Web Sutera's Blog, page 7

April 15, 2014

Perang Armagedon: Pertempuran Besar Akhir Zaman, lain dari yang lain

Sebelum membaca fahami dulu apa armagedon ? Buku ini karya fiksyen yang sarat dengan input/fakta bersumberkan banyak rujukan. Penulis semestinya membuat banyak research@homework.

Tahniah kepada Pak Web Sutera di atas kejayaannya menukang siap sebelum PBAKL14. Novel ini lain dari yang lain, aku rasakan bagaikan buku ilmiah dalam bentuk novel. Semua ada cukup lengkap, prakata, dedikasi, pendahuluan ...lampiran, glosari, bibliografi. Menariknya sebelum prolog ada bahagian nama watak-watak.
Penceritaan terbahagi kepada latar masa tahun 2487 Masihi selari dengan tajuk Perang Armagedon itu pada masa depan. Ada imbas kembali Perang 20 tahun, monolog si mukmin dan imbas kembali abad 21.
Antara yang menarik:
- Permulaan bab disertakan petikan ayat al-Quran, hadis atau kata-kata dari tokoh.- Teknologi yang diketengahkan meliputi persenjataan fizik, biokimia, sains komputer, mikrob, laser plasma, cyborg, biobot lipas.- Penulis meletakkan pejuang Islam pada pihak yang hebat, kesatuan ummah (pelbagai bangsa negara, jin baik walaupun mengangkat hero Melayu nusantara dan tak lupa peranan wanita).- Penggunaan bahasa Melayu tinggi yang bagus. Banyak kosa kata baru aku temui. Kesalahan ejaan satu saja aku jumpa, 'diimbas' dieja tak cukup huruf ‘i’.- Suka nama watak antagonis seperti Wakaka dan Menatee.- Pedang Syahadah? Make it believe.- Lampiran ll mengenai perang nuklear India kuno
- Ada selingan makhluk Polip.
Kekurangan pula, aku rasakan tak puas menikmati aksi-aksi yang dihidangkan, mahu lebih banyak lagi dan ada seketika pembacaan seakan terputus hubungan dengan watak novel ini
Grafik kaver cantik cuma warnanya agak kontras.
Keseluruhannya. Alhamdulillah aku dapat menghadam mesej-mesej yang ingin disampaikan dan dikongsi oleh penulis. Buku ini disarankan kepada semua pembaca amnya dan khusus kepada geng BTL patut menelaahnya kerana banyak manfaat yang akan diperolehi, insya-Allah. Kita perlu berjihad melawan doktrin Yahudi dan Amerika Syarikat (yang ditunggang Israel). Zionis Israel Yahudi itu kuda tunggangan Iluminati ke arah NWO (New World Order) di bawah panji kegelapan Dajjal.

Mohon perlindungan Allah dari fitnah besar Dajjal.
4.25* (daripada 5*) ** Ulasan Tuan Fikri Baharon, Gombak, Selangor.
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 15, 2014 18:08

April 7, 2014

PERANG ARMAGEDON: Betapa tinggi teknologi, kuasa Allah penentu segala

Dengan nama Allah yang pemurah lagi Maha mengasihani.

