Web Sutera's Blog, page 3
February 23, 2016
Catur Dunia - Jatuhnya harga minyak bakal memperkuat cengkaman AS

Peluang untuk mengurangkan harga minyak menguatkan kawalan Amerika Syarikat (AS) ke atas rizab global. Maka ia membolehkan penimbunan besar minyak dan mungkin juga lebih penting untuk meningkatkan tekanan kepada pengeluar Timur Tengah untuk meliberalisasikan ekonomi mereka mengikut garis panduan (baca: telunjuk) Barat.
Fakta terdahulu yang perlu diketahui ialah beberapa negara besar termasuk Rusia dan China mengancam akan melakukan perdagangan dalam mata wang mereka sendiri. Matlamat ialah mereka mahu lari dari terus bergantung kepada nilai mata wang Dollar AS (USD) yang menjadi mata wang de-facto dunia selama 60 tahun terakhir ini. Jadi matlamat AS ialah terus memperkuat USD bagi mempertahankan hagemoni status global.
Lihat pula kaitan dengan posisi AS secara global dan hagemoni USD di wilayah besar Eurasia. Sejak 10 tahun yang lalu paksi telah dibentuk oleh Rusia, China dan Iran (sedikit sebanyak), dalam usaha untuk mengehadkan pengaruh Amerika Syarikat. Inisiatif Jalan Sutera, Kesatuan Eurasia dan persahabatan saluran paip (minyak dan gas), penubuhan bank pembangunan Asia dan bank pelaburan infrastruktur Asia, adalah contoh-contoh strategi yang direka untuk mengehadkan pengaruh Amerika Syarikat.
Runtuhnya harga minyak membolehkan AS secara ekonomi mencederakan dua anggota paksi, dan oleh itu menjejas teruk keupayaan mereka untuk menyekat posisi penguasaan global AS.
Untuk dunia Islam, boleh difikirkan percaturan Yakjuj dan Makjuj. Lihat pula buah-buah catur yang ditarikan oleh dua blok; AS-NATO (Yakjuj) dan Rusia-China (Makjuj), dalam membinasakan wilayah Syam.
** Pemerhatian dari saya, Web Sutera yang cetek ilmunya. Boleh untuk tidak bersetuju. Wallahua'lam.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on February 23, 2016 17:50
February 21, 2016
GUA CINTA: Travelog Mujahidin

Pemuda jihad, Mujahidin dan alam buana... sama-sama mencari CINTA! Demi CINTA, sebuah GUA dan banjaran gunung bersaksi akan keimanan para pemuda. Perang itu tipu muslihat, sabda Rasulullah SAW.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on February 21, 2016 17:11
January 30, 2016
Ini jihad penulisan saya

Betapa ‘jahat dan rakusnya’ Sultan Muhammad Al-Fateh (Mehmet) dalam novel A Place Called Armageddon - Constantinople 1453. Manakala apabila membaca The War After Armageddon, di bab Prolog dan Bab 1 saja sudah menyakiti hati. Inilah contoh dakyah Barat-Zionis-Yahudi terhadap Islam dan tokoh-tokoh pejuangnya.

Insya-Allah, karya fiksyen KONSPIRASI MAHARAJA di Ilham Karangkraf memperoleh status Pilihan Editor. Saya akan terus menekuninya sehingga siap. Baru di pertengahan. Setakat 31 Januari 2016, 10.46am, bacaan mencecah 13,291 kali.
BAB PENDAHULUAN.
Ini jihad penulisan saya.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on January 30, 2016 19:20
January 28, 2016
Trilogi Armagedon, bukan KONSPIRASI MAHARAJA

Dalam dua buah novel untuk siri Trilogi Armagedon – (i) Perang Armagedon & (ii) Baitulmaqdis: Petaka Armagedon – memang saya fiksyenkan kisah Armagedon ini. Ia trilogi, maka insya-Allah akan ada sebuah novel lagi. Bilakah masanya, hanya Allah jua yang memberi daya upaya itu.
Tapi untuk novel KONSPIRASI MAHARAJA di portal Ilham Karangkraf, Armagedon yang saya sentuh bukan untuk siri Trilogi Armagedon. Ia judul berlainan, kerana antara lain saya membidik dan cuba bercerita dari sisi dunia kegelapan, yakni sebuah dunia dengan seorang Maharaja bernama Lucifer.
Masih terus menulis dalam meneroka sebuah dunia di sebalik hijab. Semoga Allah mudahkan semua usaha kecil ini. Ameen ya Rabb.
Published on January 28, 2016 06:28
January 26, 2016
The truth is out there!

