Web Sutera's Blog, page 4

December 26, 2015

KONSPIRASI MAHARAJA - Meterai darah dan nyawa oleh Majlis Druid Agung


Atuknya memberikan banyak relik dari Mesopotamia itu yang tersimpan rapi di ruang bawah tanah di sebalik Aron HaKodesh di Washington DC. Maka bermulalah kajiannya, sangat tekun tanpa jeda di sebuah makmal bawah tanah di gurun Nevada, Amerika Syarikat.
Majoriti virus konvensional dikodkan dalam RNA (ribonucleic acid) dan bereplikasi di dalam sitoplasma sel-sel perumah. Tetapi sesetengah virus, seperti wabak Lilith, dikodkan dalam DNA, yang dapat menerobos jauh ke dalam teras nukleus sel-sel perumah. Proses replikasi akan terjadi hanya ketika viral DNA berjaya mengikat dirinya kepada jujukan gen sepadan yang dijumpai dalam kromosom Y manusia lelaki. Jujukan gen wabak Lilith adalah spesifik kepada keturunan bangsa Arab. Justeru sekiranya penanda gen kromosom Y tidak ada, maka virus itu akan kekal tidak aktif. Maka orang perempuan atau lelaki bukan-Arab boleh membawa virus itu, tapi tiada simptom yang membunuh.
Tugas Aharon ialah mencipta senjata virus membunuh dengan mengaplikasi semua taracara virologi dan bioteknologi mutakhir. Apa yang dapat diperoleh dari kajian tulang-tulang dan gigi Mesopotamia ialah kromosom Y keturunan Arab di Timur Tengah sekarang ini. Wabak Lilith untuk membunuh semua orang lelaki Arab, dengan biaya sebesar manapun akan diberikan oleh Brotherhood.
Lebih terkedepan ialah tugas Aharon menyatukan atau mencari kaedah agar DNA Lucifer dapat digabung dengan jujukan gen wabak Lilith. Hasilnya senjata lebih dahsyat! Itu impian Lucifer dan hamba-hambanya di dunia bangsa manusia. Tugas-tugas ini sudah dimulai semenjak menerima arahan dari Baron James sejak lebih 70 tahun yang lalu, setelah dipersetujui dengan meterai darah dan nyawa oleh Majlis Druid Agung.
>>BACA PENUH.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 26, 2015 18:02

December 24, 2015

D.R.U.G – Kita Perlukan Mentor


Setiap orang yang berjaya mempunyai penasihat atau mentor yang membimbing, menasihati dan mendorongnya mencapai kejayaan.
Nabi Muhammad SAW dibimbing, didorong dan dipimpin oleh Tuhan melalui malaikat Jibrail. Manakala Nabi Muhammad SAW pula menjadi mentor kepada para Sahabat Baginda.

Ternyata bimbingan Nabi Muhammad SAW terhadap Sahabat generasi awal yang rapat dengan Baginda membuahkan hasil yang baik apabila Islam berkembang maju di Semenanjung Tanah Arab semasa pemerintahan para Sahabat. Kuasa besar dunia pada ketika itu Rom dan Parsi berjaya dikalahkan oleh umat Islam di bawah kepimpinan khalifah awal.
Khalifah Umar bin Abdul Aziz mempunyai mentor terkenal iaitu seorang ulama yang bernama Sheikh Abdul-Aziz bin Hamiduddin Naagauri.
Sultan Muhammad Al-Fateh, sultan terkenal dari pemerintahan khalifah Utsmaniah Turki yang membebaskan kota Konstantinopel dari Rom Timur mempunyai mentor dan pembimbing utama bernama Sheikh Shamsudin Al-Wali. Sheikh Shamsudin Al-Wali adalah seorang alim bijaksana telah banyak membantu Sultan Muhammad Al-Fateh dalam membuat keputusan strategik dalam pentadbiran beliau.
Semasa kita masih menuntut di sekolah, para guru menjadi pembimbing dan mentor. Apabila kita sudah menamatkan pelajaran di sekolah dan meneruskan pelajaran di kolej serta IPTA atau IPTS, maka pensyarah dan tutor pula yang menjadi mentor.
Apabila kita berjaya menamatkan pelajaran di kolej, IPTA atau IPTS, siapakah pula yang boleh kita ‘lantik’ menjadi mentor? Kita masih membina hubungan berterusan dengan para guru, pensyarah atau tutor, namun semakin ramai mentor dan pembimbing serta pendorong yang kita ‘lantik’ maka semakin baik bagi kita untuk mendapatkan khidmat nasihat dan tunjuk ajar serta dorongan.
Apa yang jelas, para mentor kita ini menjadi lampu yang menerangi dan memberikan pencerahan bagi menerangi jalan, dan laluan kerjaya dan kehidupan kita. Kalau menuntun kita ke jalan yang lebih gelap, itu bukan mentor ... tetapi kotor!
Setelah melangkah ke alam pekerjaan atau alam bisnes, kita memerlukan mentor-mentor yang mendorong dan membimbing kita dalam bidang yang kita ceburi itu. Semakin ramai mentor kita, semakin banyak sumber rujukan dan semakin kuat sokongan kepakaran, nasihat dan dorongan. Hasilnya, semakin meningkat pula peluang kita untuk mencapai kejayaan.
Dalam bab berikutnya kita akan membincangkan sumber inspirasi dan maklumat, malah sumber kekuatan yang mempengaruhi kejayaan seseorang pekerja dan usahawan.