Pertama sekali saya nak ucapkan jutaan tahniah kepada penulis a.k.a sahabat yang saya hormati iaitu Pak Web Sutera di atas kejayaan beliau menoktahkan buku ketiganya. Setelah sekian lama mengintai hanya dalam fragmen di alam maya (maaf bro gua tak layan baca kat blog..gua kaki buku..jangan marah haaaaa) dan akhirnya PERANG ARMAGEDON berjaya dibukukan.
Jujurnya selepas balik dari perasmian buku beliau tempoh hari, saya sudah tidak keruan lagi apabila memandang buku ini. Ditambah lagi dengan keterujaan melihat buku ini menggunakan kertas yang sangat ringan sekali gus membuatkan diri ini diasak dengan kuat untuk membacanya. (Maafkan saya wahai buku-buku yang masih pending ... saya terpaksa memotong giliran kalian demi buku ini).
Bagi penggemar buku aksi tempur rasanya kalian akan menyukai buku Pak Web yang terbaru ini. PA mengetengahkan pejuang Islam yang bangkit menentang doktrin Yahudi dan Zionis Israel. Rasanya penulis menggunakan watak lelaki Melayu iaitu Fateh Sa'adi sebagai teraju utama yang berjuang menghapuskan kezaliman musuh Islam ini.
Bagaikan tersedut ke dalam mesin masa, penulis berjaya membawa saya masuk ke dalam cerita ... persis bagai memimpin tangan saya dari awal hinggalah ke akhir cerita. Saya seolah-olah menyaksikan sendiri kepingan-kepingan dimensi yang wujud di dalam perjuangan yang suci ini.
Geram dan sakit hati apabila sekutu Yahudi ini senantiasa memikirkan cara untuk menyakiti orang Islam. Mereka mendakwa Islam itu teroris, sedangkan mereka mengangkat sikap teroris itu sebagai kebaikan dalam perjuangan sonsang mereka. Namun hati saya puas apabila penulis meletakkan tentera Islam sebagai tentera yang cukup bijak apabila berjaya mematahkan serangan demi serangan yang diberikan oleh Yahudi. Cuma maaf cakap ... saya kurang gemar pula bila ada watak cyborg dan sebagainya.
Buah tangan kali ini nampaknya lebih matang. Penulis juga banyak menggunakan pendekatan sains dan teknologi seiring dengan latar masa yang digunakan iaitu masa hadapan. Pun begitu, betapa tinggi dan canggih teknologi yang ada masih tidak mampu untuk melawan kuasa yang Khalik. Sejauh mana kita melangkah, semakin besar kuasa Allah yang maha Agung terbentang luas di hadapan.
Antara yang menarik perhatian saya mengenai buku ini ialah kisah-kisah Nabi Allah yang bertungkus-lumus membantu (ajaran) Allah menjalankan dakwah membawa umat manusia ke jalan yang benar. Tetapi dasar Yahudi laknatullah sentiasa ingkar dan mendustakan kebenaran. Ada juga cerita yang membuatkan saya berasa lucu iaitu apabila penulis menyatakan tentang jin pun ada teknologi (m/s185), dan ada juga yang menjentik tangkai hati saya iaitu dialog antara nabi Yahya a.s dengan iblis mengenai 3 golongan manusia (m/s 186).
Menariknya buku ini, di setiap bab ia diselitkan dengan hadis-hadis, sabda-sabda serta riwayat-riwayat sahih yang berkaitan dengan bab tersebut. Ia signifikan sekali dengan apa yang cuba disampaikan oleh penulis. Buku ini amat ringan (dari sudut ukuran berat), sama beratnya dengan sebiji buah epal. Pak Web juga seorang pengguna bahasa Melayu yang baik ... sehinggakan saya terpaksa berteman dengan kamus elektronik semasa membaca buku ini.
Kalau kalian perhatikan, bila membaca buku ini, kita seolah-olah mendengar sendiri Pak Web bercerita di sebelah ... sebab ada baris-baris ayat yang digunakan persis gaya beliau bercakap. Adakala sinis, adakala penuh wibawa, kadang-kadang kelentong ke lebih Pak Web ini ... hahaha (sebab dah selalu dengar beliau berleter guna mikrofon).

Haaaaa!! Satu lagi yang menarik mengenai buku ini. Dalam ini ada menyentuh tentang bangsa POLIP...so baca..jangan tak baca..!!( sempat aku meracun..) kih .. kih ... kih.
Terima kasih Pak Web sebab hasilkan buku yang amat baik ini. Kalau ditanya siapa penulis novel berlatar belakangkan sejarah, saya akan berkata penulis itu adalah Abdul Latip Talib, selepas itu saya berkata Web Sutera.
Teruskan menulis sahabat. Islam memerlukan pemikir seperti kamu. Rasa kagum dan kerdil di sisimu teman sebab melihat dari naskhah ini ... terpancar usaha kerasmu menelaah dan mencurahkan idea. Hikmahnya, sambil saya membaca ... saya juga terpaksa mengkaji semula dan membuat penilaian kendiri mengenai isu-isu terutama sejarah Dajjal dan kaitannya dengan Israel. Saya google lebih banyak maklumat tambahan untuk menampung skemata sedia ada.
4**** buat Pak Web. Semoga Allah sentiasa mencucuri rahmat ke atas junjungan besar Nabi Muhammad S.A.W.. pejuang-pejuang Islam, para Sahabat (Baginda), serta para mukmin yang berjihad dan syahid di jalan Allah. Al-Fatihah.
**4/4/14 Jumaat, Nusari bayu..review khas buat teman..sahabat dan penulis yang saya kagumi Web Sutera.
Tajuk: Perang Armagedon - Pertempuran Besar Akhir Zaman.Penulis: Web Sutera.Muka surat: 480.Terbitan: Galeri Ilmu .

*** Ulasan dan komentar Cikgu Shahrol Nizam Zulkifli, Port Dickson, Negeri Sembilan.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 07, 2014 16:42

April 2, 2014

PERANG ARMAGEDON: Pra-terbit dan doa selamat yang menaut ukhuwah

Perancangan majlis doa selamat dan pra pelancaran novel ini saya fikir sebaik sahaja proses layout terakhir dibuat, dan dalam masa yang sama desain kulit sedang diusahakan. Dalam doa dan tawakal, perbincangan dan buah fikiran dari teman-teman dicari, mohon pandangan kedua.