Mantan Presiden Amerika Syarikat Ronald Reagan pernah berkata, “Sesungguhnya generasi ini tepatnya adalah generasi yang akan melihat Perang Armagedon.”
Pelbagai teori dan doktrin dimainkan oleh para pengdoktrin Barat dalam meramalkan fasa Armagedon ini. Lawannya ialah Islam dengan dakyah bahawa “Islam ialah tentera syaitan yang mesti dibunuh.”
Jimmy Sujjest berkata, “Aku berkeinginan agar aku dapat mengatakan bahawa kita akan mencapai perdamaian. Akan tetapi aku percaya bahawa perang Armagedon akan datang. Sesungguhnya Armagedon akan datang dan berkecamuk di Lembah Mageddo. Ia akan datang. Mereka boleh saja menandatangani perjanjian-perjanjian perdamaian yang mereka inginkan. Namun, sesungguhnya hal itu tak akan merealisasikan apapun. Sebab, bagaimana pun juga hari-hari hitam itu akan datang.”
Gerry Folwel, seorang pemimpin fundamentalis Kristian berkata, “Sesungguhnya Armagedon adalah sebuah hakikat dan sangat nyata, akan tetapi kita bersyukur kerana ia akan terjadi pada akhir zaman.”
Ellis H. Skolfield pula menulis dalam bukunya The False Prophet, “Sesungguhnya orang-orang Kristian yang ikhlas hendaknya bergembira dengan peristiwa ini. Kerana pertempuran yang terakhir ini (Armagedon) dimulai, maka Isa al-Masih akan segera mengangkat mereka ke awan, dan mereka akan diselamatkan oleh al-Masih serta tidak akan menghadapi kesusahan apapun yang terjadi di bumi.”
BACA PENUH >>
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on January 26, 2016 18:44
January 24, 2016
Bala tentera ghaibnya...

Bala tentera ghaibnya menjadi pemandu arah matlamat mereka. Bahawa bagi mempastikan hasrat ‘baik’ itu diselubung hijab hitam dan sistem eksploitasi tidak diganggu gugat, maka penjajah tetap memberikan ruang budaya, sosial dan agama terikat secara setempat. Namun dengan syarat, ia dipantau oleh wakil-wakil atau gabenor yang dilantik.
“Bersyarat alam aku sentiasa menang ke atas mereka. Hidung dicucuk bagaikan sekawan lembu!”
Semasa zaman penjajahan yang pertama bermula pada abad ke-16, negara-negara seperti Perancis, England, dan Belanda membina kuasa penjajah di pelbagai negara Afrika, Asia dan Pasifik melalui cara ketenteraan. Selepas itu, mereka membawa masuk pentadbir sendiri dan institusi mereka ke negara-negara itu untuk membina sistem baharu. Dengan itu memastikan warga tempatan akan bekerja untuk kepentingan mereka.
BACA LAGI >>
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on January 24, 2016 17:24
January 18, 2016
Janji neraka Allah untuk Iblis
Janji neraka itu menghambat jiwanya! Kelihatan takhta, mahkota dan pakaian. Juga tali! Semuanya diciptakan dari api yang maha panas.
Suatu suara memberi arahan, “Wahai Iblis! Naiklah kamu ke atas takhta yang kau banggakan itu dan berbicaralah kamu kepada penghuni neraka!” Dia tidak dapat menolak, kerana itu janji dari Tuhannya yang dia akui.
Sebaik menaiki takhta itu, Lucifer berkata, “Wahai penghuni neraka. Wahai orang-orang yang kufur. Wahai orang-orang munafik. Sesungguhnya Allah Subhanahu Wa Taala telah menjanjikan kepadamu dengan janji yang benar, bahawa kamu semua mati lalu akan dihimpun dan dihisab menjadi dua kumpulan. Satu kumpulan ke syurga dan satu kumpulan ke neraka Sa’ir.”
Semua penghuni neraka memandang Lucifer dengan marah.
“Wahai orang-orang kafir dan orang-orang munafik. Kalian semua menyangka bahawa kamu tidak akan meninggalkan dunia, bahkan kamu semua menyangka akan tetap berada di dunia. Tidaklah ada bagiku kekuasaan ke atas kalian melainkan aku hanya mengganggu kalian.
“Akhirnya kalian semua mengikuti aku, maka dosa itu untuk kamu. Oleh itu janganlah kamu mengumpat aku, mencaci aku, sebaliknya umpatlah diri kamu sendiri. Sesungguhnya kamu sendirilah yang lebih berhak mengumpat daripada aku sendiri.
“Mengapakah kamu tidak mahu menyembah Allah Subhanahu Wa Taala, sedangkan Dia yang menciptakan segala sesuatunya? Hari ini aku tidak dapat menyelamatkan kamu semua dari janji siksaan Allah, dan kamu juga tidak akan dapat menyelamatkan aku. Sesungguhnya pada hari ini aku telah terlepas dari apa yang telah aku katakan kepada kamu, sesungguhnya aku diusir dan ditolak dari redha Allah.”
Setelah ahli neraka mendengar kata-kata Lucifer itu, lalu mereka melaknatnya sungguh-sungguh. Namun sudah tidak berguna walau sedikit pun. Setelah itu Lucifer dipukul oleh malaikat Zabaniah dengan tombak yang terbuat dari api, dan jatuhlah dia ke dasar neraka yang paling bawah. Dia kekal selama-lamanya bersama-sama dengan orang-orang – manusia dan jin - yang menjadi pengikutnya.
Malaikat Zabaniah lalu berkata kepada Lucifer dan pengikutnya, “Tidak ada kematian bagi kamu semua dan tidak ada pula bagimu kesenangan. Kamu kekal di dalam neraka untuk selama-lamanya.”