** Petikan dari e-buku PERCUMA berjudul D.R.U.G - Derap Realisme Ujana Gemersik. Sudikan untuk muat turun (download) dari pautan-pautan berikut:
E-Book percuma, 369 muka surat. PERCUMA!
Catatan pinggirmeluah auraagar tak binasadalam rasaingin berhamba pada-Nya.

Untuk kawan-kawan, tak mau jadi lawan. Mengharap setiakawan bukan mencari lawan.
Pautan 1: Tinta Ibrah .Pautan 2: Bagi yang ada akaun Goodreads .Pautan 3: Dari Scribd .Pautan 4: Dari Google Drive .
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 24, 2015 16:27

December 20, 2015

Khilafah bukan Teroris!


Doktrin puak-puak kuffar ialah memberi gambaran buruk kepada dunia tentang betapa taksubnya umat Islam sehingga berpecah, berperang dan saling membunuh. Dengan itu mereka dapat menghalang umat dunia dari jalan Allah, mahu agar dunia melihat Islam itu suatu agama ganas dan suka berbunuhan.
Lagi tujuan mereka ialah menjadikan dunia Timur Tengah, khususnya wilayah besar Syam, sebagai sumber utama penjualan senjata perang. Usaha ini disasarkan supaya Negara Islam (khilafah) Ahli Sunnah tidak dapat dibina.
Iraq, Iran, Lebanon dan Syria ingin dijadikan wilayah Syiah, di samping negara haram Israel, supaya Amerika Syarikat boleh menguasai wilayah itu. Maka sabda Nabi Muhammad SAW kini semakin tercantum, sebagai usaha puak kuffar dengan kuasa di belakangnya, yakni Dajjal, menghurung umat Islam. Petaka Armagedon kini semakin menyerlah.
Cahaya Islam sebenar berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad SAW, bukannya Syiah, akan tetap wujud. Justeru Allah adalah Maha Merancang yang akan menipu-daya wakil Iblis dan Dajjal.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 20, 2015 17:35

December 19, 2015

Berbaloi Dalam Wisata Mencari Ilmu



Sabtu 7 November 2015, seawal pagi sebelum pukul 9.00 kami bertiga mulakan perjalanan ke Wangsa Melawati. Entah apa jadinya, mahu ke Sekolah Al-Amin pun makan masa sejam lebih – sesat barat jadinya. Tiba juga akhirnya. Habuan nasi lemak RM2 bersama minuman panas teh tarik dan teh o menjadi penyejuk jiwa.
Kami raikan sahabat Tuan Uneh yang hebat orangnya. Hebat kerana dia tanpa jemu bercerita mengenai produknya dan kaedah mewarna yang betul kepada murid-murid sekolah ke ceruk rantau. Saya pula mengambil peluang yang diberikan untuk mempromosi produk buku-buku sendiri, bersama ‘bouncer’ Tuan Amir dan Tuan Alif Ilyas.
Setelah tidur barang sejenak seusai Zohor (sejenak konon!), kami bertolak ke Putrajaya, menuju ke Presint 3. Sekali lagi kami menerima ujian Allah. Mahu ke Presint 3 banyak pula jalan yang ditutup. Lantaran itu, ketibaan kami ke Ekspo Buku Islam Putrajaya sedikit terlewat, ditambah dengan hujan lebat. Wah! 7 November adalah hari yang emosi penat, terutama Tuan Alif yang memandu kereta bagaikan mahu balik ke Jerantut, Pahang.
Di Dewan Cempaka Sari,Perbadanan Putrajaya, kami raikan majlis Cikgu Wan Zayu, Puan dan Cikgu Sidqi. Hujan masih renyai-rentai kadangkala lebat. Saya menunjau gerai-gerai jualan buku termasuk gerai Must Read. Seterusnya menemui sahabat Tuan Assakhof untuk mengambil dua buah novel yang dibelinya.
Walaupun mungkin kau orang melihat ini biasa-biasa sahaja. Tapi bagi saya ia bermanfaat, justeru kami mengembara meraikan dunia keilmuan dalam sesat barat dan hujan. Alhamdulillah, ia berbaloi.

** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 19, 2015 18:58

December 18, 2015

Air Sumber Hidup dan Armagedon


Pembentukan sel pada makhluk hidup, merupakan hasil daripada interaksi yang dinamis dan rumit, antara berbagai jenis sel, setelah melewati berbagai proses. Agar interaksi ini boleh efektif, maka diperlukan unsur pokok yang menjadi elemen untuk mensenyawakan berbagai sel, sehingga proses kehidupannya terus berkembang.
Unsur pokok atau asas itu adalah air. Air sumber kehidupan. Justeru, air mempunyai peranan teramat penting dalam kehidupan di dunia ini – dari sudut membina kehidupan baharu, mencari rezeki ataupun dalam taktikal peperangan.
Air mengisi sekitar 90 peratus daripada kandungan zat protoplasma yang merupakan zat pembentuk sel. Ia merupakan unsur penting dalam pembentukan sel-sel hidup yang terdapat dalam tubuh manusia. Air adalah medium yang boleh mengaktifkan enzim dan protein, dan lain-lain tindakan dalam tubuh benda hidup.
Banyak lagi fakta sains tentang air. Namun bukan hasrat saya untuk mengupasnya di sini. Apa yang saya mahu sorot ialah air itu elemen utama kehidupan di dunia ini. Kajian sains dan apa yang termaktub dalam al-Quran tidak dapat disangkal lagi. Allah berfirman dalam Kitab-Nya:
“Dan tidakkah orang-orang kafir itu memikirkan dan mempercayai bahawa sesungguhnya langit dan bumi itu pada asal mulanya bercantum (sebagai benda yang satu), lalu Kami pisahkan antara keduanya? Dan Kami jadikan dari air, tiap-tiap benda yang hidup? Maka mengapa mereka tidak mahu beriman?” (Al-Anbiyaa’ 21:30)

Air dan bencana berkaitan air turut menjadi teori dan hipotesis fenomena Armagedon dalam agama Nasrani/Kristian dan Yahudi. Banyak catatan dalam Taurat dan Bible berkenaan Armagedon ini. Adakah Armagedon adalah retorik? Apakah fahaman Armagedon dari sisi Nasrani dan Yahudi? Apa pula menurut pandangan Islam?
Dalam Bible ada tercatat:  “Then they gathered the kings together to the place that in Hebrew is called Armageddon.” (Revelation 16:16)
Terjemahan dalam bahasa Melayu/Indonesia, antara lain: “Lalu ia mengumpulkan mereka di tempat, yang dalam bahasa Ibrani disebut Armageddon.”  (Wahyu 16:16)