Usai solat Jumaat 28 Mac 2014 sekitar jam 3.00 petang, saya memandu bersama anak saudara dari Kelantan ke pejabat penerbit Galeri Ilmu di Kota Damansara. Sebaik tiba di sana, saya terus menemui editor Tuan Amir Abdul Hamid dan rakan penulis dari Kedah, Tuan Khairy Tajudin yang kebetulan ada di sana.

Tuan Khairy menunggu masa untuk ke Kuantan bagi satu lagi bengkel penulisan. Pada mulanya saya juga bakal turut ke sana, namun oleh kerana majlis di rumah keesokan harinya, saya tidak boleh ikut serta.
Kami berbual dan bertukar-tukar fikiran mengenai perancangan projek penulisan seterusnya. Bersolat Asar, dan seterusnya mengambil bunting pra pelancaran novel PERANG ARMAGEDON . Kemudian menerima naskhah novel yang di tunggu-tunggu. Alhamdulillah, suatu rupa paras novel yang menarik dan tampan.
Saya juga sempat masuk studio Galeri Ilmu untuk merakam foto bagi tujuan promosi. Sebelum waktu Maghrib, sekitar 6.45 petang, saya bertolak pulang ke Ampang. Seperti jangkaan, keadaan jalan di petang hari Jumaat sesak. Dalam pada itu, rakan dari grup Buku Tiga Lima (BTL) sedang menunggu saya, kedengaran agak angin dengan kelambatan saya bertolak pulang ke rumah. Mereka menunggu novel yang akan ditandatangan bagi proses pengeposan esoknya.
Setiba di rumah, saya diserbu oleh dua orang sahabat BTL itu. Proses bermula daripada memeriksa kembali senarai pesanan pra-terbit novel PERANG ARMAGEDON , menulis nombor siri khas, menconteng kata-kata kemudian autograf dan berakhir dengan memasukkan novel ke dalam sampul surat pra-bayar kurir Pos Laju.
Bagi majlis Doa Selamat dan Pra Pelancaran Novel, isteri Cef Hana dan kru sudah mulakan tugas sehari sebelumnya. Ini bagi memastikan semua cadangan menu dan sediaan kerusi meja lancar. Saya terharu dengan sokongan padu dari isteri tersayang.
Menjelang petang usai waktu asar Sabtu 29 Mac, segala persiapan hampir siap. Keadaan gelap setelah panas pada mulanya. Syukur dan bimbang. Menjelang waktu Maghrib, hujan mulai melebat. Sejuk menguasai suasana rumah. Sebagai manusia biasa, saya disalut bimbang, sang syaitan pun mengasak lubuk hati. Dalam pada itu menerima mesej SMS dari rakan-rakan yang tidak boleh datang disebabkan alasan dan halangan masing-masing, juga SMS lambat tiba.
Ya Allah! Subhanallah! Tiada daya upaya melainkan dari Allah belaka. Saya bertabah dalam doa berharap.
Usai Isyak ... mulalah ketibaan teman, sahabat, jiran dan rakan. Kelegaan melanda. Syukur ke hadrat Allah, walaupun hujan masih tersisa, para tetamu tetap sudi mengunjung teratak buruk ini. Justeru saya mengubah aturcara - makan dahulu sebelum doa selamat. Acara ditunda sehingga jam 10.00 malam lantaran semua lambat tiba.
Alhamdulillah, selesa dalam cuaca sejuk selepas hujan lebat. Makin ramai yang mampir tatkala saya sedang membebel. Subhanallah! Majlis berjalan sehingga selewat jam 1.30 pagi.
Misi tercapai dalam matlamat menaut ukhuwah dan mempertemukan para peminat novel saya. Kehadiran teman jauh dan dekat, termasuk novelis kesayangan ramai Tuan Ramlee Awang Murshid, Puan Dayang Aminah dan anakanda Aizuddin memberi obor semangat.
Dalam sedar bahawa diri ini ada orang yang sayang. Justeru saya juga sayangkan kalian. Tidak perlu saya sebutkan nama seorang demi seorang, kalian tahu siapakah diri kalian. Terima kasih atas sokongan selama ini. Mohon agar jangan lupakan diri ini di kala ramai dan sendirian. Saya perlukan doa kalian.
Keletihan dan rasa syukur ke hadrat Allah Taala.


Maafkan daku daripada kalianMenyusun jari memohon sayang;Andai terkurang dalam meraikanUsah disimpan berhijab bayang.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on April 02, 2014 02:11

March 25, 2014

PERANG ARMAGEDON – Petaka ciptaan Zionis Yahudi dan Barat

Ini antara apa yang ingin disampaikan dalam novel PERANG ARMAGEDON . Sukacita diingatkan, buku ini sebuah novel atau karya fiksyen berdasarkan tafsiran ulama dan teori konspirasi.

