Web Sutera's Blog, page 5
December 13, 2015
Baru langit pertama

Tiga kali sesi ilmu bersama beliau, masa sejam terasa sekejap saja, setiap kalinya. Ada senyum, cuitan hati ... dan acapkali jiwa gementaran. Masya-Allah, tabarakallah!
Kuliah ketiga bertarikh 10 Disember 2015 lalu, kuliah Maghrib sambungan dua siri sebelumnya mengenai kematian. Kali ini Ustaz Dr. Azhar Yaakob memperikan perjalanan roh menuju ke langit pertama yang dibawa seorang malaikat, ketuk pintu dan meminta kebenaran malaikat penjaga langit pertama untuk memasukinya.
Perjalanan ke langit pertama, bro ... belum ke langit ketujuh lagi! Jauh ... sangat jauh. Sedangkan manusia setakat ini tidak menjangkau ke sana pengetahuannya, dan pastinya kajian dan pengetahuan itu tidak akan sampai ke pintu langit pertama. Baru langit pertama! Ada enam lapis lagi. Masya-Allah!
Walhal rahsia gugusan galaksi Bima Sakti, galaksi Andromeda dan mungkin jutaan galaksi lagi tak terjangkau oleh pengetahuan kita. Itu semua baharu di bawah langit pertama. Hanya di bawah langit! Subhanallah. ALLAHU-AKBAR! Maha Benar ... Allah ialah Rabb Yang Maha Agung!
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
Published on December 13, 2015 16:05
April 7, 2015
Indahnya Cinta di PBAKL 2015


Apabila mulai serius menulis buku pada tahun 2011, PBAKL memang saat yang sangat saya tunggu. Kini PBAKL 2015 diambang pintunya dibuka. Jujurnya tidak sabar untuk ke sana, bukan sahaja kerana saya ada buku baharu, tetapi juga kerana ingin bertemu teman-teman pembaca. Bersama teman dan sahabat yang gila buku membuatkan saya rasa tenang.
Ayuh kita ke PBAKL 2015! Merasai sendiri para penggila buku dan ilmu berpusu-pusu datang adalah pengalaman dan pemandangan yang sangat asyik. Kalau kalian tidak pernah merasainya, jom kita bergerak. Insya-Allah, kalian akan melihat situasi yang cukup menarik.
Published on April 07, 2015 00:30
February 21, 2015
Berfikir Gaya Champion
Banyak kali saya bercerita kepada teman-teman semasa dalam pemanduan atau borak-borak di kedai mamak kandungan buku ini. Antara teman yang setia mendengar celoteh saya ialah editor buku kreatif Galeri Ilmu Sdn Bhd, Tuan Amir Abdul Hamid.
Antara lain, bahawa saya dan isteri berlainan persepsi dan taakulan terhadap beberapa peristiwa hidup. Kadangkala isteri saya rapuh, saya kuat. Ada ketika saya rapuh, dia kuat. Kami saling melengkapi dalam mendepani mehnah dan ujian hidup. Insya-Allah, saya tak malu untuk terus belajar, kerana saranan Islam ialah belajar sepanjang hayat.
** Gong Xi Fa Chai. Saya ada sebuah lagi manuskrip yang sudah siap. Sekarang sedang buat suntingan sendiri. Harap sempat untuk PBAKL 2015 nanti. Sebuah novel juga.


Published on February 21, 2015 01:29
February 14, 2015
Murabbi yang dicintai

Pengganti beliau tetap akan muncul sebagai Murabbi umat. Legasinya .. akan saya lestarikan!
Aku tak ingin menangistak mahu berduka membawa laratatkala dirimu pergi tinggalkan kami;Justeru ...pergilah, wahai roh yang tenangmenemui cintamu yang sejatikerana aku dan kami juga akan menyusul kemudian nanti.
Itu janji maha benartidak terkecuali untuk semua yang hidup;Damailah dirimu di sisi Allahsedang aku akan terus mencicip setiap buah bicara dan tintamuwahai Murabbi umat, Tuan Guru Nik Abdul Aziz.
Dalam penulisan novel sejarah PERANG ARMAGEDON dan BAITULMAQDIS: Petaka Armagedon, banyak sifat watak-watak utama saya ambil ibrah dari sikap dan fikrah perjuangan beliau. Antara sedar atau tidak, fikrah beliau mengalir laju dalam ingatan minda saya, tersemat di dalam sanubari hamba Allah yang banyak dosa ini.
Dalam pengkaryaan buku Berfikir Gaya Champion , 50 Sup Champion Resipi Rasulullah dan Hijrah Champion Gaya Rasulullah, banyak saya kutip dan kongsikan mutiara fikrah beliau. Pastinya ... saya merindui susuk besar ini. Beliau seorang Murabbi dan pemimpin kesayangan saya.