Banyak filem dan dokumentari Barat dan Yahudi menggambarkan rupa bentuk sebuah bahtera yang persis bahtera luar biasa yang dibina oleh Nabi Nuh a.s. untuk suatu entiti atau wahana bagi menyelamatkan generasi manusia dari bencana Armagedon . Di dalam bayangan mereka itu juga, mereka memperlihatkan gambaran haiwan-haiwan yang dikumpul memasuki bahtera itu.
Bahtera agam lagi sangat canggih itu dibina dengan menggunakan pelbagai teknologi terkini yang dicapai manusia melalui gabungan ribuan saintis dan bijak pandai dalam pelbagai bidang. Itulah satu-satunya bahtera atau kapal laut terbesar yang pernah dibina manusia.
Begitu juga bahtera Nabi Nuh a.s. di zaman baginda. Ada pandangan ulama memberitahu bahawa bahtera baginda itu tidak dapat ditandingi oleh mana-mana kapal pengangkut binaan manusia sehingga kini, mungkin sehingga berakhirnya dunia fana ini nanti.
Penyebab kemusnahan satu kaum manusia – Bani Rasib – di era Nabi Nuh a.s. disebabkan malatepaka banjir amat besar lagi bergelombang ganas. Dalam filem Armagedon 2012 juga muka planet Bumi berakhir tamadunnya disebabkan air, setelah banyak siri bencana lain sebelumnya. Filem ini ialah adaptasi kisah kejadian bencana alam dari ceritera Nabi Nuh a.s. Tetapi mereka hanya melihat sisi bencana yang memusnahkan kehidupan di bumi, bukannya sebagai hukuman Allah kepada kaum kafir yang menyembah banyak berhala di era Nabi Nuh a.s., lagi amat zalim terhadap golongan miskin dan sederhana.
Sementara itu, dalam kisah apa yang pihak Barat dan Yahudi gambarkan sebagai ‘penaklukan’ kota Konstantinopel oleh Sultan Muhammad Al-Fateh , mereka turut menjadikan kisah itu sebagai fenomena Armagedon . Yakni musnahnya sebuah peradaban Kristian Empayar Bizantin oleh sebab serangan terancang tentera Islam pimpinan sultan berumur 21 tahun itu.
Daripada tertawan dan runtuhnya benteng kota Konstantinopel , mereka sifatkan peristiwa itu sebagai Armagedon yang musnahkan penguasaan Barat ke atas dunia. Pada hemat saya, itu pandangan etnosentik dari lensa mereka yang kekal bersangka jahat kepada Islam.
Walhal, kita menyakini bahawa itu ialah sebuah misi suci bagi membebaskan satu kuasa tirani selama lebih seribu tahun menjarah manusia dalam doktrin yang kurang baik untuk kemanusiaan, pemerintah zalim yang suka merampas harta rakyat. Usaha Sultan Muhammad Al-Fateh itu antara lain, ialah sisi membebaskan perhambaan sesama manusia.
Bagi pihak Barat, terutamanya orang-orang yang tidak mempercayai hari pembalasan di akhirat, Armagedon merujuk kepada kejadian malapetaka yang akan memulakan kehidupan baharu spesis manusia di muka Bumi. Banyak filem juga menggambarkan suatu ketika planet ini akan diserang oleh makhluk asing dari planet lain, lalu generasi manusia hancur, hanya segelintir yang terselamat. Kemudian kumpulan kecil pejuang-pejuang manusia akan bertungkus-lumus menyelamatkan saki-baki manusia agar tidak pupus.
Namun dari pandangan Islam, Armagedon (asalnya dari ajaran Yahudi dan Nasrani) ialah satu perkataan yang merujuk kepada kejadian atau perang atau siri perang di antara dua golongan – Islam melawan kafir Zionis-Yahudi. Ia juga merujuk kepada kejadian malapetaka – akibat perbuatan tangan-tangan manusia – yang menjadi siri kejadian penanda akhir zaman, dan akhirnya terjadi perang Al-Malhamah Al-Kubra sebelum jagat raya ini kiamat.
Bermulanya misi menyahut dan mencari jalan penyelesaian bagi mencapai ramalan kenabian Nabi Muhammad SAW oleh Sultan Muhammad Al-Fateh ialah dengan melihat air. Yakni, baginda Sultan melihat laut di sekitar Asia dan Eropah, khususnya Laut Tengah atau Laut Mediterranean dan Laut Hitam.
Maka baginda menguatkan armada tentera laut dengan kapal-kapal besar, terkini dan tentera yang terlatih mengendalikan kapal dan bertempur di lautan.
Faktor air di selat Tanjung Emas turut menjadi penghalang utama gerakan memanjat benteng kota Konstantinopel . Maka akhirnya Sultan Muhammad Al-Fateh dengan nasihat ulama besar, ‘melayarkan’ kapal-kapal melintasi ‘samudera’ bukit sehingga tiba di sempadan sebelah sana, sempadan musuh. Pihak musuh gempar kerana membayangkan seolah-olah kapal-kapal itu ‘terbang’ atau ‘belayar’ menaiki bukit.
** Sebuah taakulan dari hamba Allah yang daif di sisi-Nya, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 18, 2015 16:56

December 17, 2015

KONSPIRASI MAHARAJA - New World Order?