The fall of Fallujah was widely reported by the global media in early 2014. Jabhat Al-Nusra were originally members of the Jihad in Iraq, who moved to Syria to fight the al-Assad regime; this is the only link between what is taking place Iraq and Syria. What is taking place in Iraq is the result of the US invasion and the Iraqi people turning against the corrupt Maliki government.
Fallujah and the Anbar province were both the heart of the insurgency against the US. The US was able to co-opt the Shi’a factions in South Iraq, but failed to achieve this in central Iraq which is dominated by Sunnis. It took a brutal siege in 2004 to put down the insurgency, with reports continuing to emerge of the use of chemical weapons by US forces.
The nations in the Middle East were created to ensure they remain weak and under subjugation. It should be remembered throughout history, Syria’s borders were much larger than they are today; Al-Sham consisted of Palestine, Lebanon, Jordan, Israel and parts of South Turkey.
It should be kept in mind, when the Decree of Allah comes, all material obstacles can be overcome. Historically the most profound example was that of the first Islamic State established by Rasulullah SAW, in the isolated meagre deserts of Arabia, surrounded by the mighty Roman and Persian Empires. Yet the Khilafah within a short span of time was able to overcome these two empires and expanded across multiple continents.
The current architecture in the Muslim world was designed by the departing colonialists and in designing the region every care was taken to ensure that it remained reliant and subservient to foreign powers. One strategy employed by both Britain and France was to bring minorities to power (such as al-Assad in Syria), who would always rely on external help to remain in power.
David Fromkin, Professor and expert on Economic History at the University of Chicago, in his book: “A Peace to End All Peace: Creating the Modern Middle East”, encapsulated the strategy:
“Massive amounts of the wealth of the old Ottoman Empire were now claimed by the victors. But one must remember that the Islamic empire had tried for centuries to conquer Christian Europe and the power brokers deciding the fate of those defeated people were naturally determined that these countries should never be able to organize and threaten Western interests again. 
“With centuries of mercantilist experience, Britain and France created small, unstable states whose rulers needed their support to stay in power. The development and trade of these states were controlled and they were meant never again to be a threat to the West. These external powers then made contracts with their puppets to buy Arab resources cheaply, making the feudal elite enormously wealthy while leaving most citizens in poverty.”
Former US ambassador to Syria Ryan Crocker outlined the West’s strategy: "We need to come to terms with a future that includes Assad - and consider that as bad as he is, there is something worse."
2 likes ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 25, 2014 20:30

March 18, 2014

Raja Zulqarnain: Lawatan kembali Surah al-Kahfi

Dilaporkan oleh Ali bin Abi Talib, Nabi Muhammad SAW bersabda, “Orang yang membaca Surah al-Kahfi pada hari Jumaat, dia terpelihara sehingga lapan hari daripada fitnah yang melanda, dan sekiranya keluar Dajjal sekali pun, dia akan terpelihara daripadanya.”

Rasulullah SAW juga menegaskan, “Sesiapa yang menghafal 10 ayat dari awal Surah al-Kahfi, dia akan terpelihara daripada godaan Dajjal.” Dalam riwayat lain, “Barangsiapa yang hafal 10 ayat terakhir daripadanya.” (Riwayat Muslim)
Surah ini turut bercerita mengenai seorang pembebas besar Mukmin di suatu zaman. Allah menukilkan dalam ayat-ayat 83 sehingga 98 dalam surah yang sama.
Saya ingin sampaikan ucapan terima kasih dan penghargaan kepada para ustaz dan sahabat yang memberi ingat akan peri mustahaknya  membaca surah ini pada malam atau siang Jumaat. Inilah sunnah amalan Baginda Rasulullah SAW. Selama ini mungkin yang sering orang-orang seluruh Nusantara sebut-sebut ialah membaca Surah Yasin.
Amalan membaca surah ini, insya-Allah, elok saya dan para sahabat amalkan. Dalam kes saya, dengan hikmah anak yang sedang belajar di sekolah tahfiz, saya berasa malu sendiri.
Saya bertanya diri sendiri, “Wei! Kau hantar puteramu ke sekolah tahfiz dengan berniat agar dia menghafal dan seterusnya mentadabbur al-Quran, sedangkan kau masih bermalas-malas! Jadi contoh bagaimana kau mahu tunjukkan?”
Dalam makna yang sama, saya menulis buku-buku motivasi, sedangkan saya sendiri tidak berbuat apa yang ditulis. Apakah jadahnya? Justeru benar kata seorang teman, “Tuan akan diuji Allah terhadap kandungan buku-buku yang ditulis.”
Insya-Allah, dengan izin dan cinta Allah jua, saya membuat apa yang saya tulis. Dalam masa yang sama, secara langsung Allah menguji diri ini bahawa “Kau berbuat dahulu, baru orang lain akan ikut apa yang kau kata.”
Teringat novelis kesayangan ramai Tuan Ramlee Awang Murshid yang berkata kepada saya, “Apabila aku berasa malas mahu bangun malam untuk bermunajat, bertahajjud dan buat amal, aku teringat Laksamana Sunan. Itu watak yang aku ‘cipta’ dalam novel. Kalau Laksamana Sunan boleh berbuat begitu, aku apa hal tak mahu buat? Aku malu dengan watak ‘ciptaan’ aku sendiri.”
Itu ujian Allah untuk hamba-Nya ini, salah satunya. Alhamdulillah.
Manakala novel sejarah atau boleh juga dikategorikan sebagai fantasi sejarah berjudul Macedonia: Alexander Agung – Hijab Raja Zulqarnain dikisahkan berdasarkan ayat-ayat 83 – 98 Surah al-Kahfi ini. Insya-Allah, dalam menulis novel ini saya membaca dan menelaah banyak tafsir para ulama mufassirin (ahli tafsir al-Quran) dahulu dan kontemporari, juga ilmuan Islam yang ikhlas dalam mendepani sejarah zaman.