Published on February 14, 2015 19:08
February 3, 2015
Ibrah Sejarah Dalam Novel
1) Kaedah penulisan saya berbeza, dengan ibrah diberi penekanan di sebalik kisah. Namun cerita sejarah yang melakar mercu tanda dunia tetap ditulis mengikut acuan dan dalam disiplin kajian ilmu hadis dan al-Quran, dengan rujukan tafsir/kajian cerdik pandai dahulu dan kontemporari.
2) Saya mengisih dakyah Zionis-Yahudi dan elemen atau riwayat Israelliyat agar tidak dimasukkan di dalam dialog novel. Tambahannya ialah saya adakan plot perbincangan atau seumpamanya untuk memberi pencerahan akan wujudnya doktrin jahat puak kuffar.
3) Saya menulis dengan teknik penulisan yang berselang seli dengan flash back, fast forward, real time, between dimension dan beberapa teknik lagi. Saya menulis bukan main-main, insya-Allah.
http://buanadunia.blogspot.com/2015/0...
2) Saya mengisih dakyah Zionis-Yahudi dan elemen atau riwayat Israelliyat agar tidak dimasukkan di dalam dialog novel. Tambahannya ialah saya adakan plot perbincangan atau seumpamanya untuk memberi pencerahan akan wujudnya doktrin jahat puak kuffar.
3) Saya menulis dengan teknik penulisan yang berselang seli dengan flash back, fast forward, real time, between dimension dan beberapa teknik lagi. Saya menulis bukan main-main, insya-Allah.
http://buanadunia.blogspot.com/2015/0...
Published on February 03, 2015 19:56
February 1, 2015
Pesta Buku Selangor 2015 dan dunia ilmu

Sepagi sehingga tengah hari di Sek. Keb. Jalan Kebun, Klang. Bersama meraikan majlis ilmu sahabat penulis, Cikgu Wan Zayuhisham Wan Yusoff. Saya, Ustaz Adzhar Ibrahim dan Puan Suhana Salleh tidak malu-malu untuk raikan pertanyaan dan belian dari para cikgu, ibubapa dan murid-murid sekolah. Bagaikan pasar malam!

Usai program di Sek. Keb. Jalan Kebun, Klang, saya ke Pesta Buku Selangor 2015 (PBS2015), SACC, Shah Alam pula. Alhamdulillah, pengunjung ramai. Sempat bergambar dengan beberapa sahabat pembaca yang membeli buku-buku di gerai Galeri Ilmu.
Isteri Tuan Ishak Kasir berkata sambil menunjuk kepada naskhah novel Macedonia: Alexander Agung di atas meja, "Memang, tuan. Apabila saya membaca novel ini, saya dapat bayangkan aksi perang dan perkisahan yang diceritakan. Bagaikan layar di depan mata." (Foto bawah sekali)
Saya menyahut, "Alhamdulillah. Saya ada kaedah tersendiri dalam menulis, mencari kelainan." Kemudian saya ceritakan bagaimana proses penulisan yang digunakan. Mahu tahu apakah yang dinyatakan oleh pembaca kepada lima orang anak itu? Sudikan untuk dapatkan novel ibrah sejarah dalam tema membongkar Hijab Raja Zulqarnain dan dakyah Zionis-Yahudi di PBS2015.
Alhamdulillah. Jalan dakwah ini indah, sambil ditemani isteri Cef Lusiana Adnin.
Berkawan kenal batas.
Berkasih kenal adab.
Ada benda boleh diceritakan.
Ada benda wajib menjadi rahsia.
Buka semua, maka batas dan adab dipecahkan
... lantas dosa pun melata.

Published on February 01, 2015 02:13
January 24, 2015
Ceritera Ilmu di Sekolah

Lalu tersemburlah suara nakal, “Tuan Web Sutera memang banyak cakap, Puan.”
Puan pensyarah yang sedang mendengar cerita saya berkata, “Seorang champion memang macam itu. Suka bercakap dan memberi maklumat.”
Saya tersenggih. Saya yakin dengan produk saya dan rakan-rakan. Dalam hati berdoa semoga orang tak salah anggap. Subhanallah!