Eye One memandang ke langit malam, lalu berbisik, “Permulaan yang indah, aura yang bergema kuasa mutlak.”
Diam seketika sebelum Eye One mendesis ke langit, “Kerajaan al-Mahdi yang dijanjikan oleh-Mu akan tamat tak lama lagi!” Cabaran angkuh dari makhluk Allah yang berumur panjang.
Sedangkan Baron James sedikit gementaran. Aura manusia akhir zaman itu begitu dirasainya.
>> BACA PENUH.
** Sebuah karya fiksyen. Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 17, 2015 15:14

December 16, 2015

REMPIT AL-FATEH, Usah Letih (1)



Alhamdulillah. Subhanallah! Tiada daya upaya melainkan dari Allah belaka. Satu lagi proposal manuskrip lulus. REMPIT demi redha Allah Azza wa Jalla.
Pemuda Rabbani ialah seorang hamba Allah yang mahu menerima al-Quran secara mendalam, tekun mengikuti nasihat Rasul dan para ulama. Itu yang dibentuk oleh Sultan Muhammad Al-Fateh dalam usaha menyediakan rakyat dan tentera yang terbaik pada zamannya.
Apakah makna rabbani? Imam al-Qurtubi dalam tafsirnya menulis, “Ar-Rabbani adalah penisbahan kepada ar-Rabb. Dia adalah orang yang mengajar ilmu yang ringan-ringan sebelum yang berat. Dia adalah ulama ahli agama yang mengamalkan ilmunya."
** Tinta Ibrah Web Sutera. Semoga bermanfaat. ** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 16, 2015 16:05

December 15, 2015

PERANG ARMAGEDON – Tarik aura masuk



“Tutup mata kamu.” Tok Ayah Nik menyendeng tubuh ke arahnya dan menekan jemari pada matanya.
Seketika panik menggertak merentasi sekujur tubuh Awang. Dia melawan kehendak untuk membuka mata dan menarik tangan gurunya agar beralih. Di dalam mindanya, dia dapat melihat bayangan mengorak membuka lingkaran dari dinding dan mendatangi dirinya.
“Tenang dan tarik nafas perlahan-lahan. Jangan gopoh,” suara Tok Ayah Nik.
Awang akur, membuka ruang dadanya dan mengisinya dengan upaya aura dalaman.
“Terdapat hubungan antara kamu dan dunia sebelah. Ruang sebelah, sama ada hitam atau putih, terjana dengan alasan tersendiri. Kena bijak memilih, anakku.”
Tarikan hubungan itu semakin kuat di dalam tubuh Awang. Semakin kuat tarikan itu, rasa takut semakin kuat juga. Dia cuba ‘lari’ dan membina suatu pertahanan berbentuk benteng di antara dirinya dan tenaga gelap itu. Perlahan-lahan dia memberi tumpuan.
“Jangan menentangnya,” Tok Ayah Nik berbisik. “Laluinya dengan tenang.”
“Ambo tak boleh,” akui Awang. “Ambo takut.”
“Rasa takut itu bagus. Ia memberi kita kekuatan andai kita bijak. Rangkul ketakutan kamu dan gunakan. Ketakutan itu syaitan. Tetapi jangan sesekali memasuki ruang itu secara terpaksa atau kerana tertarik dengan fatamorgananya. Bernafas secara biasa.”
Awang menarik nafas dalam-dalam dan menghembusnya keluar secara tertib.
“Alhamdulillah. Masya-Allah. Bagus. Teruskan.”
Menemui rentak harmoni yang dimahukan, Awang kendurkan rasa. Kemudian kegelapan muncul lalu menarik dirinya ke dalam. Keseluruhannya.
Awang menyorot bentangan kegelapan yang terhampar di seluruh kawasan New York. Dia sedang berdiri di suatu binaan berupa jambatan tinggi. Dia melingas pandangan.
Kemusnahan merata. Terdapat kereta orang awam, kereta kebal tentera dan pesawat tempur berbagai jenis terdampar hancur. Ada yang tidak diketahui apakah jenisnya.
Derianya dapat mengesan pergerakan di sebelah kiri. Awang memberi tumpuan ke arah itu. Dia melihat paling tidak sepuluh makhluk dengan susuk yang pelik-pelik. Sekumpulan makluk aneh dengan suara garau.
Secara berhati-hati dia cekal tetap di dalam bebayang yang menjadi perisainya. Awang mengalih pandangan ke sisi kanan, mencari gurunya. Tapi tiada. Dia cuba mencari akal untuk lari.
“Aku tak ada di sini. Aku kena buka mata dan bangun. Aku kena jaga.”
Tetapi dia tidak dapat membuka matanya. Dia tetap ‘terperangkap’ di dunia sebelah itu. Dia melihat ke bawah.
“Jangan melompat turun ke bawah. Terus berdiri. Tarik aura masuk,” suara bergema. “Ingat Allah, ucap tasbih kebesaran Allah Taala.”
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA. Sudikan ke sini.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 15, 2015 17:14