Justeru, novel ini, insya-Allah, adalah kaedah saya memudahkan perkisahan rumit berkaitan seorang hamba Allah bernama Zulqarnain atau Raja Zulqarnain. Bukan mengambil isu polemik sosok ini (walaupun ada sedikit), bahkan saya mengambil pendirian siapakah beliau. Novel ini sebuah kembara mencari kebenaran yang sekian lama digelapkan oleh Yahudi.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 18, 2014 17:04

March 12, 2014

PERANG ARMAGEDON: Kesatria Islam lawan jin Ifrit

Sinopsis / Blurb

Fateh Sa'adi dan makhluk hijau yang masih hidup itu menatap mata masing-masing, menunggu gerakan musuh. Sementara itu, dua tentera cyborg menjauh sedikit tetapi masih kekal bersiaga.
"Siapa kau sebenarnya?" Fateh Sa'adi bertanya.
"Sudah gaharu cendana pula. Manusia mudah lupa!" Makhluk itu bernada keras.
Fateh Sa'adi teringatkan sesuatu. Namun ... .
Hassan Sijic melompat dan menerjah. Pedang dihayunnya sepenuh tenaga ke wajah makhluk hijau itu. Akan tetapi, sebelum mata pedang dapat mendarat ke sasaran, sang hijau itu cepat mengayunkan cakarnya dan memukul pemuda Bosnia itu. Tentera cyborg itu terhumban ke dinding kaca.
Kemudian, makhluk hijau itu menembak bebola api ke arah Fateh Sa'adi. Namun, dapat dielak dengan menerjah ke dinding dan melonjakkan tubuhnya ke atas. Semasa di udara, Fateh Sa'adi terdengar sesuatu benda jatuh di belakangnya.
Gedegang!! Prak, prak!!
Beberapa ketika kemudian, satu dinding besar roboh. Lalu, terbukalah piramid itu sehingga cahaya siang memancar masuk ke dalamnya.
"Apa yang terjadi?"

@@@@@@@
Buku / novel ini disasarkan untuk bacaan umum. Novel ini sarat dengan fakta yang diambil daripada lebih 30 buah sumber rujukan berkaitan armagedon. Ikuti perkembangan semasa novel ini di https://www.facebook.com/PerangArmagedon
Testimoni: "Alur cerita Perang Armagedon melompat dan berpusing di antara ruang dan waktu, tetapi memancing rasa ingin tahu. Ia mengacaukan batas-batas fakta dan imaginasi, mempertemukan dunia yang berbeza dan terpisah, serta menjelajah hal-hal yang kuno dan moden. Ada banyak riwayat dan tutur kata sejarah di dalam buku ini. Namun begitu, tempatkanlah ia dan nikmatilah sebagai sebuah karya fiksyen yang menghibur dan yang mengingatkan kita tentang semangat perjuangan membela kebenaran." -- Syed Alwi Alatas, Penulis buku motivasi dan tarbiah bestseller dari Jakarta, Indonesia
Armagedon – istilah janaan Yahudi untuk mengambarkan sebuah perang yang mesti berlaku bagi melawan orang-orang Islam. Kekalahan kerajaan Salib di Baitulmaqdis pada era Salahuddin al-Ayyubi juga didogmakan sebagai armagedon bagi dunia Kristian / Barat.
Justeru dunia Salib dan Eropah berdendam, amat dalam kesumatnya. Ia lebih parah dengan hasutan Yahudi yang meniup slogan armagedon. Bagi Yahudi, tertawannya Baitulmaqdis ke tangan tentera Islam sebagai petanda kemusnahan armagedon, salah satunya, walaupun ia hanya doktrin busuk.
Maka kumpulan Yahudi yang kemudiannya dengan fahaman Zionis terus menerus memalu genderang perang terhadap umat Islam. Bagi mereka perkataan ‘jihad’ wajib dikuburkan dari dada pemuda, pemudi dan umat Islam.
Misi armagedon dicanang dan dirancakkan oleh mereka. Armagedon dimulakan dan akan berakhir di Baitulmaqdis. Itulah cita-cita Iblis, Dajjal dan konco-konco Zionis-Yahudinya.