Dalam buku Himpunan 60 Kisah Jenaka , ada tercatat: “Antara saham pahala yang dapat memberi bantuan kepada kita ketika di alam kubur adalah mengajarkan ilmu yang bermanfaat kepada orang lain.”
Pada tarikh yang sama, yakni 24 Januari 2015, tim isteri saya Cef Lusiana Adnin berada di Kolej Sunway, Petaling Jaya, Selangor untuk sesi makan malam. Alhamdulillah, mutu masakan Cef Hana dan persembahan Lusiana Catering memperoleh pujian. Kata seorang wakil kolej, “Masakan awak sedap-sedap dan layanan juga baik. Kami akan panggil lagi.”
Bersama turun gelanggang menemui para pembaca demi satu matlamat - bahawa karya kreatif mampu mendidik anak bangsa.


Published on January 24, 2015 23:59
December 11, 2014
Menangislah, Duhai Mata

Duhai kedua-dua matainsaflah untukku dengan aliran air tangisankerana aku ingin menyapuwajah dan janggutkuagar menjadi benteng sentuhan api nerakajusteru aku hamba-Nya yang banyak dosa.
Namun ...aku bukan langautak mahu jadi langaucuma ...aku lalu di sini ...di sudut fanauntuk kembara yang masih panjang (panjangkah?).
Izinkan aku, buana.mencari makna diridalam lestari diniuntuk anak bangsa pertiwi
demi Islam apatah lagi.
** WEB SUTERA .
Published on December 11, 2014 23:31
December 3, 2014
Jangan jadi pengembang agenda New World Order

Malang sekali, bahkan teramat malang, ada pemimpin 'Islam' dengan dangkalnya turut terjerat dengan doktrin ribuan tahun itu: "bahawa semangat jihad Islam adalah elemen teroris." Maaf cakap, kumpulan munafik yang diberi amaran oleh Allah dan Rasulullah SAW itu menjadi geng pengembang agenda New World Order, sebuah agenda jahat lagi amat hitam untuk musnahkan Islam dalam doktrin Armagedon .
Dalam dua novel saya - (1) Konstantinopel: Kibaran Panji-panji AL-FATEH dan (2) Perang Armagedon - kisah jihad diperikan dalam bentuk penceritaan. Niat saya ialah agar pemuda dan srikandi Islam serta rakyat umum Malaysia memperoleh sedikit pencerahan tentang isu ini. Jihad bukan kosa kata yang patut hilang dari dunia Islam atau dimomok sebagai 'jahat' atau 'teroris'.
Walhal, dalam ajaran Zionis-Yahudi melalui kitab Talmud mereka, bangsa Yahudi dan yang menyokong mereka diajar agar 'membunuh manusia lain, terutamanya umat Islam'. Justeru teroris adalah amalan Zionis dengan sekongkol seperti Amerika Syarikat, tetapi kita umat Islam pula yang dikambing hitamkan.

Aku takkan melangkah dengan kaki yang gontai.Lenggokku takkan bagai cupak hanyut.Hayunan langkah jihad ini akan diteruskan... takkan tergoyahkan... meskipun badai melanda jasad dan jiwa.
Published on December 03, 2014 22:58
October 12, 2014
Isu penulisan novel atau fiksyen sejarah (1)

Dalam bahasa Inggeris ia disebut historical saga. Kaedahnya, watak sejarah kekal ada, cuma watak tambahan mungkin juga ada. Dalam novel BI, malangnya, watak sejarah pun digelapkan / disalahgunakan.
Khas untuk pembaca novel, insya-Allah, dalam novel sejarah saya, langkah berhati-hati sudah diambil dalam isu watak-watak ini. Sebab itu saya lambat untuk siapkan manuskrip.
Ya .. hati-hati itu takwa, hati-hati juga kaedah taakul yang baik. Insya-Allah, gaya saya masih dalam disiplin Islam, tafsir al-Quran dan kajian hadis. Saya sungguh-sungguh mengkaji, cuba sebaik mungkin mengisih elemen Zionis-Yahudi Israliyat, Syiah dan ajaran yang menyeleweng.
Pada hemat saya, novel sejarah atau fiksyen sejarah .. ia agak samar-samar untuk ada bezanya. Garisannya sama, cuma mungkin kaedah penulis membuat persembahan berbeza. Sebab itu, untuk projek bersama Galeri Ilmu Sdn Bhd, saya setuju label 'Novel Sejarah' diletakkan untuk novel saya, walaupun ada watak fiksyen yang masih kekal dalam disiplin Teknik Surah Yusuf.

Moga Allah ampunkan saya, hamba-Nya yang daif lagi fakir. Wallahua'lam.
Published on October 12, 2014 23:55