dapat menolong kamu’.”
Tafsir lain ialah “Harta yang kamu kumpulkan dan apa yang kamu sombongkan” itu “ternyata tidak ada manfaatnya buat kamu.”
Subhanallah! Sebuah petunjuk untuk saya, insya-Allah. Begitu juga harapan dan doa saya serta penulis buku ini, bahawa harta boleh dicari, tetapi ingatlah mati dalam usaha itu. Justeru mati itulah penamat gembiranya mengumpul harta, walaupun dalam kaedah halal, apatah lagi dengan cara jalan haram yang pastinya seksa kubur dan akhirat menanti.
Cukuplah kematian itu nasihat terbesar para Mukmin, insya-Allah.
** Web Sutera @ Hizamnuddin bin Awang.

** Dari blog Galeri Ilmu juga di sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on August 01, 2013 08:45

July 26, 2013

Tolong menulis untuk orang lain


Dari buku ekslusif berjudul Edisi Istimewa 40 Hadis Peristiwa Akhir Zaman oleh Tuan Guru Syeikh Ahmad Fahmi Zamzam, saya khatam dahulu bahagian keempat dan bahagian kelima kandungannya. Dua bahagian terakhir ini terdiri daripada hadis-hadis peristiwa akhir zaman, bersama sedikit huraian.