Judul novel: Perang Armagedon
Penulis: Web Sutera
Penerbit: Galeri Ilmu
Tebal: 480 muka surat
ISBN: 978-983-097-467-5
Harga: RM22.00
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 12, 2014 18:10

March 4, 2014

PERANG ARMAGEDON: Kutukan Allah kepada Bani Israel / Yahudi

Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil . Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu  Armagedon  yang jauh terkehadapan nanti.

Sedar atau tidak, kita percaya yang semua nabi dari Adam sehingga ke Muhammad bin Abdullah adalah Islam atau Muslim. Itu fakta dalam al-Quran dengan turunnya agama-agama samawi untuk manusia agar beriman dengan kenabian dan kerasulan serta wahyu daripada Allah. Agama mereka adalah satu walaupun syariat berbeza berpandu kepada hikmah yang Allah mahukan.
Antara petunjuk mudah ialah pada malam Israk dan Mikraj Nabi Muhammad, apabila Baginda menjadi imam ketika solat di Masjid al-Aqsa kepada semua nabi dan rasul. Justeru bumi Palestin yang dijarah Israel laknat adalah bumi para anbiya' dan rasul, bumi Islam, mempunyai hubungan erat dengan bangsa Yahudi. Namun mereka derhaka dan membunuh para utusan Allah itu.
Justeru umat Islam wajib membaca ayat al-Quran ini setiap kali bersolat, sebagai salah satu tazkirah:
“Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.”  (Al-Fatihah 1:7)
Dalam Taurat dan Injil tercatat sejarah bahawa Bani Israel / Yahudi adalah pembunuh para nabi. Justeru Allah hukumkan mereka tidak berhak ke atas bumi Palestin dan Al-Quds.
Dogmatik bahawa Al-Quds adalah hak bangsa Yahudi dengan tertubuhnya Israel dan impian Haikal Sulaiman adalah mainan kotor mereka. Mereka bukan golongan manusia pertama menduduki wilayah itu. Sebelumnya kaum Arab purba sudah ada di sana zaman-berzaman.
Pentingnya bumi Palestin digambarkan dalam salah satu firman Allah:

“Demi buah Tiin dan Zaitun. Dan Gunung Tursina. Serta negeri (Makkah) yang aman ini.”  (At-Tiin 95:1 -3)
Salah satu tafsir ulama wilayah buah tin dan zaitun ialah Baitulmaqdis yang lahirnya Nabi Isa bin Maryam. Seluruh kaum masa silam yang disebutkan dalam al-Quran dan Bible (asli atau terkini) sewajibnya memperoleh hukuman justeru memberontak dan tidak bersyukur atas kurnia Allah yang Maha Penyayang. Bencana hebat dan dahsyat menimpa mereka.
Kaum Bani Israel / Yahudi setelah berpindah-randah dari satu tempat ke tempat lain tanpa negara dan wilayah, dan akhirnya menemukan alasan dogmatik Haikal Sulaiman (Nabi atau Raja Sulaiman), mereka menetap di situ. Bangsa Yahudi tetap dihancurkan Allah kerana perilaku yang melampaui batas dan amat zalim serta merosakkan keamanan bumi.
Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.
Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat.

Inilah inti pati fiksyen ini.
JUDUL: Perang Armagedon. PENERBIT: Galeril Ilmu, 2014. ISBN: 978-983-097-467-5. HARGA: RM22 (Sem. Malaysia), RM24 (Sabah & Sarawak). TEBAL: 480 muka surat.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on March 04, 2014 15:33

February 22, 2014

PERANG ARMAGEDON: Isu jihad dalam melawan teroris Zionis-Israel

Kadangkala, bahkan kerap perang terpaksa demi membela maruah dan untuk kebaikan manusia. Kalau Islam tidak wajibkan jihad, musuh-musuhnya dan musuh kemanusiaan akan menganyang ummah. Namun Islam mengajar adab-adabnya, insya-Allah.