Published on January 18, 2016 23:45
January 13, 2016
Berpesan-pesan kerana ukhuwah Islam

Malam tadi kata seorang ustaz: “Eloklah andai semakin berumur kita semakin dekat dengan masjid. Selalu datang masjid. Rindu dengan masjid. Yang celaka, na'uzubillah, ialah semakin tua semakin lupa masjid.”
Pesan alim ulama dan ustaz untuk aku: "Takkan miskin kerana berzakat dan bersedekah. Malah tambah berkat dan kaya."
**********
Ada orang kata ia adalah teori konspirasi . Ada pula menuduh umat Islam paranoid. Ia bukan isu paranoid, malah Rasulullah SAW sendiri, melalui banyak hadis, sudah meuar-uarkan era akhir zaman ini. Kalau mahu dikira paranoid, umat Yahudi dan Kristian pun lebih taksub akan itu. Mereka turut menunggu datangnya Sang Penyelamat al-Masih pada akhir zaman ini, cuma dalam pandangan yang berbeza.
BACA LAGI >>
Published on January 13, 2016 23:55
January 12, 2016
Aku hamba-Nya yang banyak dosa

Ada perkara meletihkan. Ada hal yang memeritkan. Ada dugaan dalam susah dan senang. Itulah dunia ... itulah kehidupan. Kerana ... kelak kita akan menemui kehidupan hakiki di dunia Akhirat.
Mau atau tidak, ia tetap fitrahnya begitu. Justeru kita hanya hamba-Nya.
Sebuah KONSPIRASI MAHARAJA.
Maaf cakap ... putus asa adalah ajaran Iblis/Lucifer yang menyuruh kita lupakan usaha dan Allah. Walhal Iblis tak pernah berhenti untuk berusaha sesatkan manusia. Ibrah. Siapa aku nak nasihat orang? Sedang diri sendiri banyak dosa. Allahu-Akbar! Namun .... .
Monolog Prof. Dr. Adnan Gul
Memang bangsa Yahudi bijak. Maka oleh kerana bijaklah... ramai daripada mereka sombong, bongkak dan takbur. Lalu sifat-sifat Iblis yang menjadi asbab dia dinista oleh Allah dianuti oleh golongan agamawan Yahudi, dan secara rakus diterima masuk ke dalam banyak aliran/mazhab Yahudi dengan Zionis-nya.
Maka usaha-usaha yang diacut dan ditali-temalikan dari dunia ghaib itu terus-menerus ditayangkan untuk umat manusia... walhal dalam sedar atau tidak, racun itu sebati dengan jiwa-jiwa yang kontang iman.
Musuh Islam dan agama itu menyedari - dan aku dengan izin Allah turut memahami - bagi mereka nilai-nilai murni agama adalah penghalang cita-cita. Nilai-nilai agama menjadikan penganut Islam berasa ada tanggungjawab terhadap Allah. Justeru tanggungjawab, maka jalan manusia Muslim menjadi lurus.
********** "Apa tindakan kita sekarang?" Panglima Pangeran Galoh inginkan kepastian dari majlis Syura Kesiagaan Darussalam.
Published on January 12, 2016 02:23
January 4, 2016
KONSPIRASI MAHARAJA - Komplot Dunia Sebelah

Sebuah karya kreatif dalam nada KONSPIRASI dari dunia sebelah, bahawa di sebalik lapisan langit dan tujuh petala bumi, ada makhluk Allah yang sekian lama membenci keturunan Nabi Adam alaihissalam dan pastinya sangat membenci umat Nabi Muhammad SAW.
Bab-bab yang dikongsikan di Ilham Karangkraf nampak sekerat-sekerat ... ya justeru ia masih belum 'bertemu' hujung dan pangkalnya. Insya-Allah, mohon doa kawan-kawan agar saya dapat memberi cetitis pencerahan dalam karya kreatif ini.
>>BACA LAGI.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on January 04, 2016 23:34