Saya menelaah dan merujuk dua bab terakhir itu kerana keperluan menulis fiksyen armagedon versi Islam berjudul Kombat Armagedon , insya-Allah.
Kemudian saya mula membaca dari bab pertama. Alhamdulillah, banyak info yang boleh ditaakul. Saya salin kembali beberapa hadis berkaitan ilmu dan dunia menulis. Ia terkait dengan diri saya, sang hamba Allah yang mahu menulis. Juga pandangan saya secara peribadi dalam taakulan ilmu Allah yang Maha Bijaksana, insya-Allah.
Rasulullah (SAW) berkata, “Menjelang datangnya hari kiamat akan muncul pena.” (Hadis riwayat Imam Ahmad)
Manakala Umar bin Tsa’lab melaporkan Rasulullah (SAW) menjelaskan, “Sebahagian dari tanda-tanda dekatnya hari kiamat adalah tersebarnya (melimpahnya) harta benda dan luasnya perniagaan. Juga munculnya pena-pena yang menunjukkan banyaknya bacaan dan tulisan.” (Hadis riwayat Nasa’i)
Menurut tafsir ahli hadis, maksudnya ialah banyaknya tulisan dan kemajuan yang mendadak dalam pelbagai bidang ilmu dan berkembang percetakan, walhal dalam masa yang sama ilmu seolah-olah berkurangan.
Menurut hemat saya, berkembangnya bidang penulisan dan banyaknya buku justeru cerdik pandai Islam wajib menulis untuk mengimbangi bahan-bahan bacaan yang buruk dan tidak benar. Peranan para pecinta ilmu di akhir zaman menjadi penting agar tohmahan dan propaganda perang saraf kaum kuffar dapat dipintas, agar umat Islam dan manusia dapat melihat Islam dari sudut yang sah bersumberkan Al-Quran, hadis dan kesepakatan ulama.
Justeru para pemuda-pemudi perlu rajin membaca, menelaah dan mengisih bahan bacaan yang baik dan dapat dijadikan panduan. Insya-Allah, selama mana ilmu atau tulisan itu berdasarkan fakta-fakta tafsiran Al-Quran dan hadis, ianya benar.
Hadis berikutnya. Daripada Abu Hurairah, beliau berkata, “Rasulullah berkhutbah, dan menyebut satu kisah yang panjang. Pada akhir hadis itu disebutkan bahawa Abu Syah berkata kepada Rasulullah, ‘Wahai Rasulullah! Tolong tuliskan untuk saya isi khutbah tuan tadi.’ Maka Rasulullah berkata, ‘Tolong tuliskan untuk Abu Syah’.” (Hadis riwayat Tirmizi)
Dalam buku ini Tuan Guru menulis, “Maka satu-satunya cara adalah meminta bantuan orang lain untuk menulis ilmu baginya’, yakni menulis bagi orang yang tidak boleh menulis justeru sebab-sebab tertentu, tapi ingin membaca dan menelaahnya.
Dalam sebuah artikel beberapa tahun dahulu yang ditulis untuk sebuah majalah, saya nyatakan, antara lain:
"Penggunaan komputer membolehkan maklumat disimpan dalam disket (atau cakera liut), cakera keras, pita magnet, CD-ROM, CDR, ‘thumb drive’, ‘flash memory’, dan sebagainya. Peranti storan terkini boleh menyimpan pelbagai maklumat multimedia yang mengandungi teks, grafik, bunyi, dan sebagainya pada kepadatan tinggi.”
Lebih daripada itu, pelbagai medium terbuka mutakhir ini, terutamanya blog dan Facebook, atau boleh dikumpul dalam kategori laman web dalam internet. Saya istilahkan World Wide Web itu sebagai badan atau wahana tempat maklumat disimpan. Justeru wajib digunakan sebagai salah satu wahana di era moden dan mutakhir ini, insya-Allah.
Hadis berikutnya juga dari Abu Hurairah. Beliau berkata, “Tidak ada daripada keseluruhan para Sahabat Rasulullah orang yang paling banyak melaporkan hadis lebih berbanding saya, kecuali Abdullah bin Amar bin Ash. Maka dia lebih banyak daripada saya kerana dia menulisnya, dan saya tidak menulisnya.” (Hadis riwayat Bukhari dan Tirmizi)
Lanjutan dari hadis-hadis di atas, insya-Allah, saya ingin panjangkan satu tazkirah. Dalam tafsir Al-Quran Miracle The Reference, panel panitia mengambil satu tulisan Harun Yahya mengenai syirik kepada Allah.
"Antara perbuatan syirik adalah memuja berhala. Menurut adat kata 'memuja berhala' bererti menyembah benda atau wujud tertentu."
Insya-Allah, semua orang tahu. Ulama, ustaz, mufti, tok imam dan penganut Islam tahu dan memahaminya. Tetapi baca lagi yang berikutnya.
"Namun sebenarnya, maknanya lebih luas dan tidak terbatas pada pengertian itu. Pada setiap masa selalu ada manusia yang sekutukan Allah, mengambil tuhan lain dan menyembah pujaannya. Memberhalakan sesuatu tidak bererti pemujanya berkata, 'ini tuhan yang saya sembah'. Tidak juga bererti dia harus bersujud di hadapannya.
"Pada dasarnya, menyembah berhala dapat bererti rasa suka seseorang terhadap sesuatu melebihi sukanya kepada Allah. Misalnya menyukai redha seseorang (manusia) berbanding dengan redha Allah, atau lebih takut kepada seseorang (penguasa) berbanding rasa takut pada Allah, atau lebih mencintai seseorang daripada cintanya untuk Allah.”
Allah menempelak dan memberi amaran dalam Al-Quran:
"Bertanyalah (kepada mereka wahai Muhammad), 'Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang mula menciptakan sesuatu kejadian kemudian ia mengembalikan adanya semula (pada hari kiamat)?' Katakanlah, 'Allah jualah yang mula menciptakan sekalian makhluk kemudian Ia mengembalikan adanya semula (untuk menerima balasan). Oleh itu, mengapa kamu rela dipalingkan (kepada menyembah yang lain)?' 
"Bertanyalah (wahai Muhammad), 'Adakah di antara makhluk-makhluk yang kamu sekutukan dengan Tuhan itu, sesiapa yang memberi petunjuk kepada kebenaran?' Katakanlah, 'Allah jualah yang memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran. Maka adakah yang dapat memberi hidayah petunjuk kepada kebenaran itu, lebih berhak diturut, ataupun yang tidak dapat memberi sebarang petunjuk melainkan sesudah ia diberi hidayah petunjuk? Maka apakah alasan sikap kamu itu? Bagaimana kamu sanggup mengambil keputusan (dengan perkara yang salah, yang tidak dapat diterima oleh akal)?'." (Yunus 10: 34 - 35)
Wallahu'alam.

** Insya-Allah, ikhlas dari WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on July 26, 2013 08:33