Futurologists tend to look at the impacts of artificial intelligence, genetic engineering, nanotechnology and robotics in isolation. It is a simple matter to single out a technology and then make a linear regression projecting its future. The most commonly referenced current example is ‘Moore’s law’. Gordon Moore was originally speaking about IC complexity – which was applied by Dave House to computer performance, predicting it doubling every 18 months. Popular acknowledgment of Moore and House is that ‘Moore’s law’ has successfully predicted the exponential growth of digital electronics over the past 45 years.
Mesej utama novel ini ialah perjuangan jihad menentang kezaliman Zionis. Good vs. evil. Teknologi melawan teknologi. Kesatuan ummah tanpa mengira bangsa, kaum, warganegara serta bentuk (manusia, jin, Polip) dalam menjayakan sebuah misi agung iaitu Armagedon yang jauh terkehadapan nanti.
Yahudi moden dengan fahaman Zionisnya terus merosakkan dunia dari lokasi Haikal Sulaiman dan kawasan sekitarnya. Mereka berbesar hati dengan kesombongan yang luar biasa sebagaimana mereka lakukan sebelum peringatan yang pertama.
Kutukan Allah akan berterusan terhadap hamba-Nya yang amat zalim itu. Salah satunya melalui janji Allah bahawa sentiasa ada kumpulan pejuang di Baitulmaqdis dan kawasan sekitarnya sebagai benteng agama Islam sehingga ke hari kiamat..
Inilah inti pati fiksyen ini.
** Kaver ini belum final. Masih ada sedikit penambahbaikan akan dibuat oleh tim grafik dan editorial Galeri Ilmu Sdn Bhd, insya-Allah.

@@@@@@@
Saya kira tidak lengkap andai saya tidak menulis sedikit berkenaan Bengkel Penulisan Novel Islami anjuran Khairy Tajudin Resources dengan kerjasama penerbit Galeri Ilmu Sdn Bhd pada 22 Februari 2014. Sekali lagi saya saksikan kehadiran peserta wanita yang jauh lebih ramai daripada lelaki. Ternyata wanita memang suka menulis. Mohon maaf andai saya agak membebel. Semoga bermanfaat walau sedikit, insya-Allah.

Terima kasih istimewa kepada Cikpuan Nur Liana bt. Omar. Banyak ilmu yang saya sendiri kutip. Beliau editor yang sangat rajin dan berani.
Jangan malu mengakui yang kita suka membaca, gila akan buku. Biarkan orang lain yang tidak minat menyindir kita. Kita adalah kita, sebuah komuniti dan ummah yang suka membaca dan menelaah.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 22, 2014 17:36

February 16, 2014

Langkah Mudah Untuk Menulis Novel

Mungkin tuan dan cikpuan ada idea untuk menulis novel, tetapi tidak tahu bagaimana untuk memulakannya. Contohnya, tuan dan cikpuan ada idea untuk menulis sebuah novel mengenai sukan yang diminati. Jadi, apa yang perlu dilakukan dahulu?

1. Tuan dan cikpuan boleh baca beberapa buah novel yang mempunyai tema yang sama. Contohnya, sebelum saya menulis Tariq United , saya membaca novel Impian Juara oleh Wan Zayuhisham Wan Yusoff (Galeri Ilmu) dan Kaki Bola (PTS).
2. Daripada pembacaan, saya mendapat idea bagaimana untuk menyusun idea ke dalam bentuk plot, konflik dan klimaks.
3. Kemudian, saya senaraikan nilai-nilai tarbiah yang saya ingin masukkan ke dalam novel. Nilai-nilai ini saya serap masuk ke dalam dialog dan babak serta sedikit dalam ayat naratif.
Sekarang, saya mempunyai idea untuk menulis sebuah novel motivasi berkenaan hal ehwal suami isteri setelah saya membaca buku Men are from Mars, Women are from Venus .
Insya-Allah, doakan saya berjaya menyiapkan novel ini. Sekarang belum mula tulis lagi. Hujung minggu ini mahu bincang dulu dengan Puan Bonda Nor.
IKLAN:
Sesiapa yang mahu belajar menulis novel patuh syariah, dijemput menyertai Bengkel / Kelas Penulisan Novel Islami pada 22 Februari 2014 di Akademi Must Read Sdn. Bhd., Wangsa Melawati, Kuala Lumpur.
Yuran: 1 orang = RM150, 2 orang = RM250, 3 orang = RM300. Boleh SMS/ Whatsup: +6019 470 2839. Yuran boleh bayar kemudian, mungkin anda tunggu gaji hujung bulan atau dapat BRIM.
** Khairy Tajudin.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 16, 2014 16:47

February 9, 2014

Macedonia: Alexander Agung - Padat ilmu, info, kata-kata hikmah dan pengetahuan

Aku mulakan reviu ini dengan ucapan salam maulidurrasul. Semoga kita menjadi semakin baik dalam beramal dan istiqamah dalam ibadah. Amin.