December 14, 2015

Nikmat Allah manakah yang mahu didustakan?


Alhamdulillah. Subhanallah! Selama 2 hari 2 malam saya melepek ketiduran. Bangun hanya untuk buat benda wajib, makan ubat, kemudian tidur balik. Sekujur badan terasa lemah, panas dan sengal-sengal. Masya-Allah! Baru sikit nikmat-Nya ditarik, sudah hilang daya upaya. Maka nikmat Allah manakah lagi yang kau dustakan, wahai Web Sutera!
Selepas itu suatu kejadian di sebuah masjid.
“Jangan berlari-lari! Ini masjid! Kalau nak main, pergi luar. Hormatlah sikit! Tak ada adab langsung. Bapak tak ke masjid, suruh anak-anak jer! Inilah jadinya!" Laung seorang dewasa yang berjubah dan berkopiah putih.
Aku menjeling sekilas melihatnya. Aduhai, orang dewasa, mengapa begitu sekali teguranmu kepada anak-anak? Walhal pada masa itu memang ada program untuk budak-budak di masjid ini. Kaedah teguranmu itu salah, bro!
Berbangga dengan kebaikan dan terasa diri lebih baik dari orang lain dengan berkata-kata kuat, ini satu musibah.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 14, 2015 22:10

December 13, 2015

KONSPIRASI MAHARAJA - para daie yang menunggu di pintu neraka


“Tuanku, izinkan aku,” seorang ahli tertua yang duduk betul-betul di hadapan Abu Bakar mencelah kata.
“Silakan, Umar Kaukas,” Raja Daulah Darussalam memberi izin dalam senyuman. Dia tersenyum kerana tingkah laku bijak pandai tertua itu persis macam Sahabat besar Rasulullah SAW, Umar al-Faruq. Umar Kaukas saling bahu membahu sebagai rujukan kitab-kitab lama dengan Abu Bakar.
“Walaupun begitu, Lucifer menyedari dia terpaksa berdepan dengan aura manusia-manusia alim di seluruh belahan dunia. Sehingga setiap seorang alim ulama dan ilmuan bijaksana itu dihapuskan, usaha klonnya akan terbejat sekali gus kuasa alam ghaib tidak akan berdaya digunakan sepenuhnya,” Umar Kaukas berkata.
“Semua sekali?” Raja Suleyman bertanya.
“Setiap seorang daripada mereka, hasrat utama dunia kegelapan. Paling tidakpun, mereka akan memperdaya ahli agama agar menjadi para daie yang menunggu di pintu neraka kelak. Kerana selemah manapun daya upaya fizikal mereka, aura alim ulama adalah manifestasi dan perwakilan daie yang disebut-sebut oleh Rasulullah sebagai waris Baginda di dunia.”
Semua yang ada memberi anggukan, dan ada kedengaran ucapan “Subhanallah.
“Ya. Subhanallah! Sungguh Allah Maha Suci. Sehingga itu, klon Lucifer hanya memilik kuasa supernatural terhad. Menyedari akan hal itu, risikan kita insya-Allah, menemui bahawa pelan besar amat kejam itu dalam gerakan sekarang. Kita memperoleh maklumat sahih yang genom Lucifer sudah dititipkan kepada gerembolan elit, ketuanya ialah Adramelech.”
>> BACA PENUH.
** Insya-Allah, ikhlas dari sang fakir di sisi Allah, WEB SUTERA.
 •  0 comments  •  flag
Share on Twitter
Published on December 13, 2015 19:05