Aku tak gemar cerita perang. Cerita perang sangat mensayukan hati bila berimaginasi tentang mayat-mayat yang bergelimpangan, tentang tanggisan dan tentang keadaan kampung, atau negeri yang musnah dan hancur. Jika tidak kerana ramai yang memuji novel ini, mungkin aku tak terasa terpanggil untuk membacanya.
Aku tak suka kaver novel ini.. hehehe. Maaf cakap laa, padaku ia tak menarik. Kaver seharusnya menarik untuk menarik orang membelinya, apatah lagi orang macam aku yang tak suka cerita perang tapi perlukan sesuatu "hasutan" untuk membacanya.
Tapi ia ok.Kata-kata pujian tentang novel ini boleh membakar semangat orang untuk membacanya.Tahniah dari aku.
Novel ini tentang persoalan siapakah Raja Zulqarnain yang disebut dalam al-Quran, bukti-bukti dan fakta-fakta serta dalil-dalil yang diberikan jelas membuktikan dialah Alexander Agung pemerintah Macedonia yang digambarkan oleh sejarah sebagai raja yang hebat, raja penakluk dunia.
Aku menerima sangat banyak pengetahuan baru dalam novel ini. Pengetahuan itu bukan saja dari fakta-fakta yang sahih, juga dari petikan kata-kata ahli falsafah dahulukala yang penuh makna. Sungguh ia sebuah buku yang menarik.
Cuma ada sedikit teguran di sini, tapi jangan ambik hati, ya. Muka surat 158, Tok Janggut bertanya kepada Zamri, “Apa yang dikau perolehi?” Zamri menjawab, “Saya kurang faham pertanyaan Tok?” Tok janggut menjawap, "Okey, begini. Ilmu pertama yang dipelajari dan bla bla bla... “
Rasanya Tok Janggut takkan cakap ‘okey’, kerana perkataan okey ni orang moden yang guna pakai.
Dalam muka surat 412, Alexander mengumpulkan semua sahabat di dalam khemahnya untuk makan malam, sedangkan ayat sebelumnya menceritakan, Alexander dan angkatannya dalam pelayaran dengan menggunakan kapal dan ghali. Dalam kapal pun nak pakai khemah juga ke?
Komen lain ialah tentang penggunaan watak Tok Janggut. Kenapa Tok Janggut? Tok Janggut digambarkan mengetahui semua latar sejarah perjalanan Alexander. Pada aku kalau guna watak lain mungkin boleh nampak real kot. Sekurang-kurangnya watak orang alim yang mengikuti semua perjalanan Raja Alexander, kerana hanya mereka yang lebih tahu.
Novel sejarah sebenarnya banyak mengundang pertanyaan dari merungkai jawapan. Antara pertanyaan yang bermain dalam kepalaku ialah, selalu kita dihidangkan dengan cerita ... contoh: seorang raja yang berucap kepada ribuan rakyat jelatanya. (Perkara) yang berlegar dalam kepalaku bagaimana ucapannya itu boleh didengar oleh ribuan rakyat jelata? Mungkin ada peralatan atau sistem pembesar suara yang telah lama dicipta yang kita tidak tahu? Sebagaimana teknologi membuat baju besi di aman Nabi Daud?
Begitu juga dengan perjalanan menempuh hutan belukar, padang pasair dan gunung-ganang yang membawa bala tentera berkuda berjumlah ribuan orang. Bagaimana kuda-kuda ini dapat mendaki gunung dan melintasi jurang-jurang serta padang pasir yang luas? Mungkin ada teknologi pengangkutan yang tidak kita ketahui ujudnya yang belum dibongkar.
Persoalan lain yang masih aku cari-cari jawapannya, adalah bagaimana orang-orang terdahulu (sebelum adanya agama Islam) yang menganut agama Tuhan Yang Satu beribadah? Apakah mereka ada ritual-ritual yang tertentu yang membezakan mereka dengan penyembah berhala? Dalam buku ini ada dikisahkan Raja Alexander yang menyembelih kambing sebagai korban untuk mengubatnya yang sedang demam.
Akhir komen, novel ini sangat baik dari segi penceritaan dan rujukan, diolah dengan cara berbeza berbanding buku-buku ilmiah lain. Padat ilmu, padat info, padat kata-kata hikmah dan padat pengetahuan.
9/10 bintang.

** Komen kritikal dari pembaca bernama Tuan Yg Lain pada minggu Maulidurrasul 1435 Hijrah.
1 like ·   •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on February 09, 2014 16:37